Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Berikan tepukan gemuruh buat Ramli Ismail yang telah membantu pasukan remaja bawah 18 tahun Malaysia di Korea. Walaupun kita cuma mendapat tempat ke tiga dalam Piala Remaja Asia itu, Ramli yang telah menyumbang paling banyak kutipan gol bagi musim ini. Berikan tepukan semua! Syabas Ramli! Saya memang yakin dengan awak!" Melambung-lambung pujian yang diberikan Tuan Haji Shahruddin, Pengetua Gemilang kepada pelajarnya yang seorang itu. Dengan hati berbunga-bunga, kalung kejohanan Piala Remaja yang disarung Pengetua ke lehernya diunjuk pada rakan-rakan sekolah lain yang tertib beratur didepan pentas tersebut. Tepukan paling meriah datang tak lain dan tak bukan dari Tahar Harun, bangga dengan pencapaian anak didiknya itu. Diikuti sorak sorai seluruh warga Gemilang. Kagum benar dengan status Ramli yang kini bergelar wakil Malaysia. Ditambah pula hakikat itu telah menaikkan lagi nama sekolah mereka.
Mencari-cari sesusuk tubuh yang dirinduinya, Ramli menangkap wajah Shawn yang kaku tidak berekspresi. Sepanjang berada di Korea, entah mengapa bagai terputus hubungan mereka. Masih marah lagikah kau pada aku Shawn? Tak akan kau tak gembira dengan kejayaan aku ini? Bertemu mata antara mereka, ada senyum dibibir lelaki itu. Itu sudah memadai bagi Ramli.
-------------------
"Dash, seronok tak dapat pergi Korea?" Yunus bertanya. Berkumpul untuk latihan pasukan mereka petang itu, Ramli yang menjadi serbuan mereka. Pengalaman berharga rakan sepasukan mereka itu perlu dicungkil habis-habisan.
"Pergh! Seronok gila! Tapi walaupun musim panas disana, sejuk siut! Aku sempat mengayat minah Korea dua tiga orang! Korang nak e-mail diorang?" Pelawa Ramli. Biasalah bila dah namanya budak lelaki, pantang tengok perempuan dahi licin. Lebih lagi kalau diimport dari luar negara. Memerhati ke hujung padang, bayang Shawn masih tidak nampak.
"Seng, kau ada nampak Slash?" Tanya Ramli. Sejak tadi, sudah berbakul-bakul topik tentang tripnya ke Korea yang diceritakan. Dari perlawanan ke makanan ke bandar Seoul sehingga cuaca, batang hidung Shawn masih tak muncul.
"Tak tahu. Lepas habis waktu sekolah tadi aku lihat dia menghala ke asrama. Kau tak balik bilik ke tadi?" Tanya Ah Seng kembali.
"Balik, tapi tak adapun mamat tu. Mana pula dia pergi?" Ramli bingung.
"My best friend Dash! Rindu dekat kau!" Shawn muncul entah dari mana. Berperwatakan ceria, dia memeluk Ramli erat.
"Wei! Apa peluk-peluk ni Slash! Geli ahh… Kau demam yek?" Ramli menolak tubuh Shawn. Gembira melihatkan kawannya itu. Tapi apa pasal lain macam je mamat ni?
"Ye ke aku demam? Mana ada!... Oh ya! Tahniah buat hero Gemilang! Mengharumkan nama sekolah kita dan juga Malaysia! Yeah!!!" Sorak Shawn mengangkat tangan Ramli. Ahli pasukan yang lain turut bersorak. Wajah Ramli berkerut sakan. Pelik sungguh perangai sahabatnya yang seorang ini. Dengan wajah merah yang tak berhenti-henti senyum, Shawn kelihatannya seperti orang mabuk.
Menghampiri rakannya itu, bahu Shawn dipeluk Ramli. Dia mengheret lelaki itu jauh sedikit daripada kumpulan tersebut.
"Kau minum ye?" Tanya Ramli berbisik. Pulang ke Gemilang pagi tadi untuk meletakkan barang, bersepah-sepah botol beer di dalam bilik mereka berdua. Baru dua minggu aku ke Korea dah jadi balik perangai buruk dia!
"Hehe, sikit!" Jawab Shawn tersenyum sengih menunjukkan formasi jarinya yang melambangkan maksud sedikit itu.
"Kau dah janji dengan aku kan, tak nak ikut Shafiq ke kelab lagi. Tolonglah Shawn!" Ramli kerisauan. Sudah banyak kali dinasihatkan Shawn supaya menghindari abangnya.
"Sorry! Kau pergi Korea, aku boringlah." Sengih Shawn.
"Dash, Slash! Coach panggil!" Jerit Maraan, midfielder Gemilang kepada mereka berdua merangkap Kapten Gemilang. Kelibat Coach Tahar dah sedia di khemah pemain, sabar menunggu anak buahnya berkumpul.
"Jom! Coach panggil tu." Ramli menarik tangan Shawn. Berjalan malas, Shawn akur.
-------------------------
"Musim ini kita akan bertemu dengan pasukan yang agak kuat. Mahkota, Methodis dan Kolej Yayasan Razak antaranya. Saya mahu awak tumpukan perhatian! Gemilang mesti menang musim ini. Faham?" Jerit Tahar. Menaikkan semangat anak didiknya.
"Faham Coach!" Sahut yang lain kecuali seorang.
"Syawal! Kenapa dengan awak?" Tanya Tahar dalam tegasnya. Wajah pelajar itu pucat. Bercampur baur antara rasa marah, kecewa dan risau, Tahar mendengus panjang. Prestasi Syawal merundum akhir-akhir ini.
‘Masih tak puas hati lagikah pelajar itu mengenai keputusan Ramli dipilih menjadi wakil Malaysia. Sedangkan mereka berdua sahabat baik. Atau permata Gemilang itu punya masalah lain. Sayang sekali jikalau Syawal mensia-siakan bakatnya.’ Persoalan-persoalan itu bermain difikiran Tahar.
Ahli pasukan yang lain menoleh pada Shawn yang duduk dibarisan paling belakang bersama Ramli. Ramli cemas melihat keadaan Shawn yang pucat sebegitu. Tubuh lelaki itu ditampungnya, Shawn lembik. Menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan, Shawn terasa mual. Bagai mahu terhambur isi perutnya.
"Jangan nak muntah disini! Rosak padang ni nanti!" Bahasa Tahar sinis.
Bingkas bangun dengan pertolongan Ramli, Shawn bergegas meninggalkan padang. Ramli hanya mampu melihat, teragak-agak kerana takut akan dimarahi Tahar jika dia turut pergi.
"Ramli, go with him! Awak tegur dia sikit. Tanya apa masalah dia." Ekor suara Tahar perlahan. Dia tidak mampu untuk melakukan itu. Egonya terlalu tinggi untuk bertanya lembut, mengambil tahu masalah remeh-temeh remaja. Baginya anak jantan tidak seharusnya hanyut dalam emosi.
Riak wajah Ramli bersinar. Mengangguk pada Tahar, dia mula berlari mendapatkan Shawn.
---------------
"Kau tak apa-apa ke?" Tanya Ramli, menepuk belakang Shawn yang terduduk depan mangkuk tandas. Memuntahkan apa yang mengganggu sistem pencernaannya. Bau hancing arak berlegar dalam ruang tandas itu, meloyakan.
"Aku tak apa-apa!" Shawn menepis tangan Ramli, kasar. Menekan picu tandas itu, dia bangun mendapatkan sinki. Serius dan bengang, dia benci dilihat lemah, terutamanya di depan Ramli.
"Kau ada masalah ke?" Tanya Ramli lagi. Sikap Shawn padanya tidak diendahkan.
