Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hujan masih renyai-renyai membasahi bumi sejak petang tadi. Teman-teman sebilikku masih belum lagi pulang. Mungkin ada perbincangan kumpulan, mungkin sengaja menghabiskan masa menelaah di perpustakaan sehingga ke malam, atau mungkin juga terperangkap di fakulti kerana menunggu hujan berhenti terlebih dahulu. Memang agak menyusahkan apabila ahli kumpulan datang dari pelbagai kolej kediaman, hal ini sering saja terjadi apabila lecturer yang menetapkan pembahagian kumpulan. Kalau diberi kebebasan memilih sudah tentu ahli dipilih daripada kawan-kawan rapat kita sendiri. Jarak kolej kediaman dengan fakulti juga agak jauh dan pada sesiapa yang tidak mahu berebut untuk menaiki bas untuk ke kelas malam sudah tentu mengambil jalan mudah dengan menunggu saja di fakulti masing-masing setelah tamatnya kelas petang. Aku terus menghalakan pandangan kosong ke hadapan, hanya gelap menyusur ke malam dan fizikal yang diciptakan manusia terbentang. Padang yang luas, rumput yang semakin panjang. Sesekali terdengar jua tawa dari kejauhan. Tempias hujan terasa juga ke muka walaupun hujan tidaklah selebat mana. Pertama kali masuk ke bilik ini, tingkap semuanya tidak berjeriji, entah ke mana hilangnya aku sendiri tidak tahu. Terdetik jua di hati ganasnya perempuan zaman sekarang. Jeriji tingkap pun boleh hilang. Siti pernah membuat lawak dengan mengatakan yang kami terdedah kepada risiko yang tinggi untuk demam denggi. Harap-harap janganlah masin mulut Siti. Semua orang tahu bahayanya penyakit itu walaupun ianya hanya dibawa oleh nyamuk yang selalu kita tepuk tampar itu. Kelihatan pelajar-pelajar perempuan berpakaian formal sedang berjalan beriringan sambil menyandang beg masing-masing, ada juga yang memakai pakaian santai sambil menghayunkan plastik di tangan kiri dan payung di tangan kanan. Pulang dari kafe untuk membeli makanan barangkali. Waktu-waktu begini, tentu ramai yang telah pulang ke kediaman masing-masing. Sebentar lagi pasti azan maghrib akan berkumandang. Azan yang dialunkan oleh pelajar dari kolej sebelah sungguh gemersik sekali. Mendengar alunannya saja aku dapat meneka tentu ianya dimiliki oleh orang yang berpengetahuan dalam ilmu agama. Itu hanya tafsiranku semata-mata. Walaupun pelajar lelaki kolej sebelah terkenal dengan sikap nakalnya yang kadang kala mengundang kemarahan dari penghuni kolejku, namun aku tahu mereka semua baik-baik belaka. Ini kerana ramai antara mereka merupakan classmate aku. Sikap nakal yang ditonjolkan itulah yang menjadi perasa dalam kelas kami. Jenaka yang tak pernah lekang menjadi hiburan spontan yang membuatkan kami turut ketawa sakan. Sudah menjadi tabiatku bertenggek di tepi jendela sambil menyelak langsir sementara menunggu masuknya waktu azan. Entah kenapa aku sendiri tidak tahu, mungkin untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Memerhatikan gelagat manusia dari kejauhan. Sejak menjadi penghuni di sini lebih dua tahun dulu, ini adalah salah satu hobiku di masa lapang. Teman sebilikku selalu mengusikku dengan gelaran ’gadis tingkap’ ekoran daripada ’hobiku’ ini. Sewaktu di semester tiga, kami telah mendapat bilik yang menghadap ke jalan raya dan sekaligus mencambahkan lagi minatku menjadi pemerhati di situ. Apa yang aku cari sebenarnya? Bersendirian begini sentiasa mengembalikan aku kepada kenangan-kenangan yang tercipta semalam. Bersama abang, menjadi pengikut setia dengan membonceng motosikal abang ke mana-mana sahaja. Selalu juga terdengar rungutan abang mengatakan yang aku tak boleh nampak dia senang. Tidak pernah sekali pun aku menghiraukan rungutannya kerana aku tahu abang hanya melepaskan perasaan geram yang sekali sekala bertandang buat adik kesayangannya ini. Bersama kawan-kawan, di zaman persekolahan yang tak mungkin aku lupakan. Kenangan semalam mampu membuatkan aku tersengih seorang diri.
