BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Ogos 13, 2008
Novel : Serban Cinta 1
dayya dayyanna
dayya_dayyanna@yahoo.com

Hari baruku; betapa aku merasakan diri ini suci dari segala dosa. Kaki langit biru berkabus, aku pandang dengan penuh kesyukuran. Nikmat tak terhingga yang dapat aku nikmati untuk nafas kali ini. Meski darah-darah pekat mengalir di tubuhku, bagai beku pulaku rasakan pagi ini. Mungkin nafas kian tersekat, mungkin juga mata ingin terpejam terus. Cuma getar jantung masih tidak henti berdenyut. Tautan doa tak lagi terputus. Laguan zikir kian berlagu tenang; hinggakan air mata bertampuk mengalir dari kolam suam.

Entah dugaan apa yang perlu aku hadapi. Betapa benakku kali ini sengkak dengan segala macam onak duri. Kering rasanya air mata untuk aku titiskan membasahi perit hati. Tak tertanggung rasanya! Mati; meninggalkan dunia dan berlabuh dalam alam fana tanpa penyatuan jasad dan roh seperti selalunya. Mengerikan! Suatu kenyataan yang perlu aku hadapi. Suatu kebesaran yang perlu aku tempuhi. Mengapa aku yang terpilih di kalangan semua umat manusia? Tidaklah aku kuat menerima kenyataan ini, tetapi mengapa aku disandarkan dengan panahan nikmat yang satu ini?

Seharusnya aku bersyukur, tidak ramai manusia yang mengetahui ajalnya. Tapi aku dengan begitu mudah dikhabarkan tentang kenyataan ini. Begitu mudah jalan untuk aku bersedia menghadapi mati. Dan kerana ini, tidak ada tapian untuk aku menafikan bahawa nikmat kesyukuran atas kenyataan ini harus ada. Memang aku mensyukurinya. Tapi, kisah dahulu menghambat gundah di jiwaku. Satu nama terang-terang hadir mengusik emosi terkilanku. Serasa mahu sahaja aku menjerit hingga seisi alam mendengarkan suara kudusku memanggil namanya.

Saiful Bukhari Islam.

Betapa hari ini, aku sangat mengerti perasaannya kala aku pergi menyepi tanpa sebarang berita. Betapa berdosanya aku. Ya Tuhan, andai ada nikmatMu yang satu ini, pertemukan aku dengan lelaki itu. Lelaki yang mengasihi aku sepenuh hatinya. Lelaki yang menyanjung aku selaku seorang wanita, juga lelaki yang mempertahankan aku bila aku lemah. Wahai Tuhan, andai Kau mendengar betah jeritan doaku ini, pertemukan aku dengan dia Ya Allah! Dan lelehan air mata ini mengalir lagi; untuk kesekian kali yang tidak dapat aku kira dengan jari.

Aku menghampiri jendela rongak peninggalan arwah suamiku. Mungkin tidak lama lagi, aku juga akan turut sama menemaninya di alam sana.Kilauan bebintang aku pandang penuh bena. Teringat aku kenangan bersama arwah suamiku dulu, bersama-sama memandang di dada langit walau gelap malam menghias tabir cinta kami.Dan suluhan lampu-lampu kecil sang kelip-kelip bagai sama menikmati sorotan bahagia dari saki baki kasih yang mengalir hangat. Tapi sayangnya, 2 tahun lalu, arwah suamiku pergi meninggalkan aku sepertimana aku pergi meninggalkan Saiful Bukhari Islam. Cuma bezanya, aku masih lagi bernafas tika dan saat ini sedangkan suamiku sudah lewa dalam kuburan yang masih subur dengan talkin dan doa.

Udara sejuk kian menjamah tubuhku. Seekor nyamuk hinggap di lenganku, mencari sesedut dua darah manis dari tubuhku. Namun, tidak lama aku biarkan ia menjamah rezeki yang tak seberapa. Tapak tanganku dengan kasar menampar hingga setiap organ dalamannya terkincit keluar. Darah merah yang dijamah dari tubuhku juga turut sama terpancut dari perut buncitnya. Mungkin campuran darah manusia-manusia lain. Entahkan siapa, aku sendiri tidak tahu. perlahan-lahan, tingkap yang aku ngangakan sebentar tadi, kembali merapat aku tutupkan. Biar deru angin masih bisa mencelus masuk, sekurang-kurangnya beku angin itu tidak sampai menusuk ke tulang sum-sumku ini.

