Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bukan sedikit rasa resah yang bersarang di hatiku saat ini. Mengingatkan keadaan amani, perasaan gelisahku makin bertambah. Aku sememangnya tidak berniat untuk melukakan hati amani. Langsung tidak terdetik. Dan sememangnya pagi tadi aku ada meeting penting bagi projek terbaru syarikatku.Di saat akhir, mesyuarat di batalkan kerana pelanggan kami tiba-tiba terpaksa ke kanada, dan ianya terpaksa di tunda ke hari lain. Sebetulnya, aku ke hospital itu untuk menemani amani, tapi entah bagaimana, aku terserempak pula dengan ain yang kebetulan hendak menjalankan pemeriksaan di situ. Sangkanya, aku ingin menemaninya. Di saat itu juga amani ternampak kami. Ya, nampak seperti semuanya di rancang tapi itulah yang berlaku. Dan sekarang isteriku ini salah sangka terhadapku. Aku tahu walau apapun yang aku katakan dan terangkan padanya, dia tetap akan meraguiku. Aku masih ingat kata-kata ain tadi padanya. "Kak Ain sengaja hantar sms pagi tadi, beritahu abang amir yang kak ain ada check up hari ini. Tak sangka pula dia datang, buat kejutan,"ain tergelak kecil sedangkan amani waktu itu hanya tersenyum. Sungguh, mendengar kata Ain, aku sendiri terkejut. SMS? Aku meraba hansetku di poket seluar. Ya, memang ada sms dari Ain. Waktu itu, aku hanya mahukan pengertian dari isteriku. "Mana suami amani? Takkan datang seorang je buat check-up?,"soalan ain terasa seperti merobek hatiku. Aku suaminya, Ain. "dia sibuk, kak. Ada meeting tadi," jawapan itu seakan satu sindiran buatku. "eh, turn akaklah sekarang. Akak masuk dulu. Mir nak masuk sekali?"aku jadi serba salah. Menerima ajakan ain seolah sengaja menyakitkan hati Amani. Tapi, untuk menolaknya, aku bimbang ain berfikir bukan-bukan. "Ain masuk dulu, mir nak buat call pada ofis sekejap,"entah berapa banyak pembohongan yang aku lakukan. Sebaik sahaja ain hilang di sebalik bilik doktor, aku mengejar langkah amani. "dengar dulu apa yang abang nak cakap,"langkahnya terhenti. "apa lagi, abang. Sekarang amani tahu abang tak dapat nak temankan amani sebab nak temankan kak Ain. Dan amani sedar sekarang, siapa amani di hati abang," "amani.." "abang pergilah temankan kak Ain. Amani tahu jaga diri," Lamunanku terhenti apabila terdengar seperti suara amani memanggilku. "abang, abang jangan tinggalkan amani. Amani sayangkan abang. Abang jangan, bang. Abang,"aku seperti ingin menangis apabila menyedari amani meracau.sampai begitu sekali ketakutannya "honey, bangun sayang,"melihat racaunya berlarutan, aku mengejutkannya. "abang," sebaik sahaja dia membuka mata, dia memelukku erat sambil menangis.Sambil meminta aku tidak meninggalkan dirinya. "Abang ada kat sini. Sentiasa ada dengan amani. Amani tidur, ye?" akhirnya setelah beberapa kali di pujuk, akhirnya amani akur untuk melelapkan mata. Dahinya yang panas, aku demah dengan tuala basah. Suhu badannya agak tinggi membimbangkan aku. Mungkin terlalu lama di bawah air tadi. Mendengar katanya sewaktu makan tadi, aku jadi kesal kerana dia tidak mempercayai cintaku. Sebab itulah, aku tidak dapat mengawal kemarahanku. Bunyi esak tangisnya yang bercampur air mengalir, membuatkan aku khuatir terjadi apa-apa pada dirinya. Dengan keadaan badan berdua di tambah dengan emosi yang tak stabil, aku bimbang dia melakukan yang bukan-bukan. Apatah lagi, permintaanku supaya membuka pintu langsung tak di hiraukan, aku tambah nekad untuk memecahkan pintu bilik air itu. Ternyata, kebimbanganku itu ada benarnya. Amani seperti hilang diri waktu itu. Dia hanya membiarkan tubuhnya di sirami air. Wajahnya pucat, tubuh menggigil. Cepat-cepat aku mendukungnya keluar, menyalin pakaiannya yang basah, dan menyelimutkannya.
