BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 27, 2008
Novel : Budak S.M.A.R.T 10
Nama Pena : Ilmar Imia

BAB 10


Ketiadaan guru pada waktu itu membuatkan kelas yang terkenal dengan gelaran ‘kelas terbising’ itu riuh mengalahkan pasar borong. Masing-masing sibuk bercerita. Namun, dalam keriuhan suara-suara itu, masih ada segelintir pelajar yang memanfaatkan waktu itu dengan membaca buku. Salah seorangnya adalah Laily.

Laily sedang tekun menyiapkan latihan Sejarah yang diberikan oleh Cikgu Saravanan sebentar tadi tatkala Azrizal, Shafik, dan Iqbal yang entah dari mana datangnya menghampirinya.

"Hai, seorang saja?" Azrizal menarik kerusi di sebelah Laily. Shafik dan Iqbal pula duduk di kerusi di hadapannya.

"Boleh join?" celah Shafik pula.

Laily hanya mendiamkan diri. Malas dia hendak layan mamat tiga orang ni. Baik aku siapkan latihan Sejarah ni sementara ada masa terluang ni. Di rumah nanti boleh relaks. Laily meneliti buku di depannya tanpa menghiraukan Azrizal dan kawan-kawannya.

"Diam saja. Awak tak boleh cakap ke?" Shafik mengajuk satu iklan di televisyen.

Laily masih tidak menghiraukan Azrizal, Shafik, dan Iqbal. Dia cuba memberikan sepenuh perhatian pada buku di hadapannya. Jika dilayan, pasti mereka lagi lebih-lebih nanti.

"Laily, hujung minggu ni kita keluar nak?" ujar Azrizal sambil tangannya mendarat di belakang kerusi Laily.

"Mana boleh? Aku dulu!" bantah Shafik.

"Akulah!" kata Iqbal pula.

"Tya, kau tengok si Riz tu," Fatin mengarah ke arah Azrizal, Shafik dan Iqbal. Athira yang sedang menulis di mejanya berhenti menulis dan memandang ke arah dikatakan oleh Fatin. Hati perempuannya berasa sakit hati melihat tangan Azrizal di belakang Laily.

"Tak ada kerja lain betullah dia orang tu kan?" Fatin sengaja menambah bara di hati Athira.

"Hoi, kau orang ni tak ada kerja lain ke? Kacau anak dara orang," Melissa muncul. Dia berasa kasihan melihat Laily diganggu oleh Azrizal, Shafik dan Iqbal. Laily yang pendiam itu memang tidak pandai marah. Namun, Melissa mengagumi Laily kerana Laily mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kalau aku, dah lama bebudak tiga orang ni mendapat hadiah caci maki daripada aku!

"Kau ni, Lis menyibuk saja. Kau cemburu ke?" duga Shafik.

"Hish… tak ada masa aku nak cemburu!"

"Itulah kau dulu aku ajak kau keluar, kau jual mahal. Aku ajaklah orang lain."

Melissa malas hendak melayan Shafik lalu berlalu ke belakang kelas. Memang Shafik pernah menyuarakan isi hatinya untuk menjadikan teman wanitanya namun sikap main-main Shafik itu membuatkannya ragu-ragu. Sehingga kini, ‘tawaran’ Shafik itu masih belum diberi jawapan.

"Apalah kau ni, Chap. Kan dah merajuk si Lisa tu. Pergi pujuk cepat!" gesa Iqbal.

"Biarlah dia merajuk. Malas aku nak pujuk," Shafik masih tidak berganjak dari kerusi.

"Eleh, nanti kau juga yang melepas. Pergilah!" desak Azrizal pula. Shafik bangkit mendapatkan Melissa.

"Riz, aku laparlah," adu Iqbal. "Pukul berapa sekarang?"

Azrizal melihat jam di tangannya.

"Sepuluh empat puluh."

"Sepuluh minit lagi. Mesti Cik Mazleen tak masuk punya," Iqbal membuat andaian. "Jom rehat?"

"Jom!" pantas Azrizal menyokong cadangan Iqbal. "Chap, kau nak rehat tak?"

"Haa, kau orang pergilah dulu. Nanti aku datang," balas Shafik.

"Orang kalau dah ada awek di sebelah, mana nak ingat kawan. Jom, Ball," ujar Azrizal pura-pura merajuk. Azrizal dan Iqbal bangkit untuk ke kantin. "Laily tak rehat?"

Laily menggeleng.

"Ok, kita orang pergi dulu. Ingat tahu hujung minggu ni," ucap Azrizal lalu melangkah ke kantin bersama Iqbal.

Fatin menarik nafas lega sebaik-baik saja Azrizal dan Iqbal berlalu ke kantin. Barulah tenang kelas ni.

"Tya, Fatin, tak rehat ke?" Shamsul menghampiri Fatin dan Athira.

"Kejap lagi," jawab Fatin.

"Rehat dulu ya," Shamsul berlalu ke kantin bersama Zahid.

"Kau tengok si Shamsul tu, Tya. Baik budaknya. Dia ingat juga pada kita. Bukan macam si Riz tu terus blah. Langsung tak ingat kau. Aku rasakan si Riz tu tak sesuailah dengan kau," Fatin membanding-bandingkan Azrizal dengan Shamsul.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Athira tidak suka orang lain mencampuri hubungannya dengan Azrizal termasuk Fatin. Orang lain boleh cakap apa saja tapi yang mengetahui status hubungan mereka hanya dia dan Azrizal. Orang lain tak ada hak masuk campur.

"Yalah, kau kan cantik, bijak, anak pengarah pendidikan pula tu. Si Riz tu apa yang dia ada? Lainlah Shamsul."

"Apa yang kau cuba nak sampaikan ni, Fatin?"

"Tya, aku kan kawan kau. Aku tak nak kau kecewa nanti. Kau sendiri nampak macam mana Riz layan Laily tadi kan?"

"Dahlah, Fatin. Aku dah lapar ni. Kau nak rehat ke tak?" Athira malas hendak mendengar pujian Fatin tentang Shamsul. Memang Azrizal suka mengusik pelajar perempuan lain tapi dia tahu tujuan Azrizal hanya untuk berseronok. Athira bangkit menuju ke kantin tanpa menunggu Fatin.

"Mestilah nak!" Fatin menyaingi langkah Athira.

Sekelip mata kelas itu menjadi sepi ekoran penghuninya bergegas ke kantin untuk mengisi perut. Hanya seorang dua pelajar yang tinggal. Laily masih di mejanya. Dia malas hendak ke kantin.

"Laily, tak pergi kantin ke?" Melissa mendapatkan Laily apabila Shafik berlalu ke kantin untuk mencari Azrizal dan Iqbal.

"Malaslah," Laily membalas.

"Kau tak lapar ke?"

"Aku kenyang lagi."

"Patutlah kau ni kurus tahu."

Laily cuma tersenyum mendengar kata-kata Melissa. Melissa sendiri pun bertubuh kurus.

"Yang kau ni pula, kenapa tak pergi kantin?"

"Aku bawa bekal. Jom kita makan sama-sama," Melissa mengeluarkan bekal yang dibawanya dari dalam laci meja.

"Tak apalah. Kau makanlah."

"Ala…tak apa. Banyak ni," Melissa menghulur bekalnya kepada Laily.

Laily berasa serba salah namun huluran Melissa itu disambut juga apabila temannya itu mendesak. Kata orang, rezeki jangan ditolak kan? Laily menjamah bekal nasi goreng Melissa sesuap.

"Sedapnya," ujar Laily. "Mak kau masak?" Melissa mengiyakannya. "Rajin mak kau masak ya."

"Mak aku kata bawa bekal lebih jimat. Lagipun makanan yang dimasak sendiri lebih terjamin kebersihannya. Mak aku takut aku kena keracunan makanan di kantin seperti yang dilaporkan dalam berita."

"Tapi sekolah kita belum ada lagi kes keracunan makanan."

"Memanglah tapi mak aku kata mencegah itu lebih baik daripada mengubati."

"Betul juga."

"Laily, kau pergi tak kelas seni petang ini?" tanya Melissa sambil mengunyah bekal nasi gorengnya.

Memandangkan tidak ramai pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Seni, maka kelas itu diadakan pada waktu petang selain waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pada waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, pelajar yang tidak mengambil matapelajaran Pendidikan Seni dikehendaki menyertai aktiviti riadah di padang sementara pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Seni diharuskan berada di bilik seni yang terletak di tingkat dua bangunan kelas tingkatan lima itu.

"Pergi," jawab Laily.

"Kau dah siap ke kerja yang Puan Lailatun bagi minggu lepas?"

"Siaplah," balas Laily. Mana boleh tak siap? Nak kena marah dengan Puan Lailatun? "Kau siap tak?"

"Siap."

Laily dan Melissa berbual-bual tentang kelas Pendidikan Seni mereka. Apabila terlihat Puan Tan, barulah mereka sedar yang waktu rehat bagi pelajar menengah atas sudah sepuluh minit berlalu namun kelas itu masih lengang.

"Mana yang lain ni?" tanya Puan Tan apabila melihat tidak sampai separuh daripada pelajar kelas itu yang ada pada waktu itu

"Tak masuk lagi, cikgu," jawab seorang pelajar.

"Tak masuk lagi? Sekarang kan dah pukul 11.20. Dah sepuluh minit waktu rehat habis."

Setiap kali selepas waktu rehat, mereka mesti masuk lambat. Tapi kalau mereka masih ada hati untuk masuk kelas, itu sudah cukup baik. Kadang-kadang ada yang hilang terus sampai waktu akhir.

"Athira, pergi panggil mereka masuk. Saya nak buat kuiz," perintah Puan Tan.

"Baik, cikgu," Athira menurut.

Seketika kemudian, Athira kembali ke kelas dengan diikuti oleh beberapa orang pelajar.

"Cepat sikit," Puan Tan menggesa pelajar-pelajar yang masih berlengah-lengah di koridor itu. Antara muka-muka yang masuk lambat itu termasuklah Azrizal, Shafik dan Iqbal. "Hari ni cikgu nak buat kuiz."

"Kuiz apa, cikgu?" tanya Azrizal seraya melangkah ke tempat duduknya

"Kuiz apa lagi? Kuiz matematiklah. Ada berapa orang dalam kelas ni?"

"Tiga puluh enam," Laily menjawab bagi pihak kawan-kawannya.

"Tiga puluh enam? Jadi kita bahagikan kepada enam kumpulan. Satu kumpulan enam orang. Boleh pilih ahli kumpulan sendiri."

"Kita nak kumpulan dengan siapa? Lagi tiga orang," tanya Iqbal kepada Azrizal dan Shafik.

"Tya…" Baru saja Azrizal hendak mengajak Athira menyertai kumpulannya, Fatin memotong.

"Tak payah. Tya masuk kumpulan aku."

Athira tersepit antara Fatin dan Azrizal. Fatin teman baiknya dan Azrizal pula teman lelakinya. Namun, Fatin telah terlebih dahulu mengajaknya.

"Masing-masing dah ada kumpulan?" Puan Tan sudah bersedia untuk memberi soalan. "Baik. Wakil kumpulan masing-masing sila ke hadapan bagi menjawab soalan pertama.

"Siapa nak pergi dulu ni?" tanya Azrizal.

"Kaulah," ucap Shafik.

"Kalau tak betul, jangan salahkan aku pula," Azrizal melangkah ke hadapan kelas menyertai wakil dari kumpulan yang lain.

Wakil dari setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan masalah matematik yang ditulis di papan hitam. Puan Tan meneliti jalan kerja dan jawapan yang ditulis oleh pelajar-pelajarnya apabila mereka selesai menjawab soalan itu.

"Untuk soalan pertama, semua kumpulan jawab dengan betul kecuali kumpulan Azrizal," ujar Puan Tan.

Ahli kumpulan Azrizal mengeluh. Ini menandakan mereka kehilangan markah untuk soalan yang pertama. Jadi, mampukah mereka menandingi kumpulan yang lain?

"Apa kau ni, Riz? Soalan senang tu pun kau tak boleh jawab," marah Shafik.

"Manalah aku tahu. Kalau kau pandai sangat, kenapa kau tak pergi tadi?" balas Azrizal.

"Soalan kedua, wakil seterusnya," arah Puan Tan.

"Siapa nak pergi ni?" tanya Shafik.

"Kaulah!" ujar Azrizal.

Setiap soalan akan dijawab secara bergilir-gilir oleh setiap ahli kumpulan sehinggalah tamat waktu bagi subjek itu.

"Jadi hari ni kumpulan Athira menang," ujar Puan Tan selepas mengira markah keseluruhan kumpulan-kumpulan itu. Ahli kumpulan Athira bersorak gembira.

"Padan muka!" Fatin tersenyum bangga kepada kumpulan Azrizal seakan mengejek

"Ala…kumpulan mereka pandai-pandai. Mana aci?" rungut Iqbal.

"Aci kat India," ujar Azrizal dan Shafik serentak.

Kelas itu diambil alih oleh Puan Siti Hasnah, guru matapelajaran Sains sejurus Puan Tan keluar dari kelas itu. Seperti biasa, mereka berdiri dan mengucapkan selamat sebagai tanda hormat.

"Kamu berdua ni kenapa? Monyok aja," ujar Puan Siti Hasnah apabila melihat muka Azrizal dan Shafik yang tidak bersemangat.

"Kita orang frust sebab kalah kuiz matematik tadi," Shafik menjawab bagi pihak mereka.