"Hei! Tak ada kena-mengena dengan kaulah! Jangan nak menyibuk boleh tak?" Shawn menyinga, tubuh Ramli ditolaknya kedinding. Kolar baju rakannya itu dijerut. Mata mereka bertentang. Sifat agresifnya menonjol gara-gara kemabukan.
Ramli kaku, terkesima dengan apa yang berlaku. Melihat dalam ke mata Shawn, dia tahu jiwa lelaki itu kosong. Shawn, kau perlu meluahkan segalanya!
"Shawn, aku kawan kau! Apa sebenarnya berlaku? Apa yang tak kena? Apa yang buat kau bengang sangat ni? Cuba kau bagi tahu aku!" Tegur Ramli. Jerutan Shawn pada kolarnya dilonggarkan Ramli. Menggigil tangan lelaki itu menahan marah. Tak mungkin penangan arak sebegini teruk?
"Kau tak payah nak tunjuk baiklah Dash! Puas hati kau sekarang? Satu sekolah memuja kau! Apa kau ingat kau bagus sangat? Kau dapat jadi wakil under 18 itupun sebab nasib sahaja, tahu tak? Jangan kau ingat kau dah cukup bagus daripada aku!" Herdikan Shawn bagai tamparan hebat pada Ramli. Menepis tangan Ramli yang bersatu dengannya, Shawn beredar dari situ, terhuyung-hayang.
Kenapa Shawn? Kenapa kau fikir macam tu? Ramli rebah, terduduk di atas lantai sejuk itu.
------------------
Hujan lebat, mencurah-curah membasahi bumi. Kesejukan memeluk tubuh. Ramli bersendirian di taska ilmu, pondok bacaan yang terletak berdekatan dengan padang. Latihan petang tadi dibatalkan dek cuaca yang tidak mengizinkan. Bertempiaran rakan-rakannya yang lain pulang ke asrama, Ramli berat hati untuk melakukan perkara yang sama. Kata-kata Shawn masih jelas terngiang-ngiang ditelinganya, berdesing hingga nyilu terasa dihati. Dia berteleku disitu, memikirkan bagaimana hendak bersemuka dengan Slash lagi selepas ini. Kata-kata rakan sepasukannya sewaktu latihan petang tadi terngiang semula.
"Selagi kita ada the best duo, Dash and Slash, pasukan lain tak akan ada peluang untuk menang! The double killer strike dari korang mesti bawa kejayaan buat Gemilang! Betul tak Dash?" Soal Halim, penjaga gol Gemilang penuh bersemangat. Jawapannya datang dari rakan-rakan lain yang menjerit mengiakan. Tapi Ramli putus kata.
The best duo, Dash and Slash! Macam mana kalau aku dan Shawn tidak bersatu lagi… Mungkin lepas ini double killer strike cuma legasi. Jauh disudut hatinya, Ramli terluka.
"Kenapa tak balik bilik?" Suara seseorang mengganggu khayalan Ramli. Mengalih pandang, matanya tertancap pada pemilik suara. Shawn melirik pada rakan sebiiknya itu. Tiada jawapan, Ramli menoleh ke depan semula. Aura tegang wujud antara mereka.
"Jujurnya… aku mencemburui kau. Bola sepak sudah jadi darah daging aku selama ini. Tapi kenapa kau yang dipilih?" Soal Shawn, perlahan dan tegas berbisik. Segalanya perlu dileraikan hari ini.
"Kalau kau yang dipilih bukan cemburu yang aku fikirkan. Tapi rasa bangga! Itulah maksud persahabatan… Nak cakap soal cemburu? Apa lebihnya aku Shawn?" Perlahan namun menekan nada Ramli. Dia bingkas hendak meninggalkan situ. Tidak mahu luka mula menanah.
"Maafkan aku!" Tangan Ramli digenggam erat Shawn, nadanya serius. Memandang tepat pada rakannya itu, Shawn mengerti dia sudah melampaui batas tadi. Arak telah merampas fikiran warasnya.
