Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Betul juga cakap hafez tu. Kalau dah mama dengan abah datang, mestilah kami kena tidur sebilik! Haa…! Apa ni? apa salahnya kalau tidur asing, nanti kalau mama Tanya aku cakaplah..err, nak cakap apa ye? Isk.. pening kepala aku. Aku masih tidak berganjak dari kerusi semenjak balik tadi. Hafez pula entah kemana pergi sebaik sahaja membangkitkan hal bilik. Ala..macamlah aku tak pernah tidur sebilik dengan dia..tapi..haa…boleh gila aku macam ni..mama nak duduk sini berapa hari? Lupa pula nak tanya.
" hmm..semua dah selesai, pergilah tukar baju tu..rasanya abah dah nak sampai" ujar hafez yang kini berdiri disebelah aku. Entah berapa lama dia kat situ pun aku tak perasan. Aku memandang kearahnya seketika sebelum anak mataku beralih pada jam dinding. 'alamak, sempat kot kalau aku mandi dulu'. Tanpa menghiraukan hafez pantas aku berdiri dan berlari ke bilik. Pecutan diperlukan!. Itulah sibuk sangat mengelamun sampai tak sedar waktu.
***********
'Mak aih! Ni dah macam berpotensi pindah terus kebilik aku si hafez ni' Detik hati aku bila melihat pakaian hafez siap tersusun didalam almari. Aku memandang setiap sudut bilik aku, banyak pula barang mamat ni. Ah, lantak kaulah. Yang pastinya engkau yang kena kemas balik nanti..bukannya aku.Yang penting sekarang aku kena cepat sebelum mak datin tu sampai.
Selesai mandi dan bersiap, aku pantas melangkah keluar dari bilik. Harap-harap mama dan abah belum sampai lagi, namun tanggapan aku tak pernahnya tepat bila..
" Eh, Mama. Abah.. Err m mak su pun ada?" Aku menghulurkan salam pada abah, mama dan mak su yang baru sahaja masuk. Mak su? Isk, pasal apa la pulak orang tua ni boleh ikut sekali. Ni yang buat aku rasa tak sedap hati.
" Kenapa? Kamu tak suka ke aku datang sini?" soal maksu tiba-tiba, mungkin dia perasan riak wajah aku yang berubah. Tapi baguslah kalau dah tahu aku tak suka.hihi..memang anak saudara yang derhaka aku ni.
" Eh, tak adalah, mana ada..pandai je mak su ni..orang suka apa, kalau maksu ada lagi meriah" ujarku sambil tersenyum semanis mungkin. Semua memandang kearahku, harap-harap menjadilah lakonan aku ni.
" Hmm..abah, mama, biar fatin anggkatkan beg ke bilik ye " ujarku cuba mengalih tajuk bila melihat maksu seperti mepercayai kata-kata aku.
" Ala.. biarkan dulu beg tu, tak ada nya nak lari beg tu.. Kita makanlah dulu, mama dah lapar" ujar mama dengan \'confident\' nya memulakan langkah ke dapur.
Makan? Aku memandang kearah hafez yang secara kebetulan turut memandang kearahku. Ish..nak makan apa? Mana ada apa dekat dapur. Tak teringat langsung nak beli tadi. Nak masak apatah lagi.. mana nak sempat, balik pun pukul berapa. Yang mamat ni pun satu, takkan tak teringat juga. Teruklah macam ni, apa aku nak buat ni..
" Er..ma, malam ni kita makan dekat luar ya" ujar hafez memecah kebuntuan.
"Kenapa pula? Kamu tak masak ke fatin?" Soal mama yang sudahpun berdiri di muka pintu dapur.
" Ala..tak masaklah tu, biasalah..orang sibuk kerja. Manalah ada masa.." Potong maksu sebelum sempat aku menjawab soalan mama. Kalau boleh sekeh, dah lama aku sekeh orang tua ni. Saja la tu nak buat mama marah dekat aku.
" Fatin balik lewat tadi ma. Ala..makan kat luar ke, rumah ke..sama saja" ujarku membela diri.Wajah mama masih serius seperti biasa. Abah pula sudah ke bilik dari tadi.
