Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dah hampir setahun setengah kita tak bertemu. Entah apa khabar awak. Kali terakhir saya jumpa awak adalah di mahkamah sejurus selepas kita disahkan bercerai. Ah, sudahlah. Semuanya sudah berakhir, kan? Yang tinggal hanyalah kenangan yang ada dalam hati kita. Andai kita berjumpa satu hari nanti, kita akan bertemu sebagai dua orang asing. Mustahil kita akan dapat berbual mesra seperti di Tasik Titiwangsa dulu, kan?
Ibu pernah datang menemui saya. Rindu, katanya. Saya pun rindukan Ibu. Rindukan awak jugak ... Tapi entah berbalas atau tidak rindu saya pada awak tu, kan? Yelah, selama ni mungkin saya je yang tak pernah berhenti sayangkan awak. Setiap kali ibu datang, ibu akan memberitahu keadaan awak. Saya tak pernah tanya pun. Awak jangan salah faham. Bukan saya tak nak ambil tahu tentang awak tapi saya tak tahu macam mana saya harus tanyakan pada Ibu.
Kata Ibu, keadaan awak masih belum baik. Awak mengaduh kesakitan semasa hendak menggerakkan badan sekali pun. Mesti sakit sangat, kan? Saya rasa nak menangis dengar cerita ibu. Kalau saya ada di sisi awak, saya akan jaga awak sebaiknya. Kalaulah saya boleh gantikan tempat awak menanggung semua kesakitan itu ... Sebaik ibu pulang, saya menangis teresak-esak dalam bilik. Kenapa saya tiada di sisi awak semasa awak mengalami kesusahan? Kenapa awak tanggung keperitan itu tanpa saya di sisi awak? Saya teringin nak jaga awak. Saya nak tanggung keperitan itu bersama awak.
Di rumah, tak ada seorang pun yang bercakap tentang awak. Semua gambar awak kami simpan dalam stor. Satu-satunya gambar yang ada adalah gambar perkahwinan kita yang saya simpan dalam frame di bilik. Gambar itulah yang berikan saya semangat selama ini, yang membuatkan segala penat lelah saya hilang. Kenapalah agaknya saya sayangkan awak sangat, kan? Sedangkan kita dah bercerai.
Setiap hari, siang dan malam, saya berdoa saya dipertemukan dengan awak. Memang saya boleh datang melawat ke rumah awak tapi Papa melarang. Untuk apa datang melawat awak? Untuk menyakitkan hati lagi? Untuk menyusahkan diri sendiri lagi? Saya tau Papa terlalu marahkan awak. Tapi saya yakin Papa tak bencikan awak. Papa cuma marah. Sebagai seorang ayah, papa hanya mahu saya bahagia. Kini ibu pun tak datang lagi. Berita tentang awak langsung saya tak ketahui.
Alhamdulillah, saya semakin berjaya dalam karier saya. Saya diberikan kepercayaan untuk menguruskan lebih banyak projek penting. Tapi walaupun begitu, saya selalu rasa sepi. Saya rasa saya tak ada sesiapa untuk berkongsi kejayaan saya ni. Kalau ada pun, cumalah Mama. Tapi tak semua perkara saya boleh kongsi bersama Mama, kan? Bukannya Mama tahu bidang kerja saya. Saya rasa kekosongan. Saya rasakan ... Walaupun dikelilingi berpuluh-puluh orang, saya terasa diri saya bersendirian dan saya masih terasa sepi. Kenapa agaknya ya?
Saya dan Zikri masih berkawan seperti dulu. Dia kelihatan terkejut apabila saya memberitahu saya sudah bercerai dengan awak. Tapi itu hanya untuk beberapa ketika. Saya sedar yang Zikri gembira mendengar berita perceraian saya tu. Malah dia tiba-tiba cuba memegang tangan saya. Cepat-cepat saya menariknya kembali. Saya tak suka disentuh lelaki lain. Saya hanya akan izinkan awak menyentuh saya. Bukan Zikri dan bukan lelaki lain.
