Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Fatin, masuk bilik saya sekejap!" panggil Zafrul Aidil, tegas.
"Baik!" balas Fatin Erlina lalu bangun dari tempat duduknya. Nak apa lagi Zafrul Aidil ni? Pagi tadi dah panggil aku. Tak pasal-pasal kena marah. Patut ke aku ambil cuti 2 minggu pun nak dibisingnya? Aku dah bagi surat cuti 2 minggu hari tu.. Bukannya tak kasi. Datuk Hanafi pun luluskan cuti aku. Ni angin puting beliungnya datang lagi la tu…, Fatin Erlina berbisik.
Lisa mengangkat bahu tidak mahu masuk campur bila kening Fatin Erlina terangkat dan mulut sahabatnya menuturkan kata minta ditemani. Takut kena marah lagi dengan bos baru itu. Lisa pun dah jadi bengang. Hilang moodnya hari itu nak membuat kerja.
"Ni, invoice entah ke mana! Filing pun tak ikut date.. Macam mane saya nak tengok senarai bajet saya untuk projek minggu depan? Kenapa awak tak check dulu fail ni sebelum kasi saya?" jerkah Zafrul Aidil. Merah muka Fatin Erlina dimarahi sebegitu.
"Supplier dah bising minta disegerakan payment mereka! Mana cek mereka? Awak dah check account supplier kann? Kalau payment lambat, mereka takkan keluarkan barang untuk kita. Dah setahun lebih awak kerja kat sini! Awak ingat awak baru lagi nak saya kena ajar semua macam buat kerja kat sini? Awak fikir ini company bapak awak??"
Fatin Erlina hanya membatukan diri di hadapan Zafrul Aidil. Tak mahu melawan kata. Silap hari bulan dibuangnya kerja. Mati aku! Sekarang bukan senang nak cari kerja. Masih ramai siswazah yang mengganggur di luar.
"Kenapa awak diam? Kenapa tak buat kerja yang saya suruh? Awak ingat saya suka bising-bising macam ni?"
"Entah siapa yang setuju awak terima kerja di sini. Dulu saya bekerja sama bahagian dengan awak sebab papa saya mahu saya boleh handle semua kerja di sini. Saya kena tahu buat semua. Awak ingat sebab saya pernah buat kerja yang sama dengan awak, awak nak lepaskan kerja awak supaya saya boleh sambung kerja awak tu??" marah Zafrul Aidil lagi sambil melemparkan fail ke muka Zafrul Aidil.
"Saya siapkan cek untuk semua supplier setelah saya check akaun mereka!" tutur Fatin Erlina lembut, sekadar menyedapkan pendengaran Zafrul Aidil. Fatin Erlina mengusap pipinya yang terasa perit akibat fail yang terlontar di mukanya. Zafrul Aidil merengus marah. Kecil aje dirasakan tubuh Fatin Erlina. Mahu rasanya dilambung keluar tubuh perempuan itu.
"Sudah!! Kalau awak rasa tak boleh buat kerja kat sini, awak berambus!! Saya boleh gajikan orang lain yang lebih pandai dari awak! Keluarrrr…………..!"
Menitis air mata Fatin Erlina di pipinya. Terasa kerdil dirinya di hadapan Zafrul Aidil. Kenapa Zafrul Aidil bersikap demikian???
Fatin Erlina keluar dari bilik itu sambil memegang pipinya yang mula terasa sakit. Kepala mula terasa sakit. Di tangan kirinya ada beberapa fail yang dikutipnya dari lantai setelah dilemparkan Zafrul Aidil. Fail itu mengenai pipinya yang mulus.. Hangat terasa cairan yang keluar dari pipinya. Ada garisan panjang yang memuntahkan isinya yang berwarna merah. Darah!!
Lisa yang melihat Fatin Erlina berjalan terhoyong-hayang menerpa segera sebelum tubuh itu jatuh ke lantai.
Beberapa pekerja yang mendengar butiran pergaduhan sebentar tadi segera menghulurkan bantuan kepada gadis malang itu. Kesiannya Fatin Erlina! Baru dua hari kerja setelah bercuti dari sakitnya sudah kena marah. Apalah masalahnya dengan Zafrul Aidil tu…?
Fendi, eksekutif syarikat, segera mencempung tubuh Fatin Erlina dan dibawa ke satu bilik yang menempatkan ruang rehat. Beberapa pekerja lain ikut dari belakang. Dengan cermat tubuh gadis itu di atas katil yang tersedia.
Fatin Erlina terjaga dari pengsan dan melihat dia berada di bilik rehat di ofisnya. Satu balutan putih ada dipipinya. Entah siapa yang merawatnya tadi. Masih terasa sakit di pipi saat di sentuh pipi halusnya itu. Ah, mesti berparut kat pipi ni nanti. Fatin Erlina teringat kejadian sebentar tadi. Gerun rasanya tapi peristiwa itu telah terjadi. Kenapa Zafrul Aidil seakan dingin padaku..???
"Eh, ko dah bangun ke? Rehatlah dulu.. Ni…, aku ada bawakan kopi untuk ko!" tegur Lisa yang baru masuk ke bilik rehat itu. Lisa meletakkan cawan di atas meja di tepi katil.
"Hari tu kan aku dah bagitahu.. Zafrul Aidil tu dah angin semacam sekarang ni. Baik ko hati-hati. Tengok.. tak pasal-pasal pipi cantik ni jadi sasaran dia. Apa ko dah buat kat dia ni. Cuba cite sikit apa dah berlaku masa Zafrul datang ke kampung ko hari tu?" tanya Lisa sambil membelek pipi Fatin Erlina yang dibalut kain kasa itu.
"Hanya bagitahu keadaan yang sebenar. Mungkin kerana itu dia tidak boleh menerima aku! Hati lelaki, Lisa! Siapa lah yang boleh mengubah? Dah sifat lelaki, hanya nakkan kesempurnaan dari seorang insan bergelar wanita. Sedangkan mereka yang hancurkan hidup seseorang perempuan itu.." terang Fatin Erlina membuatkan dahi Lisa agak berkerut sedikit. Tidak faham.
"Tak mengerti aku maksud ko ni!" ujar Lisa. Fatin Erlina diam. Hatinya masih sakit. Tak mahu diungkit lagi kisah lalu.
Lisa tidak ingin bertanya lebih lanjut bila Fatin Erlina mula bangun dan ingin menyambung kerjanya semula. Walaupun tidak mengetahui cerita yang sebenar, Lisa tetap mengharapkan kebahagiaan akan muncul dalam hidup gadis itu.
Sebulan berlalu. Di kala petang melabuhkan tirai senjanya, Fatin Erlina menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Teragak-agak Fatin Erlina untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello…!"
"Assalammualaikum, Fatin!!" terdengar satu suara yang cukup dikenalinya.
Fatin Erlina menarik nafas. Rasa terkejut mendengar suara itu kembali. Was-was untuk menjawab. Apakah yang harus kulakukan??
"Fatin, Abang Fadil ni..! Masih ingat pada abang kann..??" suara itu bertanya.
"Mak Fatin cakap Fatin nak segerakan pernikahan kita. Betul ke? Abang gembira sangat sebab hajat kita akan tercapai. Hujung bulan ni kita akan disatukan, Fatin. Tak sabar abang nak mulakan hidup baru dengan Fatin. Abang dah belikan rumah untuk kita berdua tau… Macam yang Fatin impikan dulu..!!" Bergema suara Fadil yang keriangan di cuping telinganya.
Fatin Erlina terfikir semula kata-kata Fadil itu.
"Hajat kita?? Bukan hajat kita tapi hajat Abang! Dan Fatin tak sangka abang akan menipu Fatin. Tipu famili Fatin jugak..! Diorang semua tak tahu abang tu masih suami orang. Surat cerai yang abang tunjuk pun mesti palsu kann…?" Air mata Fatin mula bergenang di kelopak mata.
"Abang sengaja buat tipu helah ni untuk mendapatkan Fatin. Abang boleh tipu mak dan ayah Fatin tetapi bukan Fatin! Apa yang abang nak sebenarnya dari Fatin? Jangan abang ingat Fatin tak tahu siapa abang!!" jerit Fatin marah.
"Eh, apa yang Fatin cakap ni? Apa yang abang tipu Fatin? Memang betul abang dah bercerai. Abang sekarang duda, Fatin! Duda tanpa anak. Mustahil abang akan palsukan surat cerai tu. Abang masuk pinang Fatin dulu sebab abang tahu Fatin masih cintakan abang. Sebab tu Fatin masih bersendirian sekarang, betulkan?? Fatin tanggungjawab abang. Abang akan lunaskan hak abang yang sebetulnya. Abang nak tunaikan impian abang. Impian Fatin juga. Fatin berhak untuk hidup seperti otrang lain. Fatin berhak untuk dapat kasih sayang dan cinta dari abang. Fatin ingat abang begitu kejam untuk tinggalkan Fatin dengan apa yang berlaku dulu??"
Fadil melepaskan semua yang terbuku di hatinya. Dia tidak ingin dianggap sebagai penipu. Lebih-lebih lagi oleh Fatin Erlina. Terkedu Fatin mendengar kata-kata dari Fadil. Bersungguhkah lelaki itu yang bergelar tunangnya kini untuk hidup semati dengannya? Benarkah cintanya untuk Fatin Erlina?? Sebak terasa di dada Fatin Erlina. Fikirannya mula bercelaru. Kenapa lelaki itu masih menelefonnya?? Bukankah anak dan isteri sudah ada di sisi? Seperti apa yang dilihat dulu? Kenapa masih perlu merayu lagi…?
Hari demi hari berlalu. Fatin Erlina masih bekerja di syarikat itu lagi. Beberapa hari lagi, Fatin Erlina akan diijabkabulkan. Sudah seminggu kad undangan kahwin Fatin Erlina diedarkan di ofis. Semua teman sekerja sudah tahu Fatin Erlina akan berkahwin dalam masa beberapa hari ini. Ramai yang tumpang gembira. Suka mendengar khabar yang menggembirakan.
Usikan dari teman-teman kadang mencuitkan hati Fatin Erlina. Macam-macam cerita yang diberikan kepada Fatin Erlina. Tentang malam pertama. Honeymonn dan macam-macam lagi. Namun jauh di sudut hati Fatin Erlina, terbungkam perasaan sedihnya.
Bila satu-satu pasangan itu hendak berkahwin, sepatutnya perasaan gembira itu harus ada. Gembira kerana bakal melangkah ke alam baru. Alam yang selalunya diimpikan oleh pasangan Adam dan Hawa. Dari perasaan kasih saying dan cinta yang akan disemai bila dua jiwa bersatu dalam ikatan pernikahan.
Apakah pernikahan ini akan memberi kebahagian dan sinar baru dalam hidup Fatin Erlina kelak? Apakah perlu cinta itu diiringi dengan lafaz ijab dan kabul? Masihkah cinta bersarang di hati Fatin Erlina? Rasa tidak yakin muncul di hati Fatin Erlina. Haruskah aku mencaturkan hidupku semata-mata Fadil???
cpt2 smbg erk... sy suke cite nih... suspen je... -anna-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpt2 smbg erk...
sy suke cite nih...
suspen je...
-anna-