Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kita cuba dulu, Encik Fareez. Kalau Encik Fareez tak suka dengan kerja saya, Encik Fareez boleh pecat saya. Deal?" Qaseh menghulurkan tangannya. Fareez memandang sepi tangan itu. Tidak lama kemudian, dia menyambut huluran tangan itu. "Deal." Mereka seperti sudah membuat perjanjian. Walaupun tidak rasmi, tetapi kata-kata yang dijanji harus ditunaikan sekiranya Qaseh tidak menjalankan kerjanya dengan betul. Encik Sulaiman menggeleng. Qaseh belum tahu lagi tentang perangai pelanggan mereka yang seorang ini. Cerewet. Nampaknya, dia kena cari pengganti Pengarah Seninya dengan segera. Qaseh pasti tidak tahan dengan perangai Fareez. "Awak baca dulu tentang syarikat saya. Saya bagi awak 3 hari untuk siapkan storyboard. By Thursday, I want to see the storyboard. Whether you ready or not, you have to show it to me. Understood?" Fareez seperti memberikan arahan kepada Qaseh. "Ok." Qaseh keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke arah Aishah. "Hii…Geramnya." Qaseh melepaskan geram kepada Aishah. Terkejut Aishah dengan dengusan nafas Qaseh. Marah benar si Qaseh. "Kenapa ni, Qaseh?" "Tak pernah aku jumpa client macam manusia ni." Aishah tergelak dengan kata-kata Qaseh. Pasti Fareez yang dimaksudkannya. Pintu bilik mesyuarat terkuak. Encik Sulaiman dan Fareez sedang ketawa. Tentulah ada perkara lucu yang diceritakan itu. Fareez melihat Qaseh sedang berdiri dihadapan meja Aishah. "Saya dengar ada orang tu nak bekerja bersungguh-sungguh dan nak buktikan pada saya yang dia tu berbakat. Tapi saya tengok dia siap bersembang lagi." Qaseh tahu kata-kata Fareez itu ditujukan kepadanya. "Cah, mana data syarikat manusia tu?" perlahan sahaja Qaseh berkata-kata. Dia tidak mahu Fareez mendengarnya. Nanti apa pula kata Fareez. Walau apapun, pelanggan adalah keutamaan sesebuah syarikat. Dia tidak boleh melepaskan pelanggan yang banyak memberikan keuntungan pada syarikat dia bekerja. Dia tidak mahu kerananya pelanggan itu berhenti menggunakan perkhidmatan syarikat itu. Tahan sahajalah. "Kejap. Ecah pergi cari. Nanti Ecah hantar kat bilik Qaseh." Aishah bangun dan menuju ke kabinet di belakangnya. "Encik Fareez dah nak balik? Selamat sampai!" Qaseh segera berlalu ke bilik pejabatnya. Encik Sulaiman tersenyum. Dari mula lagi dia mengambil Qaseh bekerja, dia tahu gadis itu seorang yang keras kepala. "Encik Fareez jangan ambil hati dengan Qaseh. Dia bergurau saja tu." Encik Sulaiman tidak mahu mereka berterus-terusan bertegang urat. Fareez mengangguk. Fareez meminta diri untuk pulang. Fareez melintas dihadapan bilik Qaseh. Gadis itu langsung tidak memandang mukanya. Tetapi wajahnya ceria sahaja. Tidak langsung muram. Walaupun baru sahaja gadis itu kena tegur dengan Fareez. Fareez kagum dengan Qaseh. Kalau perempuan lain, kena tegur sikit sudah hendak menangis. Aishah memasuki bilik Qaseh dengan membawa data syarikat Fareez yang diperlukan oleh Qaseh. Diletaknya fail tersebut di atas meja. "Terima kasih, Ecah." "Kenapa, Qaseh? Gaduh dengan Encik Fareez ke? Kau jangan ambil hati. Dia memang macam tu. Kalau dengan perempuan, ada saja benda yang dia tidak puas hati." Aishah cuba menenangkan hati Qaseh yang sedang membara. Qaseh mendengus perlahan. "Aku tak taulah macam mana girlfriend dia boleh tahan dengan perangai dia." Qaseh menyelak fail tersebut. Syarikat Fareez berkembang maju. Bangga dia dengan anak Melayu yang dapat bersaing dalam arus pembangunan yang semakin membangun. "Kau tak tau tahu