"Aku mabuk tadi. Aku tak sepatutnya cakap begitu!" Mata mereka bertaut.
Melepaskan genggaman tangan Shawn, Ramli tersengih, sinis.
"Tapi itu yang kau fikirkan bukan?" Soal Ramli, memandang sahabatnya itu yang hilang kata.
"Kau nak tahu apa pendapat aku tentang kau?..." Ramli menyeluk kedua tangannya ke dalam poket. Sejuk cuaca sekarang amat disenangi Ramli, membuat tubuhnya cukup selesa. Namun walau dalam keadaan sebegini, hatinya bagai cacing kepanasan.
"Apa dia?" Shawn inginkan jawapan.
"Syawal Datuk Jamaluddin… Anak orang kaya yang kerjanya cuma menghabiskan harta mak bapak! Nak apa, cakap sahaja… Ting! Magik, terus ada depan mata. Rupa boleh tahan, handsome! Digilai semua pelajar perempuan. Mat Romeo kononnya. Popular bukan setakat di Gemilang, tapi semua sekolah dekat Malaysia ni kenal kau! Kau dikagumi sebab bakat kau yang semulajadi. You’re born to be a great footballer! Huh!!! Tapi sayang kau tak pernah nampak semua itu kan?" Ramli bermadah dalam nada yang cukup sinis. Shawn terpana mendengar hakikat yang dipersembahkan rakannya.
"Aku yang cemburukan kau selama ni Shawn! Kau tahu tak? Aku perlu buat benda-benda haram semata-mata nak duit belanja lebih. Aku kena berlatih dua kali lebih kuat berbanding kau untuk capai tahap aku sekarang ini. Aku perlu berusaha untuk naikkan taraf hidup keluarga aku sebab kami orang susah dan aku pula abang yang sulung. Ada kau fikir tentang semua tu? Sekarang kau jawab apa lebihnya aku daripada kau?" Berdepan dengan Shawn yang masih terkesima, Ramli mengangkat keningnya.
"Now it is fair and square! Aku dah dengar luahan hati kau dan kau pun dah dengar luahan hati aku…" Balas Shawn. Dia menarik lirik senyum, bagai ada kelucuan pada kata-kata itu.
"So, can we be friends again?" Tangannya dihulur, menunggu riaksi balas Ramli.
"Dash tak akan lengkap kalau tak ada Slash!" Shawn menghayun tangannya minta disambut.
"Pirah! Kau yang tak lengkap kalau tak ada aku!" Ramli melengkapkan huluran tangan Shawn. Mereka tertawa. Sememang nilai persahabatan mereka lebih tinggi berbanding rasa dengki dan tak puas hati.
"Aku cuma nak kau tahu, walau apapun yang aku cakap atau yang kau lafazkan, kau tetap kawan paling karib aku. Tapi lepas ini aku akan berusaha lebih untuk kalahkan kau pula! So, beware!" Ugut Shawn dalam senyuman.
"Akupun tak akan duduk diam dan membiarkannya. Tak kira apa yang berlaku kau adalah saingan nombor satu aku Shawn!" Ramli jujur, menunjuk jari telunjuknya ke dada Shawn.
"Saingan dan kawan! Pelik sungguhlah… Tak kira siapa nombor satu, siapa nombor dua, the best duo will never lose!" Shawn tersengih, genggaman mereka semakin erat.
Hujan semakin teduh bagai petanda episod baru. Berjalan beriring ke asrama, mereka bergurau senda bagai tak ada apa yang berlaku. Namun diluar jangkaan kedua-duanya satu konflik yang akan menggugat persahabatan unik itu bakal berlaku.
TIGA PULUH DUA
Janji
"And both of you live happily ever after!" Mendengar cerita Ramli, Yui menyampuk. Imaginasinya ligat menayangkan wayang gambar dialam fikir. Plastik pop corn di tangannya diseluk, butir jagung itu dimasukkan ke mulut.
Memandang semacam gadis itu, kening Ramli terangkat sendiri.
"Banyaklah kau punya happily ever after! Aku tak habis cerita lagilah!... Mana pula datangnya pop corn ni?" Dia menyoal kehairanan. Yui memandang pada plastik makanan ringan yang dimaksudkan Ramli itu. Tersengih, dia mempelawa Ramli.
"Nak?... Kau ni macam tahu-tahu je aku beli pop corn tadi, terus buka cerita wayang gambar. Boleh buat filem tau kisah kau dengan Shawn. Dash and Slash! Sedap tak nama filem tu? Tapi yang aku tak faham, kalau korang berdua baik semula, apa yang buat korang bergaduh balik lepas tu. Bila masanya yang kau mengedar dadah?" Yui membebel panjang. Macam machine gun tuturnya. Ramli dah malas nak layan. Pop corn yang dihulur Yui diambilnya segenggam penuh.
"Salah faham! Lepas tu banyak pula orang yang menyucuk. Aku jadi mangsa keadaan!" Selamba Ramli bersuara.
"Mangsa keadaan?" Yui keliru.
Teringat kisah itu, Ramli menyambung kisah.
Dash and Slash, bahagian kedua! Fikiran Yui membuat pengumuman.
-------------------
"Cheers!" Cawan kertas yang berisi minuman berkarbonat dilaga-lagakan kumpulan itu. Dilihatkan dari gelak tawa mereka, jelas sekali mereka terhibur. Sudah lama mereka tidak begitu, semenjak berakhirnya PMR yang lepas. Baru kali ini berkesempatan berkumpul sesama mereka. Sibuk dengan latihan dan perlajaran.
"Jadi selama aku dekat Korea apa cerita terbaru?" Ramli bertanya.
"Kau tahu, Yusuf dari IMC* kena tangkap dalam serbuan dekat Zouk!" Seng bercerita, bersungguh. Yang lain dengan memek muka mengiakan.
"Memang gempak gila! Sudahlah bawah umur, itu satu hal lah! Siap ambil Ecstacy sekali. Buat malu bapak sahaja. Ayah dia kan Ketua Polis Daerah! Tapi dapat anak macam setan! Dengar kata dia sempat merengkok dalam lokap semalam. Padan muka!" Tambah Halim.
"Tak pasal-pasal kena gantung semusim, nasib tak kena buang sekolah saja! Kalau kena buangpun memang padan muka dia." Taufiq pula memberi komen.
"Ala korang rileks lah! Apa yang kecoh sangat tentang perkara tu. Biasalah tu! Nasib dia saja yang tak baik polis buat ambush malam tu! Aku pun pernah pergi Zouk apa! Tak ada masalahpun. Pandai-pandailah nak hidup." Shawn membantah pendapat rakan-rakan yang lain. Buat apa nak besarkan hal kecik! Biasalah pergi kelab malam!
"Kau ni Shawn, kalau Coach tahu, siaplah kau! Sudahlah kau selalu buat hal kebelakangan ni. Jangan sampai Gemilang terjejas pula dengan prestasi kau tu!" Herdik Maraan. Memang sudah lama dia sakit hati dengan sikap Shawn yang ambil lewa soal disiplin. Itu boleh menjejaskan satu pasukan!
"Apahal kau Maraan? Tak puas hati dengan aku ke?" Shawn menolak kasar kerusinya ke belakang. Bengis dia berdepan dengan rakan sepasukannya itu.
"Kenapa? Apa yang aku cakap tak betul ke? Kau sendiri tahukan yang Coach Tahar dah naik bosan dengan sikap kau! Sekarang kau bagi tahu kitorang apa masalah kau sebenarnya?" Maraan juga tak mahu mengalah. Apa kau ingat kau seorang sahaja yang tahu naik darah!
"Maraan! Shawn! Sudahlah tu! Korang ni macam budak-budaklah!" Marah Ramli, cuba meleraikan dua rakannya yang bertegang leher itu. Suasana di meja yang menempatkan tujuh pemain Gemilang itu senyap tiba-tiba. Masing-masing memandang dengan ekor mata tak puas hati pada Shawn dan Maraan yang membuat kecoh di tingkat atas restoran KFC itu. Mata-mata tetamu lain mula menyinggah ke kumpulan mereka.
Mencerlung tajam pada Maraan, Shawn menolak masuk kerusinya ke meja. Dia berpaling, hendak beredar dari situ.
"Shawn! Kau nak pergi mana?" Ramli bertanya. Suasana riang sebentar tadi muram serta merta.
"Aku nak pergi Zouk! Kenapa? Korang nak ikut?" Sinis, Shawn ternyata bengang tahap maksima. Kemudian dia meneruskan langkahnya. Ramli serba salah, antara sahabat karib dan rakan sepasukan.
"Kau ni pun Maraan. Kau tahukan mamat tu memang macam tu! Yang kau pergi layan buat apa?" Firdaus yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati, bersuara.
"Ahh… O.K! Sekarang korang bagi tahu aku. Apa yang dah berlaku sebenarnya. Seingat aku pasukan kita bukan macam ni sebelum ini." Ramli mendengus, keliru. Memang tak dinafikan perubahan diri Shawn begitu ketara sejak dia pulang dari Korea baru-baru ini. Dimana silapnya?
"Entahlah Dash. Kamipun tak tahu. Sejak kau mulakan latihan intensif dekat Bukit Jalil lagi dia dah mula buat hal. Macam tak tentu arah bila kau tak ada. Yalah! Korangkan selalu apa-apa halpun berdua!" Halim mengkhabarkan.
"Ada juga dia kata dekat aku yang sepatutnya dia yang ke Korea. Aku rasa Shawn tak puas hati bila kau yang dipilih ke sana!" Telahan Taufiq.
"Aku tahu hal itu. Tapi aku kenal Shawn, korangpun kenal dia kan, dia memang kuat bersaing. Tapi tak kan teruk sangat sampai boleh menjejaskan pasukan! Ha Maaran?" Ramli menoleh pada Maaran. Meminta penjelasan tentang kenyataan rakannya itu sebentar tadi. Maaran tergelak kecil.
"Setakat ini mungkinlah tak teruk sangat. Tapi aku perasan, si Shafiq tu datang tiap-tiap hujung minggu. Sabtu petang mereka keluar, Ahad pagi baru balik. Itupun terhuyung-hayang macam orang mabuk. Bila ada latihan petang, mulalah buat macam-macam alasan. Peninglah! Sakit perutlah! Macam-macam lagi." Kata Maaran. Dia memang dah lama bersabar dengan karenah Shawn.
"Emm… Maknanya betullah dia pergi kelab malam. Sekolah bagi kebenaran pulang bermalam supaya eratkan hubungan kekeluargaan. Ini tidak, abang dia tu memang tak guna betul!" Seng menyampuk.
"Aku dah cakap dengan dia jangan ikutkan sangat perangai si Shafiq tu!" Ramli kesal. Dia faham akan situasi Shawn. Rakannya itu perlukan belaian bagai anak kecil. Hidup dalam keluarga mewah, wang bukanlah segala-galanya kalau diri tak punya sesiapa. Datuk Jamaludin selalu kesana- sini, menjalankan urusan perniagaan. Datin Syafiqah pula terlalu sibuk berpersatuan dan menguruskan Spa miliknya. Jadi buat apa putera-putera mereka pulang ke istana kalau tiada raja dan permaisuri. Shawn dan Shafiq kesunyian dan mereka mencari pengisian hidup dengan cara begitu. Bukan salah mereka, kerana tiada siapa yang menegur.
"Selalunya bila kau ada, Shawn rajin ke padang untuk berlatih. Tapi bila kami ajak, dia asyik menolak saja." Komen Taufiq.
