Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
ku mematung di kerusi. Cuma memandang Tini, pembantu rumah Encik Firdaus yang sibuk menjaga api untuk memanggang ayam dan daging. Sedikit kekok aku berada di tengah-tengah keluarga ini. Terasa sedikit terasing. Dan, Encik Firdaus.. ke mana dia pergi? Sampai sahaja tadi, dia terus menghilang. Rasa menyesal pula aku datang ke sini. Puan Junaidah pula sibuk mengarah sesuatu pada pembantu rumahnya itu. "Adiya!," Aku tersentak. Puan Junaidah melambai padaku. Aku tersenyum. Pantas aku bangun sambil melangkah ke arahnya. "Kenapa duduk sorang-sorang kat situ? Datanglah sini," Aku tersengih. Seganlah Puan. Aku menjawab di dalam hati. "Puan tak jemput ramai orang ke?,"soalku sedikit hairan. Hairan kerana aku tidak nampak sesiapa di sini. "Nak jemput buat apa? Dan lagi satu. Stop calling me Puan. Aunty, ok? Tak pun, mummy," Aku tersenyum panjang. Aunty? Mummy? Rasanya aunty lebih baik kot. "Tapi, Encik Firdaus cakap, Pu…eh aunty buat makan-makan," "Memanglah. Makan anak beranak. Tak payah nak jemput orang ramai-ramai. Aunty memang suka kalau hujung minggu ni, dapat berkumpul satu keluarga. Yalah. Kalau hari biasa, masing-masing sibuk dengan kerja kan? So, hari minggu macam nilah kita nak duduk bersama. Sembang-sembang. Tukar-tukar fikiran. Bergurau senda. Lebih-lebih lagi, sekarang ni, adik Fir ada kat sini. Bertambahlah ahli nak bergurau," "Encik Farid?," "Ha ah. Adiya kenal ya?," "Ada beberapa kali Encik Farid datang jumpa Encik Firdaus kat pejabat," "Hey! Sebut-sebut nama saya. Mengumpat ya?,"tiba-tiba satu suara datang dari belakangku, membuat aku terperanjat. Farid tersengih sebaik aku berpaling. "Kamu ni. Tak baik betul. Ada ke sergah orang macam tu," "Mummy tak tak tahu. Adiya ni, lagi tak baik. Mummy tak tahu apa yang dia cakap pasal anak teruna hensem mummy ni," "Oh.. apa yang dia cakap?,"Puan Junaidah bertanya pada Farid sambil matanya terarah padaku. Aku tersengih. Mata, aku alihkan pada Farid. Takkan Farid hendak bercerita pada ibunya kot. Malulah aku. "Mula-mula dia cakap saya ni, salesman. Jual minyak urut. Muka saya ni, ada rupa orang jual minyak urut ke?," Puan Junaidah tergelak. Dan aku, tertunduk. "Lepas tu, lagi tak patut, dia cakap muka saya macam badut. Muka ala-ala Keanu Reeves ni, dia cakap macam badut? Tak ke kejam namanya tu?," Puan Junaidah menyambung gelak. Dan aku mengangkat muka. Memandang wajah Farid. Ala-ala Keanu Reeves? Perasannya! Mataku mengamati wajahnya. Adalah sikit kot. Tang senyumnya kot. Aku berkata-kata di dalam hati "Betul kan?,"soal Farid sambil memandang wajahku. Aku tersengih. "Perasan,"tiba-tiba terkeluar kata-kata itu. Betul-betul tidak disengajakan. Cepat-cepat aku menutup mulut. "Tengok mummy," Puan Junaidah cuma ketawa. "Memang Angah perasan pun," kemudian dia bersuara selamba. Aku sedikit tersenyum mendengar kata-kata Puan Junaidah itu. Farid cuma mencebik. "Along mana?," "Dengan abah, kat dalam. Ada discussion kot," "Discussion? Discussion apa?," "Entah. Business kot," "Business? Ini yang mummy tak suka ni. Hari minggu macam ni pun, nak fikir pasal kerja ke? Kejap mummy pergi panggil,"Puan Junaidah bersuara geram. Farid tersengih. Melihat sahaja ibunya melangkah menuju ke dalam rumah besar itu. "Mummy memang pantang kalau hari minggu ada perbincangan business. Hari minggu cuma untuk dia saja,"Farid bersuara tanpa ditanya. Aku tersenyum. Bergerak menghampiri Tini. Ingin membantu dia memanggang ayam. Kononlah hendak membantu. Padahal aku memang langsung tidak tahu tentang masak memasak