* * "kenapa tak panggil ati malam tadi. Kak amani demam panas ni," mendengar kata athirah, aku sedikit kesal. Langsung tak terlintas untuk memanggil adikku ini. "teruk ke?"umi menyampuk. Terkesan riak kerisauan di wajahnya. "hm, suhu dia dah menurun sikit. Insyallah, tak ada apa-apa, umi," aku tahu jawapan athirah itu untuk menyedapkan hati umi. Apatah lagi umi sendiri mempunyai masalah jantung. "apalah yang mir buat pada amani sampai macam ni jadinya,"aku terdiam mendengar bebelan umi. Sewaktu aku menelefon ati ke sini tadi, umi berkeras mahu mengikut. Katanya, itu tanggungjawabnya sebagai ibu. Aku dan athirah meninggalkan umi bersama amani. Isteriku itu ketiduran selepas di berikan ubat oleh ati. "jangan biarkan kak amani stress, abang. Ati pernah ternampak abang dan kak Ain," hampir sahaja milo panas yang aku minum tersembur keluar apabila mendengar kata athirah. "ati tak faham,"hanya itu yang mampu aku luahkan padanya. Kalau dulu, dengan dialah, aku bebas berkongsi apa sahaja masalahku. Tapi kini, seakan ada sesuatu yang menghalang. Mungkin jarak waktu dan keadaan yang menjadi penyebabnya. "Ati tahu segala-galanya. Masa tu, kak amani ada bersama Ati. Ati nak pergi tegur abang waktu tu, tapi kak amani halang. Dia ceritakan pada ati semuanya. Sejujurnya, ati tak rasa itu tindakan yang betul. Kak amani sendiri dah banyak berubah lepas tu. Depan semua orang dia pura-pura ceria, tapi dalam hati dia menderita. Lebih-lebih lagi saat macam ni. Cuba beritahu ati, berapa kali abang temankan dia buat check-up? Pernah dia cerita pada abang, apa yang dia nak makan,tak pernahkan? Abang tak pernah nak ambil tahu tentang hari-hari yang dia lalui. Itu apa yang ati nampak. Tapi mesti banyak lagi yang di sembunyikan," kata-kata ati membuatkan aku terfikir. Amani pernah mengidam? Seingatku, memang pernah, amani mengadu padaku yang dia teringin nak makan rendang hati dan limpa, tapi selepas itu, aku buru-buru ke hospital kerana mendapat panggilan dari abang anuar. Terus aku jadi lupa, amani pula tidak menyebutnya lagi. "abang fikirlah. Ati cuma nak mengingatkan abang. Mungkin abang lupa tanggungjawab abang. Abang, tak salah menolong sahabat tapi abang perlu ingat tanggungjawab abang sebagai suami. Ati kagum dengan kakak ipar ati tu, kalau ati berada di tempat dia, ati tak boleh terima,"ya, betul kata adikku ini, dalam membantu Ain, aku jadi lupa tanggungjawabku. Diam amani membuatkan aku lalai dalam menjaga perasaannya. Kerelaannya membuatkan aku tidak sedar aku sering mengabaikan isteriku itu. "thanks, dik,"athirah tetap seperti dulu. Sentiasa memberikan jalan di saat aku buntu. "ish, budak-budak ni. Orang sakit kat dalam, boleh berdrama kat luar ni," teguran umi membuatkan aku dan athirah tergelak. "kamu tinggal je dengan umi, mir. Umi risau amani tu, kamu pun bukan selalu ada kat rumah ni,"sejenak aku berfikir tentang cadangan umi. Aku juga memikirkan hal itu tapi berada di rumah sendiri, privasinya lebih terjamin. "nantilah mir bincang dengan amani dulu,"umi tersenyum mendengar jawapanku, seakan dia sudah yakin yang kami akan berpindah ke rumahnya. "kamu dah telefon mertua kamu. Beritahu pasal amani?"tanya umi. "tak, umi. Mir cuma beritahu fahrin je. Lagipun mir takut ibadat diorang kat sana terjejas pula,"sudah hampir sebulan kedua mertuaku berada di mekah kerana mengerjakan haji. Ah, kalaulah mereka tahu anak gadis mereka jatuh sakit, pasti hati mereka tak senang. Sewaktu aku memberitahu fahrin tadi pun, adik ipar aku itu terus datang ke sini. Amani, anak kesayangan mereka. Dan aku terusan melukakan hatinya, setelah aku mengambilnya dari mereka. Kejamkah aku?
x berenti nangis..sedih coz dpt rs perasaan amani..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
BEST AR CITER NIH...CPT2 LAH SAMBUNG YER