Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sahabatku ini masih sama seperti dulu. Telatahnya yang bersahaja mampu menghiburkan hatiku ketika di saat hatiku merasa gundah-gulana seperti ini. Ya, dia masih sahabatku yang memahami. Yang memahami setiap emosi dan tindakanku. "aku sentiasa ada untuk kau, qis,"kata-kata itulah yang sering di lafazkannya padaku di kala aku berduka. Dan kata-kata itulah membuatkan aku berada di sini hari ini. Aku menjadi rindu di saat aku sentiasa bersamanya. Di saat aku tidak perlu memikirkan aku kehilangan orang tersayang, di saat aku sentiasa boleh meluahkan segala-galanya pada dia. Kenapa suamiku tidak seperti dia. Yang sangat memahamiku. Kenapa? Ah, bukan niatku untuk membandingkan suamiku dengannya tapi.. "sorry, qis buat kau tunggu lama,"wajah razin yang seperti kepenatan ku pandang. Ah, kesian dia. "salah aku datang mengejut macam ni," selepas aku membuat pemeriksaan kandunganku tadi, terus aku ke bilik razin. Tapi sahabatku ini waktu itu sedang bersiap untuk satu operasi pembedahan. Dan terpaksalah aku menunggu di ruangannya. "qis, aku tak suka kau macam ni,"kata-katanya membuatkan airmataku hampir jatuh. Aku tersenyum memberitahunya secara diam, yang aku tidak seperti yang dia fikirkan. "senyuman kau tak boleh tipu aku, qis. You’ve changed too much. Aku nakkan balqis yang dulu. Balqis yang berani berterus-terang tentang perasaannya. Balqis yang akan menangis jika dia sedih, bukan yang berpura-pura gembira untuk orang lain. Kalau menangis dapat legakan hati kau, menangislah, qis,"dan aku terus menangis,meluahkan segala rasa kecewa dan kesedihan yang aku pendamkan. Razin hanya memerhati. Sesekali dia mengeluh. Merenung ke arahku. Kalau dulu jika aku seperti ini, dia pasti akan meminjamkan bahunya untukku, mengelus rambutku dan menyapu airmata yang berlinangan di pipiku. Dan kini, hanya amir yang berhak memperlakukan aku seperti itu, tapi di mana suamiku kini..di mana? "thanks, zin..aku hanya susahkan kau. Dari dulu sampai sekarang," ujarku sebaik sahaja aku mula mampu mengawal perasaanku dan kembali tenang. "jangan cakap macam tu, qis. Waktu aku bukan seperti orang dulu, hanya kau yang bersabar dengan perangai aku. Ketika orang lain dah putus asa, hanya kau yang yakin yang semangat aku akan kembali pulih. Kau sahabat aku, qis. Aku sayang kau,"wajahnya muram. Mungkin teringat tragedi hitam itu. kata-katanya seakan memberikan satu semangat buatku. Ya, demi anakku ini, tak seharusnya aku berputus asa pada keadaan. Tak seharusnya aku kalah sebelum berjuang. "aku laparlah, qis. Aku belanja, kat tempat favourite kita,"sekelip mata mooodnya mula berubah. "tak ada selera nak makanlah,"sengaja aku menjawab begitu, ingin melihat reaksinya. Tapi sebenarnya itulah yang ku rasa sekarang. Perut terasa lapar tapi seakan keinginanku untuk makan langsung tiada. "jangan nak mengada. Tu, baby dalam perut kau tu, baru cakap kat aku yang dia nak makan tomyam pak tam," Aku tergelak mendengarnya. "pandailah kau,"seketika aku seakan terlupa segala perkara yang merusuhkan jiwaku sebentar tadi.
* * * * * * Sekali lagi aku menghela nafas yang panjang. Sebenarnya aku terasa amat penat dan lelah dengan apa yang terpaksa aku lalui. Aku mengerti dengan apa yang suami aku hadapi. Dia tersepit antara dua keadaan dan insan-insan yang dia sayangi. Dan sebolehnya aku cuba untuk memahami, menerima dengan hati yang terbuka. Tapi sebagai seorang wanita, seorang perempuan normal, aku tak boleh lari dari perasaan cemburu dan kecewa. Bayangan semalam terus menjelma di ruangan mata. Bagaimana perasaanmu bila tahu suamimu menipu kerana perempuan lain. Apa salahnya berterus-terang walaupun menyakitkan..tapi mungkin sakit hatiku ini tak sesakit sekarang. "honey, sorry hari ini abang tak dapat nak temankan. Hm, nanti abang minta Ati temankan, ya?"aku tersenyum. Mengerti keadaannya. Pasti suamiku ini rasa bersalah kerana tak dapat menemani untuk memeriksa kandunganku ini. Tapi, dia sendiri ada tanggungjawab pada tugasnya. "la, takpelah..ati pun mesti busy, abang. Lagipun amani masih boleh bawa perut ni lagi, ha,"ujarku sambil tergelak. Sebenarnya, perutku sudah menampakkan perubahannya. Beberapa pasang kebayaku sudah tidak selesa untuk di pakai. Dan sekarang sejak aku hamil aku lebih senang untuk memakai baju kurung. Cuma jika sesekali jika ingin kelihatan lebih santai, aku memilih maternity dress. Kadang-kadang blaus longgar di padankan dengan seluar. Sejak dua bulan yang lalu, aku sudah menyerahkan segala tugas pejabat kepada adikku, fahrin. Biarlah aku menjadi surirumah yang sepenuh masa, walaupun adakalanya bila sendirian di rumah, aku mula di jentik kebosanan. "kalau ikutkan hati abang, nak je abang tak pergi meeting tu,"amir menarik muka masam. Dan aku tergelak dengan tingkahnya. Waktu itu seakan meresap satu kebahagiaan dalam jiwaku. "amani,"panggilan itu mematikan segala lamunanku. Aku menyapu air mata yang mengalir. Tidak mahu dia tahu segala kekecewaanku. "maafkan abang. Abang tak ada niat nak tipu amani,"dia mendekatiku, dan memelukku dari belakang. Dan buat pertama kali, aku merasa cukup rimas dengan pelukannya, aku merasa muak dengan kata maafnya. Ya Allah, ampunkan aku kerana berperasaan begini terhadap suamiku. Tanpa sebarang kata, aku merungkaikan pelukannya. Mencapai mangkuk yang berisi sup ayam dan terus berlalu ke meja makan. Di situ aku cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dirinya. Menyedari dia ada di belakangku, aku berpaling. "Jom makan. Amani dah siapkan semua, tapi ini je yang amani dapat sediakan,"aku cuba memberikan senyuman. Kami makan dalam suasana yang hambar. Sepi, tanpa sebarang kata. Aku cuba untuk makan, demi kesihatan kandunganku ini tapi mengingatkan peristiwa petang tadi, seleraku terbantut. Akhirnya aku mencapai epal hijau, entah mengapa sejak aku hamil, aku mula sukakan buah ini. Rasa masamnya sedikit sebanyak menghilangkan rasa mual dan loya yang bermain di tekakku. "makanlah sikit, honey. Kesian baby,"kunyahanku terhenti mendengar katanya. Hatiku tercuit. Terasa seperti.. "Kiranya abang masih bersama amani, hanya kerana baby ini. Kalau tak, mesti abang dah tinggalkan amani sebab ain, kan,"terlepas rasa hati meluncur laju dari mulutku "amani, behave yourself,"nadanya tinggi. Mendengarkan itu, aku terus ke bilik. Mengurung diri di dalam bilik air bilik tidur kami. Dan aku membuka pili air sekuatnya, dan menangis. Maafkan mama, sayang. Mama tak dapat nak mengawal perasaan. Mama hanya bertahan kerana kamu. Aku terduduk di lantai. Ketukan pintu bilik air yang bertalu-talu takku endahkan. Yang aku tahu saat ini, aku hanya mahu sendiri.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedeynya citer nih...
sambung cepat2