Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Selepas berteleku di dalam bilik air selama sejam,aku keluar kerana sudah mengantuk.Aku lihat Aqil sedang membaca sebuah majalah sukan di atas katil. "Sini Min,tidur dengan abang!"Aqil mengajak aku tidur bersamanya.Aku hanya mendiamkan diri.Biar dia tahu aku marah dengan dia. Aku ke almari dan mengambil ‘comforter’ lalu membentangkan di atas lantai. Kemudian,aku pergi ke sisi Aqil untuk mengambil bantal. Aku baring di atas lantai beralaskan ‘comforter’. Sejuk, memang sejuk tetapi aku tetap mempertahankan egoku dan tidak mahu tidur di sebelah Aqil. Aqil kelihatan terkejut melihat perbuatanku.Dia hanya memerhatikan aku tetapi tidak melakukan apa-apa. Baru sahaja aku ingin melelapkan mata,aku terasa tubuhku dipeluk. Terus aku membuka mata. Aqil sedang tersenyum memandangku. "Hei,lepaslah! Apa peluk-peluk orang ni? Rimas tau tak!" tanpa sebarang pamitan,aku terus memaki hamun dirinya.Aku tahu aku bersikap biadap dengannya tetapi egoku membatasi segalanya.Namun, Aqil hanya kelihatan tenang mendengarnya.Tiada tanda-tanda dia akan menguraikan pelukan. "Aqil,awak ni pekak ke?Bila saya cakap lepas,maksudnya,saya nak awak lepaskan saya!Faham tak?"tanyaku dekat di telinganya.Kalau boleh,aku memang tak nak orang lain tau aku memaki hamun dia terutamnya umi.Kalau umi tau,masak aku kena bebel dengan dia ni! Aqil menarik badanku dan segera mengucup bibirku.Buat seketika,aku terpana tetapi setelah kewarasanku datang kembali,aku segera menolak dia jauh daripadaku.Hish,mamat ni,suka hati dia je nak cium aku.Bencinya aku dengan mamat ni!Hei,kau tak de kat sini lagi bagus tau tak!! "Aqil,apa awak buat ni?Oh,nak ambil kesempatan ya! Mentang-mentanglah awak ni suami saya,jadi awak boleh buat apapun yang awak nak?Tak,saya tak kan benarkan! Awak dilarang sama sekali untuk menyentuh saya!Awak faham tu?"Aku menjerit sekuat hatiku.Nasib baik rumah ni rumah batu,kalau tak,semua orang tau aku bergaduh dengan Aqil. "Faham tapi kenapa abang tak dibenarkan menyentuh Min? Abang kan suami Min,apa salahnya?Luar dan dalam Min adalah hak abang!"Ee,geli geleman aku mendengar ayat terakhirnya itu.Aku tau,Aqil pelik dengan kata-kataku. "Hei,sedarlah diri tu sikit.Kalau diikutkan hati saya ni,saya memang tak nak kahwin dengan awak tetapi demi menjaga maruah keluarga,saya sanggup kahwin dengan awak!Perkahwinan kita tidak lebih daripada di atas sehelai kertas!!!"Aqil kelihatan amat terkejut mendengar kata-kataku.Lama dia mendiamkan diri sebelum tersenyum dan mula bersuara. "Oh,abang tak pernah tau pula macam tu fikiran Min terhadap abang!Abang minta maaf banyak-banyak ya sayang.Dah,jom tidur."La,mamat ni tak paham lagi ke apa yang aku cakap.Hish,susahnya cakap dengan mamat ni! "Saya tak nak tidur dengan awak.Awak pergilah tidur atas katil tu seorang diri."Pada mulanya,Aqil nampak keberatan tetapi apabila disuruh berulang kali,dia bangun dari tempat pembaringannya dan segera ke tempat tidurnya. Aku melihat Aqil masih tidak melelapkan mata walaupun dia sudah baring di atas katil.Mungkin dia rungsing mendengar ucapan yang baru sahaja aku ucapkan.Aku dihimpit rasa bersalah tapi demi Allah,aku masih sukar untuk melupakan arwah Irfan. Ya Allah,zalimkah aku terhadap suamiku sendiri? ------------------------ Keesokan paginya,aku bangun seperti biasa untuk menunaikan solat subuh. Apabila aku bangun pagi,aku melihat Aqil sedang menadahkan tangan ke hadrat Ilahi sambil berdoa.Aqil berpaling menghadapku.Aqil tersenyum. "Dah bangun,sayang?"tanyanya lembut.Apasal mamat ni bengong sangat?Aku dah bangun ni,tak kan la buta kut.Aku berpura-pura tidak mendengar soalannya tadi dan terus ke bilik air untuk mengangkat wuduk. Seusai solat,Aqil memanggil aku duduk di sisinya di birai katil. Aku berpura-pura tidak mendengar panggilannya.Aku mencapai tudung yang tersangkut di penyangkut baju.Aku turun ke bawah untuk membantu umi menyediakan sarapan. Semasa aku membantu umi di dapur,aku berasa aman kerana tidak melihat mukanya ataupun mendengar suaranya di mana-mana.Aku membantu umi menyediakan bihun goreng untuk sarapan pagi.Umi menyuruh aku menyediakan pinggan dan mangkuk untuk makan. "Yana,pergi panggil suami kau turun,makan sarapan."arah umi kepadaku.Hendak tak hendak,aku menuju ke tangga. "Awak,umi saya suruh turun makan."Aku mengarah tanpa memandang mukanya.Aku jijik memandang mukanya yang selalu tersengih seperti kerang busuk itu.Aku terus turun ke bawah dan mengambil tempat di sebelah umi.Apabila Aqil sampai di meja makan,umi menyuruh aku duduk di sebelah Aqil. "Yana,kenapa duduk sini? Pergilah duduk sebelah suami kau tu."Umi menyuruh aku duduk di sebelah Aqil. "Ala umi ni,tak kan sekali-sekala nak bermanja dengan umi pun tak boleh?"Aku memberikan alasan yang aku rasakan munasabah.Sebenarnya aku tidak mahu duduk di sebelah Aqil tapi aku tidak berani menyatakannya secara terang. "Dah ada suami pun nak bermanja dengan umi lagi.Ha,kalau kau nak bermanja sangat,pergi bermanja dengan suami kau tu."Umi menunding ke arah Aqil. "Nak duduk sebelah umi juga!"Kataku sambil memaut erat lengan umi.Umi cuba melepaskan pelukan tanganku. "Yana,janganlah buat perangai macam ni.Malu sikit dekat suami kamu tu." "Ala,abang tak kisahlah.Kan,bang?"Kataku sambil memandang Aqil.Sebenarnya,aku hanya memanggil dia ‘abang’ di hadapan keluarga sahaja tetapi apabila bersendirian,aku tidak membahasakan dirinya abang.Aqil yang terkejut dengan soalan mendadak itu memandangku dan mengganguk dengan senyuman manis dibibirnya.Aku bagaikan terkena renjatan elektrik apabila dia tersenyum ke arah aku.Aku segera memalingkan muka kerana malu menatap wajahnya. Umi menepuk bahuku.Aku agak terperanjat dengan tindakannya yang tiba-tiba itu. "Yana,pergi duduk sebelah suami kau.Biar abah duduk sebelah umi." Aku memuncungkan mulut apabila umi menyuruh aku duduk di sebelah Aqil.Namun,aku menurut kata-kata umi.Aku bangun dan mula melangkah.Aku sengaja melambatkan langkahku.Dari ekor mata,aku dapat melihat senyuman di bibir Aqil.Aku tahu dia gembira dengan tindakanku walaupun dia tahu aku amat membencinya. "Yana,hidangkan bihun goreng untuk suami kau."Umi tiba-tiba mengarah aku menghidangkan makanan untuk Aqil.Aku cuba memaniskan muka walaupun aku tidak mahu berbuat demikian.Aku mencapai senduk dan meletakkan bihun goreng di pinggannya.Selepas itu,aku menuang air milo ke dalam cawan yang disediakan. Aku menyenduk pula bihun ke dalam pingganku.Aku mencapai kerusi di sebelah Aqil.Aku duduk di sebelah Aqil tetapi aku menambahkan jarak di antara kami.Aqil sengaja menarik kerusi dia dekat denganku. Hish,mamat ni,aku dah penat-penat jarakkan kerusi,dia sibuk pula nak datang dekat dengan aku.Aku benci dengan tindakan yang dia lakukan. Semasa makan,Aqil tiba-tiba memaut erat bahuku.Terperanjat aku dengan tindakannya.Aku cuba menahan kemarahanku.Takut juga aku jika umi tahu situasi kami. "Mesra nampak! Tak cukup lagi ke malam semalam?"kedengaran suara abang Nazmi,suami kepada kakakku Nur Solehah Zulaiqa.Kami berpaling serentak. Aku hanya melemparkan senyuman nipis kepada abang Nazmi.Aqil menafikan soalan itu. "Tak adalah.....dah cukup dah malam tadi".Aqil berkata dengan nada sinis sambil memandang kearahku.Kata-katanya itu hanya difahami oleh kami berdua sahaja.
penulis ak bkan nk ngata kO....kO pandai wt citer tp pemalas nk upload cite kt cnie...kedekut ar kO penulis...dah ar pas nie ape2 jew kO tulis aku x nk bace dah... adiOs amigOs n tarabas...
geramnye...... cptlah cik wani.. ktorg tak sabar2 ni,, tgk sampai ada urg ckp tak serupa bikin lagi..ahaks,,ape2 pon syabas utk penulis..ha..jan ending tak best suda..hehe
cpt laa..2 r buat cerita best.. buat org x sbr jer.. hahaha
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sgt...cepat ar sambung ek..
suke sgt2..klu leh upload ar banyak ckit k..