" Memang selalu ke kamu balik lambat? tiap-tiap hari kau orang makan dekat luar? Takkan tak pernah langsung kamu masak untuk suami kamu.Dah tu, orang gaji pun tak ambil" ujar mama memulakan kebiasaannya. Memang sudah jadi hobi mama agaknya bebelkan aku. Ni yang aku malas ni. Karang kalau aku menjawab, boleh timbulkan peperangan pula.
" Fatin memang nak masak tadi ma, tapi hafez yang tak bagi. Hafez ingat nak bawa mama makan kat luar.. sorry ya, ma" Ujar hafez cuba menyelamatkan keadaan.
Biar betul mamat seorang ni. Apa hal, baik sangat nak bela aku. Aku memandangnya hairan. Hafez berpaling kearahku, mungkin perasan aku sedang memandangnya. Tanpa rasa bersalah, hafez memaut bahuku sambil tersenyum. Eei..tolonglah, menyampah aku tengok senyuman palsu tu. Ingat aku tak tahu dia berlakon. Tapi entah kenapa aku terasa pelik bila rapat sebegini. Aku rasa lemas tapi pada masa yang sama..ish, apa aku ni.
" Eh, tak apalah hafez, mama tak kisah..tapi tunggu kejap ya, mama ingat nak mandi dulu" ujar mama sebelum berlalu. Ini yang aku pelik ni..kalau hafez cakap senang je mama terima. Kalau aku, jangan haraplah. Siapa anak dia yang sebenarnya ni.
*********
Aku melangkah ke balkoni sebaik sahaja selesai membersihkan muka. Aku mengambil tempat di kerusi yang terdapat disitu, kedua belah kaki aku angkat keatas kerusi. Aku memeluk lutut sambil pandangan kuhala ke langit.Terasa masih belum mengantuk walaupun penat. Rasanya hafez masih berbual dengan abah sementara mama dan maksu sudah nyenyak di bilik, penat agaknya.
Apalah agaknya misi mama lepas ni..Malas sebenarnya aku nak fikirkan tentang mama yang tak pernah puas hati dengan aku. Setiap tindak tanduk aku pasti ada sahaja yang tak kena. Tapi.. apa pun dialah satu satunya ibu aku. Takkan mungkin kenyataan itu berubah.
Aku mengerling jam dipergelangan tangan, 12.35. Aku menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan kembudian kembali merenung langit. Entah kenapa, tiba-tiba aku teringatkan kenangan lama. Begitu banyak kenangan yang aku tinggalkan sewaktu zaman persekolahan. Bukannya baik sangat pun aku dulu..aku masih ingat bagaimana aku menyelinap masuk ke asrama pada waktu persekolahan kerana ingin lari dari kelas kimia..malahan aku pernah menceroboh masuk ke asrama lelaki sewaktu mereka semua pergi sembahyang jumaat. Aku masih ingat lagi, fizah yang mengajak aku menemaninya ke blok aspura..
" Kau jalan la dulu!" Fizah yang sememangnya lebih besar dari aku menolak aku ke depan. Ish, mentang-mentanglah aku ni sekeping, suka hati je tolak aku minah ni.
" Ish, kau yang ajak aku teman. Kenapa pula aku yang kena jalan dulu? Aku patah balik baru tahu" ujarku sengaja menggertak fizah.
" Eh, janganlah. Aku bukan apa..untuk keselamatan je, sebab bila kau duduk depan..nanti kalau apa-apa jadi kau boleh lari laju..aku kan lemah sikit bab-bab acara padang ni" balas fizah sambil menarik lengan bajuku.
" Oh.. banyak kau punya cekadak! Ini dah kes nak menganiaya kawan sendiri,ni yang menambah tekad dalam diri aku untuk kembali semula ke asrama perempuan, huh" cis, tak boleh tahan betul ayat yang aku guna. Nak ketawa pun ada bila tengok wajah fizah yang kelam kabut bila aku tak nak teman dia.
" Jangan la! Petang nanti aku pergi pasar malam, aku belikan kau sate ye" ujar fizah sambil menguatkan pautan pada tangan aku. Sate? Wah.. ok juga dapat makan free.
" Ye la..kali ni aku temankan kau. Tapi bukan sebab 'sate' tapi sebab aku sayangkan kawan-kawan aku. Dah, jom gerak" ujarku lantas melangkah terus ke asrama lelaki dengan penuh keyakinan.
"Apa kau kata?" soalku walaupun pada hakikatnya aku dengar setiap patah yang keluar dari mulutnya.
