Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Afia, Adi, Julia dan Rizal tersenyum gembira apabila Cik Syazliana meluluskan proposal dan storyboard mereka. Cik Syazliana juga memuji konsep rancangan mereka yang berani mengetengahkan artis baru dan tidak bermotifkan komersial semata-mata.
Konsep program yang diberi judul ‘e-Buzz’ itu khusus untuk mengetengahkan bakat-bakat baru tempatan bagi memperkenalkan mereka kepada penonton Malaysia. Dalam kesuraman industri muzik Malaysia sekarang, dengan adanya program sebegini diharap dapat menyemarakkan kembali muzik Malaysia.
Selain memperkenalkan dan mengetengahkan bakat baru tempatan, objektif lain program ini adalah bagi membuka mata pendengar Malaysia yang kita sebenarnya masih mempunyai karya-karya yang bagus dan mampu bersaing dengan muzik luar terutamanya Indonesia yang semakin hari semakin banyak membanjiri pasaran muzik Malaysia.
Selepas mendapat green light daripada Cik Syazliana, Afia, Adi, Julia dan Rizal memulakan penggambaran program hiburan mereka mengikut jadual dan perancangan yang dipersetujui bersama dengan Ezrie dan anggota M.I.X. sendiri.
Hari pertama penggambaran mengambil tempat di Cats Presents Production, studio milik Cat Farish di Jalan Setia Wangsa.
"Sekarang Julia nak bawa anda semua mengenali sebuah kumpulan baru yang berasal dari Sarawak. Mereka ni terdiri daripada empat jejaka kacak. Nak tahu siapa mereka? Jom ikut Julia!"
Gaya Julia yang santai dan bersahaja di hadapan kamera membuatkan Afia, Adi dan Rizal sepakat memilihnya sebagai pengacara program mereka itu walaupun Norin beria-ria menawarkan diri. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu Norin menjadi pengacara kerana mereka bimbang Norin tidak dapat memberikan komitmen memandangkan dia sering tidak menghadiri perbincangan kumpulan.
Lebih teruk lagi apabila Norin langsung tidak menyumbang dalam penyediaan proposal dan storyboard. Itu pun mereka masih bertimbang rasa dan tidak mengadu perkara itu kepada Cik Syazliana. Jika mereka mengadu perkara itu kepada Cik Syazliana, alamatnya Norin terpaksa mengulangi subjek itu lagi pada semester hadapan. Nasib baiklah dia dapat ahli kumpulan yang baik macam Afia, Adi, Julia dan Rizal. Kalau tidak, tak dapet den nak tolong!
Disebabkan idea yang kreatif, Adi dilantik sebagai pengarah. Rizal pula bertindak selaku jurukamera, Afia selaku wartawan penyiaran dan Norin selaku jurumekap walaupun sebenarnya jawatan itu tak adalah diperlukan sangat. Saja mereka nak bagi Norin kerja.
Dari lokasi dalam, mereka beralih ke lokasi luar. Dari satu lokasi ke satu lokasi, akhirnya tiba hari terakhir penggambaran. Penggambaran terakhir mereka adalah konsert mini M.I.X. yang diadakan di studio Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di kampus induk UiTM di Shah Alam.
Pada hari itu, Noh, Asyraf, Ogie dan Wayne menyanyikan tiga buah lagu dari album pertama mereka yang bakal menjengah pasaran dalam waktu terdekat. Album yang berjudul Mula Dari Dulu itu menampilkan sepuluh buah lagu hasil ciptaan mereka sendiri selain sifu mereka, Cat Farish.
Antara ketiga-tiga lagu yang dipersembahkan oleh mereka, Afia tertarik mendengar lagu Puteri Santubong yang mengetengahkan loghat Sarawak itu. Afia juga kagum dengan mereka kerana mampu menyampaikan rap dengan baik secara live. Live tau! Bukan miming.
Bagus juga dia orang ni ya. Lagu pun boleh tahan. Dalam diam, Afia mengakui kehebatan empat anak muda itu.
Selama seminggu mereka menjalani penggambaran, Afia memang tak banyak cakap dengan dia orang. Dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Lagu dia orang pun Afia tak pernah dengar. Lainlah Julia. Bukan main galak dia bercerita. Entah apa yang diceritakannya pun Afia tak tahu. Itulah Julia. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
"Alhamdulillah. Siap juga shooting kita," Rizal mengeluh lega sebaik-baik sahaja penggambaran itu selesai. Berkat kerjasama yang baik antara mereka, akhirnya penggambaran itu dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan mengikut jadual. Afia dan Julia bersorak girang.
"Jangan seronok dulu. Banyak lagi benda nak kena buat," Adi mengingatkan mereka. Yang siap baru penggambaran. Editingnya belum lagi.
"Betul tu. Lepas ni kita kena berkampung kat bilik editinglah pulak," celah Rizal.
"Tapi editing tak payah pergi mana-mana. Duduk aja depan komputer tu," balas Julia.
"Memanglah tapi nak kena duduk kat situ berhari-hari pun penat jugak."
"Di, kita orang kena balik ni. Esok dia orang kena pergi Sarawak," Ezrie bersalaman dengan Adi.
"Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama kau orang," balas Adi.
"No problem. Kalau ada apa-apa, calling-callinglah."
"Allright!"
"Kalau ada apa-apa silap salah kita orang, kita orang minta maaflah. Kalau-kalau kau orang ada terasa hati ke sepanjang bekerja dengan kita orang. Maklumlah kita orang ni kan student lagi," ujar Julia kepada Noh.
"Tak ada apalah."
"Tapi serius lagu kau orang best."
"Betul ke?"
"Betul. Bila album kau orang dah ada kat pasaran nanti, sayalah orang pertama yang beli!"
"Thanks."
Yalah tu, Julia. Afia asyik memerhati gelagat Julia dan Noh sampai tak sedar Asyraf di hadapannya.
"Afia kan?" soal Asyraf.
Afia tersentak. Dia ingat nama aku?
"Jumpa lagi ya," Asyraf menghulur tangan untuk bersalam dan disambut oleh Afia.
"Hope kita boleh keep in touch,"Adi bersalaman dengan Noh pula.
"Insya-Allah. Kau orang pun janganlah senyap aja. Kalau kita orang buat show kat Shah Alam, datanglah. Boleh kita lepak-lepak, minum-minum," balas Noh.
"Insya-Allah."
"Kalau dapat A, jangan lupa belanja kita orang makan," Ogie menyampuk.
"Itu sudah semestinya!"
"K, jumpa lagi."
"Bye!"
"Noh tu comel kan?" ujar Julia sebaik-baik sahaja bayang Noh dan yang lain-lain hilang. "Menyesal pulak aku tak mintak nombor telefon dia. Tapi Adi ada nombor telefon manager dia kan?
"Dah mulalah tu," Afia menyiku Julia perlahan. Julia cuma tersengih.
"Ada apa-apa lagi lepas ni?" tanya Norin.
"Tak ada. Kita breaklah dulu sehari dua. Lepas tu kita boleh buat editing," ujar Adi kepada Norin dan yang lain-lain.
"K, kalau macam tu aku balik dulu," Norin menghilang.
"Kau orang nak ke mana lepas ni?" Adi memandang kawan-kawannya.
"Jom pergi makan. Aku laparlah," cadang Rizal.
"Jom. Aku pun lapar," Julia sependapat dengan Rizal.
"Aku nak baliklah. Dah petang ni," Afia melihat jam di tangannya.
"Ala…kan awal lagi. Jomlah pergi makan dulu," pujuk Julia.
"Tak apalah. Nanti mak dan ayah aku bising. Aku tak balik minggu lepas pun macam-macam dia orang syak. Kau orang ajalah yang pergi. Aku balik dulu ya."
"K lah. Kita jumpa hari Isnin."
"Baik-baik jalan."
"Yalah."
"Haa…tahu pun balik. Ingatkan dah tak jumpa jalan balik rumah," sergah Afni sebaik-baik sahaja wajah Afia terpacul di muka pintu rumah itu.
"Sejak bila pulak kau ambil berat pasal aku ni?" balas Afia. Baru aja balik, dah kena bebel. Kalau tak membebel sehari, memang tak sah. Bila nampak muka aku aja, mesti nak membebel. Bila nak membebel aja, mesti tunggu nampak muka aku. Rimas betul! Ni yang buat aku malas nak balik rumah ni.
"Tolong sikit ya. Jangan nak perasan. Tak kuasa aku nak ambil tahu pasal kau. Anak kau tu haa… Dulu kau jugak yang beria-ria nak bela dia. Sekarang kau biar aja dia. Berak merata siapa nak cuci?"
"Donna…" Afia mencari anak kucing kesayangannya di sekitar rumah tanpa menghiraukan bebelan Afni. "Ala…kesiannya dia. Mari kat mama, sayang. Sayang rindu mama ya?" Afia tersentuh melihat anak kucingnya lena di ceruk dinding lalu membawanya ke bilik tidurnya.
Di bilik tidur, Afia membelai Donna di atas katil. Walaupun ibunya melarangnya membawa Donna tidur di atas katil, Afia tetap berdegil. Jika Afia pulang ke rumah, pasti Donna akan tidur bersamanya.
Bagi Afia, anak kucing itulah tempatnya mengadu. Segala masalah akan diluahkan pada anak kucing itu meskipun dia tahu anak kucing itu takkan mampu berkata-kata namun Afia akan berasa lega apabila bercerita kepada Donna.
Maklumlah pada siapa lagi yang Afia boleh bercerita? Nak bercerita pada mama dan abah? Mungkin tidak. Kak Afni? No way! Amri? Apalah yang budak tu tahu. Asyik tak ada di rumah aja. Nak bercerita pada boyfriend, boyfriend pun dia tak ada. Nak bercerita pada Adi ataupun Rizal, tak sesuai! Nak bercerita pada Julia, malulah pulak.
Afia bukanlah seorang yang mudah percayakan orang apabila melibatkan hal-hal peribadi walaupun orang itu adalah kawan baiknya sendiri. Baginya, hal keluarga soal keluarga dan hal kawan-kawan soal kawan-kawan. Jangan dicampur aduk. Afia jugak tidak suka orang lain mengambil tahu hal peribadinya. Disebabkan itu, Afia lebih senang mendiamkan diri walaupun ada kalanya masalah itu terlalu berat untuk ditanggungnya seorang diri.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan