Selasa, Ogos 19, 2008

Novel : Saranghaeyo BaBy! 1

sweetlavender A.K.A Rathe manith


BAB 1
Tahun 1997..

Aku memandang wajah Fiqrie dalam-dalam. Benarkah apa yang baru aku dengar tadi. Adakah Fiqrie bergurau. Aku berlagak tenang. Memang Fiqrie periang dan suka bergurau orangnya. Jadi, aku hanya tersenyum sambil mengelus lembut tangannya. Wajahnya mencuka. Makan hati mungkin dengan sikapku yang seolah-olah memandang enteng omongannya tadi.
"Fia tak pernah ambil serius apa yang Fiq cakap. Muka Fia tu selamba je macam tak ambil kisah apa yang Fiq cakap tadi". Ujarnya manja. Aku terdiam sejenak. Maknanya, lamarannya tadi benar dan Fiqrie serius tentang perkara ini. Tuhan, apa yang merasuk Fiqrie sebegini rupa. Aku melepaskan keluhan berat. Bukan tanda aku menolak lamarannya. Memang tindakan Fiqrie untuk melanjutkan lagi hubungan mereka ke fasa yang lebih mendalam lagi iaitu ke fasa pertunangan itu tepat dan benar. Tapi, tidakkah Fiqrie ada terfikir tentang umur mereka yang baru setahun jagung itu. Kami baru berusia 19 tahun. Bagaimana hendak bertunang jika belajar pun tidak tamat lagi, bekerja jauh sekali. Jadi, bagaimana dengan perbelanjaan perkahwinan kami nanti. Otakku berserabut.
"Macam mana Fia nak ambil serius apa yang Fiq cakap tadi kalau selama ini Fiq tak pernah serius dalam berbicara. Fiq tak pernah serius dalam hubungan kita dan tiba-tiba hari ini Fiq cakap Fiq nak bertunang dengan Fia. Fiq..Fiq. Please, for this time could you be more serious. I beg you, Fiq"
"Itulah masalah Fia. Fia tak pernah anggap Fiq ni lelaki yang bertanggungjawab dan matang. Fiq bukannya badut yang hanya tahu berlawak dan tak punya hati dan perasaan. Fiq masih Fiqrie Daniel.. masih kekasih Fia . Masih sama seperti dua tahun lalu. Cuma, Mungkin betul apa yang Fia cakap. Wajah dan gaya Fiq langsung tak menunjukkan kematangan Fiq, langsung tak menunjukkan kesungguhan Fiq dalam hubungan kita. I’m so sorry for that. Tapi, hari ini betul. Fiq serius nak eratkan lagi hubungan kita. Setujulah Hafia"
"Fia memang cintakan Fiq. Tapi, fikirlah, kita baru 19 tahun Fiq. Kita belum bersedia. Kita masih terlalu muda. Study pun belum habis lagi.Nak bertunang perlukan wang, berkahwin dan berumah tangga apatah lagi. Kalau ikutkan hati, Fia memang nak kahwin dengan Fiq. Sekarang ni pun Fia nak kahwin dengan Fiq".
"Jadi semuanya berkaitan dengan wang. It’s not a big deal, honey," ujarnya sambil menggenggam tanganku. Ada senyuman di wajahnya. Senyum yang selalu hadir dalam mimpi-mimpiku.
Aku bingung. Kalau tidak silap, Fiqrie pernah memberitahu bahawa dia berasal dari keluarga yang miskin. Ibu dan bapanya sudah meninggal. Dia mempunyai 11 orang adik yang perlu dijaga. Dia dan adik-adiknya tinggal di rumah anak yatim sejak Fiqrie berusia 11 tahun.
"Money is not a big deal for you. Are you kidding. Fiq cakap keluarga Fiq susah"
"Oh, ye ke? Fiq pernah cakap macam tu ke dekat Fia. Alamak, temberang dah pecah." Ujarnya sambil tersengih-sengih. Mesti ada yang tidak kena ni! Getus hatiku perlahan.
"Fiq ada nak cakap sesuatu ke?" soalku. Fiqrie tersenyum sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku tersenyum sinis. Kalau Fiqrie sudah mula menggaru kepala, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Aku memiat telinganya. Dia menjerit kesakitan.
"Cakap cepat. Tak baik sembunyi-sembunyi tau. Mama Fia cakap tak baik tipu. Berdosa tau tak."
"Sebenarnya kan..err". Aku lihat Fiqrie seperti takut-takut. Tak cukup telinga, kini pipinya pula menjadi sasaranku.
"Ampun Tuan Puteri. Ampun. Patik kelentong Tuan Puteri selama ini"
"Kelentong? Kelentong apa, Pak Kebayan"
"Pak Kebayan. Sampai hati, orang panggil dia Tuan Puteri, dia panggil kita Pak Kebayan. Sebenarnya, Fiq tipu pasal famili Fiq. Fia kenal tak, Dato’ Mumtaz" Soalnya. Aku berfikir sejenak. Dato’ Mumtaz, macam pernah dengar nama itu, tapi di mana ya? Dato’ Mumtaz, kalau tak silap, Dato’ Mumtaz merupakan pengedar kain terbesar di Malaysia.
"Kenal, kenapa?"
"Dia walid Fiq"
"Walid? Habis tu, Fiq cakap parents Fiq dah meninggal dunia" Ujarku. Air mataku menitis. Sampai hati Fiqrie. Kami sudah bercinta dua tahun, selama itulah aku ditipu. Diperbodohkan.
"Fiq cuma cakap je. Fiq tak pernah paksa Fia untuk percaya." Ujarnya. Selepas itu dia ketawa. Air mata ini semakin galak pula turun. Sampai hati sungguh Fiqrie memperbodohkan aku sebegini rupa. Selama dua tahun aku ditipu hidup-hidup.
"Fia marahkan Fiq ke?"soal Fiqrie bodoh.
"Taklah, Fia suka. Buatlah selalu."
"Ala.. janganlah marah. Fiq buat semua ni sebab Fiq nak cari pasangan hidup yang betul-betul cintakan Fiq. Fia nak tahu tak, dah lima kali Fiq putus cinta selepas beribu-ribu wang Fiq habis untuk perempuan-perempuan yang pernah menjadi kekasih Fiq. Yang pernah berjanji nak sehidup-semati dengan Fiq. Fiq jadi serik sebab tu ambil keputusan untuk uji Fia macam ni. Maafkan Fiq ok. Fiq tak ada niat nak tipu Fia."
"Habis tu, semua yang kerja dekat rumah anak yatim, tu berpakat dengan Fiq lah nak kenakan Fia. Adik-adik palsu Fiq tu pun Fiq ajar supaya tipu Fia. Pandai pula mereka menipu Fia, ye. Eii, sakitnya hati."
"Budak-budak itu memang bukan adik kandung Fiq, tapi mereka memang adik-adik Fiq. Fiq dah kenal mereka lama. Rumah anak-anak yatim itu merupakan rumah kedua Fiq. Fiq bosan, tahu tak. Fiq tak ada Umi. Umi Fiq dah meninggal. Walid pula asyik outstation. Fiq tak ada orang lain nak berbual. Jadi, Fiq ke rumah anak-anak yatim itu."
Aku senyum. Wajah Fiqrie aku usap. Aku seka air matanya.
"Maafkan Fiq, ok. Fiq memang sensitive apabila menyebut pasal keluarga Fiq yang sebenarnya."
"Fia tak kisah pasal harta, Fiq. Fia tetap cintakan Fiq walaupun Fiq merempat di jalanan."
"I love you damn much, honey"
"Kita tunang, ye?" Soalku manja sambil kepalaku dilentokkan di bahunya.
"Tunang?? Fia setuju??"
"Kalau dapat bertunang dengan anak jutawan macam Fiq ni, siapa tak mahu" Ujarku nakal. Fiqrie menarik hidungku. Bahagia datang menghadirkan diri.
Selepas ini., aku harus tenang menghadapi amukan mama tentang perkara ini. Sabarlah, Hafia.

14 ulasan:

  1. mol lah yo..

    BalasPadam
  2. cambest jer..
    cepat r smbg

    BalasPadam
  3. aah..betulla..cepat sambung

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama22/8/08 8:30 PG

    biasenyer citer yg adik bt best..
    maybe cter ney bakal best kot..
    permulaan cambest jer..
    papepon kene r smbg lu br tau best ke x..

    BalasPadam
  5. betul tu...tapi mula cite pun dah best mesti sambungannya pun best...
    apapun cepatlah ckit sambung..^.^

    BalasPadam
  6. cite ni nmpk best la cpt ah sambung ek , x sabar nk baca ni ....................

    BalasPadam
  7. salam............. hmmmm..not bad..xde la best sgt..msh tlalu awl nk ckp best..

    BalasPadam
  8. gud intro.,
    x sbr nk bce sambungannye.....

    BalasPadam
  9. salam.erm,stuju,citer ni msh terlalu awal nk kata best,lg pown intro dier mcm da bese jer bca..mcm tba-tba jer mamat tu bocor rhsia kta dia anak orang kaya..mcm wktu yg tak sesuai jerw...pompuan tu plak cpat sngat terpujuk sdangkan dah kna tipu lama..nyway..it's stil a gud starting..

    BalasPadam
  10. saranghae nol inukkim idaero...
    geunyowa hamkke nol immaekeum...
    i sesang sogae so hangbok dwae nun..
    eh2..sorry2...mepek lak..haha
    pttnye tjok dye saranghaeyo jagiya!! meaning luv u,honey/baby/darling....

    BalasPadam
  11. sambunglah cepat.. neway.. sweet lavender, tak tggl nye dgn korea die.. hehe.. sambunglah cepat eh...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama19/3/09 2:31 PG

    hehe.
    comel!~..best2

    BalasPadam
  13. tajok je best..
    citer biase je..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan