Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hello adik manis," Aku mengangkat muka. Damodar tersengih. "Apa bikin sini?," "Tidur. Tak nampak saya bawa bantal dengan selimut ni?,"soalku selamba. Damodar tersengih. Sharifah tergelak sambil menepuk bahuku. Johan yang baru sampai bersama sepinggan nasi, memandang hairan. "Kau ni, tak baik tau," Aku tersenyum. Memang patut pun aku sindir si Damodar ni. Dah tengok aku tengah makan, boleh pula dia tanya aku buat apa. "Apa hal ni? Macam ada cerita kelakar je?," "Ini adik manis mahu tidur kat kantin,"ujar Damodar tersengih. Aku jegilkan mata. Aku cuba perli dia, dia balik kenakan aku. Betul-betul nak kena mamat Nepal ni. Johan dan Sharifah sama-sama tergelak. "Boleh join?,"soal Johan sambil memandang wajahku. Aku senyum. "Duduklah," Johan melabuhkan punggung di hadapanku. Damodar turut sama duduk di hadapan Sharifah. "Lama juga tak nampak Diya makan kat kantin ni. Tiba-tiba dua tiga hari ni muncul di sini. Mimpi apa ni?,"Johan bertanya. Aku tersenyum. Cuma tersenyum. Tidak menjawab soalan itu. Sebenarnya aku lari daripada Encik Firdaus. Sebelum Encik Firdaus mengajak aku keluar makan tengahari bersamanya, cepat-cepat aku tarik tangan Sharifah ke kantin. Rasa geram yang bersisa, membuat aku rasa ingin merajuk sekejap dengan Encik Firdaus. Suka-suka mempermainkan perasaan aku. Membuat aku berasa serba salah. Bila diingat semula apa yang Encik Firdaus buat pada aku tempoh hari, memang rasa geram ini tidak akan hilang. Begitu senang Encik Firdaus melafazkan kata-kata yang begitu dalam maknanya itu. Meluahkan kata-kata keramat yang begitu suci. Tetapi, luahannya ternyata hanya satu gurauan semata. Cuma, tujuan dia bergurau sebegitu rupa masih menjadi tanda tanya pada aku. Dan, aku pun tidak mahu bertanya. Biarlah segalanya berakhir di sini. Berakhir begini. Tidak perlu difikirkan lagi. "Tengah bersembunyi ni,"Sharifah bersuara. Johan mengangkat muka. Kening terangkat tanda hairan dengan kata-kata Sharifah. Damodar pula, tekun menikmati hidangan makan tengaharinya. "Bersembunyi?," "Tak adalah. Saja nak tukar selera. Lagipun, lately, tak ada hal kat luar. So, makan jelah kat sini,"cepat-cepat aku bersuara sebelum Sharifah membuka cerita sensasi. "Sejak jadi setiausaha bos ni, memang makin susah nak jumpa ya?," "Nak buat macam mana? Dah kena ikut dia ke sana sini. Kalau tak ikut dia keluar pun, kerja melambak menunggu kat atas meja. Dulu selalu deal dengan awak, tu yang selalu jumpa. Sekarang apa-apa hal awak kena deal dengan Sherry pula. Bila bertukar tugas ni, nak jumpa pun tak ada masa. Itu saja yang berubah. Betul tak?," Johan tersenyum. "Betul. Tapi, rindu juga bila dah lama tak tengok muka awak," Aku diam. Menyuap perlahan nasi ke mulut. Johan pula merenung wajahku. Membuat aku malu untuk menyambung suapan. Aku bukannya boleh kalau ada orang pandang aku makan. Serba tak kena jadinya. Mulalah nak ‘conrtol ayu’. "Joe.. Ingat tunang kat kampung tu..,"Sharifah bersuara perlahan. Johan tergelak halus. "Aku ingat. Dua-dua aku ingat," Bulat mataku memandang wajah Johan. Johan tersengih. "Gurau je. Takkan saya nak curang kat tunang saya. Kalau nak curang pun memang tak boleh. Sebab kasih kita tak diterima orang,"cepat-cepat Johan bersuara. Aku tersenyum kecil. Sempat pula Johan menyindirku. Tapi, aku tahu Johan cuma bergurau. "Betul tak Diya?,"soal Johan sambil matanya melekat padaku. Aku tersenyum lagi. Tidak mahu menjawab soalan Johan. Johan mengeluh sambil mengangkat bahu. "See.. Kan saya dah cakap. Kena reject," "Bukan kau sorang je kena reject, Joe. Semua orang dia reject,"Sharifah bersuara tiba-tiba. Aku jeling sekilas. "Takkan kot. Encik Firdaus pun kena reject ke?,"Johan bertanya dengan nada sedikit ingin tahu. "Apa ni? Tiba-tiba cakap pasal dia pulak. Dia tak ada kena mengena dengan sayalah. Pandai-pandai je buat cerita,"tiba-tiba aku sedikit melenting. Ops! Kenapa aku teremosi pula bila Johan kaitkan aku dengan Encik Firdaus? Tiba-tiba teringat luahan cinta dia. Tiba-tiba teringat juga kemesraan dia dengan Mia. Semuanya itu bagai minyak yang menyimbah dalam bara geramku. "Baik kau diam Joe. Nanti tak pasal-pasal kau kena lempang free,"cepat Sharifah bersuara membuat Johan tergelak kecil. "Kalau diya yang lempang, kena bayar pun saya sanggup tadah pipi ni," Aku pandang wajah Johan yang tersenyum panjang. Geram. Marah pun tak guna. Sudahnya aku mengukir senyum yang tidak ihklas. Cakaplah apa saja yang kamu semua hendak cakap. Aku malas nak ambil kisah lagi. Hatiku bersuara perlahan. "Oklah..,"kata-kataku terhenti. Bunyi nada dering telefonku mengganggu bicara. Sistem pesanan ringkas menerima pesanan.. Dengan sedikit malas aku buka. [Awak kat kantin kan? Tolong belikan saya nasi goreng cina. Minuman, apa pun boleh] Amboi! Ini sudah lebih. Siap boleh hantar pesanan lagi. "Kenapa? Siapa tu? Bukan main panjang muncungnya tu?,"tegur Sharifah sedikit hairan. Telefon di tangan aku serahkan pada Sharifah. Malas hendak menjawab. Membaca pesanan itu, Sharifah tergelak besar. Membuat muncung aku bertambah panjang. "Kenapa?,"Johan pula yang buat-buat sibuk bertanya. "Tak ada apa-apa,"ujarku pendek sambil mengambil telefon bimbitku dari tangan Sharifah. Sharifah masih tersengih-sengih. "Pergilah cepat. Kasihan dia duk menunggu tu,"ujar Sharifah sambil menyambung sengihnya. Aku mengeluh pendek. Encik Firdaus ni, memang sudah melampau. Boleh pesan makanan kat aku pula. Nak bermanja dengan aku ke? Telefonlah Mia. Suruh saja perempuan tu yang hantar lunch untuk dia. Suruh aku, buat apa? Buat aku semakin geram saja. "Oklah. Aku pergi dulu. Saya pergi dulu, Joe,"aku bersuara mengundur diri. Ingin membeli makanan yang Encik Firdaus pesan. Johan mengangguk perlahan dan Damodar tersengih sambil meneguk minumannya. Aku membalas senyuman lelaki Nepal itu. Dan , dengan malas aku bergerak ke kaunter.
Buat peminat BYMYB, boleh ler mengunjungi blog Hanni. Sy dh baca novel ni sampai 34 dh... ini alamatnya: http://www.hanniramsulnzelee.blogspot.com. selamat membaca...
kak hanni nnt post next chapter dulu ek kat blog baru kak hanni tu.. xsabar la nak tau ending citer neh.. n neh blog baru kak hanni yg saye jumpe :
http://manisnyakenangan.blogspot.com/
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la apasal pendek sgt..
dh lm sy tgu ni...sambung la cepat ek...