Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah 2 minggu peristiwa tersebut berlaku dan sepanjang 2 minggu tersebut mereka tidak berjumpa dengan Cik Soleha Hanum tanpa di ketahui sebabnya. Walaupun begitu kelas Finance digantikan oleh Encik Suahaimi buat seketika. Hari itu berlalu lagi tanpa keceriaan di hati Tengku Syahrul Hakimi. Tidak seperti sebelum ini di mana dia antara pelajar lelaki yang terlalu aktif di dalam kelas dan tidak boleh duduk diam ada sahaja lawak yang dilakukannya.hari itu dirasakan terlalu lama bagi Tengku Syahrul Hakimi. Perasaan bersalah yang mula subur di hatinya hari ke hari semakin menyeksa. Terasa ingin sahaja dia keluar dari situ dan menemui Cik Soleha Hanum tetapi mengenangkan Cik Soleha Hanum bru sahaja muncul pada hari itu di kelasnya itupun sebentar Cuma kerana ada urusan yang perlu diselesaikannya mematikan niat Tengku Syahrul Hakimi malah ego lelakinya turut menahan dia daripada melakukan semua itu. Selepas sahaja waktu kuliah habis Tengku Syahrul Hakimi bergegas pulang ke hostelnya tanpa menghiraukan panggilan dari rakan-rakannya. Haziq yang melihat kelakuan Tengku Syahrul Hakimi hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tahu perasaan Tengku Syahrul Hakimi waktu itu tetapi apa yang boleh dilakukannya selain melihat kerana semua itu berlaku pun disebabkan sikap Tengku Syahrul Hakimi yang terlalu terburu-buru.
"maaf kawan… aku tak boleh tolong kau, semoga kau dapat selesaikan semua ini dan kembali semula seperti dulu.. aku di belakang kau kawan, menyokong kau setiap masa… gud luck kawan... " Haziq berkata sendirian dalam hatinya dan melihat kelibat Tengku Syahrul Hakimi sehingga hilang dari pandangannya.
Tengku Syahrul Hakimi menghempaskan tubuhnya di katil. Kejadian 2 minggu lalu terbayang-bayang di benaknya. Tanpa di sedari dia telah melukakan hati seorang insan tanpa dia menyedarinya. Terlalu berdosa dirasakannya. Sambil memeluk bantal Tengku Syahrul Hakimi melayani perasaannya. Perasaan bersalah dan menyesal yang hadir tak henti-henti menyeksa dirinya.
"argh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa sampai hati aku cakap macam tu? Kenapa aku jadi kurang ajar macam ni? Argh…. Seksanya…. Naperlah semua ni terjadi kat aku.. kalaulah… kalaulah umi masih ada… umi… maafkan Syah… umi… Syah rindu umi…tolong Syah umi… Syah takut umi…" rintih hati Tengku Syahrul sendirian.
Sambil memeluk bantal Tengku Syahrul tertidur dalam kerinduan kepada ibunya. Bagaikan seorang kanak-kanak kecil kelakuan Tengku Syahrul Hakimi pada waktu itu . Dalam tidurnya dia terasa seolah-olah ibunya membelai rambutnya dan memujuknya. Ibunya yang telah pergi selama 5 tahun kerana terlibat dalam kemalangan. Ibu yang menjadi tempatnya bermanja selama ini.
-------------------------
" I miss you like crazy, even more than words can say.. I miss you like crazy….." Tengku Syahrul Hakimi mencapai telefon bimbitnya yang sedang berdering di sebelahnya.
"hello, assalammualaikum.." sambil menguap Tengku Syahrul Hakimi menjawab panggilan tersebut.
Talian senyap tanpa sebarang bunyi hanya kedengaran bunyi nafas Tengku Syahrul Hakimi.
"hello, sape ni?" mata Tengku Syahrul Hakimi yang tadi hanya terbuka sedikit kini semakin melebar. Matanya melihat kearah skrin telefon tersebut. Matanya terus luas terbuka. Terkejut. Dan tiba-tiba ketawanya meletus.
" Ya Allah, mesej rupanya. Ish! X betul da ker kepala aku ni" Sambil tertawa Tengku Syahrul Hakimi berkata sendirian.dia menggeleng-gelengkan kepalanya kerana sikapnya yang agak mamai tadi. Selepas membaca mesej dari Haziq, Tengku Syahrul Hakimi melihat jam di skrin telefonnya. Dia beristighfar sendirian
"ya Allah, dah pukul 4.06.. Zohor tak semayang ag ni.. naperlah ngan aku hari ni. …. Huhuhu….argh….. senam dulu sket.. betulkn urat dulu.. ahh.. Mandi dulu dah lewat!" Tengku Syahrul menggeliat dan membetul otot2 serta urat-urat di tubuhnya dan segera bangun menuju ke bilik air.
