Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku meneliti jam di tangan. Sudah hampir pukul 6 petang. Beberapa orang pekerjaku yang masih ada tadi sudah kelihatan mengemaskan barang untuk pulang. Aku menjadi resah. Sudah beberapa kali, aku menelefon amir tapi semuanya ke voice mail. Sedangkan dia sudah berjanji untuk mengambilku dan kami terus ke rumah umi. puas menunggu di ruangan pejabatku, aku ke cafe Aroma bersebelahan bangunan pejabatku itu. Entah mengapa, teringin pula aku petang ini, nak merasa kek blueberry cheese air tangan kak ros, pemilik cafe ini. Mesti lazat kalau di makan bersama hot chocolate. Aku tersenyum sendiri mengenangkan kelazatannya. "Boleh i duduk sini?" suapanku terhenti separuh jalan. Serta merta seleraku menjadi tumpul apabila melihat orangnya. Aku menganggukkan kepala tanda mengizinkan. Be a professional, amani. Ya, perkara itu sudah lama berlalu. "Riz mengganggu?"ya, memang kau mengganggu kalau kau nak aku berkata jujur. "No..i pun cuma minum petang di sini sementara tunggu husband datang,"dia tersenyum. Senyuman yang sudah lama aku lupakan. "how’s your life, am?"Am, hanya dia yang memanggilku begitu. Singkatan dari Amani. Katanya ringkas. "like u see,"jawabku pendek. Aku masih tiada kekuatan untuk berhadapan dengannya. Masa silamku. "Am, maaf atas apa yang berlaku dulu,riz..,"cepat-cepat aku memotong katanya. "dah lebih lima tahun, i pun dah lupakan semuanya. Kita dah ada life masing-masing,i bahagia sekarang, dan i yakin u pun bahagia sekarang,"dia mengeluh mendengarnya. "Dania dah tiada,"aku tersentak mendengarnya. Dania, tak menyangka secepat ini dia menemui penciptanya. "sorry, i tak tahu..tapi apa sebabnya?"entah mengapa aku seakan sudah melupakan di hadapanku ini adalah bekas kekasihku. "takpe, dah 3 tahun perkara tu berlaku. dia meninggal sewaktu melahirkan anak kami. Dia banyak tumpah darah waktu tu,"sudah punya anak rupanya dia. Tambahnya lagi, selepas ketiadaan Dania, dia membawa Danish, anak tunggal mereka ke UK, menjaga perusahaan syarikat milik ayahnya di sana. Lebih tepat membawa diri, untuk melupakan kesedihannya. Sedar tak sedar, hampir sejam kami bercerita. Aku semakin selesa untuk berbual dengannya seperti biasa. Seperti waktu dulu. Menyedari waktu semakin lewat, aku cuba untuk menelefon amir sekali lagi tapi masih tidak dapat. Aku mengeluh, ke mana suamiku. Tidak pernah dia mematikan handphonenya. Akhirnya aku bersetuju untuk pulang bersama rizal. Itupun setelah berkali aku menolaknya. Pada awalnya, aku ingin meminta bantuan Athirah ataupun pulang bersama teksi sahaja, tapi atas desakan rizal, aku mengalah. "Mana amir?"tegur abang azmer sewaktu melihat aku bersendirian. "itu yang amani risau, abang. Dah banyak kali amani call tapi tak dapat,"aku bersuara perlahan, bimbang umi mendengarnya. Kesihatan umi yang kurang baik sejak kebelakangan ini agak membuatkan aku risau. Apatah lagi, suamiku itu anak kesayangannya. Dahi abang azmer berkerut. Dia dan kak najwa berpandangan. Kehairanan mendengar jawapanku itu. Apalagi yang harus aku katakan, sedangkan aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya. Belum sempat ku membuka mulut, deringan hanset mematikan hasratku itu. Melihat nama amir yang tertera, membuatkan aku tidak berlengah. "amani ada kat rumah umi ni, abang. Kenapa ni? Hm, yelah abang drive elok-elok, ye. Waalaikummusalam,"aku mengalih pandang pada abang azmer dan kak najwa. "dia cakap ada sesuatu yang berlaku. Amani risau, abang,kak" ye, aku risau, dari suaranya, aku tahu suamiku itu berduka. Ya Allah, kau selamatkan suamiku itu dari segala balamu. "insyallah, tak ada apa-apa. Umi kat dapur, pergilah jumpa dia dulu,"pujuk kak najwa. Aku akur dengan katanya itu. "assalammualaikum, umi,"tegurku sambil mencium umi. umi tersenyum. dari kerlingan matanya, dia seolah mencari sesuatu. Ah, apa lagi, kalau bukan suamiku itu. "abang sampai sekejap lagi, umi. dia ada urusan tadi,amani datang dulu,"beritahuku. "Nak amani tolong apa, umi?"aku mula menyingsing lengan bajuku. "amani naiklah atas, mandi dulu. Umi tinggal nak menggoreng ayam ni je,"umi, umi semua kerja nak dilakukan sendiri. Memang aku bertuah mempunyai ibu mertua sepertinya. Itulah kata jihan setiausahaku. Katanya, ibu suaminya jika datang berkunjung ke rumah mereka, pasti ada sahaja yang tak kena di depan matanya, ayam goreng terlalu berminyak, sayur lemak cairlah, meja penuh debulah, macam-macam lagi kerenahnya. Sememangnya aku terlalu beruntung.
-----------------
Aku menoleh ke arah suamiku di sisi. Dia lena dalam tidurnya. Tapi entahlah, mataku ini sukar benar untuk terlelap, ada sesuatu yang menghalang, aku sendiri tak tahu apa. Atau aku berpura-pura untuk tidak tahu. Peristiwa seminggu yang lepas mula terbayang di ruang mataku. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, amir sudah berbaring di atas katil. Hatiku mulai tertanya, apa yang begitu mengganggunya. Aku duduk di sisinya. "abang,"matanya yang pejam terbuka. Tanpa aku duga, dia memelukku erat. Di bahuku, dia menangis teresak-esak. Ya, teresak-esak seolah-olah anak kecil. Aku jadi bingung. Kenapa suamiku sesedih ini? Tapi aku hanya membiarkannya. Biarlah, mungkin dengan cara ini apa yang terbeban di hatinya dapat dilepaskan. "ain dan razman accident, amani. Razman meninggal. Ain masih koma, kandungannya gugur,"aku menekup mulutku. Terkejut dengan berita duka yang di sampaikan itu. Tak mungkin. Sedetik aku seakan tidak berada di dunia nyata. Bukankah semalam, aku berbual riang bersama Ain di telefon. Ain yang tak pernah aku bersua muka itu, mesranya seperti seorang kakak kepadaku. Kenapa harus kau merampas semua kebahagiaanya, Ya Allah? Cepat-cepat aku beristighfar, memohon atas kekhilafanku itu. Aku jadi lupa, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Tapi, apakah hikmahnya? Tapi itu seminggu yang lepas, dan kini Ain sudah sedar. Ain sedar pagi tadi, itu yang di beritahu abang anuar pada amir. Dan sewaktu kami ke sana, kedatangan kami di sambut riang oleh ain. Ah, lebih tepat kalau aku katakan kedatangan suamiku itu. Dalam hatiku tika itu terdetik kenapa ain seakan tidak berduka atas kehilangan suami dan anaknya. Dan kenapa layanannya kepada amir seolah-olah amir itu kekasihnya. Lupakah dia yang aku ini isteri amir? Akhirnya persoalan aku terjawab, Ain hilang ingatan. Tapi tak semua ingatan ain hilang. Ain masih mengingati yang dia kekasih amir. Dan peristiwa yang berlaku selepas itu, dia tak pernah ingat. Dia tak tahu yang dia sudah berkahwin dan status kekasihnya sudah berubah menjadi suami orang. Dan mereka meminta supaya aku merahsiakan semua ini dari Ain. Demi Ain. Keselamatan Ain. Kononnya keadaan Ain masih tak bersedia untuk mengetahui semua kebenaran itu. Dan aku menjadi mangsanya. Kenapa aku harus menjadi korban dalam keadaan ini. Berpura-pura yang suamiku itu adalah sepupuku. Dan suamiku itu turut terlibat dalam merencanakan semua itu. Kenapa tidak di bincangkan dulu denganku, isterinya? Bukan aku tidak bersimpati pada Ain, bukan. Bukan juga aku tak risaukan keselamatannya,malah aku juga seperti mereka. Ingin terbaik untuk diri Ain. Tapi bukan dengan cara ini. Bukan dengan cara aku kehilangan hakku pada suami. Bukan di saat ini, bukan di saat aku ingin berkongsi kegembiraan untuk menjadi seorang ibu dengan suamiku. Ya, aku sudah mengandungkan hasil cinta kami. Tapi, kenapa hadirmu sayang di saat papa dan mama berdepan dengan kesulitan ini. Di saat mama terasa akan kehilangan papamu, sayang. Aku meraba perutku. Tak di sangka sudah ada satu nyawa di situ. Sekali lagi air mataku menitis sejak aku terpaksa berkongsi suamiku ini dengan Ain. Dan aku tahu selepas ini, airmataku akan sentiasa menemani. Aku takut untuk berfikir tentangnya. Aku terlalu takut.Mampukah aku untuk menelan semuanya?
---------------------
p/s maaf pada yang lama menunggu.. akhir-akhir ini banyak masalah yang mengganggu..tambahan pula internet di tempat kerja mengalami gangguan. maaf banyak2..
sedihlah plk citer ni...rase x senang duduk je bila baca citer ni...cian kat amani baru nak rase disayangi terpaksa kongsi kasih plk ngan ain..harap2 kesudahan citer ni amani still ngan asben dia..ain plk cari ah org lain...
< mamamuiz >
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnye..huhuhu
-adaibrahim-