Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Seusai operasi tadi Kak Shida, nurse di bagian pediatric datang memberitahu ada satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali dan tidak meninggalkan apa-apa pesan. Sempat lagi Kak Shida mengusik aku, katanya mungkin secret admire aku. Aku dah serik dengan gurauan begitu, di usia 28 tahun ini. Aku cuba memeriksa no telefon itu, memang tidak ada nama. Aku tidak akan menelefon orang ini kembali, jika ada urusan yang penting orang itu akan menelefon aku kembali.
Seharian aku kerja hari ini, penatnya. Aku berehat sebentar di ruang dokter sebelum bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba aku teringat kata-kata nenek minggu lepas setelah majlis perkahwinan Athirah. Yang aku harus kahwin cepat-cepat memandangkan usia aku yang dah dikira anak dara tua. Sebelum ini, mungkin ada Athirah untuk aku jadikan alasan tidak mahu kahwin lagi. Sekarang tinggal aku seorang sahaja cucu perempuan nenek yang masih belum berkahwin.
Kenangan aku kembali di usia 13 tahun. Ketika itu aku baru menjejakkan kaki di sekolah menengah. Ketika itu lah kenangan pahit hidup aku bermula. Umi dan abah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengorbankan diri mereka. Setelah itu nenek lah yang menjaga aku sehingga aku dewasa kini. Aku masih tinggal serumah dengan nenek ku. Nenek menjadi orang sangat berjasa dalam hidup aku. Segala kata nenek akan aku turuti. Termasuk lah baru-baru ini nenek meminta aku bersetuju untuk menikah dengan siapa sahaja yang pertama meminang aku. Sudah tiga pinangan aku tolak. Aku berharap juga sudah tidak ada yang berani untuk masuk meminang.
Malam itu aku pulang kerumah nenek, semua orang telah tidur memandangkan jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Aku menunggu azan subuh , menunaikan kewajipan aku sebagai hamba Allah. Setelah menunaikan solat subuh aku turun kedapur untuk membantu nenek dan mak jah menyiapkan sarapan.
" Selamat pagi nenek, mak jah. Hari ni Izzah cuti. Gembiranya dapat spent time dengan dua wanita cantik hari ini. Nenek dan mak jah, kita pergi spa nak tak selepas Zohor nanti.?"Tanya ku sambil mencium pipi nenek dan mak jah.
" Idea yang bagus juga, nenek dah lama tak ke spa" nenek dan mak jah setuju dengan idea aku.
Selepas sarapan, aku naik kembali ke bilik tudur. Mahu ganti tidur malam tadi kerana semalaman aku berjaga malam.
Kira-kira jam 12 tengah hari aku bangun dari tidur. Itupun kerana mak jah kejut kan aku. Katanya ada orang datang meminang aku. What! Aku sangat terkejut saat itu. Mak jah meminta aku bersiap-siap memakai baju kurung untuk keluar ke ruang tamu. Aku mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh mak jah. Aku mengenakan baju kurung warna hijau muda dan keluar ruang tamu yang dipenuhi kira-kira 3 orang tamu.
Aku memandang nenek yang asyik tersenyum. Mana tak nya impiannya akan tercapai tidak lama lagi. Aku diminta untuk duduk disebelah nenek setelah bersalam dengan tetamu yang hadir. Kenapa lah kebetulan pula aku cuti hari ini. Bisik ku dalam hati.
Tetamu itu terdiri dari seorang lelaki dan wanita separuh umur serta seorang wanita yang sangat cantik dan bergaya. Wanita itu masih muda. Kira-kira umur nya dalam awal 30-an. Wanita-wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Aunty Nisa dan Kak Rita.
Aunty Nisa dan Kak Rita mendekati aku yang duduk di sebelah nenek. Aunty Nisa menyarungkan cincin ke jari manis aku. Dengan spontan aku mencium tangan Aunty Nisa tetapi dalam hati ku tertanya-tanya apa yang terjadi. Meraka asyik berbual dan bertanya soalan kepada aku. Banyak soalan yang hanya aku jawab dengan senyuman sahaja. Ini kerana aku tidak dapat fokus dan berpikir pada waktu itu. Masih tertanya-tanya apa yang terjadi.
