Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PAP..PAP..PAP..PAP..PAP.. bunyi tepukan dari belakang membuatkan Izat dan Fiera serentak berpaling ke belakang. dalam hati Fiera sudah berdegup kencang..'janganlah ada yang dengar'
"Ko nak apa? hah!" Fiera menenyakan soalan itu apabila melihat sahaja muka Ainani. kacau daun betul..
"Huh..bagus betul kau buat cite tu..aku rasakan..baik ko buat novel... at least klo ko tu tak ada duit nak makan ko boleh sara diri ko dengan duit ko tu..tak pyah nak menggatal mintak kat pakwe aku!" sindir ainani geram..
'huh..melebih sungguh pompuan nih..aku tembak sampai mati kang baru tahu...heh..lek..lek..Fiera..karang ko pulak yang kena gantung..' Fiera cuba menyabarkan hati..
"Oh..tak tau plak ak..yang kau ni ada kerja sambilan yer?? ape kerja kau tu?? oh yer..keje menjaga tepi kain orang padahal tepi kain sendiri yang terkoyak.." pandangan Fiera mulai sinis. jengkel sungguh Fiera pada pompuan tak sedar dek untung tu..
"Hoi..Fiera..jangan ingat kau dah dapat Ieriel kau menang..ingat! aku akan pasikan satu hari kau dengan dia bercerai jugak! itu sudah pasti!! sebab Ieriel hanya milik aku tahu?" selamba jer Ainani menunjal kepala Fiera.
"Hey...pompuan tak sedar diri! huh muka seladang hitam pun lagi lawa dari kau tahu..umur baru setahun jagung ada hati nak cerai-beraikan orang..kalau macam ni lah sikap kau..sampai ketualahtak ada orang nak tahu!" tukas Fiera geram..tangannya terasa ringan jer nak tampar muka pompuan ni...
"Jaga mulut ko Fiera...jangan sebarangan..aku tampar kang baru tahu!" nafas Ainani sudah tercungap-cungap menahan amarah..
"Hah bagus sangatlah tu..ko pikir ko tu besar ke? ada hati nak tampar muka aku..aku terajang kau baru tahu! dah sebelum aku belasah kau cukup2 kat depan orang baik kau jangan ganggu hidup aku.." ugut Fiera..kini mereka sudah menjadi tumpuan teman-teman sekelas..yang tak tau pun jadi tau..geram sungguh Fiera..
"Memang aku sudah cukup besar untuk menampar kau BODOH!" serentak dengan itu....pipi Fiera ditampar oleh Ainani..dan Fiera terdorong ke belakang dan akhirnya jatuh tersandar di pokok..
Fiera langsung tak sangka bahawa penangan Ainani sungguh kuat.. Izat yang terpegun dengan adegan itu, segera memapah Fiera untuk bangun. dan serentak dengan itu...rambut Ainani yang keperangan itu ditariknya hingga dia merasa puas hati.. bibir yang berdarah dihujungnya tidak dihiraukan.
"Lepaslah bodoh!" jerit Ainani lantang..
"Oleh kerana aku tak bodoh so, aku tak akan lepas kan kau..hah...sekarang baru aku tahu siapa aku kan??" dan rambut Ainani ditarik lagi kuat..digengam kuat rambut Ainani.. yang melihat?? tak mampu nak leraikan sebab masing2 takut dengan Fiera..jangan main2 dengan Fiera..jaguh taekwondo sekolah ni!
"Aku bukan bangang tahu! jangan ingat kau tu anak Datuk, aku takut dengan kau! lagipun yang dapat gelaran tu bapak kau bukan kau tolol!" semakin kuat genggaman FIera. dia memandang tpat mata Ainani. di sinar mata itu dia tahu Ainani benar-benar sakit..lantas dilonggarkan genggaman.. dia bukanlah kejam sangat!
"Ergh...." ainani mengerang perlahan...
"Aku boleh lepaskan kau..tapi ingat..sekali lagi kau ganggu hidup aku, aku takkan teragak2 nak terajang kau..Ingat..aku takkan cari pasal dengan kau kalau kau tak cari pasal dengan aku..FAHAM?!!" soal Fiera keras..
"jangan harap..." suara Ainani begitu perlahan namun masih didengari..
"APA??!!" dia menguatkan semula genggaman pada rambut Ainani...
"O..Ok..Okey.....aku faham..." suara Ainani tersekat2 akibat kesakitan pada kepalanya...
"Aku tak dengar apa kau kata...kuat sikit..." ejek Fiera perlahan...
"AKu faham!!puas hati??" jerit Ainani ..serentak dengan itu genggaman dilepaskan..ainani cepat2 bangun ingin menampar wajah Fiera namun Fiera pantas menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Ainani..
"Aa..aa..aa...apa aku kata tadi??" soal Fiera dalam senyuman mengejek..
yang melihat hanya tergelak melihat aksi Ainani yang terkulat2 dengan rambut yang macam hantu kubur.. Fiera tergelak sinis sedangkan izat masih dalam keadaan serba salah kerana Ainani itu sepupunya..tapi Fiera langsung tidak peduli...yang dia tahu..hatinya puas..fiera tersenyum kemenangan bila Ainani pantas berlalu dari situ..peperangan antara dia dengan Ainani sebenarnya baru bermula..fiera yakin itu...
"Apa masalah kau sebenarnya hah?" suara melengking Ieriel menyebabkan Fiera terkulat-kulat. 'adoi..kacau betulla mamat ni..citer ni baru jer start..dah buat hal..'
"Kenapanya?" sola Fiera denga muka innocent..malas nak layan..
"asal kau buat Nani cam tu?" tak turun2 lagi suara Ieriel..makin kuat adalah!
"Apa yang dah aku buat?" Fiera masih tak mengalihkan matanya dari tv..'kacau daun betullah mamat ni..baru nak feel..'
"kau tarik rambut dia kan?" soal Ieriel lagi...'aku belasah pompuan ni kang baru tau'
"So??" masih tak berganjak..
"Aku wrestling kau kang..baik kau cakap yang betul." ugut Ieriel.. 'huh wresting..perkara kecik bagi aku' bisik hati Fiera.
"kalau betul?" kali ni Fiera memalingkan mukanya menghadap Ieriel yang sedang keresahan. dapat Fiera melihat Ieriel yang duduk kat atas sofa yang bertentangan dengan sofa yang didudukinya itu bak cacing kepanasan.
"Fiera..."
"Ieriel..."
Ieriel mengeluh..penat dia mahu bermain teka-teki dengan Fiera..'aku cium kang baru tahu....'
"dia mulakan dulu..." akhirnya Fiera mengalah..
"Tapi dia kata kat aku..kau yang tarik rambut dia dulu bila dia ugut kau nak bagitau aku tentang kau dengan Izat?" keluh Ieriel.
"Terpulang pada kau nak percaya atau tidak." Fiera segera bangkit..lemas dia dalam renungan Ieriel..mujur tekak ni rasa kering.. Fiera membuka peti ais belah atas..dicapainya aiskrim wall's yang baru keluar tu..entah pekebenda namanya Fiera sendiri tak tahu..yang Fiera tahu membedal jer!
"Ibu dengan ayah mana?" soal Fiera perlahan bila dia tahu Ieriel sedang memerhatikannya.
"Diorang tak balik sini hari ni.. diorang tidur kat umah yang kat Ukay Perdana tu.."
"Papa??" Fiera mamnadang wajah Ieriel yang jelas tampak sedih.. sedih sebab aku kena tampar ke sedih sebab mak we dia? hati Fiera menangis sendiri.
"Papa...dia pun tak balik sini hari ni..katanya banyak kerja..."
"actully..dia yang tampar aku dulu.." beritahu Fiera selamba.. kini mereka bebas memekik antara satu sama lain sebab mereka merdeka hari ni..tak ada sorang pun yang boleh meredakan lava api yang dah tak sabar2 nak mengalir ni..termasuklah Mak Jah..
"Kau tipu..setahu aku..dia tak pernah cari pasal dengan orang kalau orang tu tak cari pasal dengan dia!!" tiba-tiba suara Ieriel meninggi.. Fiera yang sedang menyuap aiskrim kedalam mulut tersentak..putus seleranya.
"Kau ni kenapa? aku nak makan pun putus selera tau.." Fiera mendengus..
"Cakap benda yang betul Fiera..jangan menuduh Nani.." suara Ieriel terketar2 akibat menahan marah..
"dah kau sayang sangat kat dia..apa yang dia cakap semuanya betul.."
"Fiera!!"
"APANYA?? aku dah fed-up lah dengan kau ni..kau tau tak hidup aku terseksa sejak aku jadi isteri kau?! aku cerita benda yang betul yang kau nak marah2 aku kenapa? kalau dah tangkap cintan sangat dengan dia..kau boleh berambus..pergi duduk dengan dia!!" Fiera menjerit lantang..
Seumur hidupnya, tak pernah dia merasakan begitu marah sekali..apatah lagi dengan Ieriel..suaminya sendiri..
"Ingat Fiera..kau yang buat janji tu..BUKAN AKU! Faham?? Bukan aku yang buat JANJI bodoh macam tu!" kali ini Ieriel pulak melepaskannya.
"Memang aku yang buat janji tu..tapi ingat..kalo kau yang tak lafazkan akad..aku takkan jadi isteri kau..KAu pikir aku nak sangat ker jadi isteri kau? aku tak nak tahu! aku dah ada buah hati aku sendiri macam kau..tapi bila mengenangkan Ibu Zura...aku tak sanggup tahu tak??dia dah banyak berkorban untuk aku.." seboleh mungkin Fiera cuba untuk menhan tangis..
"Hah..modal kau air mata..tu jer lah yang kau tahu.." Ieriel segera berpusing dari menghadap mata Fiera yang sudah mulai berair..takut akan runtuh egonya.
"Mungkin senang bagi kau Ieriel, tapi susah bagi aku..biar sekuat mana pun aku berlawan kat gelanggang taekwondo, hati aku tetap cair bila mendengar rayuan arwah Ibu. aku mohon dekat kau Riel jangan sesakkan hati aku..aku takkan halang andai satu hari kau nak bersama dengan Nani..tapi aku mohon jangan buat hati aku terseksa dengan semua ni..." pinta Fiera bersungguh-sungguh..
Empangannya mulai pecah...badannya yang bersandar pada kabinet dapur mulai melurut perlahan-lahan..sakit hatinya sudah tidak tertanggung lagi..sesakit manapun tamparan Ainani padanya namun sakit lagi hatinya andai tiada sorang pun yang tahu bahawa hatinya cukup terseksa kini...
"Sudah lah Fiera..aku tak mahu dah lakonan kau tu menjadi2..cukuplah..kau dah buat aku tersepit, skarang ni kau nak merayu-rayu dekat aku pulak..cukup Fiera..aku penat nak layan kau..." Ieriel segera berlalu dari situ..Ieriel akui..apa yang dikatakan Fiera itu ada benarnya namun Fiera yang memulakan segalanya... dan entah kenapa perasaannya seakan gyang pabila Fiera merayu padanya..sungguh..dia rasa ingin memeluk Fiera dan memujuk Fiera sepertimana yang telah lalui sewaktu zaman kanak2 dulu...
Melihatkan langkah Ieriel yang semakin menjauh..Fiera menggelengkan kepalanya berkali2..dia tak berlakon..dia hanya mengharapkan sedikit pengertian dari lelaki yang bergelar suami itu..itu sahaja pintanya...Tidakkah Ieriel melihat bibirnya yang bengkak akibat penangan dari Ainani..Butakah lelaki itu pada semua pengorbanannnya?
'Kenapa Ieriel benci snagat pada aku?' 'mungkinkah aku yang terlalu awal hadir dalam hidupnya?' 'silap akukah semua ini terjadi?' 'salah akukah yang telah berjanji dengan arwah Ibu?' 'akukah puncanya andai Ieriel tak dapat bersama dengan Nani?' 'Ya Allah..hebatnya dugaan Mu ini..' bertalu2 persolan itu menghempap hati Fiera.. 'Ieriel...cinta sungguh kah kau pada insan yang bernama AINANI?' persoaln yang satu ini, begitu menyesakkan!
i da masuk ke sixdayslove.blogspot.com.. but xder pn smbngn novel ni... tell me how to got dis story... i terpikat dgn crita ni.. tambh2 plak nme heroin ni same dgn name i...[zafierah].. huhuhu...terasa cm cite i plak... plz jgn hampakn i k....
smbgnnya ade di blog saya... sixdayslove.bolgspot.com sori ek.. tp dkat blog saya tu episod 1-4 diubah..tapi jalan cerita tetap sama! sory about that!(rse bersalah sgt!!)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat2 lah smbung. bst cite ni ^_^