Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Banyak-banyak pucuk surat yang ada diterima didalam peti surat. Hanya sepucuk surat yang tertera logo salah sebuah Universiti itu menjadi tarikannya untuk tidak sabar-sabar membuka dan melihat isi dalamnya. Agaknya surat itulah yang dia nanti-nantikan selama ini. Hujung sampul surat itu dicaritkan sehingga menampakkan isi dalamnya. Dia rasa bukan rahsia lagi kalau sudah mendapat sepucuk surat daripada IPTA.
Sekeping surat yang terselit dari celah-celah lampiran dalam sampul surat di tarik keluar. Bertapa gembiranya kerana dia dapat melanjutkan pelajaran ke Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu meneruskan perjuangannya ke Universiti Utara Malaysia dalam jurusan pengurusan Akaunting. Sebuah universiti pengurusan terkemuka ditanah air. Tidak sia-sia usahanya selama ini dengan mengambil peperiksaan STPM.
Hatinya tidak sabar-sabar untuk memberitahu Fauzana. Lalu dia singgah ke pondok telefon yang berhampiran dengan tempat tinggalnya itu, ligat menekan butang number rumah Fauzana. Minta-minta janganlah orang lain yang angkat. Duit syiling yang dia ada tidak cukup untuk berbual lama. Malangnya tidak dapat berbual dengan Fauzana. Alih-alih mamanya yang angkat. Katanya Fauzana masih berada di Johor. Bercakap dengan mamanyapun tidak apalah. Tidak sabar rasanya hendak mnerima khabar gembira dari sana.
Fauzana diberitakan tidak dapat melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama. Sebaliknya dia juga ada berita gembira. Berita Fauzana dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan mass com. Memang sedih kalau tidak dapat bersama. Tidak dapat belajar bersama-sama lagi. Tidak dapat mengharungi pelbagai dugaan sepanjang bergelar pelajar. Tetapi mungkin ada hikmah disebalik setiap apa yang sedang berlaku. Fauzana mesti gembira kerana tercapai angannya untuk jadi pemberita dan pengacara TV suatu hari nanti.
Bagasi bewarna merah kehitaman berjenama POLO ditarik dari dalam kabinetnya. Bagasinya dikuak luas-luas. Beberapa helai baju kurung, t-shirt, celana (seluar), dan keperluan yang lain diisi kedalamnya. Bagasinya mula memboyot. Tersenyum-senyum seorang diri sambil berkhayal. Berkhayal tentang Universiti yang akan dia melangkah pergi nanti. Tentu seronok disana.
Memang seronok, tapi kita pergi bukan untuk berseronok sahaja. Pergi dengan satu niat dan satu tekad. Niat untuk belajar, mengubah putaran dalam kehidupan yang selama ini membelenggu diri dan keluarga. Kita yang akan pecahkan ruyung itu untuk mendapatkan sagu, kita yang akan pecahkan kepompong itu supaya kita dapat bebas keluar untuk menikmati dunia sebenar. "We must break the role" dengan tekad untuk mendapatkan segulung ijazah mengecapi kejayaan bersama dengan pelajar yang lain.
Walaupun Universiti itu berada nun jauh di sudut hujung negeri di Utara. Sekurang-kurangnya dia tenang berada didalam kehijauan belantara itu berbanding hutan batu yang ada ditempatnya sekarang. Sekarang cheq nak berkemeh…ujar Anisa ditepi katilnya seorang diri.
Ditepuk-tepuk, ditekan-tekan supaya barang yang lain dapat diselitkan bersama. Tergerak dihati kecilnya untuk memberitahu khabar yang membahagiakan itu. tiada apa yang boleh membuatkan kedua ibubapanya bahagia melainkan kejayaan yang dikecapi. Anisa menelefon ibunya dikampung. Terpancar kegembiraan diwajah ibunya ketika mendapat perkhabaran daripada anaknya. Sekian lama dia menanti suara anak itu singgah ketelinganya atau pulang kepangkuannya.
Halimah benar-benar terasa kehilangan anak itu. Dia mula terasa bahawa dia tidak dapat membantu anak itu. Dia mula terasa dia seolah-olah bagaikan membiarkan anak itu keseorangan menjalani kehidupannya dan mengabaikan nafkah terhadapnya.
Halimah tidak berani untuk memperkatakan lagi tentang pelbagai perkara. Sama ada soal keputusannya dan perkara lain yang berkaitan dengan anak itu semuanya dibuat sendiri oleh anak itu. Anak itupun dah dewasa sudah besar panjang, umurpun dah mula cecah 24 tahun. Sudah matang untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk baginya.
Cepat betul anak-anak membesar. Melihat anak-anak sudah membesar panjang. Semakin hari semakin bertambah usia tuanya. Bergitulah kehidupan, ada kitaran, ada pasang dan surut, yang kecil akan menjadi dewasa yang dewasa akan hidup dengan cara mereka sendiri, Yang muda pula akan jadi tua yang tua pula suatu hari nanti akan meninggalkan yang muda.
* * * * * *
Padanlah orang sering bercakap tentang keistimewaan Universiti ini walaupun berada di ceruk sempadan berhampiran rantau orang. Keindahan yang dimiliki di Universiti ini tiada tolok bandingnya juga. Keindahan floura dan fauna serta khazanah alam yang lain yang sedang bermain-main di situ sungguh mempersonakan hati.
Udara disini lebih bersih berbanding Bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi hutan batu itu maklumlah Kuala Lumpur banyak kenderaan, bangunan tinggi pencakar langit kota metropilitanlah katakan, dan Kuala Lumpur juga menjadi pusat kebanggaan dunia sehingga dunia dapat menegenali Malaysia. Kerana sejarah Kuala Lumpur itu jugalah, Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang sedang menuju kearah kemajuan.
"Rakyat matang" yang bersatu padu mengekalkan perpaduan tiada perbalahan dan juga tiada rusuhan dijadikan sebagai tunjang untuk membina sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang gemilang, cemerlang dan terbilang. 13 Mei 1967, merupakan satu detik sejarah permulaan bagi setiap kaum untuk berfikir dan melihat jauh ke masa hadapan. Hasilnya sehingga sekarang setiap kaum bersatu padu untuk kekalkan keamanan dan kemerdekaan negara. Bersatu padu untuk memajukan negara.
Perhatikan sebuah nama Institusi itu membuatkan dia tertarik. Padanlah orang yang datang ke dalam ini tidak mahu keluar kerana ada yang membuatkan orang-orang itu terpaut dan tertawan kepadanya terutama sekali kepada para perniaga dan usahawan. Perkataan yang sering bermain dibibir mereka adalah ‘lubuk emas’ kepada mereka.
Anisa terus berjalan melewati bangunan Canselory dari arah Libry Sultanah Bahiyah menuju kearah sebuah bangunan Hal Ehwal Pelajar. Sesekali matanya melihat keindahan yang berada di sekeliling kawasan itu terutamanya pada kolam air pancut yang berada ditengah-tengahnya.
landskap yang tersusun cukup indah, mungkin kerana keindahan penyusunan landskap itu yang menyebabkan Universiti Utara Malaysia ternobat di antara Universiti yang mendapat award landskap terbaik.
Dia melewati di bawah gerbang landskap carl yang dihiasi dengan pokok yang melata melilit diatasnya sehingga melitupi warna sebenar dinding gerbang itu. Anisa terus berjalan kearah bangunan Hal Ehwal Pelajar yang berada disebelah kanannya. Langkahnya terhenti selepas benar-benar berada di depan kaunter Hal Ehwal Pelajar. Matanya ligat memerhatikan staf-staf yang ada disana takut-takut ada yang sudi menyapa. Anisa melemparkan senyuman kepada seorang staf perempuan yang datang menyapanya sambil berjalan kearahnya.
"ya..Dik selamat datang ada apa-apa yang dapat dibantu?" sapa seorang staf perempuan yang cantik disitu.
"Cik..macam mana dengan permohonan saya untuk mendapatkan PTPTN tempoh hari?" Tanya Anisa.
"Sebentar ye, nama adik please.." ujar Staf itu lagi.
"Anisa Hashim" beritahu Anisa.
"Kolej?" Soal Staf itu lembut.
"Kolej EON" ujar Anisa pendek.