"Tak..aku cakap, untung..ada kawan macam kau. Menolong bukan kerana harapkan balasan" balas fizah. Ye la tu..
Aku meneruskan langkah ke arah asrama lelaki. Semuanya sebab fizah yang memaksa aku menemaninya masuk ke aspura secara haram. Kononnya ingin membuat kejutan pada boyfriend kesayangan.. Nak letakkan hadiah dan surat di tempatnya. Eee.. loya tekak aku, romantik la konon. Nasib baik waktu ni tiada orang dekat aspura..semuanya pergi sembahyang jumaat.
Aku meneruskan langkah menuju ke arah bilik study. Sempat aku memandang kiri dan kanan bagi memastikan keadaan selamat aku tunduk sedikit sebelum berlari anak ala-ala secret agent. Jangan risau fizah, selagi agen fatin masih ada, misi kita tentu berjaya.
" Oh mak kau cicak goreng belacan!" latah aku bila terasa aku terlanggar sesuatu.Tak pernah aku melatah macam ni sekali. Memang aku terkejut tahap maksima. Aku pun satu, jalan bukannya reti tengok depan..yang pergi tunduk tu siapa suruh.
Selipar ni..macam aku pernah tengok kat pasar malam. ' ish, apa yang aku mengarut ni'. Detik hati aku, namun aku beranikan diri mengangkat muka aku untuk melihat siapa yang aku langgar.Minta-minta bukan warden, kalau tak..masak aku, demerit lagi jawabnya.
" Aa a.." hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku, selebihnya masih bersembunyi di kerongkong. Apa aku nak buat ni..mana pula si fizah ni, kenapa senyap je? Tak reti nak \'back up\' aku ke.Tak pun dia dah lari dulu. Bertuah punya kawan.
Sudah setengah minit rasanya aku berdiri disini. Kaku macam orang bodoh, bukan tahu nak lari atau sekurangnya beri apa-apa alasan untuk selamatkan diri. Otak aku seperti kosong dan tak boleh nak berfikir langsung. Hafez azfar yang berada dihadapan aku turut tidak berkata sepatah, hanya melepaskan pandangan tak berperasaan seperti selalu.
" Mmm.."
" Stalker " potong hafez sebelum berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan aku yang masih terpinga. Fuh, harap-harap dia tak lapor dekat warden. Eh, kejap. Dia panggil aku apa tadi? Dia kata aku stalker? Ini dah lebih.
" Hei !" jerit aku pada hafez yang sudah agak jauh dari tempat aku berdiri.aku seakan terlupa dimana aku berada sekarang.
" Woi, siapa tu?" tiba-tiba aku terdengar satu suara yang cukup aku kenali. Siapa lagi kalau bukan uncle siva, pegawai keselamatan dekat asrama ni.
Tanpa membuang masa, aku berlari masuk ke dewan makan. Mampus aku kalau kena tangkap.Uncle ni, boleh buat aku mati sakit jantung..apa tak reti pergi sembahyang jumaat ke?. Isk..dia bukan islam pun..apalah aku ni. Aku menampar pipi sendiri, sebelum melangkah kembali ke asrama perempuan. Penat betul..siap la kau fizah. Berani tinggalkan aku.
Kenangan sering membuat aku tersenyum sendiri.Aku menguis anak rambut aku yang ditiup angin sebelum mengenakan penyepit. Memang aku tak akan lupa kenangan pada masa itu..kalaulah boleh kembali pada masa tu..
" Tak tidur lagi?"
" Opocot cicak goreng belacan!" aku pantas menutup mulut aku selepas menyedari hafez yang menegur aku. Macam mana boleh melatah macam ni, ni mesti sebab asyik teringat kes dekat asrama dulu. Ish..malunya aku kalau dia masih ingat. Yang si hafez pun satu..cubalah bagi salam dulu, tak la aku terkejut macam ni. Kenapa lah hidup aku ni asyik penuh dengan kejutan.
aahlah orentalez, bila nak sambung? cite ni best tau tapi dah lama dah cite ni mcm tu aje... cuba bagi maklumbalas sikit kat sini. ada lagi ke tidak sambungnnya.
best baca penulisan2u nie....w/pun pendek jln cter..tp ada yg menarik........
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
knp lmbt sgt smbg??? cepat2 smbg!!!