Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hisyam mengukir senyum pada pelayan yang sedang menghidangkan makanan. Untuk ke sekian kalinya matanya jatuh ke wajah Maisara yang mencuka. Sudah hampir setengah dia di situ, gadis itu masih belum bersuara. Ternyata Maisara lebih senang berdiam diri bersama muncungnya yang panjang. Hatinya dijentik rasa geram. Setelah lebih dua minggu dia tidak bertemu dengan Maisara, dia tidak mengharapkan reaksi sebegini daripada Maisara. Dari tadi, cuma dia sahaja yang bercakap. Bercakap seorang diri. Itu lebih tepat rasanya. Maisara langsung tidak turut serta dalam bicara-bicaranya. "Sara.. takkan nak buat muka macam ni, sampai abang hantar pulang nanti?,"Hisyam bersuara lagi sebaik pelayan tadi meninggalkan mereka. Maisara tetap membisu. "Sara.. apa lagi yang Sara nak bang lakukan? Abang dah minta maaf, kan? Sara belum maafkan abang ke?," Maisara menjeling sekilas. Rasa geram dengan layanan Hisyam padanya masih berbekas di hati. "Kalau belum, takkan Sara nak keluar dengan abang,"balas Maisara dingin. "Kalau dah maafkan, kenapa tarik muka macam tu?," "Saja..," "Tak usahlah buat lagi. Buruk, tahu,"ujar Hisyam bergurau. "Abang! Janganlah cakap macam tu,"Maisara terjerit kecil mendengar kata-kata Hisyam. Jemarinya pantas mencari lengan Hisyam. Satu cubitan singgah di situ. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibirnya. "Aduh. Sakit sayang,"Hisyam mengaduh sambil menggosok lengannya yang terasa perit. "Cakap apa? Buruk? Betullah abang cakap tu. Tarik muka panjang macam tu, buruk tahu," "Abang.. Janganlah cakap macam tu," Hisyam tergelak. "Tak mahu abang cakap macam tu, jangalah buat muka macam tu lagi. Senyumlah sikit. Haa.. macam tu. Barulah berselera abang nak makan," Maisara tersenyum manis. Rajuknya hilang entah ke mana. Cair dengan pujukan Hisyam. "Makanlah,"pelawa Hisyam sambil mencapai sudu dan garfu di hadapannya. Maisara menggeleng sambil menongkat dagu merenung wajah Hisyam. Rindunya dia pada lelaki ini. "Abang jumpa Sara ni, isteri abang tahu ke?," Suapan Hisyam terhenti. Matanya perlahan-lahan mencari renungan Maisara. "Sejak bila Sara mula ambil tahu pasal isteri abang ni, ya?," "Sejak Sara rasa hubungan kita macam tergantung. Ke atas tidak. Ke bawah pun tidak," "Apa maksud Sara?," Maisara menarik nafas panjang. Membetulkan duduknya. Dia bersandar tegak pada kerusi sambil matanya terus menghalusi reaksi yang terpamer di wajah Hisyam. "Hubungan kita macam tak ada masa depan. Abang tak rasa macam tu ke?," Hisyam menggeleng. "Abang dah beritahu isteri abang pasal kita?," "Belum," "Bila abang nak berterus terang dengan dia?," Hisyam menahan nafas seketika. Suapannya sudah tidak selaju tadi. Ternyata soalan Maisara membuat selera makannya hilang tiba-tiba. "Nantilah," "Bila?,"soal Maisara agak tegas. Tidak mempedulikan reaksi Hisyam yang jelas nampak kurang senang dengan soalannya itu. "Abang perlukan masa," "Dah setahun. Pun masih belum cukup lagi? Abang perlukan masa atau abang perlukan keberanian untuk berterus terang dengan isteri abang tu? Atau.. Abang memang berhasrat untuk tidak berterus terang sampai bila-bila?," "Sara.. kenapa cakap macam tu?,"Hisyam sedikit tersentap dengan kata-kata Maisara. Agak keras dan sinis. Dia berasa tersindir. Dan berasa tercabar. Maisara tersenyum kecil. Dia tahu dia agak keterlaluan. Tetapi, dia perlukan kepastian daripada Hisyam. Dia takut kalau-kalau dia cuma barang permainan bagi Hisyam. Dia tidak mahu dipermainkan. Dia juga tidak mahu dikecewakan. "Sara takut abang cuma nak permainkan Sara," Hisyam tergelak halus mendengar pengakuan itu. "Sara.. Kan abang dah cakap hari tu. Perasaan abang pada Sara, bukan main-main. I’m serious," "Ya. Sara tahu. Tapi, Sara bimbang," "Apa lagi yang Sara nak bimbangkan? Abang tak akan tipu Sara," "Mata Sara juga tak menipu, bang," "Apa pula ceritanya ni?,"soal Hisyam, tidak faham dengan kata-kata Maisara. "Sara nampak abang tempoh hari. Di restoran. Bersama isteri dan anak abang. Abang kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia. Itulah yang menakutkan Sara. Takut kalau-kalau Sara sudah tak diperlukan lagi," Hisyam mengeluh panjang. Tanganya pantas menggenggam jemari Maisara. Maisara tunduk. "Sara tak perlu takut. Abang sayangkan Sara. Cintakan Sara. Percayalah pada abang," "How about your wife? Sara tak nak jadi kekasih abang selama-lamanya. Sara nak kita kahwin. Boleh abang tunaikan permintaan Sara ni?," "Kahwin?," "Yes. Kahwin. Rasanya sekarang dah tiba masanya untuk kita fikirkan soal kahwin," Hisyam terdiam. Memang itu impiannya. Tetapi, apabila disuarakan oleh Maisara, hatinya menjadi tidak menentu. Tiba-tiba dia teringatkan Idayu. Mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, bermakna dia terpaksa berterus terang dengan Idayu. Bukan sahaja dengan Idayu, malah dengan kedua ibu bapanya. Bermakna, untuk dia bersama dengan Maisara,dia terpaksa melukakan hati tiga insan lain. Kuatkah dia untuk melakukan itu semua? "Kenapa diam? Abang tak setuju dengan pendapat Sara?," "Bukan macam tu..," "So, what is the problem?,"soal Maisara sedikit keras. Hisyam menarik nafas perlahan-lahan. Cadangan Maisara yang mendadak membuat dia tidak dapat berfikir dengan baik. Perlahan dia mengenggam jemari Maisara. Mencari-cari perkataan yang sesuai untuk diluahkan, Maisara menarik tangannya. Genggaman Hisyam terlepas. Wajah gadis itu kembali mencuka. "I’ll think about it,"akhirnya Hisyam bersuara dengan nada yang tidak meyakinkan langsung. Maisara tergelak sinis. "I’ll think about it? Think about it? Nak kahwin dengan Sara pun, kena fikir dulu ke? Dah tu, kita bercinta selama ini, untuk apa? Untuk suka-suka? Abang ingat Sara apa?," "No. Bukan itu maksud abang. Sara jangan salah faham. Abang cuma perlukan masa untuk fikir bila masa yang sesuai untuk kita kahwin," "Sekarang. Sara mahu kita mula tentang perkahwinan kita sekarang!,"cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Maisara. Maisara nekad. Dia perlu bertegas dengan Hisyam. Sukar untuk dia menduga kejujuran Hisyam. Dia bimbang kata-kata Anis tentang Hisyam, benar belaka. Dia bimbang kalau-kalau Hisyam tidak serius untuk mengahwininya. "Abang dengar tak?,"Maisara bertanya apabila Hisyam terus membisu. "Abang dengar. Sara beri abang masa. Abang perlu berterus terang, bukan saja dengan isteri abang, tetapi dengan kedua ibu bapa abang juga. Pasti makan masa. Abang harap Sara faham," "Bila abang nak beritahu isteri abang?," "Abang akan cuba beritahu secepat yang mungkin. Sara sabar dulu, ya?," "Kalau abang tak berani nak berterus terang dengan isteri abang, biar Sara sendiri yang berterus terang dengan dia. Sara sanggup jumpa dia, bang," "No. Biar abang yang selesaikan sendiri hal abang dengan isteri abang. Apa yang abang harapkan sekarang.. satu saja. Sara harus faham kedudukan abang dan bersabar," Maisara diam. Matanya merenung wajah Hisyam. Kejujuran jelas terpancar pada renungan lelaki itu. Tidak mungkin Hisyam berbohong. Dan itulah yang membuat dia sering kalah pada Hisyam. "Abang janji?," Hisyam tersenyum. Kemarahan Maisara sedikit reda. Itu cukup membuat Hisyam berasa lega. Jemarinya kembali mencari jemari milik Maisara. "Janji, sayang,"ujar Hisyam perlahan. Maisara tersenyum kecil. "Sara cuma ingin menjadi isteri abang. Sara tak bermaksud nak ugut abang. Sara harap abang faham," Sambil menepuk perlahan jemari Maisara, Hisayam mengagguk. Bersama dengan sekuntum senyuman yang menbuang jauh-jauh rasa marah dan geram Maisara. "Jangan merajuk lagi ya. Susahnya abang nak pujuk. Maisara tergelak sambil tetunduk malu.
"kitaorang hanya reader boleh menjiwai watak ayu,mcm mana
plk perasaan ayu yg betul hah???"
"ko pikir arrr kalo ko ader kat posisi ayu"
"hampeh punya laki"
tengok...
saya emo...
hisyam n sara gedik nye psl la nih...
n wait a minute...boleh ker saya ckp mcm tu sedangkan ini
hanya rekaan semata-mata????
he he he he he he he he
nice trying hanni
best cita nie walaupun menggeramkan
reader boleh menjiwai watak ayu ..
awak memang pandai wat tu..
he he he he
congrats...!!
hopefully hepi ending yer...
tapi kalau dh plan nak sad ending pun saya terima...
jangan terlalu ikutkan kehendak reader..
sad ending banyak mengajar kita...
okay!!!
keep it up dear!!!
:::~~cutey da uNa~~:::
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bencinya kt maisara..
xsuka arr.
cr la lelaki lain...
cite ni best..
tp wat sy sakit hatii...huhuhu