"Kalah dan menang tu kan adat bertanding?" ucap Puan Siti Hasnah.

"Memanglah cikgu tapi kita orang asyik kalah aja. Asal kalah aja, kumpulan kita orang. Asal kumpulan kita orang aja, kalah. Menyampahlah macam ni," Azrizal merungut.

"Salah kamu sendiri. Kenapa kamu tak buat latihan ulangkaji?" tegas Puan Siti Hasnah.

"Saya tak suka matematiklah, cikgu," balas Azrizal.

"Kenapa kamu tak suka matematik? Matematik ni subjek yang menarik tahu," Puan Siti Hasnah cuba menyelami perasaan pelajarnya itu.

"Saya tak suka mengira," ujar Azrizal berterus-terang dan disokong oleh Shafik.

"Kenapa kamu tak suka mengira? Kamu malas nak berfikir? Sebab itulah orang kata orang Melayu ni malas. Susah sikit aja, dah putus asa. Cuba kamu tengok kawan-kawan dalam kelas kamu. Ada orang Cina? Ada orang India? Tak ada kan? Mana dia orang? Dia orang semua masuk kelas Sains."

"Tapi kalau semua orang masuk kelas sains, siapa pula nak masuk kelas sastera, cikgu?" Iqbal menyampuk. Kalau kelas sains tu lebih bagus, kenapa diwujudkan juga kelas sastera? Kenapa tak buat kelas sains aja?

"Memanglah. Setiap manusia itu dijadikan Tuhan dengan kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza. Bukan semua orang boleh bawa subjek sains yang berat dan bukan semua orang juga boleh bawa subjek ekonomi."

"Tapi dia orang cakap kelas sastera ni untuk orang yang tak pandai," celah seorang pelajar lain pula.

"Itu tanggapan orang yang berfikiran sempit. Istilah ‘tak pandai’ itu dinilai dari segi apa? Jika kamu menilai ‘tak pandai’ itu berdasarkan bilangan A dalam peperiksaan, saya nak tanya kamu. Kenapa Athira yang dapat 8A dalam PMR dulu masuk kelas ni? Kenapa Laily yang dapat 7A masuk kelas ni? Faeiz yang dulu masuk kelas sains tukar ke kelas ni? Sebab apa, Athira?" Puan Siti Hasnah memandang tepat kepada Athira yang duduk di tepi pintu.

"Sebab saya nak jadi peguam," jawab Athira yakin. Selepas mendapat keputusan PMR, dia juga mempunyai tanggapan bahawa pelajar yang mendapat keputusan yang bagus dalam PMR secara automatik akan diserap masuk ke kelas sains dan yang kurang bagus akan dimasukkan ke kelas sastera. Ternyata, tanggapannya itu salah.

"Kamu Laily? Sebab apa kamu masuk kelas ni?" Pandangan mata Puan Siti Hasnah beralih kepada Laily yang duduk di barisan kedua.

"Saya nak jadi akauntan," jawab Laily.

"Berapa orang dalam kelas ni yang nak jadi akauntan?"

Beberapa orang pelajar di dalam kelas itu mengangkat tangan.

"Sebenarnya kelas sains ataupun kelas sastera, dua-duanya sama saja. Tidak wujud istilah kelas sains lebih bagus daripada kelas sastera ataupun sebaliknya. Kamu masuk kelas ni bukan kerana kamu tak pandai tapi kerana kamu sudah ada sasaran kerjaya masing-masing. Kelas sains ada subjek Biologi, Fizik dan Kimia dan kamu pula ada subjek Ekonomi dan Akaun. Ada juga di antara kamu yang ambil Pendidikan Seni. Subjek-subjek inilah yang akan menentukan khusus yang boleh kamu ambil ketika memohon UPU nanti. Siapa yang ambil Biologi masa di sekolah tak boleh ambil khusus akaun di universiti. Siapa yang ambil akaun sekarang pula tak boleh ambil khusus medical nanti. Kamu semua seharusnya berasa bangga kerana kamu semua adalah batch kelas sastera yang terakhir di sekolah ni. Mulai tahun depan, sekolah ni akan menjadi seratus peratus aliran sains."
posted by Penulisan2u @ 9:24 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 28/10/08 9:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story.. bace page 1 jer, x perasan lak dah smpai page 10.. haha.. anyway keep it up.. waiting ur next upload :)

     

  • At 23/5/09 7:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aik..amik sastera trus x leh tkr medic kat U ek???pelik tpi benar...kalo org tuh minat bio tp msk sastera sbb trpkse cane??

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group