***** "Weh… gempak la result ko ni, nak macam mana lagi? Tak tahu bersyukur betul la ko ni" … itu adalah lafaz dari seorang makhluk Allah kat atas bumi yang damai ni… "I don’t mean it la bro, ko ni la aku cakap tak habis lagi ko dah nyampuk, macam mana nak tau apa yang aku cuba nak bagitau… ape la"… rungut aku. Tapi apa yang nak cuba aku sampaikan sebenarnya ek ? hehe… memang betul la kot kata Akem aka wartawan mulut laser kat skol aku… bukan ape, aku tak puas hati pasal subjek Sejarah aku dapat A- je… je ? aku nak A betul ! kalau tak mesti lagi tinggi aku punya pointer… walaupun aku ni tak pernah sekalipun jadi best student kat skol aku ni tapi boleh dikatakan nama aku menjadi penunggu setia list topten la… hehe… "Dah tu, apa maksud ko ? aku rasa dah takde maksud lain dah kan ? kan ? macam la aku tak kenal ngan ko, tengok muka pun dah tau yang ko memang tak puas hati" tekan Akem lagi. Hu… tak puas hati lagi rupanya mamat ni. Mengaku je la Cahaya Bulan Purnama… ek ? bukan nama aku tu… Cahaya Nur Iman ! "Dah… dah la tu, disebabkan result yang boleh dikatakan cemerlang duk kat tangan aku ni, jadi dengan bangganya aku nak belanja korang makan… nak tak ? " tak mungkin tak nak, macam la aku tak kenal diorang nih… "Memang itu yang aku tunggu dari tadi keluar dari mulut ko" itu pulak jawapan dari Ayem, sorang lagi member aku yang tak cukup wayar merangkap adik kembar si Akem… Hakem Fatah dan Halem Fatah, kembar seiras yang aku kenal sejak form 4, dan jadi sahabat lelaki aku sampai la sekarang… sahabat jek ? sahabat je ler… "dari tadi duk bertekak ngan si Akem, aku nak tengok jek ko nak tunaikan atau buat-buat lupa janji ko dulu" tekan Ayem lagi… "Dah kembar ko ni tak cukup wayar, aku nak buat macam mana". Aku buat muka seposen… "tak abis-abis nak cari pasal ngan aku… sedih tau". Kalau la ada ‘dia’… Lebih kurang 10 meter dari tempat kami berdiri aku nampak kelibat Nora, Jee, dan Ain datang ke arah kami. "dah lega ke ?" aku bertanya secara rawak pada mereka tetapi kelihatan nora yang tersengih-sengih kerana dia yang bersungguh-sungguh mahu ke toilet sebentar tadi. "tunggu apa lagi ? jom la". Pintas Akem…
***** "Man!" "mak ko mati!" keluar dah ayat power aku... Lamunan aku tergantung kat situ dan tak sempat nak masuk episod aku belanja si kembar hensem dan dara pingitan makan kat tepi pantai… "Nak ape sayang ? Ko ni la tak bagi salam, tak bagi ape. Terus terjah je masuk bilik aku ni pe hal ?" kataku sambil mengurut dada kerana terkejut dengan sergahan Yatt. Jelas aku nampak Yatt macam nak gelakkan aku. "Ko nak ape ni?" ada la tu... "Mana yang lain? Waktu-waktu macam ni pun tak balik lagi". "Stay kat sana kot. Siti dan sue ada kelas malam ni". "Mizi ajak aku keluar petang esok, ko nak ikut ?" aku pun pandang Yatt dengan pandangan plek... "Sejak bila pulak ko pandai heret aku sama pergi dating ni? Tak kuasa r"... baik aku landing lagi baik daaa... "Aku nampak ko macam ada prob je dua tiga hari ni kenapa? nak kongsi ngan aku?" Yatt memang sahabat aku yang baik... dan dengan tetiba je aku ingat kat seseorang... "Tak ada apa-apa la, aku letih kot. Banyak assignment la nak kena hantar. Takkan ko tak tau kalau nak abis sem ni, masa tu la sibuk nak siapkan assigment" aku mengeluh… dan hati berdetik ‘saya rindu awak’. "Walaupun aku susah nak percaya tapi aku buat-buat percaya je la yek. Tapi ko kena ingat yang aku selalu ada tika ko susah, bukan masa senang je Man". Sayu suara Yatt.. "Yatt... jangan la macam ni, ko kenal aku kan? Tolong la paham ngan perangai aku yang satu ni. Lagipun benda tak penting pun. Takde kena mengena dengan benda yang hidup" tapi ada kena mengena dengan yang dah mati…. Yatt memang dah tahu sangat dengan perangai aku yang suka bagi intro pada setiap perkara yang aku nak ‘sorokkan’. Dia adalah classmate merangkap sahabat baik aku semenjak aku disahkan ‘tercampak’ kat Hutan Sintok yang menghijau ni. Dan sejak itu juga aku telah berpisah dengan kawan-kawan tak cukup wayar daripada skol dulu. Semua dah bawa haluan dan menuju ke matlamat hidup masing-masing. Hanya Ain antara kami yang memilih untuk tidak menyambung pengajian. Tapi sempat juga tinggal di UKM selama satu semester. Setelah mendapat tawaran bekerja sebagai pramugari, dia memilih untuk berhenti belajar. Tapi kami semua masih berhubung walaupun telah meninggalkan alam STPM selama tiga tahun. Aku pun dah berada di semester lima pengajian. Kami semua masih lagi berhubung sama ada melalui telefon, emel, dan kadang-kadang melalui tetingkap yahoo masengger. Tapi Si kembar selalu saja menghantar gambar-gambar terbaru mereka kepadaku. Pantang pergi melancong ke mana-mana pasti akan ada gambar yang dikirimkannya. Aku akan tersenyum sendiri bila mengingatkan gelagat Si kembar sahabat baikku. Tambahan pula, Ayem ada menghantar emel terbaru kepadaku mengatakan yang Akem dah berjaya pikat budak yang buat dia jatuh cinta pandang pertama. Dan dia telah meninggalkan status single sejak tiga minggu lalu. “Abang hensem ko tak tepon ke ? selalunya hari minggu tak miss bergayut dengan ‘cik abang’ dia" Aku hanya tersengih mendengar usikan Yatt, tahu saja siapa yang dimaksudkan. Tapi abang, just abang ! Rindunya kat abang. “Wei, aku tanya ko ni. Sempat lagi berangan minah sorang ni. Abang ko tak tepon ke?" Abang tersayang aku la yang dimaksudkan Yatt, satu-satunya abang yang aku ada.. Carl Iman Akash. Tengok nama je mesti orang akan mengatakan ada darah kacukan. Tapi memang betul pun cuma dah pelapis yang ketiga. Ma aku anak mualaf. Datuk aku telah berkahwin dengan nenek aku yang berbangsa Cina dan telah memeluk Islam setelah berkahwin dengan datuk. Huh, kadang-kadang aku terfikir juga nenek masuk Islam sebab nak kahwin je ke? Tapi alhamdulillah, aku nampak nenek berpegang teguh kepada agama yang dipilihnya. “Dia sibuk sekarang, kena buat assigment luar. Yatt, aku nak balik malam esok. Ko ada nak kirim apa-apa tak ni? Ye la, biasanya ko suka kirim tudung bawal kan?" Yatt nampak terkejut. "Nak balik? Kenapa? Ko ada prob ke kat rumah?" " Tak ada la. Aku saja nak balik. Dah lama tak balik. Rindu kat ma dan abah aku." Esok adalah tarikh yang benar-benar telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup aku walaupun perkara itu telah empat tahun berlalu. Aku cuba untuk menjadi seceria mungkin agar tiada yang dapat mambaca isi hati aku yang sebenarnya. Tapi setiap kali datangnya tarikh itu, serta-merta aku akan merasakan yang aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang aku telah kehilangan dia. Malah, telah kehilangan selama empat tahun lamanya! Seolah-olah baru semalam aku mendengar celotehnya mengusikku, memetik gitar untukku, dan sentiasa menghadiahkan senyuman untukku. Sungguh! Aku merasakan tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya di hatiku. Hanya dia!.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
X BERAPA FAHAM CERITA NIE....