Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Terdengar bunyi loceng dari pintu hadapan membantutkan pergerakan Lisa yang baru bangun dan ingin menuju ke tandas. Terdetik hatinya, siapalah gerangannya yang datang malam-malam macam ni? Dikerling jam di dinding dan jarum panjang menunjukkan angka 10.30 malam. Alangkah lewatnya waktu itu dan kini tiba-tiba ada tetamu pula yang sedang berdiri di luar.
Fuh, semangat! Datangla ko padaku, doa Lisa dalam hati. Mengharapkan bukan jelmaan hantu yang muncul. Langkah gerak kaki Lisa perlahan menapak di pintu. Berhati-hati. Ekor matanya terintai-intai lembaga di luar tingkap besar itu. Lembaga meyerupai perempuan!! Mukanya tak nampak! Aduh..takutnya aku….!
Terketar-ketar kaki Lisa ketika itu. Terdengar suara perempuan itu memberi salam. Aik?? Pandai pula hantu zaman millennium sekarang ni bagi salam erkk…? Hantu Islam kot… Lisa menjawab di dalam hati. Dicampai kunci yang tersangkut di tepi pintu lalu pintu di buka perlahan-lahan.
"La…ko rupanye!! Aku ingat hantu manalah yang sesat tadi??" jerit Lisa agak kuat seraya memeluk tubuh itu. Lisa memandang perempuan dihadapan sambil melihat 2 beg yang sederhana besar di sebelahnya. Perempuan itu hanya tersenyum kelat. Jelas di riak wajahnya yang agak kepenatan.
"Nah, ambik buah ni! Buah tangan mak ayah aku dari kampung!" hulur Fatin Erlina sambil menjijit sebuah beg pakaiannnya. "Lagi satu, jangan lupa beg aku yang satu tu, bawak masuk. Aku dah bawak hadiah ko kan?? Kang jangan sampai aku jadi buruk siku pulak!!" sambung Fatin Erlina yang telah duduk di sofa biru tua itu.
"Terima kasih! Ingat gak hantu ni kat kita ye...." usik Lisa lalu menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Buah tangan dari Fatin Erlina di bawa ke dapur.
"Punya la ayu aku ni, ko bilang aku hantu..? Ko tengok cerita seram ke tadi? Ni mesti banyak sangat tengok movie hantu ni.. Ape punya kawan la ko ni…!" kutuk Fatin Erlina sambil melihat tubuh Lisa yang mula menghilang di dapur. Matanya sudah tertacap di kaca televisyen..
Lisa datang dengan buah yang telah diletakkan dalam mangkuk besar. Ada buah rambutan dan langsat. Lisa mengupas kulit ranmbutan dan dimakan isinya.
"2 minggu ko tak datang ofis, senyap aje ofis tu.. Masing-masing macam laki mati bini. Diam aje. Lebih-lebih lagi Zafrul Aidil tu. Sejak balik dari kampung ko, senyap aje! Ko bergaduh ke dengan dia? Ada masalah ke?" soal Lisa bertubi-tubi. Hilang moodnya nak berehat setelah terdengar cerita Lisa.
Fatin Erlina mengeluh. Terkenang kembali peristiwa minggu lepas. Rajukan Zafrul Aidil hingga menyebabkan dia membawa diri semula ke ibu kota. Penjelasan Fatin Erlina membungkam hati lelaki itu. Tapi siapalah yang mampu berdiri di samping Zafrul Aidil yang punya segalanya? Fatin Erlina tahu dirinya tidak layak untuk mendamping lelaki yang sekaligus merangkap majikannya itu. Bagai enggang dengan pipit. Jauh bezanya. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan peristiwa hitam itu. Ahh.. Pedihnya hati ini!!
"Tiada apa yang berlaku, Lisa. Cuma mungkin hati Zafrul tu terluka bila dah tahu aku dah bertunang ni," ujar Fatin Erlina agak berselindung.
"Pulakk…! Fatin, Pasal ko dah bertunang tu, awal-awal lagi aku dah bagitahu kat Zafrul tu. Cuma aku minta biarlah dia dengar dari mulut ko sendiri. Takkanlah dia monyok sampai diamuknya satu ofis hari tu! Kalau ko ade, ko tengok fiil dia tu…huh, memang dashyat tau… Eii takut jugak aku. Semua staff kena marah! Silap sikit habis melambung fail…" cerita Lisa mengenai bos barunya.