cerita ke?" Aishah berbisik. Dipandangnya ke kiri dan ke kanan. Seperti ada rahsia besar sahaja. "Cerita apa?" Qaseh pun turut meniru perbuatan Aishah. Kemudian mereka sama-sama tergelak. "Encik Fareez tu pernah kahwin. Tapi wife dia lari dengan kawan baik Encik Fareez sendiri." Aishah duduk dihadapan Qaseh. Terangguk-angguk kepala Qaseh mendengar cerita daripada Aishah. Macam wartawan pula kawannya ini. Baru sehari dia memulakan kerja, dia rasa senang dengan suasana baru. "Patutlah aku rasa tak hairan." Qaseh kembali menyemak fail yang tebal itu. Mahu dia baca dalam 3 hari? Tak tidurlah, jawabnya. "Kenapa?" "Sebab dengan perangai dia macam tu. Dia ada anak ke dengan wife dia tu?" Qaseh pula yang seperti mengalahkan seorang wartawan. "Ada. Tapi dia hantar ke Luxembourg. Duduk dengan kakak Encik Fareez yang belajar kat sana. Sebulan sekali Encik Fareez pergilah jenguk anak dia kat sana." Macam Joyah pula Qaseh melihat Aishah. "Berapa umur Encik Fareez?" "Tahun ni masuklah 28." "Hmm…patutlah pun." "Apa yang patut?" "Dah tua. Kakak dia tak kahwin ke?" tergelak Aishah mendengar kata-kata Qaseh. Ada sahaja si Qaseh ini. "Tak." "Macam mana Ecah boleh tahu tentang semua hal ni?" Qaseh pelik dengan maklumat yang Aishah dapat. Seperti ada sumber yang memberikan maklumat. "Hehe… Sepupu aku kerja kat syarikat Encik Fareez. Setiausaha dia." Aishah tersengih. Qaseh tersenyum. "Eh! Tak apalah. Aku balik ke tempat dulu. Nanti Encik Sulaiman cari, nahas pula." Aishah keluar dari bilik Qaseh. Qaseh menyandarkan badannya ke kerusi empuk. Diselaknya satu persatu. Macam mana dia nak baca? Hanya 3 hari diberikan kepadanya. Siap kena buat storyboard sekali. Pening kepalanya. Tiba-tiba Qaseh terfikir satu cara. Dia berjalan keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke arah Aishah. "Cah…. Siapa yang uruskan Encik Fareez sebelum ni?" tanya Qaseh. Aishah berfikir sebentar. Kemudian dia teringat. "Kevin. Kenapa?" "Tak ada apa-apa." Qaseh segera berjalan ke arah Kevin, lelaki cina yang dimaksudkan oleh Aishah. Qaseh berdiri dihadapan meja Kevin. Tekun sekali Kevin melakukan kerjanya. Dia terperasan ada orang dihadapannya. Kevin mendongak memandang pegawai atasannya itu. "Cik Qaseh. Ada apa yang boleh saya tolong Cik Qaseh? Duduklah Cik Qaseh." tanya Kevin. Fasih berbahasa Melayu. Terkejut juga Qaseh pada mulanya. "Saya nak tanya Kevin. Sebelum ini Kevin yang uruskan syarikat Encik Fareez, ya?" Qaseh duduk bertentangan dengan Kevin. Pekerjanya itu mengangguk. "Tentu Kevin tahu selok belok tentang perjalanan syarikat Encik Fareez. Saya nak minta tolong Kevin terangkan pada saya tentang syarikat tu. Tolonglah saya, Kevin. Dia bagi saya masa 3 hari untuk siapkan storyboard dia. Kalau saya baca semua pasal syarikat dia, lepas tu nak fikir pula pasal storyboard. Pening saya. Tolong saya, Kevin." rayu Qaseh. Dia amat berharap Kevin akan menolongnya. "Baiklah, Cik Qaseh." Kevin bersetuju dan dia mula bercerita tentang perjalanan syarikat Fareez. Qaseh sudah tahu serba sedikit. Kalau ada yang dia tidak faham, dia akan merujuk kepada Kevin. Hanya Kevinlah harapannya sekarang. "Terima kasih, Kevin. Kalau ada apa-apa yang saya tak faham, saya akan rujuk kepada awak. Saya harap kita dapat bekerjasama. Maklumlah, saya baru saja memegang jawatan sebesar ini. Jadi, belum ada apa-apa pengalaman. Saya minta tunjuk ajar awak, Kevin." kata Qaseh. Kevin tersenyum mendengar kata-kata ketuanya. "Boleh saya tanya awak sesuatu, Kevin?" "Boleh, Cik Qaseh. Apa yang Cik