Tengku Syahrul Hakimi bangun dan mencapai tualanya untuk pergi mensucikan diri. Terlupa dia akan tugasnya sebagai hambaNya kerana masalah yang membelenggu dirinya. Hanya kerana seorang perempuan yang bernama Cik Soleha Hanum. Hanya kerana seorang lecturer.
Panjang doanya pada hari ini berbeza dari hari-hari biasa. Menyesali di atas apa yang telah berlaku dan memohon keampunan dari Tuhan Yang Esa serta mencari kedamaian hatinya.Berharap agar masalah tersebut dapat di selesaikan. Dan berharap agar tiada lagI masalah seperti itu pada masa akan datang. Betapa kejadian ini telah menyebabkan dirinya tidak bermaya dan lesu selama 2 minggu. Hilang dirinya yang dahulu. Usai sahaja solat Tengku Syahrul bersiap untuk beriadah bersama teman-temannya. Tadi Haziq telah menghantar mesej mengajaknya bermain bola sepak. Sudah lama rasanya dia tidak bersama rakan-rakannya beriadah kerana sebelum ini dia terlalu sibuk dengan assignment dan juga menyiapkan sesuatu yang istimewa. Malam kebudayaan di UITM akan kunjung tidak lama lagi, dan UITM akan mengadakan sambutan Malam kebudayaan pada hari sabtu yang akan datang. Dia bercadang untuk mempersembahkan sesuatu pada malam sabtu tersebut. Dan sekarang Tengku Syahrul tersenyum puas senang dengan hasilnya itu. Dipandang gitar kenangan yang terdapat di sebelah katilnya.
"I love u mom.." Tengku Syahrul berbisik perlahan. Melepaskan rasa yang terpendam didadanya.
Tengku Syahrul pun keluar dari bilik tersebut sesudah menguncinya dan mengorak langkah untuk ke padang bola sepak.
**************************
"hai ziq, dah lama ko sampai? "tegur Tengku Syahrul Hakimi sewaktu dia sampai di padang bola sepak. Haziq sedang melakukan senaman ringan pada waktu itu. Haziq yang melihat Tengku Syahrul Hakimi berhenti dan membalas.
"baru jer… diorang tak sampai lagi ni.. kita wat senaman ringan dululah Syah."
"o.. ok gak.. da lama aku tak kuar peluh ni.. da berkilo lemak kat badan aku ni.. hehehe" seloroh Tengku Syahrul Hakimi dan mereka pun bersenam bersama. di padang tersebut juga terdapat ramai pelajar lain yang melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang berjoging, beriadah dan lain-lain.
"hem.. syah.. asal ko balik awal tadi?" sengaja Haziq berbasa basi biarpun dia sudah tahu sebabnya.
"saja jer… tadi aku rasa pening sket, x sempat nak bgtau kau dan kekawan kita yang lain. Hehe.. sori k?.. len kali kiter balik sesame.. " ujar Tengku Syahrul.
"ha"a.. yelah tu.. habis tu ko makan tak tengahari tadi?" Tanya Haziq lagi.
"da… kan aku kuar awal dari korang semua tadi… sempat p dining jap.. makan.. tapi x nampak pun korang? Korang p mana tadi?" Tengku Syahrul Hakimi menjawab soalan Haziq juga dengan pertanyaan.
"ooh.. tadi, kitorang p jumpa lecturer FINANCE kita… CIK SOLEHA HANUM…" sengaja Haziq mengeraskan suara sewaktu menyebut Finance dan nama lecturer tersebut. Sengaja ingin melihat reaksi Tengku Syahrul Hakimi.
Tengku Syahrul Hakimi yang mendengar nama Cik Soleha Hanum agak terkejut pada mulanya. Namun sempat dikawal riak wajahnya agar tidak ketara di mata Haziq. Tertanya-tanya sendiri di hatinya atas alasan apa rakan-rakannya berjumpa perempuan tersebut namun soalan tersebut hanya tersimpan di dadanya. Tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan lecturer tersebut walaupun di hati kecilnya meronta-ronta ingin tahu.
"ah! Mak cik… asal ko selalu mengganggu ketenangan aku.. huhuhu… besar sangat kah dosa aku pada ko sampai aku tak boleh lari dari kau walau seminit pun.. mak cik… maafkan aku.. huhu" Tengku Syahrul Hakimi bermonolog sendirian.
"ko tau Syah naper lecturer kiter tu tak der da 2 minggu? Hem… tadi masa aku p jumpa dia baru aku tau ayah dia sakit dan baru jer meninggal 2 hari lalu.. kesian kat dia Syah... tapi 1 yg aku kagum kat dia Syah.. dalam usia dia semuda ni.. dia dah berjaya menamatkan study dia… umur 24 da ada master in finance management.. hebat tu.. tapi, tulah… baru jer dia berjaya, ayah dia pulak tinggalkan dia… hem… klulh aku kat tmpt cik Soleha tu tak taulah mcmna aku nk hadapi… shes a strong woman…" laju je Haziq menuturkan kata-katanya.
Tengku Syahrul Hakimi terdiam seketika. Hatinya dipagut rasa simpati dan sesalan.
"mcmna ko tau sumer ni? ko tanya dier ker? heh!"saja Tengku Syahrul Hakimi bertanya untuk menghilangkan perasaan aneh yg timbul dalam dirinya.
"hem.. adlah... tp org ni memg leh percayalah.. lgpun cik soleha sendiri yg bgtau kami yg ayah dia baru je meninggal.. yg level education dia tu, org lainlah yg bgtau...hehe" jawab Haziq. Tengku Syahrul Hakimi seolah-olah tenggelam dalam khayalan dengan pernyataan Haziq itu.
"ya Allah, berdosanya aku. Dahlah ayah dia sakit, aku pula sakitkan dia dengan kata x sopan aku tu kat dia… mak cik, maafkan aku… aku tak tahu.." pedih hati Tengku Syahrul Hakimi namun bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Buruk padahnya. Dia cuba kembalikan semangatnya dan berazam ingin menemui Cik Soleha Hanum keesokan hari. Dia mesti meminta maaf. Egonya harus dibuang. Mesti. Tengku Syahrul Hakimi kembali tenang dan meneruskan senaman ringan di padang itu.
Tidak lama kemudian rakan-rakan mereka pun sampai dan mereka mula menyertai rakan-rakan yang lain dan mula bermain bola sepak. Ternyata kehebatan Tengku Syahrul Hakimi di padang tidak dapat dipertikaikan walaupun sudah lama dia tidak bersama rakan-rakannya di padang.
" ish! Heran tol aku ngn ko ni Syah, ko ni bukannya selalu turun padang tapi aku masih tak leh kalah kan ko.. ish! Ish! Suspek(respek) tol aku ngn ko…" Khairul memulakan bicara sewaktu mereka berehat. Permainan sudah tamat dengan pasukan Tengku Syahrul memenangi permainan tersebut.
"ha'ahlah Syah.. ko ni makan aper hah? Bertenaga lagi walaupun kami da penat. Ko makan tongkat ali ye Syah?.... Ha!ha!ha!!" Zamani yang agak nakal di kalangan mereka membuat lelucuon.
" yap! Tongkat ali! Tongkat pak Abu, tongkat mak cik minah sumer aku makan.. tadi baru aku p curi tongkat pak Ali tu kat mesjid.. wat rebus… pergh! Power giler.. korang nak ker?? Esok aku bawak… korang rebus 3 jam dan korang minum air tu konfem sok lagi power dari aku… hahahaha! Nak ke kawan? Esok aku bawak ye? Ye?" Tengku Syahrul berseloroh menjawab pertanyaan kawan-kawannya.
Berderai ketawa rakan-rakannya yang mendengar jawapan Tengku Syahrul Hakimi.
" ko ni… hahaha lawak antara kampus tol ko ni. Ikut hanglah makan tongkat apapun.. janji ko tak sewel dahlah... manalah tahu banyak sangat makan tongkat tu, tongkat ni.. kepala otak ko pun da jadi tak betul.. panas! Hahaha…. Wei.. jomlah balik… da nak maghrib ni.." ajak Khairul dan mereka semua pun segera bangun dan balik ke hostel masing-masing. Dan tidak lama kemudian azan Maghrib kedengaran dan malam pun kunjung jua.
P/s:buah cempedak diluar pagar, amik galah tlg jolokkn.. saya budak baru belajar.. kalau salah tlg tunjukkan... peace!:)... sain kit..#$#$@%@@$$#.,.. tQ
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.