Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setitis air mata jatuh tatkala Ezani mencium tangan Fakrul di hari pernikahan mereka. Ezani sendiri tidak mengerti samada air mata yang jatuh menitis itu adalah air mata gembira atau sebaliknya. Memang benar bahawa dirinya telah diijabkabulkan dengan lelaki yang amat disayanginya selama ini namun dirinya juga tahu bahawa perkahwinan ini juga merupakan suatu paksaan bagi Fakrul. Fakrul terpaksa menerima diriku menjadi suri hidupnya semata-mata untuk menutup aib yang bakal menimpa. Impian Fakrul untuk mendirikan istana bahagia bersama Nina akhirnya tidak kesampaian apabila sehari sebelum mereka diijabkabulkan Nina lari menyembunyikan diri. Bukan sahaja kaum keluarga malah Fakrul sendiri berasa bingung akan tindakan Nina ini. Kebetulan pada masa kejadian itu berlaku Ezani baru sahaja tiba di rumah Fakrul bagi sama-sama membantu membuat persediaan bagi majlis perkahwinan yang dijadualkan akan dilansungkan pada keesokan harinya. Hubungan Ezani dengan keluarga Fakrul memang akrab sejak Ezani dan Fakrul sama-sama melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai lagi. Ezani terpinga-pinga apabila melangkahkan kaki ke rumah Fakrul pada petang itu. Suasananya tidak seperti beberapa hari yang lalu. Agak tegang dan hilang cerianya. Kelihatan Fakrul yang hanya duduk berteleku di suatu sudut rumah. Mak Cik Limah pula hanya mengesatkan air matanya. Ezani terus meluru mendapatkan Mak Cik Limah yang telah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.
"Mak cik, kenapa mak cik menangis? Apa yang telah berlaku?", tanya Ezani dengan penuh berhati-hati. Di kepalanya sendiri penuh dengan pelbagai andaian buruk apabila melihatkan kesedihan Mak Cik Limah di kala anak bujangnya bakal naik pelamin. Sepatutnya Mak Cik Limah harus bergembira seperti beberap hari yang lalu. Tanpa semena-mena Mak Cik Limah terus memeluk Ezani.
"Zani, Nina..", kata Mak Cik Limah dalam tangisnya.
"Kenapa dengan Nina mak cik?", terasa seperti andaian buruk yang muncul dibenaknya tadi ada benarnya apabila mendengarkan nama Nina disebut oleh Mak Cik Limah dalam tangisnya. Ada getar dalam suaranya. Kesedihan keluarga itu adalah kesedihannya juga.
"Nina, dah larikan diri Zani. Nina tak nak bernikah esok..", jawab Mak Cik Limah sambil mengesat air mata yang mengalir dari kolam matanya tanpa henti.
"Masyaallah..", hanya itu sahaja kalimah yang mampu dikeluarkan dari bibirnya di kala itu. Spontan juga Ezani berpaling ke arah Fakrul yang asyik termenung di tingkap rumah. Rasa simpati yang menggunung hadir dalam hatinya dikala itu tatkala melihat Fakrul yang seolah bingung dan termenung seorang diri. Pasti Fakrul sedih dengan yang berlaku. Pelamin angannya musnah tatkala segala-galanya dirasakan sudah seperti sudah berada dalam genggamannya. Baru semalam rasanya Ezani melihat Nina dan Fakrul yang bahagia dan asyik dalam cinta mereka. Entah mengapa kisah ini berlaku. Perlahan-lahan Ezani bangun dan pergi mendekati Fakrul. Kehadirannya seolah-olah langsung tidak disedari oleh Fakrul. Walau bahunya disentuh oleh Ezani namun Fakrul langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.
"Yul, sabarlah. Mungkin Nina pergi sekejap aje tu", Ezani sendiri tidak tahu samada apa yang disebutnya itu masuk akal atau tidak. Melihatkan keadaan Fakrul yang sebegitu benar-benar mengguris perasaannya. Lebih sakit dan lebih pedih rasa hatinya ketika ini jika dibandingkan dengan rasa pedih dan sedih yang ditanggungnya apabila mendapat berita bahawa Fakrul dan Nina akan melangsungkan perkahwinan mereka dua bulan dahulu. Walaupun sedih tetapi sekurang-kurangnya dirinya masih mampu tersenyum dan berasa bahagia apabila melihat Fakrul tersenyum tawa dan berbahagia. Memang selama ini Fakrul tidak pernah tahu bahawa Ezani amat menyayangi dirinya.
"Yul, janganlah diam macam ni. Cakaplah dengan Zani. Zani tahu Yul sedih tapi janganlah macam ni. Zani risaulah Yul diam macam ni..", Ezani mula sebak dengan keadaan ini. Air mata di kolam matanya telah mula bertakungan. Bola matanya juga telah memerah.
"Yul..", suaranya juga telah mula serak dan bergetar akibat menahan tangis yang mula terasa. Mendengarkan perbezaan pada suara Ezani dan perubahan pada wajah Ezani akhirnya tanpa suara Fakrul menyerahkan sepucuk surat yang telah renyuk kepada Ezani. Tanpa menunggu dengan lebih lama akhirnya Ezani terus membaca surat tersebut. Betul seperti yang telah diduga, warkah tersebut adalah daripada Nina. Tulisan yang cantik dan kemas itu Ezani tenung lama.
Kehadapan Fakrul yang kukasihi,
Maafkan diri ini kerana menyampaikan warkah ini disaat kita bakal menyambut hari berbahgia kita. Maafkan diri ini juga kerna terpaksa melukai hatimu taktala gerbang perkahwinan kita hanya jarak sejengkal cuma. Maafkanlah diri ini kerna terpaksa pergi meninggalkan dirimu seperti ini. Sesungguhnya diri ini memang pernah menyayangi dirimu. Tempoh percintaan kita hampir setengah dekat lamanya. Mana mungkin tiada rasa sayang antara kita. Nina akui sepanjang tempoh itu Nina agak bahagia ketika bersama Yul cumanya itu bukan bahagia yang Nina cari. Yul bukanlah cinta sejati buat Nina. Ada insan lain yang bertakhta di hati Nina. Yul, maafkanlah Nina kerna terpaksa melukai hatimu.
Tunangku Fakrul,
Sebenarnya sepanjang hubungan kita, Nina juga telah menjalinkan hubungan dengan insan lain. Nina sangat mencintainya. Sesungguhnya Nina sangat mencintai dirinya. Dialah segalanya buat Nina Nina berasa sangat bahagia bersamanya. Bukan niat Nina ingin mengaibkan Yul sekeluarga apabila menerima pinangan daripada keluarga Yul. Tiada langsung niat di hati Nina. Cinta kami adalah cinta terlarang kerna dia adalah milik orang. Papa dan mama tidak merestui cinta kami. Setelah dipujuk oleh mama akhirnya Nina bersetuju untuk menerima pinangan dari keluarga Yul. Sungguh Nina telah cuba untuk menerima hakikat cinta kami tidak akan kesampaian namun Nina tak sanggup Yul. Tak sanggup untuk melupakan dia. Dia adalah segalanya buat Nina..
Fakrul Ezairy sayang,
Izinkanlah diri ini pergi. Nina doakan agar Yul akan bertemu dengan insan yang lebih baik dari Nina dan semoga berbahagia selalu. Nina juga berharap agar Yul juga dapat mendoakan kebahagiaan diri ini disamping insan yang Nina cintai. Lupakanlah Nina. Semoga kita tidak akan berjumpa lagi.
Dari insan yang pernah menyayangimu; Nina Haryani Mahmood
Terkelu lidah Ezani membaca warkah tersebut. Tidak disangka bahawa selama ini Nina sanggup menduakan Fakrul. Selama ini mereka kelihatan bahagia. Tidak terjangkau oleh akalnya perkara sebegini bakal berlaku. Entah apa yang mampu diperkatakan olehnya kepada Fakrul untuk menenangkannya. Sungguh Ezani tidak tahu. Kedengaran Mak Uteh bising-bising apabila memikirkan majlis esok menambah keserabutan yang dirasainya. Lembu empat ekor telah ditumbangkan. Jemputan pula telah dijemput dan semua persiapan telah disediakan. Yang kurang hanyalah pengantin perempuannya.
"Limah oi, macam mana ni? Apa yang kita nak cakap esok kalau orang tanya mana pengantin perempuannya. Barang-barang ni pulak apa kita nak buat banyak-banyak ni?", Mak Uteh memang agak bising orangnya namun Ezani tahu niat Mak Uteh baik sebenarnya. Mendengarkan kata-kata Mak Uteh itu, Ezani juga turut kusut memikirkan penyelesaiannya. Fakrul langsung tiada tindak balas yang diberikan. Mak Cik Limah pula tidak henti-henti mengelap air matanya yang tidak henti-henti menitis. Pilu sungguh rasa hatinya. Apalah dosanya hingga perkara sebegini berlaku.
"Entahlah Uteh, aku pun tak tahu apa nak buat ni. Aku sendiri buntu dan runsing", jawab Mak Cik Limah lemah. Air matanya masih lagi mengalir lesu.
"Susah-susah kau kahwinkan aje si Ezani ni dengan Fakrul. Budak dua ekor ni pun bukan tak pernah kenal. Kawan pun dah lama", jawab Mak Uteh celupar. Terangkat kepala Mak Cik Limah mendengarkan kata-kata Mak Uteh itu. Begitu juga dengan aku dan Fakrul. Sama-sama berpaling melihat Mak Uteh. Terasa seperti ada bom yang meletup di kepala Ezani. Takkanlah..
"Aku bukan apa Limah, aku cuma memikirkan kau esok. Malu kau esok kalau tetamu datang dan tengok pengantinnya tak ada. Lagi pun si Zani ni bukannya dah ada orang lain pun. Dok sorang macam tu jugak! Dah la baik lawa pulak tu budak ni. Kau pun bukannya tak kenal hati budi dia. Baik kau kahwinkan aja dua orang budak ni ha.. Menantu pun baik, masalah pun selesai. Kan senang macam tu?", terus Mak Uteh lagi memberikan pendapatnya. Tergamam Ezani mendengar kata-kata Mak Uteh. Serta merta seluruh badannya menjadi sejuk dan menggeletar. Dunia terus dirasakan sunyi. Ezani seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Tidak tahu berapa lama dia berkeadaan sebegitu. Entah apa lagi yang diperkatakan oleh mereka Ezani tidak tahu. Tahu-tahu terasa Mak Cik Limah telah memeluk dirinya sambil menangis. Mukanya terselit seribu harapan. Ezani bingung. Fakrul juga bingung. Semudah itukah?
"Zani, terimalah Ayul ye. Tolonglah mak cik. Macam mana mak cik nak angkat muka pada masyarakat nanti kalau Zani tak nak tolong mak cik. Zani jangan salah faham pada mak cik. Bukan mak cik nak mempergunakan Zani cuma mak cik tak berdaya Zani. Tolonglah mak cik. Mak cik sayangkan Zani macam anak mak cik. Tolong mak cik nak. Tolonglah mak cik ye nak", rayu Mak Cik Limah. Ezani berasa buntu. Apa jawapan yang harus diberikannya? Selama ini memang impiannya untuk menjadi suri dalam hidup Fakrul namun bukan begini cara yang diimpikannya. Ezani mahu Fakrul menerima dirinya kerana benar-benar menyayangi dirinya seperti mana dirinya menyayangi Fakrul. Ezani bimbang Fakrul tidak akan bahagia sekaligus ini akan mengundang derita dihatinya. Ezani hanya memandang wajah Fakrul yang ada dihadapannya.
"Ayul, tolong Zani Ayul", kata hatinya. Ezani berharap agar Fakrul membantunya dalam membuat keputusan seperti selalu. Namun Fakrul hanya memalingkan wajahnya. Andainya dirinya ini mempunyai emak dan ayah sudah tentu Ezani akan melepaskan perkara ini kepada mereka namun dirinya tiada semua ini. Dirinya hanya sebatang kara di dunia ini. Mak Cik Limah sekeluargalah tempat dirinya menumpang kasih. Mengenangkan kasih-sayang yang pernah Mak Cik Limah sekeluarga curahkan padanya akhirnya Ezani menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Anggukan kepalanya juga bermakna dirinya bersedia untuk dijadikan korban dan galang-ganti bagi menyelamatkan Fakrul daripada aib walaupun dirinya sendiri tidak tahu apakah nasibnya di kemudian hari. Adakah bahagia untuk dirinya atau dia sedang menempah derita? Sesungguhnya Ezani tidak tahu. Sejurus mendengar jawapan yang diberikan oleh Ezani itu Fakrul terus bingkas tanpa suara. Ezani tidak mengerti akan maksud tindakan Fakrul itu.
cte ni memang best tp aku rase mcm penah bace la kat teratak santai..sebijik2...of course la sbb penulis yg same...hehe..tp yg aku geram..awatla cte ni x abis...xde smbngn lg ke??...pnt je aku duk tnggu ending nye...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak cerite dier...
hehehe cerita yang best..
saya suka sangat..
bab-babkawin paksa ni memang best...