nurul habibatul amini
nha_7@yahoo.com
BAB 5
Jumpa bomoh! Buat apa?" Anisa menjerit.
"Sirrrsss…" Nora meletakkan jari kelingkingnya dibibir Anisa.
"Kita minta ubat pengasih dengan bomoh tu.."Ujar Nora sambil menjengkilkan matanya kepada Anisa.
"kita jumpa bomoh mana? Tahu ke? Nora you pernah pergi ke?" Tanya Anisa bertubi-tubi.
"kau ikut je lah.." arah Nora kepada Anisa. Dia menarik tangan Anisa menuju ke keretanya.
Sambil memulas stereng kereta dan meliliti jalan kearah destinasi yang hendak dituju. Nora mula melewati jalan denai ke kampung Felda. Rumahnya betul-betul diceruk kampung. lalang dan rumput setinggi paras lutut memenuhi pemandangan mata sepanjang perjalanan menuju ke rumah itu. Kawasan itu memang kelihatan terbiar. Sampah- sarap dikawasan itu dibiarkan dengan bergitu sahaja. Mungkin kerana penghuni yang tinggal disitu tidak pandai menjaga kebersihan. Meremang bulu roma Anisa melihat keadaan disekeliling rumah bomoh tersebut, dipenuhi juga dengan lalang yang tidak tertebas.
Tidak lama kemudian mereka melihat seorang perempuan tua gayanya seperti tukang sihir dari kalangan orang asli keluar dari pintu menjengah kedatangan mereka. Mereka dijemput naik ke atas rumah. Anisa terkejut melihat bomoh tersebut mengeluarkan tengkorak anjing untuk diperasap dengan kemenyan. Berkumat-kamit mulut orang tua itu membaca sesuatu sepertinya membaca mentera atau mungkin jampi serapah. Nasib baik tengkorak anjing kalau tengkorak orang yang dikeluarkan tadi mesti aku lari litang pukang, atau terus sahaja pengsan disitu. Fikir Anisa sendirian.
Anisa mencubit-cubit peha Nora. Tanpa disedari tingkah lakunya sejak dari tadi diprhatikan oleh orang tua itu sehinggakan membuatkan orang tua itu ketawa. Giginya kemerahan kerana kerap mengunyah sirih. Sekali-sekala dia meludah didalam tempurung. Orang tua itu suka kalau orang membahasakan dirinya sebagai tok esa. Tok esa seolah-olah tahu akan kedatangan mereka ke rumahnya. Lihatlah, belum lagi kami memanggil orang tua itu dari luar dia dah membuka pintu menyambut kedatangan kami. Mungkin kerana dia seorang yang peramah.
"anak ada bawa pengeras?"Tanya tok esa dengan suara terketar-ketar seperti suara nenek kebayan. Orang tua itu berhenti membaca mentera. Bibirnya terketar-ketar menyebut bacaan yang tidak tahu hujung pangkal maknanya.
Tok esa menyambung membaca mentera dan meletakkan cebisan kain kuning dan dua botol kaca yang berisi di atas nyalaan kemenyan. Nyalaan itu mula berasap selepas orang tua itu menabur sisa kemenyan yang di ambil dicelah-celah tempat duduknya.
kemeyan yang dibakar oleh orang tua itu menyebabkan baunya melekat kebaju mereka. Anisa dan Nora menekup hidung mereka dengan tangan kerana tidak tahan bau asap kemenyan tersebut.
"ada tok..RM400..RM200 dari saya dan selebihnya dari kawan saya, boleh?" Nora menghulurkan duit tersebut dengan hati yang terbuka kepada Tok esa. Dia tidak kisah berapa wang yang akan dihabiskan untuk mendapatkan apa yang diinginkannya. RM200 baginya jumlah yang sangat kecil.
Duit itu diletakkan di atas kain bewarna Hitam. Kelihatan semangkuk darah diletakkan di atas dulang . Mungkin itu adalah air sirih yang diludahnya (ergh…pengotornya) atau mungkin itu darah anjing tadi ataupun mungkin itu darah manusia. Fikirannya mula melayang jauh berfikir entah yang bukan-bukan. Tok esa mengiyakan sahaja jumlah pengeras yang dibawa oleh Nora dan Anisa. tersengeh-sengeh Tok esa melihat mereka. Agaknya dia berpuas hati selepas menerima
"itu darah ayam jantan berwarna hitam. Itu tok saja letak.." jelas Tok esa kepada mereka berdua. Bagai tersentak Anisa mendengar penjelasan daripada orang tua itu. memang tidak syak lagi orang tua itu boleh membaca fikiran mereka sejak dari tadi.
Lalu Tok esa mengambil 2 botol kecil sebesar batang pensil berisi cecair kekuningan dan dibungkus kedalam kain kuning. Di bungkus secara berasingan. Lalu satu daripada bungkusan diberikan kepada Nora dan satu lagi diberikan kepada Anisa.
"terima kasih tok.." Nora mengucapkan terima kasih kepada tok esa. Tok esa hanya tersenyum. Meminta beransur dari rumahnya. Perlahan-lahan mereka berjalan kerana lantai papan rumah itu seperti sudah lembut dimamah anai-anai. Macam manalah Tok esa boleh duduk dan tinggal di rumah sebergitu.
Nora dan Anisa cepat-cepat beredar dari situ kerana hari sudah semakin gelap. Takut nanti susah hendak melihat jalan. Keadaan sekeliling itupun sudah cukup boleh membuatkan mereka berdua berasa ketakutan. Entah-entah terlihat hantu sedang melintas dihadapannya. Mengingatkan hantu, berdiri bulu romanya diseluruh badan. Tiba-tiba Anisa menggosok-gosokkan kulit lengannya dengan kasar.
Arghkkkk!!!kedua-dua mereka menjerit selepas melihat ada seekor kucing hitam melintas jalan. Kedengaran riuh rendah seketika memecah kesunyian yang menemani malam di denai itu. Kucing itu lari kedalam semak-samun ditepi denai itu. Berdebar-debar dibuatnya. Entah kenapa malam itu bergitu sial bagi mereka. Hari semakin gelap.
Selepas dari kejadian tadi masing-masing tidak ingin lagi bercakap dan mengeluarkan sepatah perkataan daripada mulut mereka. Masing-masing membulatkan mata melihat jalan. Seketika kelihatan seperti hendak hujan kerana kilat sambung menyambung dilangit. Anehnya tidak ada guruh. Kalau hendak hujan, selepas kilat mesti ada guruh. Lain kali kalau hendak ke rumah Tok Esa, jangan datang waktu-waktu petang hampir maghrib. Nasihat Anisa kepada Nora. Nora tidak mengiyakannya tetapi menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu.
Fomular yang telah dibeli daripada Tok Esa tadi dipeganggnya erat. Perasaannya berombak untuk melihat isi dalam botol tersebut. Anisa tidak sabar-sabar untuk menggunakan fomular tersebut. Katanya mujarab. Anisa ingin mencuba. Nora dah banyak kali melakukannya dan berhasil. Anisa menelefon lelaki-lelaki dayus yang dijadikan sebagai sasarannya. Dia ingin memastikan bahawa apa yang dikatakan oleh Nora itu benar.
Sehari selepas pergi mendapatkan fomular tersebut. Malam tersebut Anisa keluar dengan seorang lelaki kaya di Kuala Lumpur. Lelaki tersebut mengambilnya dari kediaman tempat tinggalnya yang kini Nora mula menjadi tamu setiap hari dirumah itu.
Pintu kereta dikuak luas, punggungnya dilabuhkan ke sofa kereta. Daun pintu di tutup rapat. Wajahnya mula hanya terbayang dengan bayang-bayang hitam disebalik cermin hitam kereta yang dinaikinya sebentar tadi. Tangannya mula meraba tengkuk lelaki tersebut dan mencalit fomular tersebut dengan mengurut-ngurut leher lelaki itu.
Keesokan harinya lelaki itu sering menelefonnya. Lelaki itu seolah-olah gila akan bayangannya. Setiap kali berjumpa mesti lelaki itu memberi wang yang banyak kepada Anisa. Apa sahaja hajat yang diingini oleh Anisa semuanya akan diturutkan.
Anisa tersenyum sehingga ketelinga melihat kemujaraban fomular yang dibeli daripada tok esa tempoh hari itu. Apabila fomular menjadi. Semakin hari semakin dia tenggelam dengan keasyikan hal dunia. Dia pula semakin kerap berjumpa dengan Tok esa tanpa di bawa dan diajak oleh Nora.
Tok esa memberitahu rahsia ramuan fomula tersebut kepada Anisa kerana terlalu taksub untuk mengetahuinya. Tok esa memberitahu ramuan tersebut diperbuat daripada minyak dagu orang yang mati pada hari selasa, orangnya pula mestilah beranak sulung dan mati ketika bersalin anak sulung juga. Tok esa dapat dari Siam ni. Ujar Tok esa panjang.
Membulat mata Anisa mendengarnya. Bulu romanya mula meremang. Anisa tidak kisah wangnya dihabiskan ke situ asalkan dia mendapat profit. Keuntungan lebih penting berbanding modal yang dilaburkan. Wang yang dia dapatpun bukan wang dia tetapi wang dari lelaki-lelaki yang menabur keatasnya.
Selepas mengambil fomular dari Tok esa dia menelefon Datok Mazlan. Seperti biasa janji temunya dengan Datok Mazlan di sebuah pub terkemuka di jalan Bukit Bintang. Anisa datang memeluk Mazlan dan mencium pipinya. Mazlan membalas dengan mencium dahi Anisa. Anisa mengerak-gerakkan badannya seperti alunan muzik yang dimainkan. Anisa menarik tangan Mazlan dan berlari-lari anak menuju ke pesta menari. Anisa menari sepuas-puasnya.
Dia menari sepuas-puasnya seperti orang yang sedang mabuk kerana terlalu banyak minum air minuman yang diperkenalkan oleh syaitan latnatullah itu (arak). Walhal dia tidak sentuh pun air minuman(arak) itu apatah lagi meminumnya walau setitikpun. Hidup ini kena pandai berlakon katanya. Untuk hidup seribu tahun lagi.
Hidup didunia yang penuh dengan aksinya yang tersendiri. Penuh dengan pancaroba dan penipuan. Bukan satu tempat sahaja ia berlaku, disegenap ceruk pelusuk dunia. Semuanya didalangi oleh manusia itu sendiri. disebaliknya adalah syaitan yang sedang menghasut. Kepalanya digoyang-goyangkan seperti baru sahaja minum coke yang ditambah ektesi. Dia menari sekuat hati lagi. Mazlan merangkul pinggangnya lalu dibawa ke meja teman-teman yang lain.
Botol arak yang baru diangkat tadi sudah habis, pelayan bar tersebut membawanya yang baru. Botol arak di goncang dan dituangkan ke dalam jug. Gelas yang berisi arak digoyang-goyangkan serta dilaga-lagakan. Arak tersebut seolah-olah ditelan bukan diminum. Mereka minum sehingga menjadi mabuk. Bergelas-gelas mereka minum. Tangan Datok Mazlan merayap-rayap ke susuk tubuh perempuan itu. Perempuan itu seperti mengelak daripada di raba. Tangan buasnya penuh dengan jiwa nafsu harimau. Lebih dasyat daripada nafsu kuda mula menguasai hati dan fikirannya.
Baju mini paras peha bewarna kebiru-biruan bercorak pelangi menambahkan lagi keserlahan Anisa pada malam itu. Ditambah lagi dengan mendedahkan separuh daripada bahunya menyebabkan lelaki tersebut payah untuk melepaskan tubuh itu untuk dipeluk. Makin Anisa ingin melarikan diri makin lelaki itu mendekati dan merapatinya. Maki hamun, sumpah seranah hanya dalam senyuman. Buat-buat sahaja tidak tahu yang penting pastikan lelaki itu akan memberinya wang.
Setan! kurang hajar! Binatang! Bodoh! Menjadi santapan perasaan bencinya kepada lelaki. Lelaki melayu seperti mereka tidak boleh buat laki (Suami). Mereka hanya mementingkan kehidupan dunia, wang, nafsu dan perempuan buat santapan nafsu serakah mereka. Ingin pula menjadi seperti orang-orang di barat. Mengamalkan budaya hidup orang barat. Melihat gelagat lelaki menari saling tidak tumpah dengan gorilla yang sedang menari. Geli hati sewaktu melihatnya. Ya, memang kubur masing-masing. Kubur engkau, kubur engkau. Kubur aku, kubur aku. Kalau berasap dengan api neraka tanggung la sendiri.
Anisa meninggalkan Mazlan sendirian dengan lelaki-lelaki lain bersama pasangan masing-masing. Anisa terus berjalan tanpa menghiraukan Mazlan. Pintu bilik air di belakang premis itu ditendang kuat-kuat. Dia merapati singki. Tombol paip dipulas kasar-kasar. Air dari paip berkenaan mengalir deras seperti derasnya kemarahan yang dipendamnya selama ini. Tangannya mula meraba beg tangan mencari kain kuning yang berbungkus minyak pengasih yang dibeli dari tok esa itu.
Kain kuning itu di ceraikan satu persatu, botol kecil berisi bendalir kuning di pegang menggunakan hujung jari tangan kirinya. Tangan kanannya mula memulas-mulas tudung botol dengan cepat. Bendalir dari botol itu dititik perlahan-lahan dihujung jari. Cepat-cepat Anisa menutupnya dan memasukkan botol tersebut ke dalam bag tangannya. Tidak berapa lama kemudian Anisa muncul dihadapan Mazlan.
Mazlan tersenyum melihat Anisa muncul dihadapannya. Anisa memegang tangan dan mengurut-ngurut lengan Mazlan. Anisa memujuk Mazlan supaya tinggalkan tempat tersebut. Mazlan hanya menurut. Selepas itu, Mazlan membawa Anisa ke apartment mewahnya di bukit beruntung. Anisa betanya kenapa dibawa kemari. Lalu Mazlan menawarkan Anisa RM10 ribu untuk satu malam.
Mendengar soal wang yang bergitu banyak, siapa tidak mahu. Keadaannya yang terdesak untuk menggunakan wang itu menyebabkan dia tidak berfikir dua kali. Sifat ketamakan dalam dirinya semakin menjadi-jadi. Sehinggakan dia sanggup mengadaikan maruahnya kepada lelaki itu. Kerana wang apa sahaja dia akan lakukan. Demi cintanya terhadap kemewahan yang sebentar.
Puas Mazlan merantah tubuhnya semalaman tanpa hiraukan dosa dan azab yang akan diterima diakhirat kelak. Anisa terjaga dari mimpi buruk yang melandanya malam semalam. Sambil mengurut-ngurut dada Mazlan, Anisa meminta sejumlah wang daripadanya.
"Anisa, you nak berapa. I boleh bagi you berapa sahaja yang you minta" Beritahu Mazlan seolah-olah dia mempunyai wang yang bergitu banyak.
"betul you sanggup bagi I berapa sahaja I nak? Okey , kalau macam tu I nak RM10ribu seperti yang you janjikan…atau lebih lagi dari itu?" Jelas Anisa meminta-minta.
"hi, kenapa banyak sangat you minta.."gurau Mazlan.
"tadi you kata boleh..o,senang-senang you rantah tubuh I, you nak free?" sindir Anisa dalam sinis.
"I guraupun tak boleh ke?"Mazlan mencebik. Sambil menghulurkan sekeping check RM10ribu kepada Anisa. Membulat matanya sambil menghitung jumlah wang yang diberikan tadi.
"hi..ini cek betul ke cek tendang?" sindir Anisa.
"cek betul tu…kalau you tak percaya nanti jumpa I, you boleh marah I dan buat apa saja pada I" jelas Mazlan. Anisa tersenyum. Cek itu dipeganggnya. Menatap number yang tercatat di atas perut sekeping kertas ditangannya itu.
Semakin hari semakin sibuk dia mengikis duit dari jantan itu. Pelbagai cara digunakannya. Sehingga suatu hari Mazlan tidak berdaya mengeluarkan wangnya lagi. Suatu hari, Perniagaan Mazlan hampir diistihar muflis. Banyak wang syarikat yang dilaburkan habis digunakan semata-mata untuk menambat hati Anisa.
Akhirnya Mazlan ditinggalkan perempuan itu juga. Mazlan menjadi binggung kerana disebabkan untuk mendapatkan perempuan itu, perniagaannya menjadi korban. Hari semakin-hari Mazlan seolah-olah menjadi seperti orang gila. Anisa terlalu marah kepada Mazlan kerana Mazlan kini bukan lagi lubuk emas. Tetapi dia puas kerana dapat membuatkan lelaki itu merana. Lalu dia meninggalkan Kamal dalam kesusahan. Kesusahan yang dicarinya sendiri.
Dia tidak mempunyai apa-apa perasaan belas terhadap lelaki itu apatah lagi menyintai lelaki itu. Tiada sekelumit sezarahpun ada perasaan cinta pada setiap lelaki. Dia bergitu kering hati. Hatinya seumpama batu. Dia seolah-olah dilahirkan hanya untuk menjadi seperti itu. Seperti kerasnya hati arwah tok ayah, Tok ayah tidak kejam sepertinya. Dia hanya membawa diri, kerana harta juga. Tetapi aku tamakkan segala-galanya. Bukan niat aku untuk berbuat bergitu. Kerana lelaki! Lelaki tidak guna! Jerit Anisa.
Tok Ayah….Nenek pernah bercerita sewaktu dia masih lagi kecil. Cerita itu masih lagi segar dalam ingatannya. Arwah tok ayah lari dari kemewahan dan membawa Nenek pergi berlayar mencari kehidupan yang hakiki. Tok ayah tidak mahu melihat perbalahan dalam merebut harta pusaka peninggalan arwah ayah mereka. Cerita Nenek lagi, arwah tok ayah adalah dari keturunan kerabat diraja. Dia lari ke siam dan belajar agama disana.
Kadang-kadang dia berasa malu kepada dirinya sendiri kerana dia tidak lagi seperti dahulu yang sering mementingkan agama dan penampilan seorang muslimah. Dia sering menitikberatkan soal pemakaian dan tingkah laku menurut islam. Semenjak dia mengalami kejutan budaya yang teramat sangat menyebabkan dirinya seolah-olah terpesong dengan ajaran agama yang sebenar.
Anisa terasa dirinya semakin susah hendak dibentuknya kembali. Kerana rebung senang untuk dilentur kalau sudah jadi buluh hendak dilentur takut pecah. Dia sering berharap untuk menjadi seperti dahulu. Hidup bahagia dengan kehidupan yang telah dia lalui ketika zaman dia bergelar Anisa yang sempuran. Bagi setiap insan yang memandang.
Sempurna? Tiada manusia yang sempurna dan juga tiada manusia yang boleh menjadi baik setiap umur hidupnya. Sekiranya hati dan perasaan masih sering menguasai akal fikiran. Sekiranya nafsu bermaharajalela dalam mentadbir hati, perasaan dan juga akal. Satu-satunya yang sempurna adalah Dia. Tuhan Yang Satu.
ble nak samb novel nie...da x sbr la...mkin lme mkin bez lak...jgn lpe betulkan ejaan..dan jgn tersalah nama lain utk watak yg lain...
BalasPadamtunggulah,nak bagi suspen tuh..
BalasPadamterima kasih..-nurul
BalasPadambest nyer tapi takut juga nak baca. eii.. seram..
BalasPadamdah agak mesti Anis jadi jahat
BalasPadamwow! that really good>
BalasPadammacam betul pula>
seram juga>
nanti awak boleh buat
cerita seram pula>
saya pasti baca>