Selepas sedikit jamuan diadakan, para tetamu meminta diri pulang. Setelah itu aku terus masuk ke kamar tidur ku. Nenek datang cuba menerangkan apa yang terjadi.
''Izzah Faqiehah kini telah menjadi tunangan orang dan dalam sebulan lagi Izzah akan menjadi seorang isteri. Izzah kenal pemuda itu. Namanya Muhammad Faizul Aiman, teman Izzah di sekolah menengah dulu dan juga teman baik si Azmer. Izzah dah terima dengan syarat nenek kan yang sesiapa sahaja yang datang meminang Izzah akan terima. Dan nenek tidak akan asal terima sahaja orang itu jika nenek tidak yakin dia dapat bahagiakan cucu nenek nie.’’ Terang nenek dengan mata berkaca. Aku agak terkejut apabila nama itu keluar dari mulut nenek. Tetapi aku cuba untuk kontrol perasaan terkejut itu.
''Nenek jangan risau, Izzah terima perkara ini dengan hati terbuka. Izzah sayangkan nenek melebihi diri Izzah sendiri. Izzah juga percaya dengan apa yang nenek buat nie adalah untuk kebaikan dan kebahagian Izzah sendiri. Jadi selepas ini Izzah kena belajar masak dengan nenek dan Mak Jah kalau tak suami Izzah nanti makan telur goreng je setiap hari. Hehehe’’ aku cuba bergurau dan menyembunyikan perasaan sebenar aku. Nenek turut ketawa dengan gurauan aku. Nampaknya rancangan kami mahu ke spa tidak menjadi.
Nenek sudah keluar dari bilik ku. Kini tinggal aku seorang mengenang nasib yang menimpa diri. Muhammad Faizul Aiman, nama ketua budak nakal ketika di sekolah menengah dulu kembali mengamit kenangan lama.
Selepas kematian umi dan abah, aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan lebih suka menyendiri. Aku hanya rapat dengan Athirah, sepupuku dan beberapa kawan perempuan. Di sekolah aku dikenali sebagai stone heart. Seingat aku, si Faiz itulah yang memulakan gelaran itu. Ketika di sekolah aku hanya menumpukan perhatian ku hanya pada pelajaran. Janji ku kepada umi dan abah untuk menjadi seorang dokter harus tercapai.
Ketika pertengahan tingkatan empat, saat itu bunga-bunga cinta di kalangan kawan-kawanku mula berputik. Cinta monyet katakan . Saat itu lah Athirah sepupu ku mula bercouple dengan Azmer, suaminya sekarang. Setelah Athirah couple dengan Azmer, aku banyak menghabiskan masa ku menyendiri di perpustakaan sekolah sementara menunggu dady Athirah mengambil kami dari sekolah. Suatu hari itu, biasanya tidak ada orang lain di perpustakaan saat ini, tetapi hari itu Faiz dan kawan-kawan nya ada di berkumpul didalam perpustakaan. Ketika aku kusyuk membaca buku biologi, Faiz datang menyapa ku bertanyakan macam mana nak buat report praktikum biologi. Aku mendengar kawan-kawannya gelak. Mesti ada udang disebalik batu ini. Tanpa menjawab soalannya aku mengemas semua buku-buku kemudian berlalu dari situ. Terkebil-kebil matanya melihat reaksi aku. Aku biarkan apa sahaja yang terlintas kat kepala Faiz dan kawan-kawannya. Nak kata aku kedekut ilmu, sombong dan biadap pun aku tak kisah. Aku tahu Faiz bukan ikhlas nak tanyakan soalan itu. Lagi pula waktu rehat hari itu aku menerima sepucuk surat dari Safwan yang berisi ayat-ayat cintan. Ingat aku akan hanyut ke dengan ayat-ayat jiwang macam tu. Lalu aku koyakkan surat itu dan buang dalam tong sampah. Mereka mesti berpakat mahu kenakan aku. Si Faiz tu bukan kah dah ada kekasih, budak tingkatan tiga yang bernama Anis. Itu aku tahu ketika menemani Athirah pergi berdating dengan Azmer. Ketika itu Faiz datang Anis. Dan si Safwan itu bukan kah sedang rapat dengan Suhana, teman sekelas aku juga. Aiii lelaki, kenapa dengan mereka ini.
