Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fatin Erlina baru selesai membersihkan diri di bilik dan mengambil wuduk untuk sembahyang Isyak. Kain tuala berwarna merah jambu itu membalut tubuh dan sehelai lagi ditutup di bahunya. Fatin Erlina mengelap sisa air mandian yang masih terlekat di tubuh di depan pintu bilik air.
"Fatin, mari sini! Duduk dekat abang sekejap!" Fadil bersuara mencecah kesunyian. Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri dan baru hari ini berkesempatan untuk menghabiskan masa bersama apatah lagi kini mereka berada di Langkawi untuk berbulan madu.
"Abang nak apa??" balas Fatin lembut, agak malu-malu. Pakaiannya disarungkan ke tubuh. Ini kali pertama dia duduk dekat-dekat dan berdua dengan lelaki yang bergelar suaminya itu. Sebelum ini memang mereka ada keluar bersama namun bukan dengan berkeadaan begini.
Hembusan angin malam membuai-buai langsir yang dipasang di tepi tingkap. Sejuknya menikam hingga ke tulang hitam. Sementelah hujan baru turun sebentar tadi. Fatin Erlina memeluk lengannya sendiri.
"Fatin gembira dapat kahwin dengan abang? Rasa bahagia dapat hidup bersama abang?" Fadil bertanya romantis sambil memegang tangan Fatin Erlina dan mengusapnya. Fatin Erlina tertunduk malu. Kenapa harus bertanya begini sedangkan dia mengikatku tanpa rela??
"Mmm.." gumam Fatin Erlina. Tidak tahu haruskah dia memberi jawapan seikhlas mungkin?
"Abang happy sangat sebab akhirnya dapat juga abang memliki Fatin. Memiliki Fatin umpama memiliki nyawa abang sendiri. Walaupun agak lambat jodoh kita ni tapi memang dah tersurat yang Fatin tu tercipta untuk abang! Betul tak?"
Fatin Erlina terdiam cuma. Bagaimana harus ku luahkan rasa hatiku tanpa mengguris perasaannya..?
"Cinta abang sepenuhnya milik Fatin! Dari dunia sampai akhirat tau..! Fatin takde sunyilah hidup abang.." Fadil menyambung kata-kata romantisnya. Syahdu penjelasannya menggambarkan rasa hati.
Fatin Erlina hanya memandang Fadil tanpa berkelip. Bersungguhkah apa yang dibicarakannya itu? Ikhlaskah hatinya menerimaku seadanya sedangkan hati lelaki itu milik perempuan lain?? Sedangkan di hatiku kini sudah terbit rasa cinta pada insan yang lain…
"Fatin tak tahu samada hati ini mengatakan yang Fatin ni bahagia ataupun tidak. Sebabnya kita baru aje kahwin. Seminggu kita baru mengikat hubungan ini. Mustahil Fatin nak ungkapkan kata-kata yang Fatin bahagia bersama abang! Memang Fatin impikan ikatan begini. Mengharapkan yang Fatin beroleh kegembiraan bila hidup di samping abang! Fatin impikan juga anak-anak Fatin adalah dari zuriat abang. Tapi itu dulu…"
"Apa maksud Fatin??"
"Dalam hati ini, sudah tiada cinta untuk abang. Walaupun sekecil zarah…" ujar Fatin Erlina sambil dua jarinya menunjukkan saiz zarah yang dimaksudkan. Bulat mata Fadil mendengar kata-kata isterinya. Seakan tidak percaya.
"Fatin…, sudah lama abang ingin berkahwin dengan Fatin. Dah lama….. Tapi keadaan tidak mengizinkan abang untuk berbuat begitu. Mungkin masa tu, nasib belum menyebelahi kita lagi. Fatin, abang dah lama kenal Fatin dan dah lama juga abang sayang kat Fatin.. Abang bertanggungjawab ke atas diri Fatin. Kenapa Fatin bersetuju dengan perkahwinan ni kalau Fatin dah tak sayang lagi kat abang??"
Fatin Erlina membisu seribu bahasa. Tiada jawapan untuk soalan itu. Memang dia sendiri yang bersetuju. Fatin Erlina tahu Fadil suami orang namun kata-kata emaknya yang bersungguh-sungguh mengatakan Fadil bukan kepunyaan sesiapa lagi meruntuhkan kepercayaannya.
Tetapi dulu emak dan ayah juga yang berkeras tidak mengizinkan aku bernikah dengan Fadil dulu. Kenapa jadi lain sekarang?? Peningnya kepala memikirkan perkara ini. Hembusan angin malam yang sepoi-sepoi meniup perlahan langsir tingkap di bilik mereka. Fadil telah melepaskan tangan Fatin Erlina.
"Abang tahu abang pernah berkahwin dulu. Tapi itu bukan kerelaan abang. Abang terpaksa, Fatin! Abang tak mahu bergelar anak derhaka dan tidak mengenang budi.. Memang salah abang kerana mendiamkan perkara itu dari pengetahuan Fatin. Kalau abang bagitahu sekalipun, Fatin tetap menjauhkan diri dari dari abang. Jadi abang membuat keputusan sendiri. Biarlah abang dapat mendampingi Fatin seberapa lama yang boleh selagi Fatin belum mengetahui kebenarannya. Biarpun jasad abang milik dia namun hati yang satu ni tetap untuk Fatin. Kerana di situ telah tertulis nama Fatin Erlina dan ia takkan mampu terpadam lagi," luah Fadil sambil merenung Fatin Erlina, mengharap pengertian.
"Ahh..lelaki semuanya sama. Janji di mulut saje yang manis. Abang tahu, kebenaran itu amat menyakitkan hati. Fatin beria mahu berkahwin dengan abang. Fatin rasakan Fatin sanggup berkongsi masa tu. Mungkin masa tu Fatin terlalu bodoh untuk mengerti semua tu.. Usia Fatin masa tu masih muda. Tak fikirkan semua tu. Dan sekarang Fatin juga merasa masih bodoh kerana berkahwin dengan suami orang…" marah Fatin Erlina lagi.
" Apa salah Fatin hingga terpaksa mengorbankan kebahagiaan Fatin yang dulu kerana orang lain.. ? Fatin yang beria-ia cintakan abang tapi orang lain yang dapat abang.. Fatin diamkan perasaan Fatin sebab tak nak kecewakan orang tu..."
Berdosanya Fatin Erlina rasakan kerana meninggikan suara terhadap Fadil, suaminya namun kalau tak diluahkan hatinya akan terasa sakit lagi. Fadil perlu tahu isi hatinya selama ini. Bukankah syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. ‘Marahkah Fadil denganku?’ desis hati kecil Fatin Erlina.
Fatin Erlina memerhatikan Fadil yang membelakanginya. Terlihat kelakuan Fadil yang mengurut-ngurut dadanya. Berkerut sedikit muka Fadil, seakan menahan sakit. Kenapa dengan dia???
"Abang, kenapa dengan abang ni? Abang sakit ke?" tanya Fatin Erlina mula risau melihat Fadil yang membisu. Tangan Fadil masih melekap di dadanya. Fadil memejamkan matanya. Terlihat mutiara jernih yang mengalir ke pipinya. Fadil menangis??
Fatin Erlina mula dihantui rasa bersalah. Mungkin penjelasannya sebentar tadi menyakitkan hati suaminya. Membuatkan suaminya bersedih. Honeymoon yang sepatutnya menjadi saat terindah dalam hidup berubah wajah menjadi mimpi yang menakutkan lebih-lebih lagi kepada Fadil. Fatin Erlina betul-betul rasa berdosa. Suami di hadapannya menangis, membuang rasa ego seorang lelaki. Segera dicapai tangan Fadil lalu diciumnya.
"Abang, maafkan Fatin! Bukan niat Fatin nak menyakiti hati abang. Jauh sekali nak memarahi abang dengan segala yang terjadi ni.. Fatin cuma nak meluahkan perasaan Fatin. Fatin tahu Fatin ni orang kedua dalam hidup abang. Fatin cuma rasa kecewa,bang! Kecewa dengan hidup Fatin ni… Cinta begitu senang datang dan pergi. Cinta tu menyakitkan… Abang janganlah sedih dan marah Fatin, maafkan Fatin yee….??" ucap Fatin Erlina sambil menggenggam tangan sasa milik lelaki itu.
Fadil tidak berkata apa. Masih melayan rasa sakitnya. Terlalu perit dadanya. Seakan nafas tersangkut di ruang udara. Fadil merebahkan badannya di katil. Fadil mencapai bantal untuk diletakkan kepala di atasnya.
"Abang, janganlah macam ni! Janganlah takutkan Fatin, bang! Fatin masih sayangkan abang…Masih cintakan abang…!" luah Fatin mula teresak-esak. Biarlah Fatin Erlina membuang egonya sekarang daripada dia kehilangan lelaki itu sekali lagi.
Kasihan melihat suaminya berkeadaan begitu. Fadil bangun semula dan bersusah payah mencari sesuatu di dalam beg pakaian Adidasnya.
"Abang nak cari apa? Biar Fatin carikan.." Fatin menepis tangan Fadil dan mula menyelongkar beg pakaian itu. Dicapainya beberapa bungkusan berwarna putih dan tertulis nama sebuah hospital. Nama Fadil tercatat di atasnya. Fadil sakitkah?? Apa sakitnya??
Fatin masih menangis lagi. Merah matanya melihat Fadil yang tidak menjawab pertanyaannya. Mungkin Fadil masih marahkannya. Mungkin Fadil berkecil hati dengan tingkah lakunya.
"Fatin….., boleh ambilkan abang air suam?" lemah suara Fadil dan agak terketar-ketar. Lantas Fatin mengangguk dan mengambil secawan air suam dari botol yang terletak di tepi kaltil mereka. Disuanya ke mulut Fadil dan Fadil menelan beberapa biji ubat.
"Fatin….?" Fadil bersuara. Segera Fatin Erlina berpaling.
"Malam ni Fatin tidur dengan abang ye…? Fatin peluk abang ye…" pinta Fadil dan matanya melirik sayu kepada Fatin Erlina.
Fatin Erlina teragak-agak namun tetap menggangguk lemah lantas dibaringnya semula tubuh Fadil. Ditariknya selimut lalu dibaluti tubuh itu. Fatin Erlina baring di sebelah. Matanya tertancap di wajah Fadil. Direnungnya wajah itu. Kasihan melihat lelaki itu yang menjadi mangsa keegoannya tadi..
Tiba-tiba perasan Fatin jadi lain. Entah kenapa rasa kasihnya mula datang. Namun cepat-cepat Fatin Erlina menahan perasaan itu. Mana mungkin ia datang kembali..? Dan apakah hatinya masih tertutup pada Fadil? Mungkin dia ada sebab berbuat begitu.
Spontan Fatin Erlina mndakap tubuh sasa di hadapannya. Mungkin takdir yang menghendaki kami jadi begini? Fatin Erlina memejamkan mata lantas mengeratkan pelukannya.
"Ya Allah! Berilah aku peluang untuk mencintainya andai benar dia ditakdirkan milikku!"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lah,,takkan c fadil tue nak mati kot...