Aku berjalan ke kamar, masih lagi memikirkan tentang Saiful Bukhari Islam. Bagaimanakah harus aku bertemu 4 mata dengannya? Aku malu untuk menghadap sepasang mata bening miliknya. Ada getar yang menjadi benteng buat aku berjumpa dengannya. Bagai ada tali yang mengikat tanjak kaki agar jangan sekali aku melangkah menemuinya. Nama itu entah kesekian kalinya, menari-nari diulit ingatanku hingga terbawa-bawa ke alam mimpiku. Entah bila aku tertidur, aku sendiri kurang pasti. Yang nyata, kala tampuk bunga masih lagi basah dek embun, aku sudah bangkit dari lena. Sesungguhnya, mimpi tadi benar-benar terjadi. Ada manik-manik jernih mengalir di pipiku. Jantungku kian berdebar hebat. Ya Allah, berita apakah yang ingin kau sampaikan pada hambaMu ini Ya Allah? Tanpa sedar, air mataku mengalir lagi. Ingatanku terus-terusan menerjah pada suatu nama yang cukup sempurna; Saiful Bukhari Islam.

"Puas hati kamu? Tu, tubuh tu dah tak bernyawa! Dah tak ada nafas! Sepanjang hayatnya tersiksa. Puas hati kamu sekarang? Buat apa kamu balik lagi? Buat apa?" jerkahan itu terngiang lagi di mindanya. Jutaan kalinya setelah bangkit dari lena. Walau ianya hanya mimpi semata, namun bagai ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. "Ya Allah, bantulah hambamu ini Ya Allah!" Aku berdoa lagi. Sungguh-sungguh, hingga lelah aku menangis subuh itu. "Cukuplah Ya Allah, kau tariklah nyawaku seorang. Bukan dirinya Ya Allah, bukan Saiful Bukhari Islam, Ya Allah!"

Pagi itu, aku tetapkan qiamku. Aku mahu terus ke rumah agam itu. Aku mahu memohon ampun pada Saiful Bukhari Islam. Aku mahu dia tahu terkilanku. Aku mahu dia ampunkan aku! Aku mahu dia tahu ajal memanggil aku. Aku mahu dia tahu bahawa aku telahpun menerima hukumanku. Aku kepingin memeluk dirinya. Aku mengharap linang kasihnya. Aku tidak peduli, Apapun halangannya, aku mahu segera sampai ke rumah agam itu. Aku mahu cium tapak kakinya. Aku mahu keampunannya. Biarkan andai sahaja aku ini anjing kurap yang berkeliaran. Aku sanggup dipandang begitu.

Kereta aku parkir agak jauh dari halaman rumah. Ramai manusia bersesak-sesak di dalam rumah itu. Debaran hatiku sudah tidak tentu arah. Mungkinkah segala mimpikukan jadi kenyataan? Ada air mata bersesak di selaput mataku, mengaburi pemandanganku. Entah bila aku mula kehilangan imbangan. Terasa lututku lemah dan aku jatuh terjelepuk. Pengsan.

*****

"Air! Air! Cepat tolong ambilkan air! Ya Allah, kamu ni Suhaila, macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa sampai boleh jatuh pengsan ni? Yang ambilkan air tadi tu siapa? cepatlah sikit! Terhegeh-hegeh." dalam separuh sedar, aku mendengar suara Saiful Bukhari Islam. Terasa bagai ingin sahaja aku melompat memeluk tubuh sasanya.

Seminit kemudian, ada segelas air masak dihulurkan di hadapanku. Saiful Bukhari Islam menyambutnya. Dia membacakan sedikit doa dan selawat ke atas junjungan Rasul sebelum air di dalam gelas itu disuapkan ke ulas bibirku. Betapa terharunya aku kala itu. air mataku menitis lagi.

"Su, kenapa menangis ni? Ya Allah, apa dah jadi ni Su?" aku mendengar keluh kesah Saiful Bukhari Islam. Aku tahu dan sedar pada saat itu, betapa besarnya kasih sayangnya padaku. Aku bersyukur. Dan saat ini kiranya nyawaku di ambil aku bersyukur. Sudah hilang terkilanku. Cumanya, ucapan pengampunan ini yang belum lagi aku luahkan. Satu-satunya ucapan yang menentukan ketenanganku di alam sana. Suatu pernyataan yang menyejukkan aku dari bara akhirat yang menggila.

