Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Lama lagi ke?" Afia sudah naik bosan menunggu Adi dan Julia. Sudah lebih dua jam mereka berada di situ. Seluruh badannya rasa nak beku gara-gara pendingin hawa di kafe siber itu.
"Kejaplah. Lagi setengah jam ya," ujar Adi sambil matanya setia mengadap komputer di hadapannya.
"Benda yang kau orang buat?" tanya Afia tak puas hati. Dari tadi laman web warna biru tu aja.
"Inilah namanya My Space," balas Julia.
"My Space? Benda apa tu?"
"My Space ni macam Friendsterlah lebih kurang tapi kat My Space ni kita boleh design page kita and kita boleh chatting," terang Julia.
"So kau orang tengah chattinglah ni? Kau orang chatting dengan siapa?" Afia melihat ke komputer Julia. Yahoo Mesengger kan ada. Buat apa nak chatting kat My Spacelah pulak?
"Dengan Noh," ujar Julia sambil tersengih.
"Noh? Noh M.I.X. tu?"
"Kenapa? Tak percaya?"
"Rajin pulak dia chatting dengan kau. Ala…baru-baru ni rajinlah dia melayan. Besok-besok bila dah popular, tak ada masanya dia nak layan kau."
"Ala… aku tahulah kau jealous."
"Hish…Tak kuasa aku nak jealous!"
"Afia, kau tak nak buat account My Space ke? Jomlah join the club," Adi yang duduk di sebelah Julia mencelah. Seronok jugak main My Space ni. Kat dalam My Space pun boleh jumpa artis.
"Malaslah. Kan aku dah ada friendster," Afia tidak berminat. Friendster pun dia jarang-jarang bukak. Inikan pulak nak buat account My Space.
"Friendster, friendsterlah. Ni My Space. Meh aku ajar kau."
"Nanti nantilah. Dah lebih dua jam ni. Aku dah nak beku dah ni," Afia memeluk tubuhnya.
"Yalah, yalah. Bagi aku sign out dulu."
"Aku tunggu kau orang kat luar tau. Tak tahan aku. Sejuk!" Afia melangkah ke luar kafe siber itu. Sementara menantikan kawan-kawannya, Afia menjenguk ke kedai majalah yang terletak selang beberapa kedai dari kafe siber tadi. Dia mencapai sebuah majalah hiburan lalu dibeleknya.
Tak ada cerita menarik pun. Afia meletakkan kembali majalah itu di tempat asalnya kemudian membelek majalah yang lain pula. Lepas satu, satu majalah yang diselaknya. Daripada majalah hiburan hinggalah majalah komik. Mangga, URTV, Media Hiburan, Mingguan Wanita, EH, Gempak, Utopia, Hype…
Sedang Afia khusyuk membelek majalah di tangannya, tiba-tiba matanya melekat pada suatu muka surat majalah itu. Berita tentang artis baru di halaman itu menarik minatnya. Dia tersenyum sendiri tatkala membaca cerita itu. Lima minit kemudian…
"Ehem… ehem…"
Suara itu seakan hampir dengan telinganya namun Afia masih buat tak tahu. Apa pulak mamat ni nak? Kenal ke? Afia tetap tekun membaca majalah di tangannya. Namun suara itu semakin keras. Afia mengangkat muka.
Di hadapannya, kelihatan tuan kedai itu bercekak pinggang kemudian menunjuk ke suatu tulisan. Afia memandang ke arah yang ditunjuk. Terang-terang di situ tulis ‘no free reading’. Afia tersengih. Majalah di tangannya diletak ke tempatnya. Dengan wajah selamba, Afia berlalu dari kedai itu.
Ala…baca sekejap pun tak boleh. Kedekut betul! Afia mula teringat akan Adi dan Julia. Hish…mana pulak dia orang ni? Tadi kata dah nak sign out. Apalagi yang dibuatnya tu?
Afia mula berang lalu mengatur langkah ke dalam kafe siber tadi semula. Waktu itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hatinya. Mahu saja dia memaki hamun Adi dan Julia yang suka membuatnya menunggu. Inilah sikap kawan-kawannya yang paling dibencinya. Suka melengah-lengahkan masa.
Antara mereka berempat, Afialah yang paling punctual jika membabitkan soal masa. Jika sudah berjanji akan berjumpa pada pukul tiga, maka pukul tigalah dia akan muncul. Afia tidak suka membuat orang menunggu kerana dia sendiri tidak suka menunggu. Menunggu baginya membuang masa.
Afia sudah bersiap untuk menyembur api kemarahannya kepada Adi dan Julia namun langkahnya terhenti apabila dia bertembung dengan Adi dan Julia di pintu masuk kafe siber itu.