Zikri melamar saya. Sudah banyak kali dia memberitahu hasratnya untuk menikahi saya. Dia meminta saya untuk berfikir tentang lamarannya. Kata Zikri, dia sudah lama menunggu saya. Macam mana saya nak cakap, ya? Saya tak nak. Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya tak mahu jadi isteri Zikri. Tapi macam mana saya nak berterus-terang? Macam mana saya nak hancurkan harapan Zikri? Saya tak tahu dan saya tak sampai hati. Dah terlalu banyak yang Zikri lakukan untuk saya. Tapi saya tak dapat nak paksa hati saya untuk sayangkan dia. Mungkin saya perlu ambil masa yang panjang untuk menyayangi Zikri tapi ... Saya tak yakin saya mampu menyayangi Zikri.
Tak ada seorang pun yang membantu saya untuk menyelesaikan kekusutan fikiran saya. Saya pernah beritahu pada Mama. Saya berterus-terang dengan Mama yang saya tak mahu. Mama minta saya berterus-terang dengan Zikri. Memang la saya nak beritahu zikri, tapi macam mana? Takkanlah saya nak straight datang jumpa dia dan beritahu "Zik, Ari terpaksa menolak lamaran Zik." Kalau Zikri tanya kenapa, apa saya nak jawap? Sebab saya tak sayangkan dia? Saya tak nak lukakan hati dia. Zikri terlalu baik.
Saya terlalu terfikir. Kenapa Zikri nak berkahwin dengan saya? Sedangkan saya tak pernah sekali pun Zikri memuji saya. Maksud saya, bukan ke seseorang lelaki melamar perempuan dengan cara memuji? Bukanlah saya minta dia puji saya, tapi saya jadi pelik. Dia beria-ia mahu mengahwini saya tapi saya tak tau apa sebabnya dia memilih saya. Cinta? Zikri tak pernah menyebut perkataan cinta. Satu-satunya yang dia katakan adalah "Zik sayang Ari." Sayang?
Akhirnya ALLAH pertemukan kita. Saya rasa macam nak pengsan bila lihat awak dalam bilik mesyuarat. Rakan sekerja saya cakap muka saya pucat. Macam nampak hantu. Saya pun tertanya. Awak ni betul-betul hantu ke? Macam mana awak tiba-tiba ada di depan saya? Sepanjang mesyuarat tu saya tak dapat nak tumpukan perhatian. Saya asyik pandang awak. Betul ke awak yang ada di depan saya? Macam mana pula awak boleh terlibat dalam projek pembinaan kali ni? Kenapa saya tak sedar dari awal?
Selepas habis mesyuarat, saya rasa macam tak dapat nak bergerak. Saya perhatikan tingkah laku awak. Awak nampak tenang, macam tak ada apa-apa yang berbeza. Awak tak nampak saya ke? Ke awak buat-buat tak nampak? Atau awak memang dah lupakan saya? Tapi tak mungkin, kan? Awak tak lupakan saya, kan? Awak masih ingat saya, kan? Bila awak mengangkat punggung untuk keluar, saya panggil nama awak.
Saya berjalan ke arah awak. Saya ajak awak makan bersama. Awak nampak macam tak sudi tapi awak bersetuju. Kita sama-sama tak tahu nak makan ke mana. Saya minta awak pilih tempat dan awak bawa saya ke KLCC. Kita makan di Chillie’s. Awak memilih tempat di tepi tingkap di mana kita dapat melihat pemandangan KL. Kita berbual tentang projek pembinaan bangunan kerajaan di Damansara.
Masa berlalu terlalu cepat. Bila saya lihat jam, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Masa untuk kembali ke pejabat. Kita berjalan beriringan ke kereta yang kita parking bersebelahan. Saya rasa macam nak ketawa. Kelakarnya cerita kita. Selepas berpisah, barulah semuanya berjalan dengan baik. Kalau dulu masa kita kahwin kita bahagia sebegini kan bagus? Mungkin sekarang ni kita datang ke KLCC membawa anak-anak kita, kan? Langkah kita sama-sama terhenti di luar kereta.
"Ariana sihat?" Awak tanya saya. Lidah saya tiba-tiba kelu. Tadi kita berdua macam kawan lama yang bertemu kembali. Sekarang? Macam dua orang yang pernah berkongsi hidup yang kembali bersua. Kekok. Saya senyum. "Alhamdulillah, sihat." Jawab saya. Saya larikan pandangan. Tiba-tiba saya tak sanggup nak hadapi saat ni. Saya rasa tak sabar nak memandu kereta kembali ke pejabat. Saya rasa awak tahu saya rasa tak selesa sebab awak terus meminta diri.
Saya hidupkan enjin kereta dan bersedia untuk memandu. Dengan ekor mata saya nampak awak mengundurkan kereta. Saya tak pandang atau lambaikan tangan pada awak. Saya tak nak awak nampak air mata saya. Bila kereta awak dah berlalu, saya menangis. Saya rindukan awak. Saya rindu sangat dengan awak. Entah bila kita dapat berjumpa lagi agaknya, kan? Saya pandang handphone saya. Awak ingat lagi ke nombor handphone yang awak belikan untuk saya dulu? Saya tak pernah ubah nombor tu. Sebab saya harap sangat satu hari nanti awak akan hubungi saya. Tapi tak sekali pun awak hubungi saya. Agaknya awak dah lupakan saya ...
ALLAH makbulkan doa saya. Sejak hari tu, kita kerap berjumpa. Walaupun bukan setiap hari, tapi kita bertemu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Tapi kita jarang dapat berduaan. Kita hanya dapat berbalas senyuman. Bila saya cari awak, awak dah pulang ke pejabat. Saya rasa kecewa sangat. Bila saya balik, Mama perasan mood saya. Saya hanya mengatakan saya penat bekerja. Saya tak rasa Mama gembira kalau Mama tahu saya jumpa awak. Apatah lagi Papa.
Satu hari, kita sama-sama menyertai hari keluarga. Dalam kebanyakan game kita berpasangan. Entah macam mana kita seakan bersepakat untuk bertanding berdua. Dan pada malam kemuncak, kita dipilih jadi the best couple. Kita sama-sama ketawa bila diumumkan jadi pemenang. Kelakar, kan? Kita yang bercerai ni jadi best couple? Hadiah yang kita menang memang lumayan. Dua set Sony DVD player. Awak, kita bertuah sangat malam tu, kan? Sebab lepas kita menang pertandingan best couple tu, kita berdua menang cabutan bertuah. Tapi saya lagi bertuah la sebab saya menang grand prize. TV LCD screen. Wah, puas saya tengok movie nanti. Hehe.
Selepas hari keluarga itu berakhir, saya jarang berjumpa awak. Satu-satunya kenangan yang saya ada tentang awak pada malam itu adalah gambar kita di atas pentas dengan dua jambak ros merah kesukaan saya. Banyak gambar kita berdua. Ada juga gambar awak menyerahkan bunga mawar merah kepada saya. Pandai betul orang office ni tangkap gambar candid, kan? Tiap kali saya tengok gambar tu mesti saya tersenyum sendiri. Kalaulah kita sebahagia dalam gambar itu ...
Zikri datang mengejut satu hari. Dia mahu membuat kejutan katanya. Dan dia memang benar terkejut apabila lihat gambar kita berdua atas meja. Wajah Zikri berubah. Dia tanya real ke gambar tu. Saya gurau, saya cakap gambar tu superimposed. Saya tahu Zikri marah. Tapi apa yang saya boleh buat? Dan apa yang dia boleh buat? Saya dan awak dah bertemu semula seakan masih ada jodoh antara kita. Kemudian saya keluar bersama Zikri.
Kedatangan Zikri membawa berita yang mengejutkan. Dia ditukarkan ke cawangan KL. Saya stuck dengan khabar yang Zikri bawa. Dipindahkan ke KL bermaksud jarak antara kami semakin dekat. Dan semakin dekat jarak kami, semakin kerap Zikri menemui saya. Mungkin Zikri sedar akan perubahan wajah saya. Saya tersenyum dan mengucapkan tahniah. Zikri senyum manis. Katanya dia meminta pertukaran ini semata-mata kerana saya. Saya hanya mampu mengukir senyum. Dalam hati saya berfikir ... Masalah sudah bertambah.
Zikri mengajak saya makan tengahari bersamanya hampir setiap hari. Saya cuba mengelak dengan sedaya upaya. Saya berikan alasan sibuk atau ada appointment. Tapi hari itu, mahu tak mahu saya terpaksa menemani Zikri. Di situlah kita terserempak, kan? Langkah kita bertiga sama-sama terhenti. Awak pandang saya dan Zikri. Zikri pandang kita berdua. Saya pula pandang awak dan Zikri. Awak dan Zikri bersalaman dan entah bagaimana, kita bertiga duduk semeja.
Saya rasa kekok dan tak selesa langsung. Awak dan Zikri berbual mesra seakan kenal lama. Saya rasa macam tunggul sebab saya dipinggirkan. Tapi saya tak kisah. Itu lebih baik. Kemudian tiba-tiba Zikri memberitahu yang saya dan dia akan berkahwin. Saya terus pandang Zikri. Dia senyum manis lalu memeluk bahu saya. Saya terus tolak tangan dia. Awak pandang saya dan Zikri. Wajah awak berubah. Saya pandang awak dan gelengkan kepala. Tapi apa yang awak buat? Awak mengucapkan tahniah sambil bersalam dengan Zikri. Kenapa awak percaya kata-kata Zikri? Awak tau yang saya tak mungkin kahwin dengan dia!
Saya tak tau apa nak cakap. Selepas makan awak meminta diri untuk kembali ke pejabat. Saya rasa nak kejar awak dan beritahu perkara yang sebenar. Saya tak akan berkahwin dengan Zikri! Zikri menghantar saya pulang ke pejabat. Sepanjang perjalanan saya mendiamkan diri. Tak sepatah pun perkataan keluar dari bibir saya walaupun berpuluh soalan yang Zikri tanyakan. Bila sampai ke pejabat, Zikri tanya adakah saya marah. Saya rasa macam nak tampar je dia tu! Boleh dia tanya soalan yang dia dah tahu jawapannya? Yes, I’m angry and I don’t want to marry you!
"Kenapa awak cakap dengan dia yang kita akan berkahwin? Ada ke saya cakap saya nak kahwin dengan awak? Awak yang melamar saya tapi saya tak berikan jawapan lagi, kan?" Saya lepaskan semua yang terbuku dalam hati saya. Zikri mendiamkan diri.
"Habis, maksud Ari, Ari tak nak kahwin dengan Zik? Macam tu?" Zikri marah. Saya nampak urat-urat di lehernya tegang. Dia menumbuk stereng kereta. Itulah kali pertama saya nampak Zikri marah. Saya tak pernah nampak Zikri melepaskan kemarahan sebegitu. Kecut perut saya.
"Saya tak cakap macam tu. Kalau ada jodoh, kita akan kahwin. Tapi sebelum kita kahwin, jangan nak memandai nak beritahu orang yang kita akan kahwin! Kalau tak jadi, siapa yang malu?" Bidas saya.
"Ke sebab Ari tak nak Nizam tahu?" Zikri mengetap gigi dengan kuat lalu keluar dari kereta. Dia membuka pintu tanpa menyuruh saya keluar. Sebaik saya keluar, Zikri terus memandu kereta dengan laju. Semua orang yang ada di situ memandang ke arah drama yang baru saya lakonkan tadi. Biarlah. Saya tak peduli. Bagus juga Zikri faham maksud saya yang sebenar. Bukan saya tak sayangkan Zikri. Zikri sangat baik orangnya tapi tak ada perasaan cinta untuk dia. Siapa yang boleh faham perasaan saya?
Kita bertemu selepas beberapa hari. Sebaik selesai urusan kerja, saya ajak awak keluar makan. Awak kata awak ada kerja di office. Saya rasa tu cumalah alasan awak. Saya minta awak luangkan sedikit masa untuk saya. Saya beritahu pada awak yang saya tak akan berkahwin dengan Zikri. Zikri cuma mahu membuat awak berasa cemburu dan marah.
Saya tak dapat terima apa yang awak katakan pada saya. Awak kata perkahwinan saya dan Zikri adalah hal peribadi kami dan dia tak ada hak untuk berasa cemburu. Awak kata saya bebas memilih pasangan hidup saya sebab antara kita, sudah tak ada apa-apa. Memang antara kita tak ada sebarang hubungan ... Tapi awak memang tak sayangkan saya langsung ke? Sedikit pun tak ada? Takkan awak tak tau yang saya sayangkan awak?
Mood saya hilang. Saya marah dan kecewa. Dah berapa lama masa yang berlalu sejak kita bersama dan dah berapa banyak peristiwa yang berlaku, tapi kenapa awak tak sayangkan saya? Buruk sangat ke saya ni sampai awak tak dapat nak sayangkan saya? Saya menangis seharian di pejabat sampai tak ada seorang pun yang mahu menegur saya.
Zikri merajuk lama dengan saya. Hampir tiga minggu dia tidak menghubungi saya. Saya pun langsung tak ingat tentang dia. Saya tahu saya jahat tapi saya tak dapat maafkan apa yang dia telah lakukan. Dia dah melampau. Dia tau saya sukakan awak tapi dia buat macam tu? Kalau betul pun dia nak berkahwin dengan saya, kenapa perlu libatkan awak? Sehinggalah satu hari Zikri menghubungi saya. Katanya dia ingin bertemu dengan saya. Rindu, katanya.
Selepas makan malam bersama, Zikri memandu ke pejabatnya. Katanya dia tertinggal sesuatu dan mengajak saya naik ke pejabatnya. Saya enggan tapi dia mendesak. Katanya kawasan itu berbahaya. Saya mengikut tapi saya hanya menunggu di luar bilik Zikri. Lama saya menunggu. Seketika kemudian Zikri memanggil saya. Dia seakan sedang mengerang. Saya jadi risau. Nak masuk atau tak? Saya panggil Zikri dan lihat dia sedang duduk menelentang di lantai.
Saya jadi cemas. Zikri memberitahu yang dia terjatuh dan kepala lututnya terhentak lantai. Saya terus menghampiri Zikri dan ketika itulah Zikri memeluk saya dan ketawa. Saya rasa seluruh badan saya freeze. Saya terus tolak Zikri. Dia masih ketawa walaupun saya sudah meninggikan suara memarahinya. Berani dia peluk saya! Dia ingat dia siapa?
Saya terus membuka pintu dan sebaik saya buka pintu, beberapa orang lelaki sudah ada di muka pintu. Ada yang memakai kopiah dan memegang fail di tangannya. I think I know what is happening... Mereka pandang saya dan kemudian mereka pandang Zikri yang sedang duduk di atas lantai. Tiga orang lelaki sedang menuding jari ke arah saya dan Zikri sambil memberitahu merekalah yang mereka nampak naik ke pejabat berdua dalam keadaan mencurigakan. Mencurigakan? Saya rasa nak menjerit.
Malam itu menjadi saksi. Saya dan Zikri ditangkap atas dakwaan berduaan dalam keadaan mencurigakan. Ditangkap basah! Saya dan Zikri! Mama dan Papa segera datang. Saya tak berani pandang wajah Papa. Saya tahu Papa mesti marah. Bukan setakat marah. Mama terus memeluk saya. Saya menangis dalam pelukan Mama. Malam itu juga Zikri dibawa pulang ke rumah saya.
Papa mengamuk. Tapi Zikri dengan selambanya memberitahu yang dia akan bertanggungjawab. Saya terus menjerit dalam tangisan. "Bertanggungjawab untuk apa? Awak dengan saya tak ada buat apa-apa tau?" Saya menyinga. Berani dia cakap sebegitu? Bukannya saya ada buat apa-apa dengan dia! Papa menyuruh saya diam. Saya pandang Papa. Perasaan marah menguasai diri saya.
"Riana bersumpah atas nama ALLAH yang tak apa-apa kat pejabat Zikri tadi. Kalau Papa sendiri pun tak percayakan Riana, siapa lagi, Papa?" Saya terus berlari masuk ke dalam bilik dan menguncikan pintu. Saya tertidur dalam esak tangis. Keesokan paginya saya hanya tersedar apabila Mama mengetuk pintu bilik. Saya membiarkan. Saya lihat jam. Sudah pukul sepuluh pagi. Mujurlah hari itu hari Ahad. Saya duduk seharian dalam bilik. Apabila perut saya meminta diisi, saya keluar dari rumah tanpa bertegur sapa dengan Mama dan Papa. Saya kecewa ...
Saya tahu Mama dan Papa kecewa. Mereka sangkakan saya tak dapat menjaga diri dengan baik. Saya memang bersalah kerana mengikut Zikri ke pejabatnya. Tapi saya tak ada niat untuk melakukan sesuatu yang ‘mencurigakan’ seperti yang mereka dakwa. Saya Cuma tak mahu bersendirian kerana kata Zikri, tempat itu berbahaya! Zikri cuba menghubungi saya sejak malam tadi. Tak satu panggilan pun saya jawab. Semua message darinya saya padamkan. Saya tak ada mood untuk bercakap dengannya. Untuk apa? Dia berkelakuan seolah-olah kami telah berzina! Saya benci Zikri!
Saya menjarakkan diri saya dari mama dan papa. Sengaja saya pulang lewat dari pejabat dan keluar dari rumah sebelum mereka berdua bersarapan. Saya rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk keluar bercuti. Saya hanya tinggalkan nota di atas meja memberitahu yang saya bercuti untuk menenangkan fikiran. Dalam nota itu saya meminta maaf dan berharap mereka percaya bahawa tiada apa-apa yang terjadi pada malam itu.
Saya rasa sedih sangat ... Kenapa mereka tak percaya pada saya? Mereka patut tahu yang saya tak akan buat sesuatu yang akan memalukan mereka. Kalau mereka tak percayakan saya, siapa lagi? Saya teringatkan awak. Kalau awak dengar berita ini, mesti awak bencikan saya, kan? Mesti awak kata saya hipokrit. Sebelum ni saya cakap saya takkan berkahwin dengan Zikri tapi kemudian saya ditangkap basah dengan dia. Apa cerita?
Selepas dua hari, saya pulang. Mama dan papa sedang menunggu saya di halaman rumah. Mama memujuk saya untuk duduk di halaman. Kata mama, ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Awak tahu apa yang mama dan papa nak bincangkan dengan saya? Mereka mahu saya berkahwin dengan Zikri. Awak percaya tak? Mereka minta saya berkahwin dengan Zikri! Saya bukannya ada buat apa-apa dengan dia! Saya menangis. Saya kecewa sangat. Saya ingatkan mereka ada berfikir tentang saya. Tapi rupanya tak ... Mereka memilih untuk mengahwinkan kami.
"Riana sumpah, papa. Riana tak buat apa-apa dengan Zikri." Saya cuba berdiplomat. Saya mahu Mama dan Papa tahu perkara yang sebenarnya.
"Kalau betul pun kamu tak buat apa-apa dengan dia, semuanya dah berlaku. Kamu kena perbetulkan kesalahan kamu tu." Ujar Papa. Kesabaran saya hilang.
"Saya memang nak perbetulkan, sebab tu saya minta mama dan papa tahu yang saya tak buat apa-apa dengan dia! Kenapa pula saya kena kahwin dengan dia? Saya tak buat apa-apa dengan dia pun!" Saya rasa marah sangat sampai saya membahasakan diri sebagai ‘saya’. Tiada lagi Riana ... Susah sangat ke nak faham yang saya tak buat apa-apa dengan Zikri? Apa? Nampak kotor dan hina sangat ke saya ni?
"Keluarga Zikri dah hubungi Mama kamu semalam. Mereka akan datang esok untuk meminang kamu." Saya rasa macam tak dapat nak bernafas. Badan saya terasa lemah longlai, macam nak pitam. Apa yang dah berlaku ni? Kenapa perkara ni jadi sebegini? Air mata saya mengalir.
"Saya takkan terima pinangan tu. Tak kira atas alasan apa sekalipun, saya takkan kahwin dengan Zikri!" Saya terus keluar dari rumah. Saya tak tahu ke mana arah yang harus saya tuju. Selama ini cuma mama dan papa saja yang saya ada. Sekarang mereka sudah berpaling dari saya. Pada siapa saya harus mengadu? Saya memandu ke Putrajaya. Saya duduk seharian di Masjid Putrajaya sehingga lewat malam. Saya bermunajat padaNya. Kenapa saya diuji sebegini?
Setelah keluar dari Masjid Putrajaya, saya tak tahu ke mana saya harus pergi. Saya tak mungkin kembali ke rumah. Saya takut saya dikurung dan dipaksa berkahwin dengan Zikri. Saya tak mahu. Saya tak rela! Saya teringatkan awak. Saya tak mahu awak tahu tentang perkara ni. Saya tak mahu awak pandang serong pada saya. Malam itu saya tidur di sebuah hotel di KL. Saya tidak pulang selama beberapa hari dan tidak bekerja. Saya berikan alasan saya tidak sihat.
Bila saya pulang, Mama terus memeluk saya. Saya terus leraikan pelukan Mama. Saya tahu saya berdosa buat sebegitu. Tapi saya tak dapat nak kawal perasaan saya. Saya rasa kecewa sangat. Bila saya masuk ke dalam rumah, Zikri ada di situ. Melihat Zikri, saya rasa semakin marah. Zikri terus bangun dan menghampiri saya tapi saya terus berlari ke dalam bilik. Perasaan marah menguasai saya. Saya terus memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg.
Sewaktu saya keluar, Mama menarik tangan saya dan bertanya ke mana saya hendak pergi. Saya tidak menjawab dan terus memandu pergi. Dari cermin belakang kereta, saya lihat Mama menangis teresak-esak. Saya tahu Mama terluka dan saya berdosa membuatkan Mama menangis. Saya tak dapat kawal tangisan saya. Saya menangis ketika memandu. Saya benci Zikri! Dialah punca segalanya!
Selepas dua hari, saya pulang. Saya tak dapat tidur lena. Saya tak dapat lupakan imej Mama menangis kerana saya. Saya terus memeluk Mama dan meminta ampun. "Maafkan Riana, ma! Riana tau Riana salah. Ma hukumlah Riana, buatlah apa saja asalkan ma dapat maafkan Riana. Riana berdosa pada ma!" Mama memeluk saya dalam tangisan. Dia membelai rambut saya dan mengucup pipi saya berkali-kali.
"Kamu kahwin dengan Zikri!" Terdengar suara Papa dari belakang. Saya terkejut. Saya pandang Mama. Saya renung mata Mama dan gelengkan kepala. Saya tak mahu! Saya tak rela! Tapi Mama menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan permintaan Papa. Bukan permintaan tapi arahan. Tangisan saya semakin kuat. Saya menjauhkan diri dari Mama dan masuk ke dalam bilik.
Mama mengetuk pintu bilik saya berkali-kali. Mama kata perkahwinan ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Semua pihak? Saya? Apa kebaikannya untuk saya? Saya rasa perasaan saya dah hilang. Saya takut diuji sebegini. Saya tak mahu berkahwin dengan Zikri. Sebab saya masih sayangkan awak! Saya masih simpan harapan agar kasih kita kembali bertaut. Saya hanya mahu bersama awak. Saya tak mahu orang lain selain awak!
Saya berfikir panjang. Setiap hari saya menangis. Tidur saya tak lena. Saya dihimpit dengan permintaan Mama dan Papa. Saya tak dapat sembunyikan perasaan kecewa dan kecil hati saya. Saya kembali menjauhkan diri. Saya pulang lewat ke rumah dan terus mengurungkan diri. Satu pagi, mereka bertanyakan keputusan saya.
"Kalau itu yang Mama dan Papa minta, saya ikut saja. Bukan sebab saya rela untuk berkahwin dengan Zikri tapi sebab saya tak mahu jadi anak derhaka. Saya tak mahu adakan sebarang majlis perkahwinan. Cukup sekadar akad nikah. Untuk pihak dia, saya tak peduli apa-apa dan saya tak nak tahu. Sebab mama dan papa yang nak saya kahwin dengan dia, mama dan papa uruskanlah perkahwinan ni. Saya takkan masuk campur." Saya terima pinangan Zikri, awak ... Sebab saya rasa kecewa. Saya diminta untuk memilih antara dua. Menderhaka atau menderita dalam alam perkahwinan.
Majlis perkahwinan di rumah Zikri diadakan dengan penuh meriah. Kalaulah awak datang ke majlis perkahwinan saya, mesti awak cakap saya boleh menang best actress award. Semua senyuman dan keceriaan saya dalam gambar hanyalah lakonan. Hanya saya yang tahu betapa peritnya seksa yang saya tanggung. Dan saya tahu Zikri dapat merasakan betapa dinginnya saya terhadap dia.
Awak ... Saya dah kahwin. Saya kahwin dengan Zikri. Kalau saya beritahu awak tentang perkahwinan saya, adakah awak akan rasakan perihnya seperti saya? Kalau awak datang ke majlis perkahwinan saya, apa agaknya yang bermain di minda awak? Adakah sama seperti yang saya rasakan? Awak sedih tak agaknya? Atau awak akan membenci saya?
Huhu...sedih siot....asal aku bc je msti mnangis....tp kan nizam ceraikan ariana dgn talak 1 kan? ok ar 2..kang ariana mntak cerai ngan zikri...pas 2 leh blk ngan nizam...setahu aku kalo talak 1 prmpuan 2 msti kawen lg 1 kmudian brcerai pas 2 baru bleh blk smula ngan suami pertama...kn2?? kalo ariana tak bahagia ngan zikri smpai bila dia akan bhagia...so....kte enjoy ngan sambungan seterusnya....hehe...
kepada penulis...berilah kbahagiaan pada ending citer nie utk kbaikan semua pmbaca...
kalo x aku pn frust...waaaarrhh!...cpt sikit smbung yea... peace!.. ;)
sggp si Zikri tu buat cm2 kat Riana semate2 nak dapatkn riana...sure die xbahagia...hope ending cite ni akan membahagiakan Riana...PLZZZZZ!!!Cian dIeR mEnDerita lG...
benciiiiiiinyerrrr kat zikri tu... da la ltk borang fasakh kat katil nizam tu... geramnyerrrr.... cpt la pemuja Rahsia... sambung citer ni cptttttttt.... xsbo nak bace ni....... -pijot-
wah..best la cite nie..sedih sgt2.. jahat la zikri tu, klu ariana mental smula kan susah..sian kat ariana tu.. mama n papa ariana pn xpatut paksa ariana kawin ngan zikri tu, kawin bukanlah 1 jln penyelesaian n dpt membetulkan keadaan.. nak n3 lg..
jahatnye zikri tu... patutnye ariana tu terus terang je la dkat nizam, biar die tahu ape rase hati...sadis btol la...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ala knp cmni skali critanye..
jahatla zikri tu..
cian kt ariana menderita sekali lg.
knp nizam xmo faham..huhuhu