"Abah, Eli minta ampun. Ampunkan Eli. Biar Eli pergi dengan tenang." aku merayu-rayu bagaikan kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Teresak-esak aku menangis.

"Su cakap apa ni, nak? Jangan macam ni nak, jangan buat abah risau. Mengucap, ingat Allah nak."

"Abah, ni Eli... bukan Ela. Ni Eli; Suhaili anak abah. Abah tak kenal Eli ke? Eli datang sini nak minta ampun dari abah. Eli tak bermaksud buat abah sedih dulu. Eli bukan degil. Eli bukan nak tunjuk keras kepala, tapi Eli betul-betul cintakan Ridzuan. Dia cinta Eli abah, Eli bahagia selama hidup bersama dengannya, abah. Tapi, Abang Raidzwan dah pergi, dia meninggal 2 tahun dulu. Eli tinggal sorang-sorang tak ada sesiapa. Abah, Eli minta ampun abah. Eli rasa masa Eli dah sampai Abah. Ampunkan Eli, abah. Ampunkan Eli!"

Suasana bertukar hening. Aku nampak air mata Saiful Bukhari Islam, abahku. Aku nampak wajah-wajah tercengang hadirin yang hadir. Perlahan-lahan, aku dapat rasa abah memangkuku mendekati tubuh sasanya. Aku dapat merasakan pelukan abah. Aku juga dapat merasakan aliran kasih abah yang hangat seperti dulu. perlahan-lahan, aku dengar bisikan abah; "Eli, dah lama abah ampunkan kamu." dan sebaris ucapan itu buat aku terbuai dengan perasaanku. Terima kasih abah! aku menutup mataku, degupan nafasku terhenti.

"Innalillahiwainnailahirajiun..."

*****

Suhaila terpinga-pinga. Orang ramai yang datang untuk meraikan perkahwinannya berwajah muram. Mengapakah? buntu hatinya. ada apa-apa yang tak kena ke? Hatinya bergayut dengan sejuta macam persoalan. Dalam sesak orang ramai, dia mencari sekujur wajah abah. Ada cebisan tangisan pada wajah abah.

"Abah, kenapa ni?"

Abah hanya diam. Lama abah berkeadaan begitu. Suhaila sudah tidak senang duduk. Soalan yang sama diajukan berkali-kali. selang 15 minit, abah mengangkat wajahnya. Sebaknya sudah tak tertahan. Dipeluknya Suhaila seerat yang mungkin. Tangisannya semakin lebat dan renyai kemudiannya.

"Roh Eli datang masuk badan kamu tadi. Dia datang nak minta maaf. Dia bagitahu dia bahagia dengan arwah suaminya. Dan, dan, dan... dia dah pergi menghadap Ilahi Su. Kakak kamu dah pergi!" Sebak suara abah.

"Innalillahiwainnailahirjiun. Tenang sahaja Suhaila melafazkan sebaris kalimah itu.

Majlis perkahwinan itu berlangsung seadanya. Malam harinya, abah ,mengadakan kenduri doa selamat sempena pemergian arwah Suhaili.

*****

Suhaila tersenyum gembira. Kenangan tentang Suhaili tidak akan mengganggunya lagi. Suhaila teringat susuk tubuh Eli di halaman rumah. Terjelepok lesu. Nasib baik tidak ada orang di situ. Terus sahaja rancangan diatur. Eli dipapah semula ke dalam keretanya dan disorokkan 3 blok dari kawasan blok perumahan mereka. Dia masuk dan berpura-pura pengsan kemudiannya. Sengaja juga dia berlakon bak dirasuk. Sepatutnya Yusuf Haslam memanggilnya berlakon. Memang dia seorang pelakon hebat. Pada Suhaili, sekeping nota ditinggalkan di dalam kereta, terlekat di cermin hadapan; "Jangan datang lagi. Kami tidak mengalukan kamu. Kamu bukan sebahagian dari keluarga ini lagi."

Suhaila tersenyum puas hati.

"Jangan datang lagi. Kami tidak mengalukan kamu. Kamu bukan sebahagian dari keluarga ini lagi." aku membaca lirih tulisan Suhaila yang ditinggalkan atas dashboard keretaku. Ada cairan mengalir deras di pipiku lagi. Serasa bagai ada dendam yang masih belum padam setelah sekian lamanya. Aku beristighfar sendirian, cuba mengutip sisa saki-baki kekuatan yang masih tinggal dalam imanku. Aku faham mengapa sebegini beku tindak balas yang aku terima atas jutaan penyesalanku. Bukan salah mereka; tapi aku. Aku sendiri yang menggali kubur untuk diri sendiri. Aku yang membuat onar, berpatah arang dan berkerat rotan dengan keluargaku sendiri. Semuanya salahku. Dan kala ini, saat kematian menggamit aku bak nyanyian buluh perindu baru pula aku terhegeh-hegeh menyedarinya. Deras air mata yang mengalir sedari tadi kian ligat membasahi pipi, bak bermandi pancuran air masin kurasakan.

"Eli, kau jangan jadi bodoh! Ridzuan tu tunangan aku. Dia mencintai aku!" jeritan Suhaila bak halilintar petang itu benar-benar menarik perhatian abah. Aku dapat mendengar derap kaki abah berlari-lari anak ke bilik kami di tingkat atas. Kurang dua minit, tubuh sasanya sudah terjenguk di muka pintu. Sudah kelat dan berkerut menahan amarah yang masih tak terluah. Dadanya berombak mengawal deru nafas yang kian menggila.

Aku dan Suhaila terdiam. Tapi kala abah sudah bercekak pinggang, Suhaila berlari-lari anak mendapatkan abah. Menangis tersedu-sedan dan merengek kepiluan. Abah memeluk tubuh ramping Suhaila erat. Bagai mengalirkan kekuatan pada sesusuk tubuh lesu itu. Bagai menyandarkan janji padanya; \'Bersabarlah nak, biar abah yang selesaikan\'. Dan aku dapat melihat pelukan Suhaila kian teguh dan tegap di dada abah.

Aku masih lagi membisu. Beg pakaian yang berada di atas katil aku isikan dengan barangan keperluan yang tercapai dek tangan. Walau jantungku bagaikan ingin pecah menahan takut berhadapan dengan abah, aku cuba juga buat-buat tidak tahu. Aku masih juga ligat memasukkan segala pakaianku ke dalam karungan beg itu. Aku masih lagi berlagak kuat meski ketar tubuh sudah kian jelas nampak. Dan sorotan mata abah masih memanah tajam kepadaku. Ulas bibirnya masih terkunci. Dan akhirnya, pandangan sepi abah memasung langkahku. Aku terduduk lelah ketakutan di sisi beg yang separa penuh. Menunduk. Abah menghampiri aku, berdiri di sisi aku. Beg pakaian itu dicampakkan ke lantai. Barang-barang yang aku masukkan tadi berselerakkan di atas lantai. Suhaila pula sudah terduduk di muka pintu. Menahan sendu tangisan yang masih belum berhenti. Melayan melodi sedu nyanyian hati yang pilu.

Pandanganku ternyata meleset. Cuma setakat itu tindakan abah. Aku tidak ditampar atau dihalau keluar. Abah cuma diam memandang aku yang masih tunduk memandang lantai. Abah keluar dari kamar kecil milik aku dan Suhaila. Aku ditinggalkan sendirian; penuh dengan tanda tanya.

Kerana sifat degilku, aku melarikan diri dari rumah malam itu. Seminggu aku berkeliaran tanpa hala tuju. Ruang tidurku di bawah jambatan beratapkan langit. Aku merempat di kaki lima. Tandas awam pula aku gunakan sepenuhnya untuk membersihkan diri dan melayan karenah perut yang sentiasa membuat \'panggilan alam\'. Tika itu tiada takut menjenguk perasaan. Betapa aku yakin bahawa Ridzuan akan mencariku. Sepantas degupan cinta kami.

Firasatku mengena. Tika aku merayau sendirian mengikut gerak kaki, Ridzuan terpacak di hadapanku. Kami berpelukan. Lantaran pacuan rindu yang sarat, lantas kami segera ke Siam; di sempadan Thailand membina masjid cinta. Kala itu, cuma yang penting ialah hubungan cinta kami. Dan semenjak dari itu, aku dan Ridzuan membina hidup bahagia memandang bebintang di dada langit kala gelap malam berlabuh datang. Aku tersenyum teringatkan memori manis bersama arwah suamiku itu. Tapi, senyuman itu sekejap cuma. Kini, di sisiku sudah tidak ada Ridzuan. Aku sendirian. Dipulaukan.

Nafasku kian sesak. Bekas ubat di sisi katil, aku gapai mendekat. Beberapa biji pil aku telan sekali gus. Deru nafas yang bergelora kencang tadi kian mendamai. Seketika, aku memejam mata memadam sesak cerita lama dari kenyataan. Aku cuba membawanya ke alam mimpi agar kenyataan sedih itu,dapat aku layarkan menjadi bahagia. Entah bila kantukku datang. Aku tertidur lena.

*****

Suhaila terjaga dari mimpi. Manik-manik peluh merenek di dahinya. Bayangan wajah Suhaili jelas di layar matanya. Rasa bersalah tiba-tiba sahaja mengetuk hati. Baru sebentar tadi dia tersenyum kerana berjaya menghalau kenangan yang ditinggalkan oleh Suhaili; kenangan yang pernah menghancurkan hidupnya dahulu. Kenyataan yang membuatkan hidupnya nanar dan separuh gila. Suhaila mula menangis dan meraung. Mungkin kerana terkejut, Azfar suaminya terjaga. Tubuh Suhaila menggigil kuat. Mungkin kerana kaget dengan situasi tiba-tiba, Azfar menarik tubuh Suhaila mendekatinya. Tubuh itu di dakap erat. Di telinga Suhaila, Azfar bisikkan kalimah-kalimah suci Al-Quran. Suhaila menumbuk-numbuk dada bidang suaminya. Jeritannya kian kuat. Pekikannya berjaya menarik perhatian seisi rumah. Keadaan luar kawalan itu membuatkan abah berlari ke kamar pengantin. Pintu diketu. Sebaik sahaja mendapat keizinan Azfar, abah segera mendapatkan Suhaila. Suhaila ketika itu bagaikan sudah kerasukan.

"Suhaila, mengucap nak..." getar suara abah menarik perhatian Suhaila. Matanya sudah menjadi merah, memandang tajam wajah abah.

"Kau diam! Kau orang tua bodoh. Sebab kau Ridzuan lari tinggalkan aku. Sebab kau Eli berani datang tadi. Rugi aku tak bunuh dia. Aku nak bunuh dia! Aku nak bunuh dia!!!" lantas Suhaila bangkit tiba-tiba. Melompat dari katil. Sebelum sempat dia berlari, Azfar merentap tangannya. Pipi Suhaila ditampar kuat. Namun, Suhaila kian kuat meronta. Jeritannya benar-benar bagai mahu melepaskan sarang dendam yang sudah tak terbela.

Abah menangis. Menahan sendu mendengar ucapan sang anak. Pilu hatinya mendengarkan tuduhan berat yang dilontarkan kepadanya. Tanpa sebab, Suhaila kerasukan pada malam perkahwinannya.

"Su, kenapa ni? Bila Eli datang? Su tahukan abah sayang Su? Istighfar nak, istighfar... Ingat Tuhan. Ingat Allah!" lantang suara abah memandang wajah bujur sirih Suhaila. Suhaila gelak mengekek. Hilaiannya membuatkan semua isi rumah yang lain ketakutan. Kala itu, sekalian manusia di rumah itu merasakan perubahan emosi. Bulu roma masing-masing sudah mula meremang.

"Kau orang semua bodoh! Nasib aku baru balik sebab keluar pergi set rambut. Kalau tak, mesti perempuan gila tu nak rampas suami aku pulak!" sekilas, Suhaili memandang Azfar. Wajahnya bertukar riak. Kerut wajahnya menahan pilu, dan hilaiannya menyaring semula."Kalau Eli datang tadi, mesti dia nak ambil abang dari sayangkan? Abang mesti ikut dia macam Abang Ridzuan buat dulukan?" Suhaili kian kehilangan arah. Wajahnya yang berkerut berlinangan air mata. "Kalau Eli datang tadi, abang ikut dia tak?" soalan itu diajukan sekali lagi. Penuh lirih.

Azfar menggeleng kepalanya. Tiba-tiba, emosi Suhaila berubah lagi. Wajahnya yang berlinang air mata bertukar kemerahan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Jeritannya bergema ke segenap ruang rumah. "Abang tipu! Kau bodoh! Kau pun mesti ikut dia! Mati kau, mati! Aku nak bunuh kau!" Suhaila menumbuk-numbuk Azfar tanpa kawalan. Azfar membiarkan sahaja biar air matanya juga kita berkampung di hujung mata.

Tanpa respons dari Azfar, amarah Suhaili mula berkurang. Mungkin juga dia sudah kepenatan. dia terjelepuk di atas katil, meratapi kehidupannya yang sia-sia."Tadi Eli datang nak ambil abang. Su tak bagi. Su heret dia masuk kereta dia balik. Su sorok dia dekat belakang rumah Mak Su. Masa tu tak ada orang. Su biar Eli sorang-sorang dalam kereta dia tu. Su biarkan dia tidur. Eli tu bodoh, tidur tengah jalan raya! Penat Su kena bawa dia masuk kereta." Seisi rumah menyepi medengar cerita Suhaila. Semuanya bagaikan terpukau mendengar getar suaranya bercerita.

Suhaila menyambung lagi. Masih dalam nada suara mendayu nan kehampaan. "Eli tu bodoh! Masa abang Ridzuan mati pun dia datang sini. Tapi masa tu semua orang tak ada kat rumah. Abah pergi hospital jenguk Tok Alang sakit. Su yang kena layan dia! Dia ingat Su bodoh ke? Dia ingat Su ni orang gaji dia ke?" nada suaranya mula mengeras semula. Tapi kemudiannya, mendatar balik. Mesti dia tipu bagitahu yang Abang Ridzuan dah mati! Dia tipu Su sebab takut Su rampas laki dia. Dia nak berlagak dengan Su sebab dia dapat abang Ridzuan. Tapi bila dia tahu Su nak kahwin, dia datang sini pulak nak ambil Azfar! Dia jahat!" mendodoi Suhaila bercerita. Suasana yang senyap kian menjadi hening. Seisi rumah mula memberi perhatian pada cerita Suhaila. Sedikit demi sedikit, semakin banyak rahsia yang terbongkar.

"Lepas Su masuk rumah, Su buat-buat kena rasuk. Su buat-buat macam Eli tengah rasuk Su. Su buat-buat macam Eli dah nak mati. Su pun saja cerita pasal Abang Ridzuan yang kononnya dah mati tu! Su nak semua orang lupakan diorang! Su nak semua orang ingat diorang dah mati. Su nak abah dengan Abang Azfar sayang Su sorang je!" Suhaila berubah emosi lagi. Kali ini, dada sasa Azfar dipeluk erat. Azfar menepuk-nepuk bahu isterinya itu. Air matanya sedari tadi bergenang mula mengalir deras. Betapa kala itu bebanan perasaan isterinya ditanggung bersama.

Bagaikan anak kecil, Suhaila mengesat air mata itu. "Kenapa abang nangis? Su pukul sakit ke?" Azfar menggeleng lagi. Tersekat-sekat, Azfar mula bersuara,"Su penat tak? Kita tidur dulu ye?" Suhaila menggeleng. "Tak nak, nanti Eli datang lagi ambil abang!" bentaknya lagi. Semua tetamu yang ada mula risau kembali. Takut andai emosi Suhaila meledak kembali. Perlahan-lahan, Azfar menarik tangan isterinya ke dada. Jemari runcing itu dikucup lembut. "Su, abang tak akan tinggalkan Su. Abang sayangkan Su. Abang cintakan Su. Kalau ada sejuta manusia macam Suhaili sekalipun, abang tetap tak akan dan tak mungkin berpaling meninggalkan Su, sebab Su nyawa abang!" dan kala itu air mata terharu mengalir ke pipinya. Suhaila memeluk erat suaminya.

Azfar mendodoi Suhaila hingga wanita itu tertidur lena dalam dakapannya. Seisi rumah mula bergerak ke ruang tidur masing-masing, melayan kantuk dan melayari mimpi indah yang terhenti seketika tadi.

*****

Di pembaringan, abah mula teringatkan Suhaili anaknya yang seorang lagi. Anaknya yang seiras Suhaila. Kembar yang punya fizikal seiras tapi perangai yang berbeza. Entah apakah yang terjadi pada anaknya yang seorang itu? Ingin bertanya pada Suhaila bagaikan menunjal sarang tebuan. Akhirnya, kantuknya berjaya memesongkan kesedarannya hingga membuatkan dirinya lena melayar bahtera.
posted by BLOGGER @ 5:26 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group