"Haa…tahu pun nak keluar!" marah Afia.
"Sorry…aku memang nak sign out dah tadi tapi si Noh tu pulak ramah bercerita dengan aku. Aku pun layan ajalah," ujar Julia. Bukannya senang nak bersembang dengan artis.
"Yalah tu," Afia memeluk tubuh. Bulat matanya menahan marah. Alasan! Noh yang ramah bercerita ke ataupun kau yang sayang nak tinggalkan internet tu?
"Ala… Afia, janganlah marah. Jom aku belanja ABC," Julia memaut lengan Afia ke kedai makan berhampiran. Adi mengekor dari belakang.
Gitulah sokmo! Sikit-sikit mintak maaf. Sikit-sikit mintak maaf. Macamlah perkataan maaf tu dapat menggantikan semula masa aku yang dah terbuang tadi. Gumam Afia di dalam hati.
Namun kemarahan Afia hilang serta-merta apabila disogokkan dengan ABC yang sejuk itu. Hatinya tiba-tiba menjadi sejuk sebaik-baik sahaja ais krim coklat yang dicampurkan bersama ABC itu melalui ruang kerongkongnya.
"Kau ni kalau dapat ABC terus tak ingat kawan," ujar Julia.
Afia mengangkat muka. Baru dia teringat akan Julia dan Adi yang duduk semeja dengannya.
"Sorry, tengah fokus," seloroh Afia.
Afia memang hantu ABC. Kalau makanan lain selalu dia tak habis makan tapi kalau ABC gerenti mangkuknya licin! Tambah-tambah kalau yang ada ais krim macam kat gerai Seksyen 2 ni.
Bukan kata ABC saja, malah Afia juga cukup suka mengunyah ais. Setiap kali minum di gerai, pasti minuman berais yang menjadi pilihannya. Selepas habis minum air, dia akan mengunyah sisa ais yang tinggal tu macam makan gula-gula.
"Kau tak nak ke ais tu? Bagi akulah," sebelum sempat Julia menjawab, Afia pantas mencapai gelas Julia yang hanya tinggal air batu itu.
"Hari-hari makan ais. Tak sakit gigi ke?" tanya Julia. Dia dan Adi hanya memesan minuman sejuk buat sekadar membasah tekak.
"Best," jawab Afia dengan mulutnya mengunyah air batu. Julia menggelengkan kepala melihat tabiat Afia. Sehari tak minum ais memang tak sah! "Lepas ni kau orang nak pergi mana?"
"Kita lepak SACC Mall nak?" cadang Adi.
"SACC Mall ada apa? Kita pergi Plaza Alam Sentral ajalah," ujar Julia pula.
"Boringlah. Asyik tempat yang sama aja," Afia mencelah.
"Habis, kat mana lagi kita nak pergi?" balas Adi.
Beginilah rutin pelajar-pelajar UiTM di Shah Alam. Diari hidup mereka sudah sinonim dengan Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC Mall, Tasik Shah Alam dan Seksyen 2. Bagi yang rajin berjalan, bolehlah singgah ke Shah Alam Mall yang terletak di Seksyen 9 berhampiran dengan Hotel Concorde.
"Jom tengok majalah kejap," Afia dan Adi mengikut langkah Julia ke sebuah kedai buku yang terletak di tingkat satu setelah puas mereka menjelajah seluruh kedai di dalam bangunan Plaza Alam Sentral itu.
"Tadi aku belek majalah kat kedai Seksyen 2. Ada cerita pasal M.I.X.," ujar Afia tatkala Julia melihat-lihat majalah yang dijual di situ.
"Ya ke? Cerita pasal apa?" soal Julia.
"Cerita pasal apa lagi? Pasal album dia oranglah," balas Afia.
Kebanyakan artis menggunakan media massa seperti majalah bagi mempromosikan diri dan album mereka. Ini kerana majalah mempunyai kumpulan sasaran pembaca yang lebih fokus daripada suratkhabar. Suratkhabar biasanya lebih memberi tumpuan tentang isu semasa dan informasi manakala majalah pula hanya sekadar hiburan dan bahan bacaan santai bagi merehatkan minda.
"Majalah apa?"
"Hai."
Julia mencapai senaskah majalah Hai lalu membelek isi di dalamnya. Setelah menjumpai muka surat yang dikatakan oleh Afia, Julia tekun membaca cerita yang ditulis oleh wartawan majalah itu. Bersama-sama berita itu turut diselitkan gambar anggota M.I.X. yang berposing dengan pakaian tajaan Echo Park.
Selesai membaca, Julia meletakkan kembali majalah itu di tempatnya.
"Hai, baca aja ke? Tak nak beli?" soal Afia.
"Malaslah. Buat bazir duit aja."
Julia tak macam Afia yang terlalu menggilai Sheila on 7. Cerita ciput pun, Afia akan beli. Tapi bukan Julia. Julia agak berkira dalam bab-bab berbelanja ni. Kalau sesuatu benda tu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya, makanya dia tidak akan menghabiskan duit untuk benda itu. Tak berbaloi.
"Eleh…sembang kat internet berjam-jam boleh pulak. Nak beli majalah RM2 ni pun nak berkira."
"Itu lain. Ni lain."
"Apa yang lainnya?"
"Ala… kau apa tahu?"
"Ni pendebatan apa pulak ni?" Adi yang dari tadi hanya memerhati gelagat dua sahabatnya itu bersuara.
"Tak ada apalah. Jomlah balik," balas Julia.
"Nak balik dah ke?" tanya Adi. Baru pukul empat suku. Awal lagi.
"Habis tu nak buat apa lagi?"
"Kita lepaklah SACC Mall pulak."
"Malaslah."
"Esok-esok pulalah. Assignment Broadcast tu kan kita tak siap lagi," celah Afia.
"Ala…aku tak ada moodlah nak buat assignment sekarang. Lagipun Rizal kan balik kampung. Kita tetap kena tunggu dia jugak," ujar Adi.
"Kaki aku dah lenguh. Aku tak boleh jalan lagi. Penat," adu Julia.
"Yalah, yalah. Kita balik kolej ajalah," Adi akur dengan kehendak Afia dan Julia.
"Kau marah ke, Di?" Afia serba salah pula.
"Taklah. Nak marah apanya?" Adi berlagak biasa walaupun sebenarnya dia agak hampa apabila Afia dan Julia menolak cadangannya untuk merayau-rayau di SACC Mall.
"Betul kau tak marah?" Afia sengaja menduga.
"Betul…"
"Kalau macam tu, jom kita balik Puncak," balas Afia.
Cheh…ingatkan nak ikut cadangan aku lepak SACC Mall. Ngomel Adi di dalam hati.
"Cepatlah. Nanti tak sempat nak kejar bas pukul empat setengah," gesa Afia. Dengan rasa malas, Adi mengikut langkah Afia dan Julia.
"Bas, bas! Cepat!" Adi, Afia dan Julia bergegas keluar dari Kompleks PKNS apabila melihat bas UiTM berhenti di seberang jalan bagi mengambil pelajar-pelajar pulang ke kampus.
"Ala…banyak pulak kereta ni. Sempat ke nak kejar ni?"
Berduyun-duyun kereta menjalar di jalan raya membuatkan langkah mereka terhenti seketika.
"Sempat, sempat. Cepat lintas!" Afia, Adi dan Julia berlari ke arah bas yang masih belum berganjak itu.
"Dapat ke kita naik ni?" soal Julia apabila melihat masih banyak pelajar yang belum naik. Masing-masing berebut-rebut bagi memastikan mereka dapat naik.
Afia, Adi dan Julia merupakan antara pelajar terakhir yang naik ke perut bas itu. Fuh…nasib baik mereka sempat mengejar bas itu. Jika tidak, pasti mereka perlu menunggu satu jam lagi untuk menaiki bas yang seterusnya.
Meskipun begitu, mereka terpaksa berhimpit dengan pelajar-pelajar lain memandangkan jumlah mereka terlalu padat. Mujur keadaan itu tidak berlarutan hingga ke Puncak Perdana kerana apabila tiba di Seksyen 2, hampir separuh daripada pelajar-pelajar itu turun di situ. Kebanyakan mereka adalah pelajar kampus induk.
Afia, Adi dan Julia melabuhkan punggung ke kerusi lalu tersandar keletihan. Masih ada masa lebih kurang satu jam lagi untuk sampai ke Kampus Puncak Perdana memandangkan bas itu akan masuk ke kampus induk dahulu.
Tak sampai lima minit, Adi dan Julia sudah terlentok dibuai mimpi. Afia yang masih berjaga leka memerhati ke luar tingkap. Meskipun pemandangan di luar sudah menjadi pemandangan biasa bagi tatapan matanya, namun begitulah tabiat Afia. Suka memandang ke luar tingkap samada di dalam bas, kereta, komuter mahupun LRT.
Sedang Afia leka menyaksikan gelagat manusia dari dalam bas, tiba-tiba gegendang telinganya menangkap bunyi lagu yang dimainkan di radio di dalam bas itu. Lagu Puteri Santubong nyanyian kumpulan M.I.X.
Afia menghayati rentak muzik dan bait lirik lagu itu. Tanpa disedari, perlahan lagu itu mula memikat hatinya setelah hampir berpuluh-puluh kali lagu itu kedengaran di telinganya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan