BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 27, 2008
Novel : Air Mata Hati 3
Nama Pena : LeaQistina

Ezani terjaga daripada lenanya yang panjang apabila berasa pedih yang amat sangat daripada luka yang berada di kaki dan tangannya. Mungkin kesan ubat semalam telah hilang. Melihatkan tapak tangan dan kakinya yang berbalut menyebabkan hatinya berasa simpati terhadap dirinya sendiri. Melihatkan jari-jarinya yang telah berinai mengingatkan dirinya bahawa hari ini adalah hari perkahwinannya. Oh, tidak. Bukan hari perkahwinannya tetapi hari pernikahannya. Dirinya hanya akan bernikah dengan Fakrul tetapi yang berkahwin hanyalah Fakrul dan Nina yang berada di dalam anganan Fakrul. Dirinya hanya bertindak sebagai patung boneka di hadapan tetamu yang hadir nanti. Ezani akan sentiasa mengingatkan dirinya akan perkara tersebut. Fakrul adalah suami untuknya tetapi dirinya hanyalah isteri di atas kepingan kertas bagi Fakrul. Tiada nilai dirinya bagi Fakrul. Mengenangkan perkara ini terasa ingin menitis air matanya.

Tiba-tiba Ezani terkenangkan ibunya. "Ibu, benarkah tindakan Zani ini, ibu? Akan bahagiakah Zani, ibu? Ibu doakan anakmu dari kejauhan ya ibu. Sesungguhnya apa yang Zani lakukan ini juga adalah untuk seorang insan yang bergelar ibu. Tidak sampai hati Zani melukakan hati seorang ibu yang sanggup menumpangkan kasihnya buat Zani", terhinggut-hinggut bahu Ezani kerana menangis. Pilu hatinya. Hiba tak terkata. Ezani berkali-kali mengingatkan kepada dirinya akan hakikat ini. Mengingatkan kepada dirinya supaya jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Fakrul kerana kelak dirinya mungkin akan merana. Ezani juga akan sentiasa bersedia untuk bergelar janda kerana dirinya tahu adalah sukar untuk menjalankan tugas dan kewajipan yang tergalas di bahu seandainya tiada kerelaan di hati. Ezani jelas akan hal ini. Perlahan-lahan hatinya pasrah.

"Zani, kau dah bangun ke nak?", terdengar panggilan Mak Cik Limah di muka pintu. Perlahan-lahan Zani cuba bangkit dari katil untuk membukakan pintu.

"Dah mak cik, sekejap ya", jawab Ezani. Ezani cuba bangkit untuk membuka pintu. Berkerut mukanya menahan rasa sakit yang semakin terasa apabila dirinya melakukan pergerakan.

"Ya Allah, kesiannya anak mak ni. Apa yang kau buat semalam nak sampai jadi macam ini? Sedih hati mak tengok anak mak jadi pengantin dalam keadaan macam ni", kata Mak Cik Limah. Tersentuh hati Ezani apabila Mak Cik Limah membahasakan dirinya mak kepada dirinya. Terasa seperti ibunya sendiri yang sedang berdiri dihadapannya kini.

"Mak cik..", getus Ezani sambil menangis. Memandangkan Ezani yang menangis maka Mak Cik Limah terus memeluk Ezani untuk menenangkannya. Tidak semena-mena air mata Mak Cik Limah juga mengalir lesu.

"Maafkan Zani, mak cik..", Mak Cik Limah mengusap perlahan belakang Zani. Dirinya mengerti perasaan anak gadis dihadapannya kini.

"Zani, hari ni mak nak. Mulai hari ini Zani adalah anak mak. Mak akan jadi wakil Zani hari ni. Bukan Ayul", terang Mak Cik Limah. Ezani telah dianggap seperti anaknya. Bukan menantu.

Pelukan terlerai. Kedua-dua mereka serentak memandang ke muka pintu apabila terdengar ketukan. Fakrul menjengukkan mukanya. Apabila tersedar bahawa dirinya masih berpakaian tidur dan tidak bertudung, Ezani cepat-cepat menarik selimut dan menyelimutkan badan dan kepalanya untuk menutup dari pandangan Fakrul. Fakrul bukan mahramnya. Fakrul yang melihat telatah Ezani yang agak kelam kabut itu terasa seperti ingin ketawa tetapi ditahannya jua. Dalam fikirannya, untuk apalah Ezani bertindak seperti itu. Tidak sampai beberapa jam sahaja lagi Ezani akan menjadi miliknya. Akan tiada batas antara mereka. Tapi tidak mengapalah. Sekarang Ezani bukan miliknya lagi. Cuma bakal saja. Senyuman nakal terbit dibibirnya.

"Hah, ada apa kau datang ke sini Ayul? Kau mana boleh datang sini. Ini bilik anak dara tau", tegur Mak Cik Limah kepada anaknya. Dah ketuk pintu tapi tak bercakap pulak. Hanya merenung Ezani sahaja matanya. Lucu pula rasanya apabila melihat Ezani yang berselubung seperti orang Eskimo ini, getus Mak Cik Limah di dalam hati. Melihatkan anaknya merenung tanpa henti terhadap Ezani tadi hati Mak Cik Limah menjadi sedikit senang. Moga ada petanda baik bagi mereka. Doa Mak Cik Limah.

"Eleh, anak dara apanya mak. Kejap je lagi dah nak jadi bini Ayul", balas Fakrul selamba sambil tersengih. Ezani memalingkan wajahnya. Tidak sanggup rasanya untuk mendengar kata-kata tersebut. Untuk menghadapi hakikat itu nanti apatah lagi. Sengihan Fakrul lagi menambahkan jelik hatinya.

"Tak ada apalah mak. Ayul cuma nak cakap yang kita tak payah buat majlis sandinglah hari ni ye mak. Nanti-nantilah kita buat. Lagi pun Zani pun masih belum betul-betul sihat", sambung Fakrul lagi terhadap ibunya. Wajah Mak Cik Limah dan Ezani dipandang secara berselang seli.

"Terpulang pada kaulah nak. Zani, apa pendapat kau pulak? Ini majlis kau jugak", tanya Mak Cik Limah kepada Ezani. Sebenarnya Mak Cik Limah berasa agak bersyukur bahawa Ezani yang menjadi menantunya. Memang sudah lama Mak Cik Limah berkenan akan perilaku Ezani namun apakan daya apabila Fakrul berkenankan Nina. Mak Cik Limah tidak sangka bahawa hajatnya untuk bermenantukan Ezani akan terkabul. Sangkanya niatnya ini hanya akan tinggal anganan sebaik sahaja Fakrul menyampaikan hajatnya untuk menyunting Nina menjadi suri hidupnya. Nina bukanlah tidak baik orangnya. Cuma Mak Cik Limah agak kurang berkenan dengan gaya pemakaian Nina yang tidak bertudung dan agak menjolok mata.

"Zani tak kisah mak cik. Lagi pun ini bukan majlis Zani. Zani hanya sebagai pengganti sahaja. Zani ikut..", belum sempat kata-katanya dihabiskan Fakrul telah memotong percakapannya.

"Ok", sungguh balasan itu menjerut hatinya.

"Nak, kenapa cakap macam tu sayang?", tanya Mak Cik Limah kepada Ezani. Entahlah, Mak Cik Limah sendiri bingung untuk memahami perasaan Ezani yang duduk dihadapannya.

"Zani.. Zani.. er.. Bukan niat Zani.. er..", Ezani sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan kepada Mak Cik Limah. Ezani sedar. Fakrul memang tidak merestui perkahwinan ini. Atas sebab itulah Fakrul membatalkan upacara bersanding yang dijadualkan berlangsung pada petang ini. Mungkin jika Nina ditempatnya kini Fakrul sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bernikah dan bersanding. Malangnya bukan Nina yang berada di sini. Yang ada hanyalah dirinya.

"Tak apelah nak. Zani berehatlah sayang ye. Sekejap lagi Mak Uteh akan masuk hantarkan sarapan pagi. Lepas makan Zani makan ubat. Nanti bila mak andam dah sampai baru Zani bersiap", nasihat Mak Cik Limah sekaligus memberitahu Ezani mengenai jadualnya pada hari ini.

Majlis akad nikah yang dijadualkan dilakukan di Masjid Al-Farabbi juga telah dibatalkan. Majlis akad nikah hanya dilangsungkan di rumah. Sekali lagi Ezani berasa rendah diri. Tidak suka benar Fakrul pada dirinya. Apakan daya dirinya hanyalah galang pengganti. Segala persediaan bukanlah untuk dirinya. Siapalah dirinya untuk disambut dan dirai seindah dan semeriah itu. Terbayang majlis pernikahan dan persandingan yang sering diangankannya. Fakrul dan dirinya bersanding di atas pelamin serba nan indah. Fakrul juga tersenyum bahagia disampingnya. Wajahnya juga tergambar kegembiraan dan rasa tidak sabar untuk hidup bersama. Semua itu hanyalah anganan yang akan tinggal kenangan. Tidak mungkin jadi kenyataan.

Terpegun Fakrul seketika apabila melihatkan wajah Ezani sebelum majlis pernikahan sebentar tadi. Tidak pernah dirinya merasakan Ezani secantik tadi. Entah mengapa wajah Ezani yang kelihatan redup dan lembut sambil tertunduk ketika dirinya melafazkan akad di hadapan kadi tadi sering terbayang difikirannya. Ayu sungguh. Terselit juga rasa bangga di hatinya kerana mendapat isteri seanggun itu. Buat seketika Fakrul lupa bahawa kehadiran Ezani itu hanyalah sebagai pengganti kepada Nina yang melarikan diri. Buat pertama kalinya dirinya terlupa pada Nina. Hanya Ezani di matanya. Dengan hanya sekali lafaz sahaja maka sahlah Ezani sebagai isterinya.

Bergetar jiwa Ezani tatkala mendengar perkataan sah daripada mulut kadi diikuti oleh keempat-empat saksi. Kini sahlah Fakrul Ezairy bin Aminuddin Hakeem sebagai suaminya. Tamatlah sudah hidup bujang Ezani Hanna Mustaqim. Bermulalah sudah hidupnya sebagai isteri kepada Fakrul Ezairy. Serba-serbi perlu dikongsi.

Terasa mengigil tangannya ketika Fakrul menyarungkan cincin pernikahan mereka ke jari manisnya. Begitu juga semasa Fakrul mencium dahinya setelah dirinya tunduk mencium tangan Fakrul untuk upacara pembatalan air sembahyang. Pertama kali bersentuhan sebegitu menimbulkan rasa cuak dihati Ezani. Bisikan ‘Cantiknya isteri abang’ di peluput telinganya juga meremangkan bulu romanya. Dirinya benar-benar rasa tidak selesa dengan keadaan itu dan terasa seperti ingin melarikan diri dari semuanya. Namun, Ezani tahu semua itu adalah mustahil baginya. Yang tinggal hanyalah kehidupan bersama suami yang baru dinikahinya itu. Suami yang dahulunya adalah sahabat baiknya. Sahabat yang sering memberikan tempat berlindung dan bergantung kepadanya. Kini, lelaki yang sama itu juga yang sepatutnya akan berfungsi sebagai nakhoda dalam hidupnya. Tapi itu semua hanyalah kata-kata yang bermula dengan perkataan sepatutnya. Apa yang bakal berlaku nanti adalah sesuatu yang hanya akan bermula dengan perkataan tidak sepatutnya. Ezani ingat itu.

Segan sungguh Ezani apabila Pak Monty, jurufoto yang diupah meminta mereka untuk menggayakan pelbagai aksi yang romantik. Sekejap begitu, sekejap begini. Sungguhpun begitu, Pak Monty masih lagi mengambil kira keadaan Ezani yang cedera. Tidak dapat Ezani lupakan apabila Pak Monty meminta Fakrul memeluknya dari belakang sambil mencium ke pipinya. Terasa Fakrul mencium lembut ke pipinya. Selamba saja Fakrul melakukannya. Seolah-seolah langsung tiada masalah. Pandai sungguh Fakrul melakonkan wataknya. Mungkin juga Fakrul membayangkan dirinya adalah Nina. Hanya itu sahajalah jawapan yang mampu diberikan oleh Ezani terhadap dirinya. Usikan dan ketawa daripada sanak saudara dan hadirin memang gamat semenjak tadi. Ada sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Itu yang menyebabkan Ezani tidak mampu mengangkat muka. Malu dan segan sungguh rasanya. Tidak hilang merah di mukanya. Bertambah ayu Ezani bila berwajah sedemikian. Fakrul pula hanya relaks di sisi Ezani sambil tersenyum lembut. Tangannya pula sentiasa melingkar di pinggang Ezani. Hendak ditepis takut jatuh air muka suami yang baru menikahinya itu. Tiada siapa yang tahu apa yang sedang bergelojak di hati suaminya ini, fikir Ezani. Begitulah juga dengan apa yang sedang bergelojak di hatinya. Tidak orang lain dan tidak juga oleh suaminya. Lagi pun, Fakrul memang sedari dahulu lagi memang seorang yang agak tenang orangnya. Sering cuba untuk menunjukkan ketabahan dihadapan orang lain. Ezani tahu itu. Dia kenal sikap Fakrul yang satu itu.

Setelah selesai sesi fotografi maka semua tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu selera. Fakrul keluar mengiringi tetamu-tetamu tersebut. Tinggallah Ezani terkial-kial seorang diri. Ezani juga tidak mengharapkan Fakrul akan membantunya. Lutut dan tapak tangannya yang berjahit itu membataskan pergerakannya. Belum pun sempat Ezani bangun untuk menuju ke meja untuk majlis makan beradap, kelihatan Fakrul kembali ke dalam bilik sambil menyorong kerusi roda. Terkedu sebentar Ezani melihatkan Fakrul yang hadir bersama kerusi roda. Namun tanpa banyak soal Ezani duduk di kerusi roda tersebut dengan dibantu oleh Fakrul. Malas untuk memanjangkan kisah. Lagi pun perasaan malu sudah pun sarat memenuhi jiwa. Seandainya dirinya cuba menimbulkan perbalahan, lama pula mereka berduaan dalam bilik itu nanti. Huhu.. Tak sanggup!

"Terima kasih", kata-kata itu hanya dibalas dengan sekuntum senyuman. Tersenyum Mak Cik Limah melihatkan keadaan itu. Semoga berbahagia anakku, getus hati kecil Mak Limah.

Malam itu adalah malam perkahwinan mereka. Seandainya mereka adalah seperti pasangan bercinta yang lain, sudah tentu itulah malam yang paling ditunggu-tunggu. Malam penyatuan antara mereka. Sudah tentu malam itu akan dinanti dengan penuh debaran. Lain pula yang dirasakan oleh Ezani. Hanya kerunsingan yang menemani dirinya. Sebelum ini mereka terlalu sibuk melakukan persediaan. Tidak sekali pun mereka sempat berbincang mengenai masa hadapan. Ezani sedar. Segala keputusan terletak ditangan Fakrul. Dirinya hanya mampu memberikan pendapat. Sudah cukup baik pada Ezani sekiranya mereka berpisah secara baik tanpa bermasam muka. Dirinya sudah cukup bersyukur. Berkaitan persahabatan mereka itu mungkin tidak akan seperti dahulu lagi. Ezani telah berura-ura untuk menetap di luar negara setelah Fakrul melepaskannya nanti. Hatinya benar-benar yakin Fakrul tidak mempunyai sebarang masalah untuk melepaskannya. Malah, mungkin tidak sabar-sabar untuk melakukannya.

Jarum jam menunjukkan pukul 10.30 malam ketika Fakrul menjejakkan kaki di dalam bilik. Ezani sedang termenung di beranda ketika itu. Perlahan-lahan Fakrul mendekati isterinya.

Amboi! khusyuknya dia. Langsung tak sedar aku datang, getus hati Fakrul. Tiba-tiba timbul niat nakal di hatinya. Tupp!! Fakrul mencucuk pinggang isterinya.

"Oh mak kau!!", jerit Ezani.

"Astaghfirullahalazim, Ayul!!", hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Ezani.

Fakrul ketawa terbahak-bahak. Suka benar dia. Ezani hanya memandang suaminya yang sedang galak ketawa. Pelik melihatkan suaminya yang kelihatan gembira sejak tadi. Bukankah dia tidak rela dengan perkahwinan ini? Kenapa gembira pula?

"Hanna", panggil Fakrul. Tercengang Ezani apabila Fakrul memanggilnya begitu. Tidak pernah Fakrul memanggilnya Hanna selama ini. Panggilan Hanna hanya digunakan oleh arwah ibu bapanya dahulu.

"Hanna, abang panggil ni", tegur Fakrul lagi apabila tiada tindak balas dari Ezani. Ezani hanya merenung wajahnya.

"Oit!!", Fakrul mencuit bahu isterinya.

"Hah!! Apa.. Kenapa?", jawab Ezani secara spontan. Bagai orang yang baru dikejutkan dari tidur lagaknya.

"Tak ada apa-apa. Abang nak tanya, kenapa Hanna pakai tudung dalam bilik malam-malam ni? Selalu memang macam ni eh bila kat rumah? Tapi pagi tadi tak pulak. Siap berselubung macam orang Eskimo bila abang jenguk pagi tadi", kata-kata Fakrul itu disambung dengan ketawa kecil dihujungnya.

"Zani.. er.. Hanna", Ezani tidak tahu untuk membahasakan dirinya. Janggal pula bila hendak membahasakan dirinya Hanna. Lama sudah nama itu tidak disebutnya. Abang?? Lagilah pelik rasanya untuk membahasakan suaminya itu sebagai abang. Alamak! Macam mana ni?

"Asal gagap-gagap ni. Selalu bukan main banyak mulut Hanna. Takkan malam ni dah jadi gagap?", selamba sahaja Fakrul menuturkan kata-kata tersebut. Fakrul tahu gementar di hati isterinya itu. Ezani hanya menarik nafas yang dalam apabila mendengar kata-kata tersebut. Cuba mencari kekuatan untuk terus berbicara. Mereka perlu berbincang. Mengenai mereka. Mengenai masa depan. Adakah masa depan buat mereka? Mungkin tidak, fikir Ezani.

"Ayul, kita perlu berbincang", Ezani cuba menguatkan hatinya.

"Bukan Ayullah sayang. Abang..", Fakrul membetulkan panggilan Ezani. Dia mahu Ezani memanggilnya dengan panggilan yang lebih mesra. Tanda ada ikatan sudah antara mereka.

"Nak bincang apa sayang? Tapi sebelum itu, abang nak ingatkan Hanna yang kita ni dah jadi suami isteri. Dah sah pun petang tadi. Tak perlulah Hanna nak bertudung dalam bilik ni. Tak berdosa pun. Tak rimas ke pakai tudung malam-malam buta ni..", kata Fakrul. Lantas tangannya melepaskan tudung yang terikat di kepala Ezani.