Qaseh nak tanya?" "Kenapa awak dah tak uruskan iklan syarikat Encik Fareez? Saya ke yang menjadi penyebabnya awak tidak menguruskan lagi projek ini?" tanya Qaseh. Risau juga jika kerana dia Kevin ditolak ketepi. "Saya yang minta tukar dengan Encik Sulaiman. Sepatutnya saya uruskan sampai habis. Tapi tak tahanlah, Cik Qaseh. Encik Fareez tu cerewet. Leceh bekerja dengan dia. Memang kerja kita ni susah dan remeh. Tapi kerja dengan dia, lagi remeh. Benda kecil pun yang orang tak boleh nampak dengan mata kasar, dia boleh nampak. Itulah sebabnya bila saya tahu akan ada Pengarah Seni yang baru, saya minta tukar dengan Encik Sulaiman. Encik Sulaiman setuju." Jelas Kevin panjang lebar. Qaseh nampaknya kena bersedia dari segi mental dan fizikal. "Oh, ye ke? Terima kasihlah, Kevin. Kerana menakutkan saya." Seloroh Qaseh. Kevin tertawa kecil dengan kata-kata ketuanya. "Tak apalah, Kevin. Saya masuk dulu." Ujar Qaseh. Kevin mengangguk perlahan sambil tersenyum. Qaseh berjalan masuk semula ke dalam bilik pejabatnya. Dia memeluk tubuh. Sedang memikirkan iklan yang sesuai untuk syarikat Fareez.
SUDAH 2 hari Qaseh memikirkan iklan yang sesuai. Tetapi otaknya buntu. Macam mana dia hendak buat sekarang? Tinggal lagi 1 hari untuk dia menyiapkan storyboard. Ke hulur ke hilir Qaseh di dalam bilik pejabatnya. Aishah mengetuk pintu biliknya dan terus masuk ke dalam. "Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Macam kucing nak beranak je." gurau Aishah. Qaseh kembali duduk di kerusinya. "Aku tak dapat fikir lagi pasal iklan syarikat tu. Tinggal 1 hari je lagi. Aku risaulah." Qaseh mengeluh. Kemudian diletakkan kepalanya ke atas meja. Mengeluh lagi. "Aku tak dapat tolong kau. Sebab aku tak tau sangat pasal syarikat Encik Fareez." Aishah pun turut mengeluh. Sebentar kemudian Qaseh mengangkat kepalanya dan memandang Aishah. "Kau memang boleh tolong aku." Qaseh tersenyum nakal. Aishah pelik dengan perangai Qaseh. Sekejap muram, sekejap ceria. Aishah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Apa maksud kau?" "Kau pernah kata kat aku yang sepupu kau bekerja sebagai setiausaha ‘harimau tua’ tu kan?" Aishah mengangguk sambil tergelak mendengar kata-kata Qaseh. Harimau tua. Belum pernah orang menggelar Fareez sebagai harimau tua. "Tentu dia tahu apa si tua tu nak. Kau ajak sepupu kau keluar lunch. Aku belanja." Kata Qaseh. Aishah mengangguk dan segera menelefon sepupunya melalui telefon Qaseh. Selepas itu, dia meletakkan gagang telefon. "Dia kata ok." Aishah memberikan jawapan yang diberikan oleh sepupunya. Qaseh meyandarkan badan dan memeluk tubuhnya. Tersenyum. Aishah pelik dengan Qaseh. Dia keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya. Tepat jam 12.00 tengah hari, Qaseh mengemaskan mejanya. Dia harus pergi berjumpa dengan sepupu Aishah dengan kadar segera. Aishah sudah siap menunggunya di lobi. "Dia nak jumpa kat mana?" "Hotspot dialah. Let me be the driver." Aishah menghulurkan tangannya meminta kunci kereta. Tanpa teragak-agak, Qaseh menyerahkan kunci kereta ke tangan sahabat yang hanya baru dikenali selama 3 hari. Kereta Qaseh meluncur laju membelah jalanraya yang semakin sesak dengan kereta yang berpusu-pusu keluar untuk ke bandaraya. Apa lagi yang boleh dibuat kalau tengah hari? Makanlah, jawabnya. 45 minit kemudian, kereta Qaseh berhenti di hadapan sebuah kompleks membeli belah. Aishah memarkirkan kereta Qaseh dan mereka berdua turun dari kereta dan berjalan ke arah kompleks Atria. Belum pernah Qaseh sampai ke situ lagi. "Jauhnya kompleks ni daripada ofis kita." kata Qaseh. Aishah tersenyum. "Inilah hotspot dia." Aishah menuju ke arah sebuah restoran. Sepupu Aishah melambai ke arah mereka. Qaseh dan Aishah menuju ke arah orang tersebut. "Dah lama ka hang sampai?" terkeluar sudah loghat Kedah Aishah. Qaseh memerhati seluruh restoran. Restoran ini melakukan konsep secara terbuka. Kalau pelanggan ingin mengambil angin, bolehlah duduk di luar. "Lama, tak lama. Baghu ja. Hang nak makan ka nak minum ka, pi lah order. Ini self service." Kata sepupu Aishah sambil menghirup minumannya. "Ni aku kenai kan. Qaseh. Bos aku jugaklah." Aishah memperkenalkan mereka berdua. Qaseh bersalaman dengan sepupu Aishah. Mereka sama-sama tersenyum. Manisnya sepupu Aishah ini. Bertudung lagi. Qaseh duduk bertentangan dengan Aishah. "Aii! Bukan ka bos hang Encik Sulaiman Akhlaken tu? Hang dah tukaq bos ka?" Hadirah tertanya-tanya. "Dak aih. Bos aku still Encik Sulaiman. Ni Pengarah Seni kat syarikat aku. Pangkat lagi tinggi daripada aku, beb. Kiranya bos aku lah." Terang Aishah. Hadirah hanya mengangguk. Aishah berpaling pada Qaseh. "Qaseh, kenalkan Hadirah. Qaseh boleh panggil dia Didi." Aishah memperkenalkan pula Hadirah kepada Qaseh. Lawanya bos Aishah ini. Rambut yang panjang ikal mayang, mata yang bundar, pipi kemerah-merahan dan lesung pipit yang dalam. Sebenarnya, itulah yang paling mahal. Pasti membuatkan ramai lelaki tertawan padanya. Aishah memesan makanan dan minuman untuk mereka berdua. "Qaseh nak minum apa?" tanya Aishah. "Apa speciality kat sini?" "Of courselah, coffee." Aishah berkata sambil memandang wajah bosnya itu. Qaseh berfikir sebentar. "Bagi Kopi ‘O." "Makan?" "Hmm… Assam Laksa." Selepas mendapat pesanan daripada Qaseh, Aishah segera memesan makanan. Aishah duduk kembali ke tempat mereka. "Didi, kita orang nak mintak tolong hang sikit. Buleh ke dak?" Aishah memandang muka Hadirah. Selamba sahaja wajah sepupunya itu. "Hang ni pun. Sabaq-sabaq lah sikit. Makanlah dulu. Nanti baghu ceghita. Kesian kat Qaseh. Nak makan." Hadirah memarahi Aishah kerana perangainya yang kurang sabar. Aishah tersengih seperti kerang busuk. 20 minit kemudian, makanan yang dipesan sampai. "Makanlah, Cik Qaseh." Jemput Hadirah. Aishah sudah lama menjamu selera. Tanpa dijemput. "Usahlah bercik-cik dengan saya. Qaseh saja. Saya tak biasa orang panggil Cik." kata Qaseh sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit. Hadirah mengangguk. Mereka bercerita perihal lain dahulu sebelum mereka ke perkara yang sebenarnya. "Kenapa, Cik…Ermm…maksud saya kenapa Qaseh ajak saya keluar makan?" tanya Hadirah. Qaseh memandang wajah Aishah. Tersenyum. "Pasal syarikat Encik Fareez. Saya nak tahu Encik Fareez pernah tak kata apa-apa mengenai iklan yang dia mahu untuk syarikat dia?" Qaseh memandang wajah Hadirah penuh mengharap. Hadirah seperti memikir sesuatu. "Ada hari tu dia cakap dengan orang yang mereka iklan untuk syarikat dia dulu. Saya adalah juga terdengar. Tapi orang tu tak nak ikut cakap dia. Jadi, dia pecat saja perempuan tu. Kesian saya tengok. Dia nak iklan yang susah-susah saja. Cadangan orang dia tak nak dengar." marah Hadirah. Tapi marahnya itu disimpan. Sakit hati dia melihat bosnya itu. Perangai tidak pernah berubah. Patutlah isterinya lari tinggalkan dia. Kemudian, mereka berbincang tentang iklan yang patut dibuat.
best gak cter ni. tlg post cpt ckit ye.-yong jiao xiu-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak cter ni. tlg post cpt ckit ye.-yong jiao xiu-