Esokkannya aku datang kekelas, kebetulan hari itu hari ulang tahun aku ke 16. Aku menerima banyak hadiah dari rakan sekelas dan 3 kuntum mawar merah dari Faiz. Aku terima hadiahnya itu memandangkan depan teman-teman yang lain. Takkan aku nak malukan Faiz di depan kawan-kawan sekelas. Petang itu, ketika di perpustakaan sendirian. Sekumpulan budak perempuan datang menyapa aku. Anis dan dua orang kawannya. Tanpa aku menyangka kedatangan Anis itu untuk marah-marah dan memberi amaran kepada aku agar tidak merampas Faiz dari dia. Geram aku apabila ada orang yang tidak tahu asal usul cerita tetapi datang marah-marah kat aku. Pantang ajaran nenek aku. Saat itu aku nampak Faiz berjalan menuju kearah kami. Aku terus bangun, mengambil bunga mawar itu dan terus berikan bunga itu kepada Anis kemudian berlalu dari situ. Saat bertembung dengan Faiz aku cakap" Don’t disturb me anymore’’
Selepas kejadian itu, aku dah mula tidak bercakap langsung dengan mana-mana kawan lelaki dalam kelas aku melainkan jika terpaksa. Aku betul-betul menjadi budak pasif dan betul-betul stone heart. Tidak bergaul dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti luar kelas. Waluapun Athirah ada mengajak aku menemaninya pergi dating sering aku tolak dengan alasan kerja sekolah atau ingin mengulang kaji pelajaran. Sehinggalah kami selesai sekolah menengah dan selepas itu kami masing-masing membawa haluan sendiri. Sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Ireland, ada reunion kelas yang diadakan di sebuah resort terkenal. Kalau ikutkan hati aku tidak mahu datang ke reunion itu tetapi selepas di pujuk mati-matian oleh Athirah aku mengikut jua. Di sana aku dibiarkan sendiri juga. Aku tidak salahkan Athirah, ini kerana aku tahu Azmer akan melanjutkan pelajarannya di UK. Mereka akan jarang berhubung selepas ini. Semua orang yang datang membawa teman-teman istemewa masing-masing. Ketika ingin mengambil minuman, aku ditegur oleh Faiz. Dia mengucapkan tahniah dengan kejayaan aku menyambung ke Ireland dalam bidang medic. Dia memperkenalkan teman istemewannya. Cantik orangnya muka pan-asia. Tidak silap aku namanya Farhana, mereka berkenalan di program foundation. Faiz juga sama dengan Azmer akan ke UK menyambung pelajaran.
Majlis reunion itu sudah berlalu 8 tahun yang lalu, baru-baru ini aku berjumpa dengan Safwan di hospital. Dah beristeri dan mempunyai seorang anak kawan tu. Safwan kelihatan semakin berisi, bahagia katakan dengan kehidupan berumah tangga. Di majlis perkahwinan Athirah dan Azmer baru-baru ini juga ramai kawan-kawan lama datang. Aku juga sedar kehadiran Faiz. Dia mesti datang majlis kawan baik nya. Pikir ku saat itu dia pasti sudah mendirikan rumah tangga dengan mana-mana perempuan cantik atau mungkin dengan Farhana. Pada majlis itu, nenek meminta ku untuk pergi betegur sapa dengan saudara-saudara ku yang datang di majlis itu. Aku tidak sempat ke khemah tempat teman-teman berkumpul.
Namun kini, baru aku tahu tekaan ku tentang Faiz meleset. Dia masih belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana perempuan cantik. Sekarang, yang lebih tidak diterima hakikatnya, Muhammad Faizul Aiman menjadi tunang Izzah Faqiehah. Cincin dijari manis ku renung. Mungkinkah ini pun salah satu cara Faiz mempermainkan perasaan ku???
erm, best citer nie...erm, biler nak smbng..please smbng nak tau kesudahan citer nie....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ttbe rse cm dak nerd bbtol plak..yer r doc ka agak skema n gaya penulisan anda pon skema...but its ok..i dunt mind at all