"Tapi", Ezani tidak jadi meneruskan ayatnya apabila Fakrul merenung tajam ke mukanya. Ezani sedar tiada batas aurat antara mereka. Namun, bukankah mereka tidak berhajat untuk lama bersama. Sebenarnya Fakrul sendiri tidak sabar untuk menatap wajah sebenar isterinya itu disebalik tudung yang selalu dipakainya. Sebaik sahaja tudung dibuka rambut Ezani yang panjang mengurai terus terlepas ke bawah. Terkesima sebentar Fakrul melihatnya. Nafasnya ditarik dalam. Haruman dari rambut isterinya itu benar-benar memikat jiwanya. Cukup segar dan mendamaikan. Teringin sungguh Fakrul untuk membelai rambut isterinya itu. Namun Fakrul mencekalkan hatinya. Sekarang bukan masanya. Ada perkara yang perlu diselesaikannya bersama Ezani.

"Tak ada tapi-tapi. Ok, jom kita berbincang. Hanna nak bincang apa dengan abang?", Fakrul menarik Ezani menuju ke katil yang telah disediakan untuk mereka. Katil yang telah dihias indah. Berat rasanya untuk Ezani melabuhkan punggungnya ke atas tilam itu bersama-sama Fakrul. Susah benar Ezani hendak membiasakan diri dalam masa yang singkat itu.

"Ayul, boleh tak kalau cakap macam biasa. Janganlah main-main", bentak Ezani apabila terasa dirinya acap kali dikenakan oleh Fakrul. Juga berasa tidak selesa untuk tidak bertudung dihadapan Fakrul sungguh pun Fakrul adalah suaminya kini.

"Bila masa pulak abang main-main? Salahkah bila abang bahasakan diri abang, abang? Abangkan suami Hanna", balas Fakrul. Tidak puas hati lagaknya.

"Memang la Ayul suami Zani. Tapi kita bukannya suami isteri betul-betul pun", kata Ezani. Buntang mata Fakrul mendengar kata-kata Ezani itu.

"Aik, kenapa pulak bukan betul-betul? Petang tadikan abang dah lafaz nikah depan kadi, depan saksi. Semua cakap sah. Apa yang tak betulnya??!", ternyata Fakrul tidak bersetuju dengan pendapat Ezani.

"Ingat abang lafaz main-main ke tadi?! Ingat kita main pondok-pondok ke?!!", tambahnya lagi. Tidak puas hati sungguh Fakrul dengan kata-kata Ezani tadi.

"Bukan itu maksud Zani", bentak Ezani.

"Habis tu??", tekan Fakrul lagi. Masih tidak berpuas hati dengan kata yang keluar dari dua ulas bibir di hadapannya.

"Ayul,,"

"Abang..", sekali lagi Fakrul membetulkan bahasa dirinya yang digunakan Ezani.

"Ayul, jangan macam nilah!! Kalau asyik macam ni macam mana nak berbincang. Selalu tak macam ni pun. Cakap macam biasalah. Orang dah la runsing macam ni dia nak buat lawak bodoh pulak", marah Ezani.

Fakrul menarik nafas yang dalam. Cuba menyabarkan hatinya. Cuba meredakan suhu hatinya. "Apa yang runsing sangat ni? Bila masa abang buat lawak bodoh? Salah ke panggil macam tu? Bodoh sangat ke bila panggil macam tu? Apa yang tak kena? Cuba cakap pada abang, Hanna?", Fakrul menjarakkan dirinya dari isteri yang baru dinikahinya itu. Tersinggung benar hatinya dengan gelagat Ezani tadi. Tidak layakkah dia mendapat panggilan hormat seperti itu dari isterinya itu? Berat sangatkah?

Ezani runsing dan tidak faham dengan situasi ini. Kenapa Fakrul mendesak dirinya sebegitu? Penting sangatkah panggilan abang itu. Kenapa Fakrul berlagak seolah-olah perkahwinan mereka ini suatu kerelaan baginya? Bukankah Fakrul sendiri tidak rela? Apabila Fakrul menjauhkan dirinya sedikit-sebanyak rasa bersalah mula menyelubungi diri Ezani. Sedar perbuatannya itu adalah dosa. Mengecilkan hati suaminya adalah suatu yang dilarang Islam. Ezani tahu itu. Bukan dirinya tidak sayang pada Fakrul. Cuma luahan hati Fakrul pada emaknya tempoh hari masih menghantui dan terngiang-ngiang di telinganya. Sukar bagi Ezani untuk menerima keadaan yang berbeza dari yang dibayangkannya selama beberapa hari ini.