Wang saki baki daripada tabungannya hasil kerja dapat membayar yuran kemasukan ke IPTA tersebut dan membuat perbelanjaan keperluan seharian ketika berada di situ. Semakin hari mengenal dunia IPTA di sana. Semakin hari dia dalam keadaan sibuk. Semua memerlukan wang.
Duit dalam tabungan juga habis digunakan. Sudah dua semester berlalu. Semua pelajar dapat merasa wang tajaan daripada mana-mana badan dan juga pinjaman daripada PTPTN. Telah berkali-kali Anisa memohon. Tetapi keputusannya hampa. Alasan yang mereka berikan adalah kerana Anisa mempunyai hutang daripada PTPTN sejumlah RM10ribu yang belum dijelaskan lagi.
"Maaf dik, akak tak dapat berbuat apa-apa sebab adik ada hutang dengan PTPTN yang tidak dijelaskan lagi, mungkin masa adik Diploma dulu kot" jelas seorang staf Hal Ehwal Pelajar (HEP).
"o..yeke.m, terima kasih..tapi kak saya boleh buat rayuan tak?" Tanya Anisa lagi.
"itu adik kena buat surat rayuan dahulu dan berikan kepada pihak kami. Biar pihak kami uruskan dan Bantu adik setakat yang termampu" jelas staf itu lagi.
Anisa mengeluh kerana terlalu kerap dia datang turun naik dan bertanya kepada mereka. Mungkin benar kata-kata staf disitu tadi. Fikir Anisa. Hampir RM10 ribu juga Anisa berhutang dengan PTPTN waktu diploma dahulu. Itupun belum dilangsaikannya lagi.
Dia terpaksa menangung hutang yuran dengan IPTA terbabit. Terpaksalah dia merayu untuk menjelaskannya. Dua semester itu juga slip keputusan peperiksaannya turut disekat. Dia terpaksa membuat keputusan untuk extend satu tahun. Dia terpaksa melakukan kerja itu lagi.
Kali ini, Anisa terpaksa melakukan perkara yang sama dilakukan olehnya sebelum ini. Hendak tidak hendak dia terpaksa merayu kepada lelaki untuk mendapatkan wang. Lelaki dalam kehidupannya umpama money….easy come and easy go. Duit yang diperolehi juga memang cepat. Itupun kena lakukan sesuatu untuk dapatkannya. Kalau tidak haram hendak dapat wang dengan percuma.
Anisa seolah-olah telah merasa penat dengan kehidupan seperti itu. Tetapi apakan daya untuk keluar daripada belenggu kepompong, bergitu sukar baginya. Kerana dia betul-betul buntuh wang untuk kehidupan. Untuk pembelajaran juga. Duit yang dikatakan haram itu dihalalkan kerana duit yang diperolehi, memang rezekinya. Rezekinya terletak pada lelaki.
Anisa membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman sewaktu cuti semester. Anisa tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Demi adik-adik, ibu, ayah dan yang lain dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Biarlah kesenangan menjadi hak milik mereka. Ibunya mula menjadi sayang kepada Anisa. Mungkin kerana disogok dengan wang. Tidak adil betul hidup ini sekiranya ia benar. Tetapi sememangnya ia tersurat dan tersirat disebalik kehidupan manusia.
Adik-adiknya pula mula merengek untuk dibelikan pelbagai keperluan baru. Semua diturutinya. Perkara itu biasa baginya, itulah tanggungjawab yang perlu dilangsaikan selagi hayat masih ada. Hatinya terlalu gembira kerana dapat membahagiakan semua orang. Kali ini dia terpaksa menutup mata dan memekakkan telinganya untuk berjumpa dengan mereka. Walaupun malu dengan orang kampung dia tetap redah dengan redha. Walau dia terpaksa redah onak dan duri sekalipun, walau terluka dan tercalar sekalipun, suatu hari nanti dia terpaksa juga melaluinya. Hendak tidak hendak kena tanggung juga akhirnya.
"kamu anak Hashim ke?" Tanya seorang makcik yang sedang memilih-milih sayur untuk dibeli.
"ha ar makcik…kenapa?" Tanya Anisa kehairanan. Lain macam sahaja cara tegurnya. Ada apa….ah…orang kampung. Getus hati kecilnya.
"lama benar tak nampak..pergi mana, keje apa?" Tanya Makcik itu pula.
"saya tak kemana makcik saya sambung belajar" jelas Anisa.
"o..baguslah tu.." ujar Makcik itu lagi.
Dia berlalu selepas membayar harga sayur tanpa menegur Anisa kembali. Anisa mengangkat keningnya lalu beredar ke tempat lain. Banyak udang banyaklah letak garam. Banyak orang pula banyaklah ragamnya. Getus Anisa sendirian.
Anisa pulang ke rumah orang tuanya sekembali dari pasar lambak dengan motor kapcai yang ditinggalkan abang azli buat kemudahan adik-adik yang lain dan ayahnya untuk ke masjid atau ke tempat kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah bagi yang masih kecil. Seperti adik bongsunya Aris. Raga motor itu sarat dengan sayur-sayuran dan ikan yang dibelinya tadi untuk dijadikan bahan masakan pada hari itu. Jarang-jarang dia pulang ke kampung biarlah sesekali dia membeli barang dapur untuk ibu.
Dia mengalihkan motor kapcai yang dinaikinya tadi kebawah rumah. Matanya sempat singgah mengintai ibunya sedang memandikan adiknya ditepi telaga. Telaga itu sudah lama usianya. Banyak jasa telaga itu kepada keluarganya sejak dari dahulu lagi. Ibunya mengarai-ngarai air dalam telaga itu dengan menggunakan pendayung yang diikat dengan tali lembu (tali kasar yang digunakan untuk mengikat tengkok lembu).
Teringat kembali kisah-kisah dahulu. Waktu dia masih kecil seperti itu. ibunya sering memandikan dia bersama abang Azli . Pagi-pagi lagi ibunya mengarai air dalam telaga dan memandikan mereka. Supaya mereka cepat pergi kesekolah. Tubuhnya menggigil menahan kesejukan air dari kali pada waktu pagi. Sejuknya memang sangat terasa. Terasa sehingga ke tulang temulang. Ibunya pernah berkata; kalau mandi bersama nanti hubungan kami adik beradik akan mesra. Memang benar, setakat ini tidak pernah lagi hubungan Anisa dengan abang Azli renggang.
Zaman itu susah hendak mendapatkan air paip. Semua orang pada masa itu menggali telaga untuk mendapatkan sumber air tidaklah orang pada zaman dahulu susah-susah mencari air untuk digunakan pada setiap hari untuk kegunaan domestic, lagi-lagi mereka yang tinggal jauh dari sumber air seperti sungai dan pantai. Sekarang sudah senang, tidak perlu lagi mengarai air dari telaga. Semua rumah ada pam air elektrik yang terus bersambung dari telaga ke paip melalui saluran PVC.
harap maaf,sekiranya terdapat sebarang kesilapan ejaan..tak sempat nak edit lor.semoga terhibur:"cerita ini hanya rekaan semata2 tiada yang berkait dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal"..-nurul
hurm...pabila kita melakar sesuatu karya..kita akan creat jalan cerita..bagaimana kita nak jadikan ia sebuah cerita..ramai pembaca tanya soalan yang sama,antara soalan yang membuatkan saya rasa suspen sikit..erm..bunyinye bergini "cerita yang awak tulis ni, adakah ia pengalaman awak?"..haha..ramai yang kata begitu..walhal tu semua nasi tambah..pengalaman tu ada..maybe 40% tapi bukan keseluruhan cerita. yang selebihnya rekaan semata-mata..saya cuba mencipta satu cerita bagaimana nak buat org rasa,lihat dgn hati..cuba elak perkara yang sama maybe akan berlaku,cuba PK apa yang terjadi kalau kita jadi cengitu..hurm..Cerita yang saya tulis ni adalah bertujuan untuk beri nasihat,sebab saya tahu saya tak pandai luah melalui kata-kata tapi melalui hati,saya muntahkan segala-galanya dalam penulisan..maka terciptalah cerita MIMPI MISTERI ANISA ini.. ;)Pess.-nurul
good idea> kamal? ye tak ye> bagaimana dgn Kamal?> Anisa tak cari Kamal?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
harap maaf,sekiranya terdapat sebarang kesilapan ejaan..tak sempat nak edit lor.semoga terhibur:"cerita ini hanya rekaan semata2 tiada yang berkait dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal"..-nurul