Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tapi bukan ke PTPTN Syella tu lebih banyak daripada kau? Kenapa pula dia pinjam daripada kau?" soal Fauziah lagi.
"Kau ni banyak tanyalah, Gee. Bukannya aku bagi terus. Pinjam aja," Eisya melangkah ke koridor untuk menjemur baju-baju yang baru dibasuhnya tadi di ampaian di hadapan bilikya.
"Memanglah kau tak bagi terus tapi kau tu pun bukannya ada duit sangat kan? PTPTN pun dapat separuh aja. Dahlah adik-beradik ramai," Fauziah tidak berpuas hati dengan jawapan Eisya.
"Aku ada simpanan lagi. Lagipun siapa lagi yang nak tolong kawan kan?"
Eisya hanya tersengih. Baldi yang telah kosong diletak di tepi pintu. Eisya menghampiri Fauziah yang sedang leka membaca sebuah majalah hiburan di atas katil di tepi tingkap.
"Kau baca majalah apa ni?" tanya Eisya.
"Majalah EH. Sya, kau tengok ni. Cantikkan model-model ni?" Fauziah menayang salah satu muka surat yang memaparkan beberapa gambar model wanita yang sedang menggayakan fesyen-fesyen pakaian terkini.
"Hm…cantik. Apalah yang dia orang pakai kan? Mesti banyak belanja," Eisya kagum melihat wajah-wajah cantik itu.
"Orang banyak duit bolehlah. Kau pun boleh buat kalau kau nak."
"Aku mana ada duit," Eisya menyerahkan kembali majalah tu kepada Fauziah.
"PTPTN kau kan ada," ujar Fauziah.
"Hish…tak kuasa aku nak guna duit PTPTN beli benda-benda tu," bantah Eisya.
"Apalah kau ni. Bukannya aku suruh kau pakai botox ke apa. Orang kata kalau nak cantik kenalah berkorban sikit. Kau pun boleh kalau kau nak. Yang penting disiplin diri," ujar Fauziah persis seorang pakar kecantikan yang sedang ditemu bual.
"Maksud kau?" Eisya tidak mengerti.
"Kita kalau nak cantik kenalah berusaha. Bukan setakat dua tiga hari aja berkobar-kobar lepas tu dah malas nak jaga."
"Kau perli aku ke?"
Aku tahulah aku jarang-jarang cuci muka. Lecehlah. Nak pakai penyegar mukalah. Lepas tu nak pakai pelembap muka pula. Masa banyak habis kat benda alah tu. Tapi muka macam tu jugak.
"Tak adalah. Kalau kau rajin aku yakin kau boleh jadi cantik macam model majalah ni. Manalah tahu ada yang sangkut dengan kau nanti," usik Fauziah.
"Siapalah yang nak kat aku ni? Aku ni tak cantik macam Syella. Kulit cerah, putih, rambut lurus," Eisya berasa rendah diri.
"Siapa kata kau tak cantik? Cantik tu tak semestinya kena putih. Orang kulit gelap pun cantik apa. Tapi aku tengok kau pun tak adalah gelap sangat. Muka okay. Ada mata, hidung. Mulut pun tak senget. Kau sepatutnya bersyukur sebab sempurna pancaindera. Ada mata yang boleh melihat, hidung untuk menghidu, mulut untuk berkata-kata. Semuanya cukup. Apalagi yang kau tak puas hati?"
"Entahlah. Aku selalu rasa rendah diri. Masa sekolah dulu pun budak lelaki semua pandang Syella aja. Aku ni macam tak wujud aja walaupun aku duduk sebelah dia," luah Eisya.
"Ala…itu zaman sekolah. Budak laki yang masih sekolah memang macam tu. Dia orang cuma tengok luaran aja sebab tu dia orang suka awek yang cantik aja. Dia orang pun bukannya handsome sangat pun. Sebab tu mak aku kata kalau nak cari boyfriend, cari masa kat universiti. Baru ada taste. Budak-budak laki kat universiti berbeza dengan budak-budak laki kat sekolah. Budak-budak laki kat sekolah suka main-main tapi budak-budak laki kat universiti lebih matang dan lebih memikirkan soal cinta secara serius," terang Fauziah panjang lebar.
"Ewah, ewah pandainya dia berkata-kata. Habis selama hampir tiga semester kau belajar kat sini, kau dah jumpa ke boyfriend idaman kau?" Eisya memerangkap Fauziah dengan soalan itu.
"Adalah," Fauziah berselindung.
"Siapa?" soal Eisya ingin tahu. Memang Fauziah jarang-jarang mahu berkongsi perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaannya.
"Nantilah aku cerita. Kita tengah cakap pasal kau kan sekarang? Jangan nak ubah topik. Aku rasa kan, kau kena ubah cara kau berpakaian," Fauziah cuba mengelak daripada terus disoal tentang lelaki idamannya.
"Kenapa? Tak elok ke aku pakai macam ni?" Eisya melihat dirinya yang hanya berbaju T dan berseluar track bottom. Sekarang kan aku duduk kat bilik. Buat apa nak pakai lawa-lawa? "Aku tahulah aku tak pandai bergaya tapi sekurang-kurangnya aku tak tayang body aku kat siapa-siapa tau."
"Bukannya aku suruh kau pakai tiub ataupun spageti. Sekali-sekala kau pakailah jubah ke, baju punjabi ke ataupun blaus. Kan cantik? Baru nampak feminin!" cadang Fauziah.
ala....... nape pndek sngat.. dh lma tau sya tnggu... p x pe... apapn good luck...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ala....... nape pndek sngat.. dh lma tau sya tnggu... p x pe... apapn good luck...