Setelah keadaan menjadi agak tenang. Fakrul akhirnya bersuara,
"Ok Zani, shoot!".

Setelah mengumpul segala kekuatan yang ada akhirnya Ezani pula bersuara, "Ayul, kita nak buat macam mana ni sekarang?"

"Buat macam mana apa?", dingin saja suara itu. Wajah Ezani langsung tidak dipandangnya. Tanda protes terhadap perlakuan Ezani sebentar tadi.

"Perkahwinan kita ni lah.. Ayul bercadang nak kekal macam ni berapa lama? Takkan nak hidup macam ni selama-lamanya?", balas Ezani. Fakrul terus berpaling. Menatap wajah isteri yang baru dinikahinya siang tadi. Pelik dengan soalan Ezani itu.

"Lama mana? Sampai bila-bila lah. Hidup macam ni? Hidup macam mana yang Hanna maksudkan?", entah mengapa sebaik sahaja sah Ezani menjadi isterinya, panggilan Hanna amat mudah keluar dari bibirnya. Tiada lagi Ezani.

"Takkanlah..", spontan kata-kata itu terkeluar dari mulut Ezani.

Kenapa? Tak boleh ke?", tanya Fakrul lagi.

"Apa masalahnya?"

"Ayul, Ayul buat semua ni sebab kesiankan Zani ke?"

"Kesian? Apa ni Hanna? Sungguh abang tak faham apa yang Hanna cuba sampaikan ni? Cuba cakap dengan terang..", tegur Fakrul. Sungguh dia tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh Ezani. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.

"Ok. Pendek katanya begini. Hanna, tahu Ayul memang tak ingin kahwin dengan Zani tapi..", tersengih-sengih Fakrul memandang isterinya. Terhenti seketika Ezani dari berkata-kata.

"Sengih-sengih kenapa?", tanya Ezani dalam kepelikan. Orang cakap betul-betul dia main-main pulak. Kejap marah kejap sengih.. Dah tak betul ke si Ayul ni? His, geram betul!

"Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa… Sambung le..", kuntuman senyuman masih lagi dibibirnya. Suka benar hatinya apabila mendengar Ezani membahasakan dirinya Hanna. Walau Fakrul tahu Ezani tidak sedar dan hanya tersasul. Sekurang-kurangnya Fakrul tahu dia ada di hati isterinya itu. Walau hanya secebis tapi ianya telah memadai buat masa ini. Namun Fakrul tekad untuk mendapatkan lebih lagi tempat di hati isterinya itu. Tidak mengapa suatu hari nanti akan aku takluki hatinya itu. Semuanya..

"Err… bila Ayul nak lepaskan Zani?", ibarat suatu letupan bom atom di kepalanya. Fakrul sungguh tak menyangka Ezani akan berkata sebegitu. Belum pun satu hari mereka bergelar suami isteri, perkataan cerai telah terkeluar dari mulut Ezani. Pucat sungguh muka Fakrul tatkala itu. Mati terus senyuman yang memekar dibibirnya tadi. Tidak terlintas dihatinya untuk melepaskan isterinya itu. Tidak walau secebis. Kalut sungguh hatinya pada detik itu.

"Kenapa pulak Ayul nak lepaskan Hanna?", tanya Fakrul dalam getarnya.

"Ayul… Zani sedar yang hati Ayul bukan untuk Zani. Untuk apa Ayul simpan Zani sedangkan hati Ayul bukan di sini. Kebahagiaan Ayul bukan di sini. Bukan pada Zani. Tak ada beban untuk apa batu digalas. Zani tak nak jadi beban dalam hidup Ayul. Jadi petualang dalam hidup Ayul", terang Ezani sambil tertunduk. Entah mengapa hatinya tidak cukup kuat untuk menatap wajah suaminya itu.