"Agaknya berhantu kot gelaran Dash and Slash tu! Bila seorang tak ada, seorang lagi macam orang tak betul!" Seloroh Firdaus. Yang lain tersengih. Teringat waktu kegemilangan duo tersebut masa musim lepas. Waktu itu pasukan Gemilang memang digeruni oleh lawan.
"Walau apapun masalah dia, Shawn patut selesaikan dengan cara yang elok. Kalau dia terlibat dengan kes seperti Yusuf itu, aku tak rasa Coach Tahar akan maafkan dia." Bicara Halim.
"Bukan setakat Coach, malah aku dan ahli pasukan lain pun! Tak kan korang nak berkawan dengan penagih Ecstacy macam si Yusuf tu?" Celah Maaran. Tegas dengan pendiriannya. Usia remaja bukan untuk disia-siakan begitu. Pendapat Maaran tentang kehidupan remaja.
Kata-kata rakan-rakannya itu membuat Ramli berfikir panjang. Dalam tempoh sebulan lebih, tak mungkin sebegitu serius situasi ini. Ramli kerisauan.
----------------------
"Shawn! Kau pergi mana?" Ramli menerjah lelaki itu sebaik Shawn muncul dimuka pintu.
"Kenapa kau nak tahu? Kau pun dah tak percaya dengan aku? Apa kau ingat aku pergi Zouk? Ambil Ecstacy?" Shawn emosi. Fikirannya memang tidak tenang kebelakangan ini. Jiwanya kosong.
"Shawn…" Lembut bicara Ramli. Memegang bahu rakannya itu, Ramli berdepan dengan Shawn.
"Aku tahu kau ada masalah! Please… bagitahu aku. Aku tak suka tengok kau macam ni." Rayu Ramli. Dia tidak mahu Shawn terus memendam rasa.
Shawn mendengus panjang… Memandang sayu Ramli, naluri keanak-anakkannya muncul. Mereka duduk di atas kamar masing-masing…
"Papa dengan Mama aku nak bercerai!" Jawab Shawn. Mematikan kata-kata Ramli. Terbeliak matanya memandang Shawn.
"Papa nak berhijrah ke US lepas bercerai nanti. Mereka bergaduh pasal aku dengan Shafiq. Papa mahu kitorang ikut dia ke US, manakala Mama pula bertegas mahu kitorang tinggal di sini. Aku buntu Ramli! Kenapa keluarga aku macam ni?" Shawn mengadu, meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.
"What? Habis tu kau nak ke US? Bila?" Teriak Ramli. Tak sangka Shawn merahsiakan perkara ini dari dirinya.
"Lepas SPM. Aku akan buat foundation kat sana…" Shawn mengeluh panjang.
"Tapi kan kita dah janji nak ambil Sport Science sama-sama di UKM!" Ramli cuba memujuk. Berita itu memang tidak disangkanya.
"Aku tak pandai macam kau Dash. Entah-entah aku tak layak masuk U pun kalau stay di sini." Hakikat itu walau memeritkan, dia cuba mengertikannya. Persaingan untuk ke menara gading ternyata bukan soal remeh temeh. Mungkin nasib aku akan lebih cerah bila di US nanti.
"Jangan nak merepeklah! Kau bukannya bodoh, cuma tak ada usaha saja." Kata Ramli cuba menyedapkan hati Shawn.
"Jadi sebab itu kau hilangkan tekanan di kelab malam? Kenapa kau tak bagitahu awal-awal? Kau tak anggap aku kawan kau lagi?" Tanyanya lagi, memandang serius sahabatnya nan satu itu. Shawn tersenyum kelat.
"Aku tak mahu ganggu fokus kau untuk latihan ke Korea itu. Aku ingat aku boleh survive bila kau pergi sana. Tapi bila kau tak ada, aku mati akal lah bro! Apa pasal aku tak dipilih sama ha?" Sengih Shawn disambut tawa kecil Ramli.
"Tak kira apa masalah kau pun lepas ni, boleh tak jangan pendam sorang-sorang?" Suara Firdaus tiba-tiba kedengaran. Kepalanya muncul daripada bawah katil Shawn.
"Aah lah! Macam kembar siam pula korang berdua ni ya! Sorang tak ada, yang sorang lagi macam lembu mati bini." Satu lagi suara menyampuk. Seng pula muncul dari bawah katil Ramli.
"Kalau nak lepaskan tekanan pun tak kan sampai togok arak Slash! Kau ni dah tak tahu hukum halah haram lagi ke? Bawa-bawalah bertaubat. Apa gunanya kawan kalau kau tak percayakan kami?" Kali ini bebelan Taufiq mengisi ruang dengar. Dia keluar daripada almari pakaian, tempat persembunyiannya. Bercekak pinggang, tersenyum pada Shawn
"Kali ini kami maafkan kau. Tapi lepas ni kalau ada sesiapa antara kita yang buat hal lagi, terutamanya kalau melibatkan soal dadah dan kelab malam! You are out of here! Understand?" Maaran mengugut. Berdua mereka, Maaran dan Halim tercegat dimuka pintu memegang sebiji kek yang berhias cantik dengan 16 batang lilin.
"Yang kau bodoh sangat pergi simpan masalah sorang-sorang buat apa? Sampai kau lupa hari jadi sendiri? Poyolah kau Slash! Anyway, Selamat hari jadi bro! Hah! Dah tua kawan aku!" Halim mengucap dengan gayanya.
Terkejut beruk melihatkan semua itu, riaksi Shawn hanya ternganga besar. Dalam sengih dia meniup lilin itu. Mengharap persahabatan tersebut akan kekal untuk selamanya.
"Aku minta maaf pasal tadi! But, whatever it is discipline is number one Slash. Kalau ada masalah cakap dengan kitorang terus, O.K.?" Maaran mengangkat keningnya, menghulur tangan pada Shawn tanda berbaik semula. Selaku Kapten pasukan Gemilang dia sedar itu sebahagian daripada tanggungjawabnya. Tanpa rasa was Shawn menyambut.
"Kau punya mulut ni memang patut kena cili tau! Main cakap lepas je!" Melepaskan pelukan ringkas mereka, geram Shawn masih berbaki. Mulut Maaran ditonyoh dengan krim. Yang lain tertawa.
"Sekurang-kurangnya aku tak macam kau! Hal penting macam nak pergi ke US pun boleh berahsia dengan kitorang. Macam tu ke kawan?" Maaran berkata balas. Mendengar segalanya daripada Shawn, dia mengerti akan apa yang terjadi.
"Hal itu aku tak pasti lagi. Harap-harapnya aku akan kekal dengan korang!" Sebut Shawn penuh mengharap. Malam itu dihiasi dengan gelak tawa mereka dan sesi membaling-baling kek diakhirnya. Jahanam bilik aku! Kini Ramli tersenyum lega. Selesai satu masalah!
penulis, sy suka baca cerita awak ini tp sy ingin menegur sesuatu... bukan gaya penulisan awak tp babak cheers dlm cite melayu patut di elakkan. coz menurut apa yg saya belajar, cheers atau melagakan cawan tuk raikan sesuatu adalah haram dan tak dibenarkan dlm islam...
lol...adakah patut itu pun nak ditegur...sepatutnya kita sebagai p'baca kena la b'fikiran t'buka...mmg la agama patut d utamakan tp setakat nak megatakan ayat tue takkan salah kot!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
penulis,
sy suka baca cerita awak ini tp sy ingin menegur sesuatu... bukan gaya penulisan awak tp babak cheers dlm cite melayu patut di elakkan.
coz menurut apa yg saya belajar, cheers atau melagakan cawan tuk raikan sesuatu adalah haram dan tak dibenarkan dlm islam...