Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari yang dinanti-nanti menjelang tiba. Tepat pukul 10 pagi majlis pertunangan ku bermula. Tema perkahwinan ku biru laut dan putih. Pihak lelaki menghantar 9 dulang berbalas dengan 13 dulang. Pertunangan ku berjalan dengan lancar. Empat jam selepas pertunangan, aku bersiap-siap untuk majlis akad nikah. Aku mengenakan busana dari butik Teratak Mempelai beronakan warna biru laut dan putih. Wajahku disolek rapi bagi menaikkan seri pengantin. Baju kebaya moden bertahta berlian yang sarat dengan labuci menampakkan ku kelihatan manis dan ayu. Senyuman tak henti-henti aku berikan kepada tetamu yang datang melihatku tapi tak siapa tahu kesedihan didalam hatiku. Aku cuba sebaik mungkin untuk melayan semua tetamu yang mengharapkan perkahwinan aku ini terutama ummi dan abah. Tatkala sedang didandan oleh mak andam, ummi datang ke bilik persalinan ku. Aku menatap wajah ummi. Terpancar kebahagiaan diwajahnya. "cantiknya anak ummi..sebentar lagi dah nak jadi isteri orang.." kata-kata ummi diselangi air mata gembira. Aku memeluk erat tubuh ummi seperti tak mahu berpisah dengannya.
5.30 petang sesudah solat asar, aku bersama rombonganku sampai di masjid Nur Jannah. Pernikahanku berlangsung dimasjid atas permintaan abahku. Hati ku berdebar-debar tatkala tok imam meminta persetujuanku dan tandatangan untuk bernikah dengan Hamka. Hamka yang kelihatan sungguh segak dan tampan mengenakan baju melayu diperbuat dari kain satin yang bersongkok hitam, memberiku sekuntum senyuman yang penuh makna. Wajah sayu ku hanya memandang sahaja bakal suamiku dengan pelbagai perasaan. Ana selaku pengapit, setia duduk disebelah menenangkan aku. Hanya dia yang tahu kesedihan dan pengorbanan yang aku lalui. "tenang ye Hawe..semuanya akan berjalan lancar..insya’allah ada hikmah disebaliknya..cuba beri perhatian sepenuhnya kepada dia..dan berusaha juga untuk menyayanginya..insya’allah cepat atau lambat hati Hawe akan terbuka untuknya.." itulah kata-kata semangat Ana kepadaku.
"AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN HAWE LILIS SURIYANI BINTI ABDULLAH, BERWALIKAN HAKIM DENGAN MAS KAHWIN EMPAT PULUH RINGGIT TUNAI."
Dengan sekali nafas sahaja aku sah bergelar isteri kepada Mohd Hamka. Aku tidak dapat menahan perasaan. Air mtaku jatuh berjuraian membasahi pipi. Aku tidak pasti adakah air mata ini air mata gembira atau sebaliknya. Pembatalan air sembahyang dijalankan. Sebentuk cincin yang dibelinya bersamaku dulu kini terletak cantik di jariku. Serta rantai dan gelang yang menjadi perhiasan tangan dan leherku. Alangkah bahagianya jika orang yang memakaikan perhiasan itu adalah lelaki yang aku cintai. Aku mencium tangan suami ku setelah menyarungkan cincin suasa kejarinya. Tiada satu perasaan pun yang terlintas tatkala dia mengkucup dahiku.
Malam itu juga berlangsungnya perkahwinan ku. kami hanya buat sekali sahaja. Dan atas permintaan keluarga suamiku, persandingan kami dilakukan di sebuah hotel ternama disini. Segala perbelanjaan ditanggung oleh keluarga suamiku. Persandingan pula aku memakai gaun labuh berwarna putih gading. Rambut yang disanggul rapi menyerlahkan kejelitaanku. Dan tidak kalah juga suami ku yang sememangnya segak berpakaian apa sahaja. Malam itu kami diarak bagai anak raja. Hotel itu hanya dik haskan untuk majlis kami sahaja malam itu. Kami diapit menuju ke pelamin. Ramai mata-mata yang memandang. Walaupun tidak ada perasaan benci didalam hati tetapi bukan dia menjadi pilihan hatiku. Mengenangkan perasaan ummi dan abah, aku terpaksa memberikan senyuman yang menunjukkan betapa bahagianya aku pada perkahwinan itu. Kelihatan Puan Faridah dan Tuan Farid begitu sibuk melayan tetamu yang hadir. Begitu juga dengan ummi dan abah. Lagu diiringi tarian menceriakan suasana. Alunan lagu Endless Of love begitu romantik kedengaran yang dinyanyikan oleh kakitangan hotel.
*******************************
"Sayang..alhamdulillah akhirnya kita jadi suami isteri yang sah. Terima kasih sayang kerana memberi ruang untuk abang kedalam hati sayang. Insya’allah abang aku cuba jadi suami yang terbaik buat sayang. Hari ini apa yang ada pada abang adalah menjadi milik sayang. Abang rasa begitu bertuah dan bersyukur kerana memiliki isteri secantik dan sebaik sayang. Abang berharap sayang dapat terima abang seadanya sepertimana abang terima sayang. I LOVE U SO MUCH." Sebuah kucupan hinggap dipipi kananku sebaik sahaja di melafazkan cinta dan janjinya.
"Abang.." agak kekok juga aku tatkala memanggilnya dengan panggilan abang. Tapi aku kena biasakan dengan panggilan itu sebab kini di bergelar suamiku.
"…saya bukanlah yang sempurna untuk abang..dan bukan la yang terbaik untuk abang..terima kasih sebab dapat menerima kekurangan yang ada pada diri saya..insya’allah saya cuba buat yang terbaik untuk abang..saya juga akan cuba untuk jadi seorang isteri yang taat kepada suaminya..saya akan cuba untuk hidup bahagia bersama abang.." Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Ya allah, sesungguhnya aku berdosa kerana tidak mencintai suami ku. sesungguhnya aku berdosa kerana membohonginya. Tapi aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa lakukan untuk kebahagiaan semua. Biarlah aku yang terluka. Biarlah aku yang menanggung sakit dan siksa. Janganlah orang yang mengharap bahagia dariku yang terluka dan kecewa. Ya allah, kau buka kanlah sedikit ruang untuk suamiku didalam hatiku ini ya allah. Bukalah ruang untuknya supaya aku mencintainya. Sesungguhnya kau jadikan lah aku seorang isteri yang taat kepada suaminya..dan berilah kebahagiaan yang sepenuhnya kepada perkahwinan ku ini ya allah.dan andai itu takdirnya aku terima seadanya... aku berdoa sebaik sahaja selesai solat isyak.
Hamka setia menantiku dibirai katil dengan penuh kesabaran. Aku menyisir rambut ku yang panjang dengan niat untuk melambatkan acara seterusnya. Memang halal jika kami bersama, tapi aku…… Hembusan nafasnya ditelinga ku menusuk jauh ke kalbuku. Badanku yang hanya dibaluti gaun nipis berwarna hitam diusapnya dengan lembut. Aku didukung dan perlahan-lahan dibaringkan kekatil. "sayang, abang..."… "saya rela abang lakukan apa sahaja..saya isteri abang..halal abang"..belum sempat dia menghabiskan katanya..aku terus menyambung yang sememangnya aku mengerti kehendaknya.
**************************
Terima kasih sayang…sebuah lagi kucupan didahi yang penuh dengan kasih sayang diberikan kepadaku. Aku hanya berdoa didalam hati moga ada sinar kebahagiaan pada kami berdua…amin
cite bez..tp byknyer ulangn.. penulis tsilap upload ko erk? ingtkan cite ni ade unsur2 sedey gok mcm novel andai itutakdirnyer tu.. anyway,nak promote,novel cinta kau dan aku (penulis yg sme ngn novel andai itu tkdirnya, publish by buku prima) bez... belilah
HYE DEAR! BEST BACA NOVEL U TP AWAT SIKIT SNGT SAMBUNG LA AG IF SAMBUNG BGTAW ERK TQ
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eh???dah abis ke??