Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku bersiap seperti biasa hari ini. Aku memakai seluar hitam dengan kemeja berwarna ungu. Aku menuju ke dapur untuk bersarapan. Beginilah rutin aku pada hari bekerja. Aku akan memastikan aku sudah bersarapan sebelum ke tempat kerja. Cukuplah dengan segelas susu dan sekeping roti sebagai pengalas perut. Deringan telefon bimbit mematikan niat aku untuk menyudahkan tegukan terakhir. "Nurul dekat mana? Ayah sakit. Ariff datang ambil Nurul sekarang. Kita balik kampung" ujar Ariff sebaik sahaja aku mengangkat telefon. Ayah sakit? Terbayang muka ayah yang gembira dengan pertunangan aku dan anaknya, Ariff. "Saya dekat rumah sekarang" balas aku. Ariff mematikan talian setelah mengatakan dia akan sampai dalam masa sepuluh minit lagi. Aku bergegas menaiki tangga dan mengemas apa yang patut. Aku menelefon Ina dan mengatakan aku mengambil cuti kecemasan. Dia bersimpati dengan apa yang berlaku. Ariff sampai sebaik sahaja aku mengunci pintu pagar. Dia membantu aku memasukkan beg pakaian ke dalam keretanya. Aku berdebar-debar tatkala tangan aku bersentuhan dengan tangannya sewaktu memasukkan beg. Namun, Ariff kelihatan bersahaja. "Ayah sakit apa?" soal aku setelah Ariff memulakan pemanduan. Dia kelihatan begitu gelisah dan memandu dengan laju. "Boleh tak perlahankan sikit?" pinta aku. Permintaan aku mengejutkan Ariff dan dia memperlahankan pemanduan. "Maaf" ujar Ariff perlahan. Aku hanya mengangguk perlahan. "Ayah tiba-tiba pengsan" ujar Ariff. Aku menoleh ke arahnya. Dia mengeluh. Aku faham akan perasaannya. "Ariff drive dari Kedah ke Kuala Lumpur?" soal aku. Dia hanya mengangguk. "Ariff on the way nak balik kampung masa dapat tahu berita ni. Jadi, tumpangkan Nurul sebab ibu nak Nurul balik sama" terang Ariff. Aku mengangguk. Aku memahami kerjanya sebagai doktor di kem askar di Kedah. Bukan mudah untuk dia bercuti. "Nurul dah nak pergi kerja?" soal Ariff apabila melihat ke arah pakaian aku. Aku mengiakan sahaja. Entah lah, aku berasa kekok apabila bersama dengannya walaupun kami makin mesra semenjak keluar makan pada tempoh hari.
**********************
Air mata aku mengalir perlahan. Kenapa semua ini mesti berlaku?. Ariff mendiamkan diri semenjak kami menjejakkan kaki di hospital ini. Permintaan ayah tidak masuk akal. "Ayah nak sangat lihat kamu berdua disatukan sebelum ayah tak ada" Kata- kata ayah umpama halalintar. Aku baru sahaja bertunang dengan anaknya. Takkan nak kahwin dah?. Ariff berdiri sebaik sahaja melihat kawannya, Doktor Haikal selesai memeriksa keadaan ayah. "Macam mana dengan ayah aku?" soal Ariff. Aku hanya memasang telinga. "Jantung dia lemah. Aku rasa kau tahu kan apa maknanya?"balas Haikal sambil memandang aku. Aku melemparkan senyuman. " Kau cubalah untuk mengikut apa yang dikatakan oleh ayah kau. Aku takut dah tak sempat " nasihat Haikal kepada Ariff sambil menepuk-nepuk bahunya. "Tunang kau?" soal Haikal sambil merenung ke arah aku. Ariff mengangguk. Haikal segera menghampiri aku. "Saya Haikal. Awak?" ujar Haikal sambil menghulurkan tangan. Ariff segera berdiri di sisi aku. Huluran tangan Haikal disambutnya. "Nama dia Nurul" balas Ariff. Haikal mencebik. "Nasib awak lah, Nurul. Bertunang denagan Ariff tak nak terima kaunseling dengan saya dulu" balas Haikal sambil ketawa. Ariff mencebik. Aku hanya memandang ke arah mereka berdua dan tersenyum. Ariff masih lagi ketawa walaupun Haikal sudah pergi. Apa yang kelakarnya?. Ariff menghampiri aku dan duduk di sisi aku. "Jadi macam mana?" soal Ariff. Aku tersentak. "Kalau Nurul setuju. 2 minggu dari sekarang kita kahwin" ujar Ariff. Aku meneguk air liur. "Macam mana dengan family Nurul?" soal aku. Aku rasa umi dan abah mesti bersetuju dalam suasana yang genting ini. "Ariff dah telefon umi. Dia kata tak ada masalah. Dia pun dah sibuk agaknya sekarang menguruskan perkahwinan kita" terang Ariff. Dia melihat air muka aku yang keruh. Aku mengeluh. "Ariff terlalu memaksa?" soal Ariff "Nurul tak bersedia lagi. Semua ini macam mimpi" balas aku. "Kita anggap diri kita sebagai kawan sahaja. Bukankah kita dan janji kita akan menjadi kawan sampai bila-bila?" tukas Ariff. Aku mengeluh lagi. "Kita tetap kawan" balas aku.
******************* Bilik aku dihiasi dengan pelbagai bunga segar. Aku memandang sepi semua perhiasan itu. Malam ini adalah malam terakhir aku hidup bersendirian. Selepas ini aku sudah berteman. Sepupu-sepupu aku sudah berkumpul di rumah ini semenjak semalam lagi. Inai di jariku dipandang sepi. Malam ini adalah malm yang sepatutnya aku menunggu kepulangan Azam. Kenapa nama itu lagi yang diingat? Deringan telefon bimbit mematikan lamunan aku. Kenapa aku semakin kerap mengelamun semenjak akhir ini? "Azam nak jumpa Nurul" ujar suara yang amat aku rindui. "Tapi.." "Please..." rayu Azam. "Baiklah. Tunggu di tempat biasa" balas aku. Aku segera mengambil kunci kereta dan mematikan telefon bimbit aku. "Nak ke mana tu?" soal umi. Mungkin tidak senang melihat aku yang keluar pada lewat malam ini. "Keluar kejap" balas aku. "Nak jumpa dengan Ariff la tu. Tak lari punya Ariff kau tu" balas sepupu aku yang sedang mengelap pinggan. Aku mendengus. "Aku nak pergi jalan-jalan la sebelum menjadi puan"balas aku. "Biar la. Hari ini kan hari terakhir dia sebagai gadis" pintas abah. Aku tersenyum dan segera beredar. Aku memandu perlahan kereta aku ke Taman Mahkota. Saksi pertemuan aku dan Azam. "Azam.." panggil aku perlahan. Dia berpaling ke arah aku. Azam menangis? "Jangan tinggalkan Azam" ujar Azam. Aku terpana. "Kita tak ada jodoh"balas aku. Azam menggelengkan kepala. "Tidak, kita ada jodoh kalau Nurul tunggu Azam" "Tunggu? Lima tahun tanpa ikatan apa-apa?"sinis aku. Azam tersentak. "Kan Azam dah cakap kat airport dulu"ujar Azam "Tunggu saya?" pintas aku. Azam hanya mengangguk. "Saya dah letih" balas aku. "Kenapa dah dua pinangan ditolak kalau tak tunggu Azam?"soal Azam. Aku merasakan aku tersempit. Memang aku menunggu dia tapi apakan daya aku... "Salah Azam sebab tidak mengikat hubungan kita ini. Azam menyesal" Aku mendengus. Aku perhatikan wajah Azam. Masih kacak seperti dulu. Tapi sayang semuanya sudah terlambat. "Nurul cintakan dia?" soal Azam. "Cinta? Ada apa dengan cinta?" soal aku balik. Azam merenung aku. "Cinta dan sanggup menharungi segalanya bersama dia" balas Azam. Aku mengangguk perlahan. Aku tidak ikhlas. Azam tersenyum. "Nurul tidak ikhlas" ujar Azam. Ah, lelaki ini mudah untuk membaca perasaan aku. "Ikhlas atau tidak Nurul tetap kahwin esok" balas aku sambil meninggalkan Azam. Penantian aku selama lima tahun sudah berakhir.
********************** Semua orang memuji-muji gandingan aku dan Ariff. Aku melemparkan senyuman. Namun aku tahu senyuman itu palsu. "Selamat Pengantin Baru" ucap Ina. Aku tersenyum. "Kau jaga kawan aku ni baik-baik"ucap Ina kepada Ariff. Ariff tersenyum sambil mengenggam erat tangan aku.
***************** Ariff bekerja di Kedah dan aku di Kuala Lumpur. Semua ini menjadi masalah apabila kami berkahwin. Umi hendak aku berhenti bekerja apabila kami sekeluarga berkumpul pada malam itu setelah selesai majlis. "Mana boleh umi" ujar aku. Umi sudah menunjukkan muka. Ariff tersenyum. "Habis? Takkan seorang di Kedah dan seorang di Kuala Lumpur?" soal umi. Aku mendiamakan diri. "Susah sekarang ni nak tukar kerja lagipun baru je naik pangkat. Gaji pun besar" balas aku. Umi mendengus. "Tak pa lah umi, biar saya yang pindah lagipun saya dah minta tukar ke Kuala Lumpur" ujar Ariff. Kasihan melihat muka aku yang macam ayama berak kapur di hadapan umi. "Bagus lah tu. Suami ikut isteri" balas umi sambil berlalu. Aku mendiamkan diri. Aku melangkah masuk ke dalam bilik dengan perlahan-lahan. Ariff masih bersembang denagn abah di beranda. Aku menunaikan solat Isyak dengan tergesa-gesa dan segera menyelimut badanku. Aku cuba untuk memejamkan mata tetapi gagal. Derapan kaki kedengaran dan aku cuba untuk menjadi pelakon yang terbaik. Ariff membaringkan diri di sisi aku. Bantal di tengah katil dialihkan ke tepi dan dia memeluk aku. Aku bingkas bangun. Muka Ariff terkejut dengan reaksi aku. " Ingatkan dah tidur" ujar Ariff. Aku mengeluh. "Tidur je la. Dah malam ni" pujuk Ariff setelah melihat aku terkebil-kebil memandang ke arahnya. Aku menurut sahaja perintahnya.
***************************
Kenduri kahwin memang memenatkan. Siapa yang kahwin? Aku? Aku segera membuka mata. Aku tidak mahu Ariff melihat cara aku tidur. Semua gaya ada. "Good morning, sunshine" ucap Ariff. Aku terkedu. Aku segera bangkit. Ariff memandang aku pandangan yang hairan. "Nak pergi mana"soal Ariff. Mukanya kelihatan seperti keliru. "Mandi. Solat Subuh" balas aku sambil mengambil tuala di penjuru bilik. "Mandi?"soal Ariff. Mata aku melihat jam di dinding. 4.45 pagi? Patutlah kelat semacam mata aku. Ariff tersengih. Tangannya menepuk bantal aku. "Saya sakit perut" balas aku sambil memasuki bilik air. Ariff tersenyum. Aku melangkah keluar bilik. Perit telinga aku mendengar usikan sanak saudara. Ingin aku membalasnya tapi tunggulah... "Mana Ariff?" soal umi sebaik aku dududk di meja makan. Aku menjungkitkan bahu. Aku segera menuangkan air. Lengan aku dicubit. Aku mengeluh. "Ariff mari sarapan" uacapa kau sebaik sahaja Ariff memasuki ruang dapur. Sekali lagi, lengan aku dicubit. "Kenapa panggil dengan nama. Panggil lah abang" ujar umi. Aku mengeluh. "Abangku sayang, jemput makan" ujar aku. Umi menggeleng memandang aku. "Sabar je lah. Ariff" balas umi apabila melihat aku tergelak melihat muka umi yang tidak berpuas hati denagn tindakan aku. Pertama kali aku tergelak dan mengembalikan perangai sebenar aku yang dirampas setelah aku dipaksa bertunang. Ariff memandang aku. Mungkn terkejut dengan perangai aku yang berubah sekelip mata. Aku tersenyum. Aku melihat dia menyenangi perubahan aku ini.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eerr...kalau tak silap, part yang last tu mcam dalam novel kasih yang suci jerrrr...