Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SETELAH diberi masa selama 3 hari, Fareez datang ke syarikat W&S Advertising Company untuk melihat hasil storyboard. Qaseh menunggu di dalam bilik mesyuarat. Fareez masuk bersama Encik Sulaiman. Mereka bersembang sambil ketawa. Qaseh berdiri dan tersenyum manis dihadapan Fareez. Fareez senyum kembali tetapi hanya sekejap. Dialihkan mukanya semula ke arah Encik Sulaiman. Qaseh menyampah dengan perangai Fareez yang berlagak bagus. "Encik Fareez bolehlah tengok iklan yang direka oleh Qaseh. Saya pasti Encik Fareez akan menyukainya." Encik Sulaiman memuji-muji Qaseh dihadapan Fareez. Fareez mencebikkan bibir. Dilihatnya storyboard yang terletak di atas meja. Jalan cerita yang menarik. Dia tertarik dengan hasil kerja Qaseh. Dia kagum dengan Qaseh. Hanya 3 hari sahaja, dia boleh menyiapkan jalan cerita iklan yang sebagus ini. "Awak ada spy ke kat ofis saya?" Fareez sengaja hendak menguji Qaseh. Fareez seperti pernah lihat iklan ini. Qaseh mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan maksud Fareez. "Apa maksud Encik Fareez?" "Macam iklan yang saya suruh orang yang dulu tu lukis. Ada sesiapa beritahu awak ke? Iklan macam mana yang saya nak." Fareez memandang tajam ke arah Qaseh. Qaseh menelan air liur. Dipandang ke tempat lain. Tidak sanggup menentang wajah Fareez. Qaseh mematahkan jari jemarinya. "Walau apapun, saya suka. Mulai sekarang, awak akan bekerja dengan saya." Kata-kata Fareez membuatkan Qaseh lega. Lepas sudah satu bala. "Tapi, jangan tiru iklan orang." Amaran yang diberikan oleh Fareez. Qaseh mengangguk lemah. Fareez bersalaman dengan Encik Sulaiman. Dia meminta diri untuk pulang ke pejabat. "Good job." Encik Sulaiman menepuk bahunya. Qaseh tersenyum. Baru pertama kali dia mendapat pujian. Dia berjalan ke arah bilik pejabatnya. Ada seorang pekerja wanita yang seakan-akan tidak berpuas hati dengannya. Pekerja wanita itu hanya memandang ke tempat lain apabila Qaseh tersenyum kepadanya. Apa kena dengan perempuan ini? Hati Qaseh tertanya-tanya. Qaseh masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi empuk miliknya. Dia menyandarkan badan. Memejamkan mata sebentar. Letih. Satu malam dia tidak tidur kerana menyiapkan storyboard tersebut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Qaseh terjaga dan segera membetulkan pakaiannya yang kedut. Membetulkan duduknya. Arahan masuk diberikan. "So, how?" tanya Aishah. "Tired." Kata Qaseh. "I mean, the meeting." "Great. He likes it. Encik Sulaiman say good job. Tapi Encik Fareez dah bagi warning. Jangan tiru iklan orang." Qaseh meniru gaya Fareez. Tergelak besar Aishah. Mereka sama-sama tergelak. "So, lunch?" "Ajak Didi sekali, ya." "Aku pergi telefon dia." Aishah keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya. Dia segera menelefon Hadirah. Mereka telah membuat temujanji untuk keluar makan tengahari bersama.
MEREKA keluar makan di tempat kegemaran Qaseh pula kali ini. Semasa melintasi meja pekerja wanita yang dikenali sebagai Tina, wanita itu hanya menjelingnya. "Kenapa dengan dia tu, Cah? Macam tak suka dengan aku je." Qaseh bertanya. Aishah memandang Qaseh. "Siapa?" Aishah memandang ke sekeliling. Cuba mengenal pasti orang yang dimaksudkan oleh Qaseh. "Tina." "Ah! Kau buat tak tahu je dengan dia. Dia memang macam tu. Aku pun menyampah juga dengan dia. Bila ada perempuan lawa sikit daripada dia, mulalah nak buat musuh. Asyik nak melawa dan ‘menggetek’ dengan Encik Sulaiman. Nak jadi bini nombor dua lah tu. Tapi dia tak tahu, Encik Sulaiman pun meluat dengan dia. Mentang-mentanglah Encik Sulaiman tu pemilik syarikat kita kerja ni. Bukan saja bapaknya nak digoda, dengan anak dia pun nak digodanya." Mereka menuju ke arah lif. Qaseh menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam lif. "Siapa nama anak dia?" "Zahrien. Memang handsomelah. Wa cakap lu. But he’s so arrogant." Aishah terbayangkan kekacakan wajah Zahrien. Dia hanya boleh berangan. Tidak mungkin Zahrien akan memandangnya. Dia tidaklah secantik Camelia atau semanis Siti Nurhaliza. Dia juga berbadan gempal. Tapi ada perkara yang boleh membuatkan orang tertarik dengan dirinya. Perangai menyombong Zahrien juga membuatkan Aishah meluat dengan anak lelaki Encik Sulaiman itu. Qaseh menaiki keretanya dan menuju ke tempat yang menjadi pilihannya untuk makan tengahari. Qaseh memarkirkan keretanya di Maju Junction. Mereka menaiki lif untuk menuju ke restoran kegemaran Qaseh, Restoran Mejaku. Makanan kegemaran Qaseh ialah laksa. Kesemua laksa dia pernah rasa tetapi laksa yang paling digemarinya ialah Laksa Kedah dan Laksa Sarawak. Semasa mereka turun dari kereta, Aishah melihat wajah Qaseh yang seperti memikirkan sesuatu. "Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Kau tak payahlah pikir pasal si Tina. Bukan ada faedah pun." Aishah membetulkan bajunya. Mereka sama-sama jalan menuju ke arah lif yang disediakan. "Aku nak tanya kau satu soalan ni." "Apa dia?" Aishah pelik dengan Qaseh. Apakah benda yang hendak ditanyanya sehingga dia seperti tidak menumpukan fikirannya di situ. "Menggetek tu apa?" "Laa….itu je ke yang kau nak tanya. Maksudnya, gatal...gedik…tergolong lah perkataan semua tu." Aishah lihat Qaseh terangguk-angguk tanda faham. Tersenyum memandang sahabatnya itu. Aishah cuba menelefon Hadirah. Tetapi telefon bimbitnya tidak berjawab. Aishah cuba pula menelefon pejabatnya. "Hello." Kata satu suara. Lembut. "Boleh saya bercakap dengan Hadirah?" "Maaf, Cik. Hadirah tak ada. Dia keluar mesyuarat dengan bos dia, Encik Fareez." Kata penyambut tetamu tersebut. Lemah lembut sahaja pertuturannya. Aishah terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh penyambut tetamu tersebut. "Ermm…tak apalah kalau macam tu." "Cik nak tinggalkan apa-apa pesanan ke?" "Mmm…tak apalah. Terima kasih." "Sama-sama." Jawab penyambut tetamu itu. Aishah mematikan talian telefonnya segera. "Kenapa, Cah?" tanya Qaseh. "Didi keluar mesyuarat dengan Encik Fareez." "Tapi takkan nak batalkan lunch kita ni. Jomlah lekas. Aku dah lapar ni." Ajak Qaseh dan segera menuju ke lif yang berdekatan.
QASEH memilih meja bersudut tepi yang menghadap pemandangan luar. Pelayan restoran tersebut datang menghampiri meja mereka sambil datang membawa menu di tangannya. Mereka memesan makanan. "Bagi saya Laksa Sarawak." Tanpa melihat menu, Qaseh memesan makanan kegemarannya. Pelayan tersebut mencatit sesuatu di kertasnya. "Bagi saya, Chicken Chop." Aishah memesan makanannya pula. Sekali lagi pelayan tersebut mencatit sesuatu. "Air, Cik?" tanya pelayan tersebut. "Bagi saya Apple juice." Qaseh menyerahkan kembali menu kepada pelayan tersebut. Terangguk-angguk pelayan itu mengambil pesanan. "Samalah untuk saya." Aishah juga menyerahkan kembali menu tersebut. Mereka bersembang sesama sendiri. Tiba-tiba mata Aishah tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya. Orang itu memandangnya. Aishah tersenyum kepadanya tetapi dibalas dengan jelingan. "Meluat aku tengok." Aishah mengalihkan pandangannya ke arah luar jendela. Hatinya panas membara. "Kenapa, Cah?" Qaseh tidak faham apa yang sedang berlaku. "Kau nampak tak lelaki yang ada di tengah-tengah restoran tu? Itulah anak Encik Sulaiman, Zahrien." Aishah hanya menunjukkan tempat lelaki itu duduk tetapi tidak dipandang langsung ke arah tersebut. Qaseh memusingkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan oleh Aishah. "Ooo…itu ke? Handsome ye." "Handsome memanglah handsome tapi perangainya membuatkan aku meluat." Aishah menjelirkan lidahnya. Qaseh menggelengkan kepalanya. Dipandang semula ke arah Zahrien. Zahrien tersenyum menawan ke arahnya. Qaseh membalas kembali senyuman tersebut. "Dia senyum je dengan aku, Cah." Qaseh memandang muka Aishah. "Dengan kau memanglah dia nak senyum sebab kau cantik. Dengan aku tak hingin lah dia. Aku ni dah la tak lawa. Gemuk pulak tu." Aishah seperti merendah diri. Qaseh menggelengkan kepalanya sekali lagi. "Kau jangan cakap macam tu. Setiap ciptaan Tuhan ni ada keistimewaannya yang tersendiri." Pujuk Qaseh. "Hye, girls!" Zahrien menyapa mereka berdua. Aishah menjadi semakin meluat. Dipandangnya ke tempat lain. "Assalamualaikum." Qaseh memperbetulkan ayat Zahrien. Terasa tebal kulit muka Zahrien. "Waalaikumussalam." Zahrien menjawab kembali. Zahrien berdiri di kepala meja. Memandang ke arah Qaseh. "Saya, Zahrien. Nama awak apa?" tanya Zahrien kepada Qaseh. Zahrien mengulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Qaseh. Berterus-terang betul lelaki ini. "Saya, Qaseh. Dan ini Aishah." Qaseh menyambut huluran tangan Zahrien. Qaseh turut memperkenalkan Aishah kepada Zahrien. "Saya dah kenal dia. May I have a sit?" Zahrien segera duduk bersebelahan dengan Qaseh. Belum sempat Qaseh berkata apa-apa. "Awak ni kerja satu ofis dengan dia ke?" tanya Zarien kepada Qaseh. "Ya. Saya Pengarah Seni yang baru." "Oh, nilah Art Director yang baru. Papa selalu cerita pasal awak kat rumah. Tapi belum berkesempatan nak berjumpa dengan awak." Terang Zahrien. Qaseh tersenyum. Bangga apabila dipuji. "Encik Sulaiman cerita yang baik-baik ke yang buruk pasal saya?" "Mestilah yang baik-baik. Macam mana awak handle client yang cerewet tu. Papa betul-betul kagum dengan awak." Kata Zahrien. Qaseh mengangguk. Aishah mendengus kuat. Qaseh tersenyum kecil. Zahrien memandang Aishah sambil menjungkit keningnya. Qaseh dan Zahrien masih lagi bersembang sesama sendiri. Kemudian, sama-sama tergelak. Entah apa yang seronok sangat. Aishah tidak ambil peduli pun. Hatinya masih geram dengan perbuatan Zahrien. Tiba-tiba Zahrien ditegur oleh seorang lelaki. Aishah seperti mengenali suara itu. Dia beralih ke arah orang itu. Zahrien dan lelaki itu bersalaman. Lelaki itu memandang Aishah. Dia seperti terkejut dengan kehadiran Aishah. "Shah?" "Ghazi?" dia seperti tidak percaya berjumpa semula dengan abang kawan rapatnya semasa di sekolah dahulu. Ghazi lah orang yang selalu menghantar adiknya, Sofiya dan sahabat baik adiknya, Aishah ke sekolah. Muka Aishah semakin berseri-seri apabila dapat berjumpa dengan Ghazi Iskandar, lelaki yang berjaya mencuri hatinya satu waktu dahulu. "Is, kau kenal ke dia?" tanya Zahrien yang sedikit keliru. Kadangkala orang memanggilnya Iskandar dan kadangkala pula, Ghazi. Hanya sesetengah orang sahaja yang memanggilnya Ghazi. Orang yang teristimewa di hatinya. "Kenal. More than you think." Ghazi memandang wajah Aishah. Tertunduk malu gadis itu. Aishah berharap Ghazi tidak membocorkan rahsia mereka. Dia belum lagi bersedia cerita lama diungkit kembali. "Apa maksud kau? Aku tak paham." Zahrien mengerutkan dahinya. Qaseh pun turut mengerutkan dahinya. Nampaknya, ada rahsia di antara mereka. Ghazi ubah tajuk. Tidak mahu mereka tahu apa-apa mengenai hubungan dahulu. "Siapa yang di sebelah kau tu? Girlfriend?" Ghazi kenal sangat dengan citarasa Zahrien. Hanya berkehendakkan perempuan yang cantik sahaja. Zahrien tersenyum. Qaseh juga turut tersenyum. "I wish she is. But she’s not. Dia kerja dengan Papa aku. Is, kenalkan Qaseh. Qaseh…Is." Sarah bersalaman dengan Ghazi. Mereka sama-sama tersenyum. "Qaseh? Sedap nama tu." Kata Ghazi. "Thanks." Ucap Qaseh. Ada tanda tanya di benak Qaseh. Siapa Ghazi ini dengan Aishah? Orangnya hendak dikatakan kacak, tidaklah sangat. Tetapi ada tarikan pada wajah itu. Dia harus bertanya kepada Aishah nanti. Aishah seperti dalam kegelisahan. "So, join us?" tanya Qaseh. Ghazi memandang wajah Zahrien. "Ya, sure." Zahrien tersenyum memandang Qaseh. Tetapi Zahrien memandang Aishah dengan mata yang tajam. Ghazi menarik kerusi di sebelah Aishah. "Is, apa kata awak duduk tempat saya dan saya duduk sebelah Ecah? Bolehlah awak menghadap muka Ecah." Qaseh memberi cadangan. Ghazi berfikir sebentar. "That’s a good idea." Ghazi berjalan ke arah tempat Qaseh. Aishah seperti malu-malu berhadapan dengan Ghazi. Qaseh dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Tapi dia masih mahukan kepastian. "So, apa hubungan kau orang berdua?" Zahrien seperti dapat membaca apa yang ada di fikiran Qaseh. Qaseh tersenyum nakal. Zahrien masih cuba mencungkil rahsia hati mereka berdua. Ghazi tersenyum. "Kawan." Cepat sahaja mulut Aishah berkata. Ghazi mengangguk. Zahrien malas hendak ambil peduli. Dia bersembang semula dengan Qaseh. Tetapi telinganya tetap mendengar perbualan mereka berdua. Qaseh juga memasang telinga. Sesekali mata tajam Zahrien melekap pada seraut wajah Aishah. Qaseh perasan akan perbuatan Zahrien. Tetapi dia hanya tersenyum di dalam hati. "Ecah, apa khabar?" tanya Ghazi. Sudah lama tidak mendengar berita daripada Aishah setelah adiknya berpindah dan mengikut suaminya ke London. Adik Ghazi adalah penghubung mereka berdua. "Baik. Ghazi?" "Sihat. Pia ada call hari tu." Ghazi memulakan perbualan dengan perasaan sedikit kekok. Sudah lama tidak berjumpa dengan gadis yang menjadi pujaan hatinya. Pia, nama manja adik Ghazi. "Pia macam mana? Sihat ke? Dah lama tak dengar cerita dia." Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aishah. Sudah lama dia tidak ketemu dengan Sofiya. "Fine, but she’s going to be a mother." Ghazi menyampaikan berita gembira kepada Aishah. Sofiya juga pernah berpesan kepada abangnya supaya menyampaikan perkhabaran tentang diri dia kepada Aishah jika terserempak dengan sahabat baiknya itu. "Really? Tak sangka. Setomboy-tomboy Pia tu, dah nak jadik ibu juga. At last." Aishah tergelak. Ghazi turut tergelak. Menahan gelodak di hati. "Dia kirim salam pada Ecah." Ghazi memandang Aishah dengan matanya yang menawan. Salam itu hanya dijawab di dalam hati. Pandangannya terus menusuk ke hati Aishah. Sudah lama dia tidak nampak renungan itu. Mereka berdiam diri lagi. "Saya ada benda nak beri pada Ecah." Ghazi berkata sambil berdiri. Aishah hanya memandang perbuatan Ghazi. "Tapi saya tertinggal kat dalam kereta. Saya pergi ambil kejap." "Kau nak kemana ni?" tanya Zahrien. "Nak ambil barang dalam kereta kejap." Ghazi berlalu pergi. Aishah memandang belakang Ghazi. Ghazi memusingkan kepalanya dan tersenyum kepada Aishah. Itulah selalunya kebiasaan yang dilakukan oleh Ghazi semasa mereka mempunyai hubungan yang istimewa dahulu. Sekarang sudah tidak bermakna lagi. Aishah hanya menganggapnya kawan. 15 minit kemudian, Ghazi datang semula dengan bungkusan di tangannya. "Sebelum Pia nak pindah, Pia ada serahkan bungkusan ni pada Ghazi. Suruh beri pada Ecah." Ghazi menyerahkan bungkusan kepada Aishah. Aishah menyambutnya dengan senyuman tidak pernah lekang di bibirnya. "Apa ni?" tanya Aishah dengan tanda tanya dibenaknya. "Bukalah." Ghazi berkata. Aishah segera merungkaikan tali bungkusan tersebut. Dilihatnya ada bingkai gambar yang amat cantik. Berkilau. Gambar Aishah bersama-sama Sofiya, Razman, suami Sofiya dan Ghazi. Mereka bergambar pada hari terakhir persekolahan. Pada masa itu, Ghazi di tingkatan 6 Atas. Manakala Aishah di tingkatan 5. Mereka bergambar dihadapan dewan peperiksaan. Masih diingat lagi masa itu Ghazi memeluk pinggangnya. Kenangan manis itu tidak akan dilupakan. "Apa dia, Ecah? Hmm…frame. Wow! It’s so beautiful." Qaseh terpegun melihat bingkai gambar itu. Aishah tersenyum sambil menahan tangis. Senyuman Aishah yang membuatkan Ghazi kadangkala tidak tidur malam memikirkannya. Zahrien hanya memandang Ghazi dan Aishah bersilih ganti. Ada cemburu bersarang di hatinya. Kenapa dia mesti berasa cemburu sedangkan dia tidak pernah menyukai Aishah? Qaseh asyik memuji gambar itu. Kadangkala matanya menuju ke arah Zahrien. Dia perasan Zahrien hanya memerhatikan wajah Aishah agak lama. Kemudian dialihkan pula kepada Ghazi. Cemburu ke? Hati Qaseh tertanya-tanya. Ada cerita menarik akan berlaku tidak lama lagi. Dia hanya perlu menunggu dengan sabar. Makanan yang dipesan oleh mereka berempat telah dihidangkan dihadapan mereka. Masing-masing menjamu selera. Mereka bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam bidang pengiklanan cuma Aishah dan Ghazi sahaja yang berdiam diri. Ghazi mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu terbang tinggi di langit. Menjadi juruterbang. Impiannya telah pun tercapai. Aishah berminat ke arah belakang tabir dalam sesebuah produksi tetapi kerana dia bertubuh besar, dia lebih cenderung ke arah pengiklanan. Nasib baik Aishah mempunyai kemahiran melukis. Aishah hanya menikmati makanan tengah harinya sahaja. Ghazi pula kadangkala masuk campur dalam perbualan Zahrien dan Qaseh. "Kenapa diam saja ni? Ecah…Ghazi…" Qaseh memandang ke arah mereka. Aishah tersenyum. "Tak ada benda nak dicakapkan." Aishah tunduk menghadap hidangannya. Terus mati seleranya apabila ditegur begitu. "Ada. Tapi kau orang je tak nak cakap." Aishah memandang Qaseh dengan kerutan di dahinya. Tidak faham dengan apa yang cuba diperkatakan oleh Qaseh. "Apa dia?" Aishah bertanya kembali. "Tentang hubungan kamu berdua." Qaseh tersenyum simpul. Muka Aishah merona merah. Ghazi tersenyum tetapi Zahrien hanya memasamkan mukanya sahaja. "Kau orang nak tahu sangat ke?" tanya Ghazi. Qaseh mengangguk laju. Zahrien tidak lepas matanya daripada menatap wajah Aishah. Hati Aishah berdegup laju. "Oklah. Kita orang pernah bertunang." Ghazi akhirnya berterus terang. Aishah hanya menundukkan mukanya. Tidak berani menatap wajah Qaseh. "What?! Are you serious?" tanya Qaseh. "Ya. Tapi tak ada siapa yang tahu kecuali immediate family." Ujar Ghazi. Qaseh dan Zahrien seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar. "Ooo…inilah rahsia kau orang." Qaseh menyuap Laksa Sarawak ke mulutnya. Zahrien hanya memandang Aishah. Aishah menjadi tidak selesa dengan renungan Zahrien. Kenapalah dengan dia ni? Hati Aishah gusar. Zahrien tidak suka kepadanya tetapi kenapa Zahrien rasa tidak selesa apabila dia dan Ghazi bersembang sesama mereka tentang masa silam. "Kenapa putus?" tanya Qaseh lagi. "Aku nak sambung belajar. Ghazi pun nak sambung belajar. Tahu jelah. Duduk jauh-jauh, macam-macam boleh jadi. Kami ambil keputusan untuk beri sedikit ruang. Tapi tak sangka sampai…terputus." Kata Aishah perlahan. "I’m so sorry." Sela Qaseh. "It’s ok. Kalau dah ada jodoh, tak kemana, kan?" kata Ghazi. Qaseh mengangguk dan tersenyum. "Makan…makan….Aku tak nak usiklah kau orang." Qaseh menghirup sedikit jus epalnya. Zahrien yang seakan-akan tersedar dengan suara Qaseh segera menyuap Nasi Goreng Ikan Masin ke mulut. Hatinya membara.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...tunggu sambungannya ni...