Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hari ini adalah hari yang malang buat saya. Dahlah saya terlupa bawa buku matematik dan didenda duduk di koridor. Masa BM pula, saya didenda berdiri sepanjang kelas sebab tak dapat jawab soalan cikgu. Malang betul nasib saya," Azrizal menceritakan kejadian siang tadi kepada sahabat onlinenya.
"Hehe…kesian awak tapi salah awak juga. Kenapa awak tak semak jadual dan mengulangkaji pelajaran?"
Azrizal mendengus. Sangkanya sahabat onlinenya itu akan bersimpati dengannya namun dia pula yang dipersalahkan.
"Awak ni bukannya nak simpati dengan saya," Azrizal pura-pura mengajuk.
"Janganlah marah. Bukankah sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu menegur kesalahan dan kesilapan sahabatnya?"
"Yalah, awak menang," Azrizal mengaku kalah.
"Saya tanya awak sesuatu boleh?"
"Apa dia?"
"Kenapa awak suka langgar peraturan sekolah? Awak tak takut ke?"
"Nak takut apa? Saya bukan buat jenayah."
"Memanglah tapi bukankah sikap awak itu akan mempengaruhi tanggapan cikgu-cikgu dan kawan-kawan awak di sekolah? Mesti dia orang fikir awak nakal."
"Saya tak kisah. Lagipun saya tak minat dengan subjek-subjek yang diajar."
"Maksud awak?"
"Lepas PMR dulu, saya teringin nak masuk sekolah teknik tapi ayah saya tak bagi. Dia cakap sekolah SMART adalah sekolah yang terbaik di Kuantan. Jadi, ayah saya suruh saya belajar di situ."
Memang ayah tak pernah nak faham kemahuan aku. Aku tak berhak menentukan jalan hidup aku. Segala-galanya diaturkan oleh ayah. Yang jadi pertaruhannya aku. Aku dipaksa menurut segala perintah ayah. Jika aku ingkar, ayah mengugut tidak mahu memberikan wang belanja,
"Jadi, awak sengaja buat perangai sebagai tanda protes?"
"Anggap sajalah begitu. Tapi ayah saya juga tak pernah ambil tahu apa yang saya buat di sekolah."
"Awak tak rasa ke sikap awak ini hanya akan merosakkan masa depan awak sendiri?"
"Masa depan saya dah lama hancur."
"Jangan cakap macam itu. Awak masih ada masa untuk mencorakkan masa depan awak. Mungkin ada hikmahnya awak bersekolah di situ. Mungkin sekarang awak tak nampak semua itu. Tapi awak kena yakin dengan perancangan Allah."
"Awak ni macam ustazah pula."
"Saya cuma tak nak awak mensia-siakan hidup awak."
"Yalah, saya tahu awak kawan saya yang paling baik."
"Baguslah kalau awak tahu."
"Awak chat dengan saya ni, ayah awak tak marah ke?"
"Ayah saya belum balik lagi."
"Ayah awak kerja apa?"
"Ayah saya kerja makan gaji saja. Kerja kerajaan."
"Di mana?"
"Wisma Sri Pahang."
"O… yang depan sekolah ‘Monyet Gigi Patah Satu’ tu ya?"
"Hah?"
"M.G.P.S."
"Awak ni tak baik tahu! Itu sekolah saya masa sekolah rendah dulu tahu."
M.G.P.S. atau Methodist Girls Primary School atau nama melayunya SK (P) Methodist adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan berhadapan dengan bangunan pejabat Wisma Sri Pahang. Pelbagai gelaran yang diberi kepada sekolah itu berdasarkan singkatan namanya dan gelaran yang paling popular sekali adalah ‘Monyet Gigi Patah Satu’.
"Oh ya ke? Samalah dengan adik saya."
"Adik awak pun sekolah situ ke?"
"Dululah. Sekarang dia tingkatan dua."
"O… dia belajar di SMART juga ke?"
"Taklah. Dia pandai sikit daripada saya. Dia masuk asrama penuh."
"Di mana?"
"Seri Puteri. Awak tak minta asrama penuh ke lepas PMR dulu? Awak dapat 7A kan masa PMR dulu?"
"Saya tak minat sekolah asrama."
"Kenapa?"
"Entah. Pada saya, sekolah di mana-mana pun sama saja. Yang penting, kesungguhan kita untuk belajar."
"Tapi orang kata, sekolah asrama tu bagus. Kita dapat belajar berdikari. Cuci baju sendiri. Gosok baju sendiri."
"Kalau itu kebaikannya, saya rasa saya tak payah sekolah asrama pun tak apa. Di rumah pun saya cuci baju sendiri dan gosok baju sendiri."
"Saya pun cuci baju sendiri."
"Biar betul?"
"Ala…bukan susah pun. Masukkan saja baju-baju tu dalam mesin basuh."
"Awak kenakan saya ya?"
"Terkena ke? Sorry, sengaja. Hehe…"
"Laily!" Laily tersentak dek suara itu. "Sejak Maghrib tadi, mak tengok Laily asyik mengadap internet saja. Kerja sekolah dah siap?"
"Dah, mak."
"Kalau kerja sekolah dah siap, pergi baca buku. Jangan buang masa dengan benda-benda yang tak berfaedah tu. Abah pasang internet ni untuk Laily cari bahan belajar. Bukannya main benda mengarut ni. Sudah, pergi masuk!"
Laily terkedu mendengar suara tegas ibunya lalu menamatkan perbualannya dengan Azrizal.
"Okaylah, Riz. Mak saya dah bising tu. Nanti kita sembang lagi," Laily mematikan komputer itu tanpa menunggu jawapan daripada Azrizal. Jika dia terus di situ, dikhuatiri ibunya akan membebel panjang.
Laily segera berlalu ke biliknya. Namun, dia tidak mengulangkaji pelajaran seperti yang disuruh oleh ibunya sebaliknya dia berbaring di katil.
Adakah kehidupan seorang pelajar hanya dibebani oleh buku-buku pelajaran? Adakah kehidupan seorang pelajar hanya belajar, belajar, dan belajar? Adakah keputusan yang bagus dalam peperiksaan menjamin masa depan yang cerah?
Laily mencapai cakera padat lagu Hujan di atas meja lalu memainkan cakera padat itu di radio. Maka, kedengaranlah lagu ‘Gundah’.
Gundah gulana bagaikan penjara
Sesekali kubuka mata
Ingin kembali walaupun seketika
Biar terus ku berlari dan lari
Waktu yang sama ku mencari
Jalan keluar dari mimpi ini
Ku dikejar bayang hitam
Memberi arahan yang buta
Sesekali kubuka mata
Ingin kembali walaupun seketika
Takkan pudar jika ku lepaskan segalanya kepadamu…
Pada waktu yang sama, Azrizal turut mendengar lagu yang sama. Sedang dia asyik melayari internet di bilik tidurnya, dia terdengar bunyi pintu dibuka di ruang hadapan rumah itu.
Mak dan ayah dah balik ke? Azrizal melihat jam yang tertera di skrin komputernya. Pukul 10 malam. Dalam hati, Azrizal sangat berharap ibu bapanya ataupun salah seorang daripada mereka menjenguknya di bilik namun dia hampa apabila terdengar bunyi pintu bilik ibu bapanya dibuka lalu ditutup tidak lama kemudian. Begitulah keadaannya setiap hari.
Kadang-kadang Azrizal sengaja berjaga hingga ke lewat malam semata-mata ingin berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya Dia rindu untuk menatap kedua-dua wajah itu. Namun, ibu bapanya tidak pernah mahu mengambil tahu tentang perkara itu. Pulang dari kerja saja, mereka terus tidur.
salam.....minat nak bc cerita ni semua hope u post other entries cepat2.....ehm,dah start bc mesti nak habis kan sekali gus! so....penantian adalah satu penyeksaan.......
agree like others.. huhu nape 1 episode je bru keluar? adei betullarh penantian suatu penyeksaan..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ciannn azrizal~
=(