ni. "Boleh saya tolong?," Tini berpaling. Senyum manis terukir di bibirnya. "Tak apalah cik. Saya boleh buat. Nanti kotor baju cik nanti," "Saya Diya. Panggil Diya saja," Tini tersenyum sambil mengangguk. Aku memandang beberapa ketul ayam di atas tempat memanggang. Farid pula, bergerak menghampiriku. "So, awak dengan abang saya tu, memang ada apa-apa ke?,"laju soalan Farid membuat aku terkejut besar. Aku menoleh. Farid santai bersilang kaki di kerusi menanti jawapanku. "Tak ada apa-apalah," "Betul ke?," "Betullah," "Ok,"Farid bersuara sepatah. Aku tersenyum. "Err… Betul Cik Diya nak tolong saya ni?,"tiba-tiba Tini bersuara. "Kenapa?," "Saya nak masuk ke dalam sekejap. Nak siapkan minuman," "Boleh," "Terima kasih ya,"Tini bersuara sopan sambil berlalu. Aku pula tersengih sambil menghadap ayam di atas pemanggang. Apa aku nak buat ni? Sudahnya, aku cuma memandang sahaja. "Api tu, besar sikit tu. Nanti hangus ayam tu,"Farid bersuara. "Dah tu, nak buat macam mana ni?,"soalku sambil memandang wajah Farid. Farid tersengih. "You tanya I? Manalah I tahu," "Saya pun tak tahu," Aku garu kepala. Sudahnya aku mencapai sebatang besi kecil lalu aku serakkan bara yang agak menyala. "Ok macam ni?,"aku bertanya lagi sambil berpaling memandang Farid. "Ok kot,"Farid menjawab sambil bangkit dari kerusi. Mendekatiku. Aku kibaskan tangan ke muka. Asap berkepul-kepul membuat aku jadi sesak nafas. "Asaplah awak. Nak buat macam mana ni?."soalku sambil menahan batuk. "Ambillah kipas tu. Kipaskan,"pandai sahaja Farid memberi arahan. Aku mengikut tanpa banyak soal. Kipas kecil yang di atas meja, aku capai. Kibaskan pada bara yang semakin lama semakin malap. Asap semakin banyak menyerbu ke muka. Kini Farid turut sama terbatuk-batuk terhidu asap. "Tak bolehlah awak," Farid mencapai kipas di tanganku. Kuat dia kibaskan bara arang. Aku pula menolak semula bara yang telah aku serakkan tadi. Menjadi selonggok di bawah ketulan ayam yang disusun elok di atas pemanggang. Asap hilang. Dan api kembali menyala. Marak. Pedih mata aku dibuatnya. "Haa. Tengok. Boleh pun,"Farid bersuara bangga. Aku tersengih sambil menyapu air mata yang jatuh ke pipi. Pedih terkena asap. "Tapi…," "Ya ALLAH. Angah! Apa kamu buat ni? Nak makan ayam rentung ke?,"suara Puan Junaidah riuh di belakang kami. Ha.. aku baru nak cakap, tak ke api ni, terlalu besar? Aku dan Farid sama-sama berpaling sambil tersengih. "Tini mana?," "Kat dalam. Buat minuman,"beritahuku laju. Encik Firdaus yang berdiri di sebelah ibunya, tersenyum panjang. "Dah. Kecilkan api bara tu. Haguslah kalau macam ni," Aku kaku sambil memegang besi. Macam mana hendak kecilkan api ni? Aku pandang Farid. Farid menjungkit bahu. Sekali kali lagi aku serakkan arang berbara itu. Lecehnya. Ingatkan senang hendak panggang ayam ni. "Jangan serakkan semua sayang. Padam teruslah api tu nanti,"Puan Junaidah bersuara sambil mencapai besi di tanganku. Aku tercegat memandang Puan Junaidah kuis bara sambil kibaskan dengan kipas. Bara menyala semula. Kali ini tanpa api yang menyala dan tanpa asap yang banyak. Macam itu ke caranya? "Tak pandai masak ke?,"pedihnya soalan Encik Firdaus menikam gegendang telingaku. Aku tersengih sambil memandang senyum nakalnya. Dan, selebihnya aku tergamam apabila jemarinya menyentuh pipiku. Malunya! Aku bergerak ke belakang. "Ada arang kat pipi tu,"beritahu Encik Firdaus masih bersama senyum manisnya. "Ha? Ya ke?," "Yup," "Saya pergi basuh muka,"tanpa menunggu jawapan daripada Encik Firdaus, aku bergegas ke ruang dapur. Malu dengan adegan yang berlaku di hadapan ibu dan adiknya itu. "Kenapa Cik Diya?," Aku tersenyum pada Tini yang kelihatan sedikit terpinga-pinga dengan kehadiranku secara tiba-tiba itu. "Sorry. Terkejut ke?," Tini tersenyum. "Kenapa dengan muka Cik Diya ni?," Aku tersengih sambil bergerak ke sinki. Membasuh muka. "Ada lagi ke Tini?,"soalku sambil berpaling menatap Tini. "Tak ada dah," "Ada towel tak? Tisu ke?," "Tisu ada kat dalam kabinet tu," Aku buka kabinet sambil mengeluarkan sekotak tisu muka. Perlahan aku bergerak ke meja sambil menyapu wajahku dengan tisu. Saat itu juga, mataku terpaku pada Mia yang baru tiba. Cukup manis senyum gadis itu sambil memeluk Puan Junaidah. Membuat jantungku terhenti seketika. Terasa perit menusuk ke hati. "Cik Diya? Tak apa-apa ke?," Aku tersentak. "Tak ada apa-apa. Kenapa?," "Jauh menungnya," Aku tersenyum. "Saya tengok Cik Mia tu. Rapat dia dengan keluarga ni ya?," "Oh… Dia memang rapat dengan keluarga ni. Parent dia berkawan dengan Tuan Rashid dan Puan," Aku mengangguk perlahan. Patutlah. Dan, betullah tekaan aku. Mia menantu pilihan. Mataku sekali lagi terarah pada Mia. Cukup sepadan dia dengan Encik Firdaus. Sama cantik sama padan. Mia kelihatan cukup anggun dengan skirt denim separas lutus bersama t- shirt ketat berwarna jingga, menyerlahkan kulitnya yang putih melepak itu. Seperti bintang filem pula rupanya. Siapa sangka gadis secantik itu rupa-rupanya seorang doktor? Kalau jadi pelakon, mesti boleh popular. "Cik Diya?," Aku tersentak lagi. Tini tersengih sambil memegang dua jug berisi fresh orange. "Nak saya tolong ke?." "Boleh. Tolong bawa gelas tu," Aku senyum sambil mencapai dulang berisi gelas. Berjalan mengekori Tini ke arah kumpulan manusia yang sedang bergelak ketawa itu.
emm best.. cpt smbg lg eik.. xsabau nk bc ag nih... habiskn la cpt skit cita ni... post kn la smua skali smpi ending dia.. nk bc skaligus.. huhu.. mendesak x...?? hehhehe
Hanni boleh tak invite saya dlm blog hanni...yatt1966@yahoo.com. Sebetulnyer saya selalu masuk kat sana, addicted ngan BYMYB sekarang sedih tak leh masuk. PLEASE!!
salam..sis i luv u..i miss u..i hate u..i x puas ati ngan u..wuuaaa.... so BYMYB ni dpt blm bentuk novel je r nnt ye..bl nak publish? sori ye sis..i lm x chat ngan u..bz r...sooo sori..huhuhu
hanni, congrat sebab BYMYB akan diterbitkan..sy selalu baca kt sini n ur punya talent is quite good. kalu keluar kt pasaran, definitely sy akan beli. hehehe tahniah dear...
kak hanni.. blog kak hanni da removed ker? naper x leh nk masuk pun.. selalunya boleh jer kan.. kalo perlu invite boleh x kak hanni invite sy masz_01@yahoo.com.. suke la nk baca citer KRI.. nk tau kisah selanjutnya.. pls kak hanni..
cite ni sampai episod bape? dah takder sambungannye ker? masuk blog kak hanni pun takder cite nie....erm ke nak publish terus cite nie?klu nak tahu kene beli la ek novel BYMYB?????hukhuk...
Citer nie dah habis dah pun dalam blog Kak hanni yang lama... kan kak... tapi rasanya tak dak sambungan dah kot... biasanya bila dah nak publish... kena la stop.. Nak tahu ending dia.. tunggulah novel kuar... akak, bila novel dah kuar nanti bagitahu ya...
bila novel nie akan diterbitkan arr? keluaran mana? teringin gak nak wat koeksi... harap2 penulis dapat war2kan kat sini apabila cite nie dah diterbitkan ye...
boleh x klu akak smbung cite ni dulu.. nti kiorg bli la bku dia..nk tnggu buku nya kuar lmbt lg la..........lmbt tgk blog akak xdpt bce ending dia......
Novel ini akan berapa di pasaran, bila2 masa dari sekarang keluaran Kaki Novel. Berkemungkinan pertengahan April 2009
Tajuk baru, Biarlah YM Berbicara...
Terima kasih atas sokongan dari semua. Saya amat hargai. Walaubagaimanapun, ini karya pertama saya, barangkali ada kurang di sana sini. Harap terus dapat kritikan dan sokongan dari pembaca semua untuk saya terus perbaiki diri. Dan, cuba yang lebih baik untuk karya seterusnya. InsyaALLAH.
Sekali lagi, terima kasih semua pembaca yang disayangi.
letak la ending kat sni... senang pelajar2 yg duk oversea nk bca... kalau nk wat pesanan pos ade ke leh sampai oversea???? plzzzz sambung ending kat cni....
salam...kak hanni..mmg best la novel kak hanni....pada mulanya sy langsung tidak berminat nk baca sbb sy ingatkn kisah org yg bercinta melalui ym...tp pada mlm ni yg hampir pagi..bila saya sudah mula membacanya..sy baca dari mula hingga akhir dari pukul 12 mlm sampai kul 4 pagi tanpa henti...aper pun mmg best giler...
mmg best kasih pon baca sampai pg x engat dunia....ekek! akhirnya kasih dpt juga buku bybym dipasaran kat pwtc arituh....bestnya...gila byg ngan en. firdaus...best dpt pakwe mcmtu..sanggup tnggu dhiya...kalau dpt mmg x akan lps...romantik gile...
dulu sy dgar roomate jer asyik bercerita tntang BYMB nie...lastly sy sndri bace n da jatuh chenta ngn novel nie.mmg best...xmcm novel2 lain..bestttt sgt...tahniah kak hanni...
hehe..lastly dpt gak sye beli bymb..rse cm x cye buku ni ade kat tgn..actually,x sgke ley jumpe..crik punye crik kat mph mid valley mggu lps..jmpe akhirnya..lst copy lg..mang x pk ape da..trus trik je..pas2..bce smpai 3 kali smpai adik sya da bsing coz x dpt bce..hello..akak beli pkai duit akak..haha thnks kak hanni coz dpt write this story..hope pergilah air mata pun dpt sye beli..he~
TAK PERCAYA!!!!! saya pernah beli novel ni bulan mei yang lepas untuk dihadiahkan kepada kawan sempena hari jadi dia! tak sangka cerita ni best... menyesalnye!!! kalau saya tau dan baca blog ni awal2, dah sah2 novel tu saya tak bagi kat dia... waaaaaaaaaaaaaa...!!!!!! nampak nye kena beli lagi 1 untuk diri sendiri la... p/s: kak hanni, gembira dengan sentuhan magismu..
kak hni da lgi x kat luar..dh puas sye cri tpi x jmpa..please klau leh smbng je kat cnie..sya pun tngh ciput nie..please..x pun add sya kat cnie k..pices_gurlz@yahoo.com..i hope soooo much!!!!!!!
wah!! bestnyew citer ni.. sy arap penulis sambung lebih cepat lagi.. nak nyanyi untuk penulis skit ley x? plz plz plz sambung lah lagi.. sy beri sokongan..kepada anda.. huhuhu.. khas untuk penulis jew hehehe...
malam tadi saya baru abis baca novel nie, selama nie saya tak pernah pun baca novel nie dah plak tue nampak kat kedai bg buku tak beli walaupun tau novel ader kuar kat blog nie. yg bole nak beli gak novel nie sebab baca biar YM terus berbicara nak tau apa permulaan citer nie..memang syok!!! pegi kedai tue novel tue dah takder dah menyesal terpaksa beli secara pos lak..dah tue lambat lak sampai sebab takder stok..dugaan betul la..taniah pada penulis..nie tak sabar nak tunggu PAM lak...geram tak tau apa ending dia lagi..harap2 best...good luck kak hanni..'tulisan2' akak memang magic...
ala...hamperlah mcm tu... dah abis di pasaran ke... baru nak g bli...tak sbr nk tau endingnya mcmna... tak da ke smbgannya kt sni...ish2... BYMB..tk sbr aku nak memilikimu....suka.. Charming n Mr. Firdaus tu mesti org yg sma kn.... ...keke...chewah...mantap...trus lg la tulis kt sni...
cepatlah upload the next episode. dah lama dah tunggu niii. geramnyee.. i really wanna know what happened next! and one thing..heeeee :D upload panjang pnjangh sikit yer cerite ni. by the way, im a fan from Brunei :P
huhuhu...cite ni bes.. tp x dak ke smbgannye... at least wat la novel..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
emm best..
cpt smbg lg eik..
xsabau nk bc ag nih...
habiskn la cpt skit cita ni...
post kn la smua skali
smpi ending dia..
nk bc skaligus..
huhu..
mendesak x...??
hehhehe