Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu aku sendirian ketika ibuku ke surau untuk bersolat. Aku hanya memandang bulan yang menyinar terang di luar. Saat ini fikiranku melayang hanya pada Ryan. Lalu tanganku mencapai telefon bimbitku di dalam tas tangan ibuku. -bln pnh malam ni Ana..stiap kali sy tgk bulan mesti sy ingatkan Ana Aku masih lagi menyimpan mesej lama. Mesej 7 tahun yang dahulu. Mesej seawal pertalian kasih antara aku dan Ryan. Dari saat itu, aku menanti bulan. Aku merindui bulan. Aku umpama pungguk yang merindui bulan. Semuanya gara-gara cinta dan rinduku pada Ryan. "Ana.." suara itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berpaling ke sebelah. Entah bila di situ. Rasaya baru tadi aku berfikir tentang dia. Sekejapan sahaja, dia sudah berada di sebelahku. Dalam beberapa jam ini sahaja hidupku jadi berputar-putar hanya kerana dia. "dah makan?" soalnya lembut. Betapa aku merindui suara yang hilang bertahun-tahun itu. Aku hanya mengangguk sahaja. Dia duduk tanpa dijemput sambil meletakkan jambangan bunga di atas ribaku. Aku melihat sahaja jambangan bunga tersebut. Lama-lama barulah aku menyentuh kelopaknya. "dah sihat sikit tak?" dia menyoal lagi. Aku tetap juga angguk sahaja. Tiada suara untuk lelaki ini. "Danny kirim salam. Dia tak dapat datang" aku tetap juga mengangguk sahaja. Tanganku bermain-main pada kelopak mawar merah itu sahaja. Aku tidak betah memandang lelaki di depanku ini. "aku harap kau sembuh cepat Ana.. jangan fikir banyak-banyak. Lepas ni tak perlu fikir apa-apa lagi" aku memandang Ryan yang tepat matanya padaku. "macam mana caranya Ryan? Patutkah aku lupakan kau untuk aku tidak berfikir apa-apa pun?" aku membalas pandangannya. Dia memberi aku senyuman manisnya. Senyumannya masih seperti dahulu. Aku terdiam sebentar melihat senyumannya. 7 tahun senyuman itu dibawa lari dariku. Benarkanlah aku memiliki senyuman ini walau untuk sebentar.. Aku menunduk ketika memikirkan hal itu. Ahh.. betapanya hati penuh dengan rasa tidak syukur. Syukurlah dia kembali semula setelah bertahun-tahun Hana..Akhirnya aku memujuk hatiku sendiri. "boleh aku tanya sesuatu?" aku mula menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali melihat dia yang mengangguk sambil wajahnya dipenuhi dengan senyuman. Alangkah bagusnya aku andai dapat tersenyum seperti dia. "kau tunggu aku masa kau nak fly?" ada airmata yang ingin pecah di situ. Namun aku tahankan agar segalanya tidak tampak pada pandangannya. Aku tahu dia akan risau andai aku menangis di hadapannya. Aku menanti jawapan darinya. Rasanya dia hanya perlu menyatakan ya atau tidak. Hanya anggukan kepalanya yang aku dapat lihat. Aku menarik nafas lagi. Terasa sesak pada dada lantaran menahan gelojak jiwa yang dirundung duka. "kenapa? Bukankah kau sebelum tu selalu avoid aku?" aku bertanya perlahan. Sememangnya dia sering melarikan diri dariku setelah dia memutuskan untuk mengakhiri cinta pertamaku itu. semuanya membuatkan aku terasa jauh..terasa terbuang. Bukankah sudah nyata aku dibuang? Saat dia menyatakan putus, saat itu dia telah membuang aku. "salah ke aku nak jumpa kau sebelum aku fly?" Ryan menentang mataku yang entah ke mana halanya. Aku sudah seperti hilang tumpuan saat ini. "bukankah kau pergi untuk melupakan aku?" aku kira dia benar-benar ingin melupakan aku hingga perlu terbang jauh membawa diri. Tiada jawapan dari lelaki ini. Yang ada hanya senyuman untukku. Aku tidak mengerti apa erti senyumannya itu. Aku mencapai telefon bimbitku dan menyerahkan padanya. "dalam nie ada semua mesej kita masa kita still kawan, masa kita couple, masa kita putus and bila kita kembali as kawan. Selagi aku tak padam mesej tu, selagi tu aku ingat kau.." aku menghulur padanya namun tiada sambutan. Hanya beberapa detik kemudian dia mengambil dan meletakkan semula di atas ribaku tanpa ada dibukanya. "apa perasaan kau terhadap aku sekarang?" aku mula bertanya saat kebisuan mula mengisi ruang. Dia tersenyum manis. Dia sentiasa dengan senyum dalam apa jua keadaan dan itulah yang membuatkan aku jatuh hati padanya. "kau tak perlu tahu.." begitu sahaja jawab lelaki itu sedang aku perlu jawapan pasti. Tapi untuk apalah aku tahu. "kau tak pernah berubah. Selalu nak pendam perasaan" aku bersuara dalam tenggelam timbul. Dia nyatanya masih seperti dahulu. Penuh rahsia yang aku sendiri kadang kala gagal ungkaikan. Dia sentiasa tampak tenang hingga aku gagal menjengah rahsia hatinya. "itu aku.." dia senyum lagi. Aku juga senyum padanya. Senyum pahit. Senyum pada wajah namun pada hati terluka. Apakah lelaki ini tidak langsung terluka pada segala hal yang terjadi? Pastinya tidak..perpisahan ini atas permintaan dia. "aku nak tau Ryan..lepas ni aku tak tanya lagi dah" aku masih juga ingin tahu isi hatinya. "kau juga yang terluka nanti Ana.." apa sebenarya isi hatimu Ryan? Aku sudah dapat menghidu bahwa dia sudah melupakan aku sepenuhnya. Kerna itu dia bisa berlagak tenang. Tidak seperti aku yang penuh nanar kerananya. "aku akan terima apapun Ryan" aku kira aku bersedia sepenuhnya andai benar dia menyatakn bahawa aku tiada lagi dalam hatinya. Andai juga aku tersemat dalam hatinya.. apakah bisa untuk aku bersamanya? Bukankah selama ini aku hanya membuang masa menantinya dan mengenangnya sedang tiada apa pun yang berubah. Dia diam sahaja.. kali ini tiada senyum pada wajahnya. Yang ada hanya renungan matanya yang redup. Sepasang mata itu halanya hanya padaku. Namun hatinya entah ke mana aku sendiri tidak pasti. Saat itu aku mula mengerti mengapa aku akan terluka..
♥ 9 ♥
"aku masih mencintai kau. Dari dulu sampai hari ini, aku sentiasa mencintai kau. Aku tak pernah bertemu wanita lain. Sepanjang aku berjalan, wajah dan bayangan kau yang menemani siang malam aku Ana.." aku mendengar dengan teliti segala kata-katanya. Dia masih mencintai aku.. Dari dulu hingga kini.. Aku tertawa sebentar. Sebentar tadi aku kira dia sudah tidak mencintai aku.. malah dulu ketika aku sudah putus dengannya, dia akan memarahi aku andai aku menyatakan bahawa aku masih mencintai dia. Namun hari ini.. kenyataan apakah ini? Aku diam sahaja. Ryan memandang mataku tepat. Lalu tanganku diraih perlahan sebelum dia erus memegang kejap tanganku. " aku merindui kau Ana..selama bertahun-tahun aku sentiasa merindui kau. Aku tak tahu kenapa tapi Cuma kau yang ada dalam hati aku Ana.." Aku masih juga diam. Saat dia menunduk dan membawa tanganku dalam pelukannya, aku sudah tidak dapat menahan airmata. Aku kira dia tenang sahaja hingga aku terkesan airmata pada hujung mata menawannya. "kenapa segala-galanya semakin melukakan Ryan..kenapa aku semakin terluka dan terluka walau cinta kau sentiasa untuk aku..." aku mula menangis di hadapan lelaki Sarawak itu. Aku menarik tanganku perlahan-lahan dan membelakanginya lalu menarik gebar dan mula menyembunyikan diri di balik gebar. Aku sedaya mungkin menahan tangisan dari terusan mengalir. Entah kenapa segalanya terlalu melukakan. Walau cintanya seluas awanan biru, dia tetap tidak akan kembali padaku dan dia tetap tidak akan bergelar suamiku kerna dia adalah dia yang dahulu. Doaku dan hidayah Allah belum lagi sampai padanya.. Aku menanti bertahun-tahun agar dia dibukakan hati namun dia masih juga insan yang sama. Tiada apa pun yang berubah. Cintanya masih sama, wajahnya masih sama, senyumnya masih sama dan agamanya.. masih juga sama. Aku sahaja yang terlalu mengharap dia berubah.. "selagi bulan bersinar, cintaku tetap padamu Ana..."dia membisikkan kalimah itu sekali lagi. Aku menangis lagi ketika tangannya menyentuh bahuku. Ketika ciuman jatuh pada helai-helai rambutku, aku semakin galak menangis. Segalanya terlalu melukakan. Mungkin juga dia terluka lalu dia terus hilang di balik pintu. Dan setelah itu, dia tiada lagi menyentuh hari-hariku..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sukarnya jadi Ana... :(