Tiba-tiba sahaja hatinya sendiri bagai tidak rela dengan apa yang dituturkannya itu. Pedih sungguh hatinya. Rasa seolah ada pisau yang merobek-robek hatinya. Bagai ternampak-nampak darah yang membuak-buak dari luka hatinya.

"Tak mengapalah Ayul. Zani faham. Zani tak nak bebankan Ayul. Lepaskanlah Zani. Zani rela", tambahnya lagi apabila Fakrul hanya mendiamkan diri. Matanya pula telah mula membahang. Sungguh hatinya tidak rela. Tidak mengapalah asalkan Fakrul bahagia. Aku rela berkorban, kata Zani pada hatinya.

Entahkan dengar entahkan tidak. Fakrul hanya membatu di tempatnya. Sungguh dia tidak tahu apa jawapan yang harus diberikannya. Apa yang pasti hatinya tidak rela. Tidak semena-mena Fakrul terasa tanggannya dicapai. Dia menoleh. Kelihatan Ezani dalam juraian air mata tunduk mencium tangannya.

"Ayul, ampunkanlah Zani. Ampunkanlah Zani.. Zani tahu berdosa bagi seorang isteri seandainya minta untuk dilepaskan. Bukan Zani nak mengumpul dosa. Zani tahu Ayul tak rela terima Zani. Untuk kebaikan kita Ayul lepaskanlah Zani", sekali lagi Ezani meminta untuk dirinya dilepaskan.

Perlahan Fakrul menarik tangannya yang dipegang kejap oleh isterinya. Sungguh hatinya bingung. Merah sudah bola matanya menahan tangis. Pedih. Pilu. Tidak mampu terucap dibibirnya. Sangkanya bahagia adalah miliknya. Bernikah dengan insan yang amat menyayangi dirinya di sangka akan membawa bahagia. Sungguh bukan dirinya tidak sedar Ezani menyayangi dirinya. Cuma waktu itu hatinya buta dek cinta Nina. Oleh kerana Nina ibarat segalanya, kasih sayang Ezani lantas ditolak tepi. Dilabel hanya sebagai kasih buat adik. Kini hatinya berubah. Tatkala hatinya berubah dan berazam untuk membalas kasih sayang dari Ezani itu keadaan jadi begini. Seandainya berita ini sampai ke pengetahuan emaknya, pasti emaknya itu kecewa. Fakrul tahu emaknya itu terlalu menyayangi Ezani. Gembira dihatinya terpancar jelas diwajahnya sepanjang majlis hari ini. Langsung tidak merungut penat melayan tetamu. Langsung tidak duduk diam. Fakrul tidak sanggup melihat emaknya kecewa.

"Betul Hanna nak abang lepaskan Hanna?", tanya Fakrul tanpa memandang wajah Ezani. Tidak sanggup rasanya. Ezani hanya menganggukkan kepalanya. Fakrul melihat hanya dari ekor matanya. Setelah mendapatkan jawapannya Fakrul bingkas bangun.

Setelah melepaskan suatu keluhan berat barulah Fakrul kembali bersuara, "kalau itu yang Hanna nak, baiklah. Abang akan fikirkan". Selesai sahaja ayat itu Fakrul terus berlalu meninggalkan bilik itu. Tidak lama kemudian kedengaran ngauman kereta dan akhirnya sayup-sayup pergi. Tatkala itu juga terjelopok Ezani di kaki katil.

Abang, maafkan Hanna. Sungguh Ezani rasa tidak berdaya. Akhirnya Ezani terlena di kaki katil tanpa sebarang alas. Ezani tidur hanya berbantalkan lengannya. Merekot akibat kesejukan. Ada riak sendu di wajahnya.
posted by Penulisan2u @ 9:12 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group