Zafrul Aidil telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Jaya Holding dua bulan lalu. Kini syarikat gergasi milik bapanya itu di bawah taklukannya. Fatin Erlina sudah tahu semua itu tapi itulah kali pertama cerita yang didengarnya bahawa Zafrul Aidil telah mengamuk di ofis.. Mmm…mungkin silap aku.. atau dia sememangnya ada masalah hari tu. So…mengamuklah…Siapa lah yang tahu hati pemuda itu.
Fatin Erlina teringat kejadian 5 malam sudah. Dia berterus terang tentang status dirinya. Juga dia sudah menjadi tunangan orang itu. Berkerut seketika wajah Zafrul Aidil. Adakah dia mampu menerima siapa diriku ini? Fatin Erlina tertanya-tertanya sendiri.
Tak mungkin lelaki seperti Zafrul Aidil akan menerima dirinya. Fatin Erlina sedar semua itu. Buktinya esok pagi saja, Zafrul Aidil sudah meninggalkan rumah Fatin Erlina. Sayu hati Fatin Erlina melihat Zafrul Aidil bertolak pergi dari tepi jendela rumah. Di sebalik jendela itu, titisan jernih menitik di matanya.
‘Ingatkan Zafrul Aidil benar-benar mencintai diriku tetapi dia juga seperti lelaki lain. Takkan semudah itu itu dia akan terima aku yang tidak suci ini dan kotor ini.. Ya Allah, aku sedar diriku ini. Tak tergamak aku menerima lelaki sebaik itu sebagai pasangan hidupku. Aku tak setaraf dengannya dan aku tidak layak di sampingnya. Ya Allah, patutkah aku menerima Fadil sebagai suamiku sedangkan ada perempuan lain disisinya yang aku sendiri tak pasti siapa perempuan itu sebenarnya!’
Mata Zafrul Aidil memandang terus le atas siling. Melepaskan keluhan yang entah kenapa dirasakan terlalu berat untuk ditanggung. Akhir-akhir ini Zafrul Aidil mudah marah. Mudah melenting hinggakan sikapnya ditegur papanya. Beberapa orang atasan mengadu pada papanya. Khuatir sikapnya mengganggu prestasi kerja.
"Zafrul anak papa…! Kenapa dengan sikap kamu kebelakangan ini? Apa yang Zafrul tidak puas hati di ofis itu? Tuan Hashim mengadu kat papa! Beritahu yang Zafrul sekarang dah jadi panas baran. Apa masalahnya?" tegur Datuk Hanafi sedikit tegas. Ketika itu Zafrul Aidil baru pulang dari ofis. Zafrul Aidil hanya membatukan diri. Tiada mood untuk berbincang masalahnya.
"Kalau Zafrul ade masalah, bagitahu kat papa. Papa akan cuba selesaikannya!" usul Datuk Hanafi mengharapkan anaknya yang seorang itu akan membuka mulut. Zafrul Aidil satu-satunya anak lelaki tunggal dia dengan arwah isterinya, Datin Kamariah. Datin Kamariah telah meninggal dunia empat tahun lepas.
Zafrul Aidil hanya menggelengkan kepala. Datuk Hanafi turut menggeleng melihat kelakuan anaknya itu.
"Bik… saya nak keluar sekejap!" beritahu Datuk Hanafi. Bergegas bibik ke ruang tamu dan mengiringi Datuk Hanafi keluar.
Zafrul Aidil memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba membayangkan saai-saat indah kiranya dia berkasihan dengan Fatin Erlina. Berlari-lari anak di tepian pantai sambil mengutip kerang di kala senja melabuhkan tirai malamnya. Ahh…Indahnya jika ia menjadi kenyataan…….
Tenangnya jiwa andai dia memberikan cinta itu padaku, Namun apakan daya kisah yang menjadi igauan ngeri itu menghantui sanubariku. Nafsu amarah tiba-tiba melonjak dalam diri ini. Kenapa perempuan yang mula aku sayangi itu harus melalui mimpi yang tidak indah itu?
"Ya Tuhan! Apa harus aku lakukan untuk menggapai destinasi cintaku? Kenapa aku harus ditemukan perempuan seperti Fatin Erlina itu….’
Zafrul Aidil mulai didatangi rasa mengantuk diiringi lelah badannya yang keletihan. Pejam matanya disaluti mimpi yang menemani tidur malamnya bersama kenangan lalu…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan