Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Qis hanya memerhati telatah kedua-dua orang abangnya itu. Sesekali Que akan mengerang kesakitan dan waktu itu juga akan kedengaran Azar membebal ntahpape. Mama dah lama lesap ke dapur menyediakan makan malam mereka sekeluarga. Langsung tak nak masuk campur dengan krisis anak sulungnya yang tak makan saman itu. Azar cukup berterima kasih dengan layanan mama terhadap abangnya itu. Memang patut pun dia kena. Asyik ikut kepala sendiri je.
"Woi, perlahanlah sikit. Kau ni nak kurangkan sakit ke nak tambahkan sakit aku?" omel Que sambil mengerling sekilas ke arah Azar. Eee…budak ni. Sesekali dia akan mengerang kesakitan sebaik sahaja tangan Azar mendemah rahangnya yang lebam itu. Aduh…macam nak mati je aku rasa. Sakit yang menyucuk-nyucuk terpaksa ditahan. Ni semua Izyan Akasyah punya pasallah ni. You gonna pay for…
"Auch! Woi, slowlah sikit. Tak reti buat kerja ke?"
"Kau diamlah. Dah cukup baiklah ni aku tolong kau. Banyak songeh pulak. Aku sumbat mulut kau dengan baldi ni baru tau. Qis…ambikkan minyak gamat dalam kabinet tu." Dan Qis yang loyal tu pun terkedek-kedek mengatur langkah ke arah kabinet yang dimaksudkan dan terus mencapai minyak gamat yang dipinta.
"Azar, nah!"
"Thanks, love."
Qis tersenyum manja. Azar membalas senang. Kalaulah abang aku ni senang dengar kata macam Qis…ah! Naqi? Dengar kata? Alamat tak 'hidup'lah rumah ni. Sehari tak dengar mama membebel pasal dia macam tak lengkap je rutin kitorang adik-beradik. Lupakan jelah…
"Kau nak buat apa pulak tu?"
"Letak minyaklah. Takkan nak bagi kau makan pulak." Balas Azar selamba. Banyak pulak bunyiknya. Dok diam-diam sudahlah. Segera penutup botol minyak gamat dibuka dan dilumurkan di atas tangannya dan kemudian disapukan pada rahang kiri abangnya itu. Que hanya diam. Tidak bersuara. Huh…pandai pulak dok diam.
"Hmm…dah. Kau bolehlah carik pasal dengan kak Syah lagi lepas ni. Lepas tu, bolehlah aku tenyeh pulak muka kau dengan ubat panas yang mama guna selalu tu."
"Eee…diamlah. Kau tak tahu pape jangan nak membebel pulak kat sini."
"Azar, tak payahlah layan abang kamu tu. Entah bila nak lebur ego dia tu pun mama tak tahulah. Esok-esok budak Izyan tu jugak yang dicarinya." Tiba-tiba suara mama mencelah. Que mendengus.
"Buat apa abang nak carik dia?"
"Nak buat bini." Selamba ayat itu meniti di bibir Puan Zarina. Pecah tawa Azar dan Qis. Sempoilah mama. Que tarik muka. Huh…bini? Jauh panggang dari api. Sorry! Daripada dia jadi bini aku, lebih baik aku pilih Erin. Comel pun comel. Tak menyakitkan hati macam dia.
"Ma, macamlah takde orang lain kat dalam dunia ni."
"Memanglah ada tapi, orang kata dah asyik gaduh lama-lama…"
"Sayang." Bergabung suara Azar dan Qis. Que mencerlung tajam memandang kedua-dua orang adiknya itu. Mengekek mereka berdua ketawa. Que menjelirkan lidah. Heh…bukan nak back up aku.
"Ma, laparlah. Suapkan?"
"Apa ni? Mana boleh. Siapa nak suapkan adik kalau mama suap abang?" pintas Qis dengan muka mencuka. Azar tergelak.
"Azar boleh suapkan Qis."
"Eee…sah nanti tak sedap lauk yang mama masak." Que menghamburkan tawanya. Mama menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan telatah anak-anaknya itu.
"Dah-dah. Jangan nak gaduh pulak. Cukuplah abang kamu gaduh dengan kak Syah kamu. Mama suap semua sekali."
Masing-masing mengukir senyum teruja. Wah, macam budak-budak ye masing-masing. Semua mintak disuap. Manja!
Puan Zarina mengatur langkah ke arah sofa di mana Que duduk dan melabukan punggungnya disebelah Que. Que melentokkan kepalanya di atas bahu Puan Zarina. Azar dan Qis mengukir senyuman penuh makna tersirat. Que buat dunno.
"Abang…"
"Hmm?"
"Macam mana boleh lebam? Abang buat apa kat dia sampai dia tumbuk muka anak mama yang tak hensem ni?" soal mama sampai menyentuh lembut rahang kiri anaknya yang lebam. Que diam. Malas nak buka cerita. Nak buat apa? Buat tambah sakit hati?
"Abang…"
"Malaslah nak cerita."
"Abang…sayang mama tak?"
Que mengeluh. "Abang cakap dia bangang, mangkuk, pinggan, sudu erm…tapi, abang just nak dia lawan balik apa yang abang cakap. Tak sangka pulak…" Que menggaru-garu keningnya yang terasa gatal.
"Yang abang cakap macam tu kenapa?"
"Dia tu…ish…susahlah nak cakap."
"Abang yang sengaja carik pasal."
"Diamlah Azar. Jangan nak menyampuk. Sumbat dengan baldi tu kang." Que memulangkan paku buah keras. Azar mencebik. Macamlah aku takut sangat. Berani buatlah…
Puan Zarina senyum. "Abang suka dia eh?"
Serentak badan Que tegak 90 darjah. Wajah mama dipandang sekilas. Ish…mama ni boleh baca hati aku ke. Azar di hadapannya menyengih macam kerang busuk. Same goes to my sweetheart, Qis. Que telan air liur. Payau! Kerongkongnya bagaikan tersekat mendengar soalan beracun daripada mama. Ma, ma bakal meracun hati anak mama yang sorang ni. Please…change the topic.
Que tarik sengih kambing. "Erm…suka? Suka yang macam mana?" Que sengaja memutarbelitkan soalan. Seluar pendek yang dipakainya terasa bagai nak ditanggalkan time tu jugak. Panas! Ditambah pula dengan soalan-soalan yang bakal 'membunuh', Que rasa macam nak lari masuk bilik je. Semua yang ada kat ruang tamu tu buat muka innocent habis. Que makin lelah.
"Abang…"
"Eh, ma. Abang lapar. Kata nak suapkan tadi. Jomlah…jomlah…"
"Abang…"
"Ma, kejap lagi keyh? Apa-apa pun perut kena isi. Abangkan ada penyakit gastrik. Mama nak ke abang pengsan macam hari tu?" pancing Que dengan muka toya. Tangan kanannya menggosok-gosok perutnya yang konon-kononnya lapar itu. Heh…nak mengelat, ada aje kerenahnya.
"Yelah…yelah. Tunggu kejap. Mama pergi ambik nasi."
Puan Zarina bingkas bangun dan mengatur langkah ke dapur. Anak mata Que mengekori setiap langkah yang diatur oleh mamanya. Di sofa kiri, Azar tersenyum mengejek melihatkan telatah abangnya itu. Terus tangannya mencapai kusyen berbentuk bujur dan dilemparkan tepat ke dada Que.
"Woi! Ni apa kes pulak ni?"
"Kau ni hipokrit la."
Que kerut dahi. Hipokrit? Aku? Apasal pulak?
"Susah sangat ke nak mengaku?"
Huh? Mengaku? Mengaku apanya? Apa yang aku nak kena mengaku? Sekali lagi Que kerut dahi.
"Kau sukakan kak Syah kan? Cakap jelah…"
Uhuk…uhuk…uhuk. Tersedak Que jadinya. Ish…ingatkan dah habis kes pasal budak Izyan Akasyah tu. Eee…tak boleh ke bagi aku keamanan yang sebenar?
"Yang kau terdesak sangat nak tahu ni kenapa?" nada suara Que sudah naik seoktaf. Sabar yang dihimpun sejak tadi sudah melayang entah ke mana. Tak habis-habis nak tanya aku soalan yang sama. Apasal? Teringin sangat nak buat si Syah tu bakal menantu? Tolonglah…
"Yang kau tiba-tiba naik angin ni apasal? Kalau kau tak suka, buat dunno jelah." Sela Azar dengan maksud yang tersirat. Que menghembuskan nafas. Kasar. Sesak kepala otaknya dengan soalan-soalan yang sengaja nak menyingkap rahsia hatinya. For what? Kalau ye aku sukakan dia…dia? Dia sukakan aku ke? Hello…kalau bertemu kat alam fantasi pun belum tentu dia suka aku.
"Dahlah. Aku penat layan…"
Tiba-tiba lagu Low-Flo Rida feat. T Pain berkumandang di udara. Que segera menyeluk poket seluar pendek kesayangannya. Skrin telefon bimbitnya diamati. Poji! Hmm…apalah budak ni nak? Tak boleh ke bagi bos kau ni senang sikit?
"Hello…"
"Que. Kitorang dah dapat."
Kening Que terangkat. Dah dapat?
"Apanya? Dapat apa?"
"Kau betul. Memang Syah 'Mystery Woman' tu." Que terus berdiri tegak. Nah! Memang benar andaiannya. Hahaha…Syah…Syah…ingat sesenang tu kau boleh lepas dari aku? In your dream, baby! Aku dah beritahu kau awal-awal. Aku dah monopoli game ni sejak awal lagi. Ingat dengan 'hadiah' kau ni aku akan diam? No way, girl. 'Hadiah' kau nilah pembakar semangat aku. Thanks to you!
"Mana kau dapat tau?"
"Hahaha…tengok kakilah bro. Kalau kau tak percaya kau boleh call Am dengan Juan sekarang jugak."
"Naa…its okay. Aku percaya dengan kau. Whatever it is…thanks Poji. I owe you one. Hmm…tak sabar nak mulakan langkah seterusnya."
"What you gonna to do, Que?"
"Just wait and see. Some miracles will happen in front of your eyes!"
Que menghamburkan tawa jahatnya. Que the Devil back to action baby! Poji di hujung talian hanya tersenyum segaris. Mengerti dengan maksud tawa itu.
TELEVISYEN di hadapannya hanya dipandang kaku. Syah mengeluh. Rambutnya yang separas bahu diikat tocang kuda. Segala yang berlaku pagi tadi terlayar kembali di ruang matanya.
"Kau ni…nak kata bodoh, kelas Alpha. Kelas first pulak tu. Abis tu? Apa pangkat yang layak untuk kau? Bangang? Atau mangkuk? Pinggan? Sudu?" Tergelak-gelak Que saat menuturkan kata.
"This is too much, Que. Kau ingat aku senyap kau boleh suka-suka cakap ikut sedap perut kau?"
"Yup! Mulut aku. Ikut sedap perut akulah."
Dan satu tumbukan hinggap di rahang kiri Que. Que tergamam. Tangannya kirinya memegang rahang kirinya itu. Perit! Syah tersenyum puas. Sabar yang semakin dijaga tak dapat di'selamat'kan. Serve you right! Que mencerlung tajam ke arah Syah.
"Thanks for your 'present'. I really appreciate it. Dan aku sumpah…hidup kau lepas ni…akan lebih jahanam daripada sekarang. Watch out, lady."
Sekali lagi Syah mengeluh. Tangan kanannya dipandang lama. Nak cerita pasal sakit tak usahlah. Memang sakit! Amat sakit tapi sakit lagi hatinya tika ini. Entah kenapa, perasaan bersalah bertimpa-timpa menghempap hatinya. Syah membuka ikatan rambutnya. Dibiarkan rambutnya melurut jatuh ke bahunya. Dia menyandarkan tubuhnya. Kusyen berbentuk love yang baru dibeli abangnya semalam dicapai lalu dipeluk erat. Abang…where are you? I need you right now.
KRING…KRING…KRING…
Syah mengalih pandang ke arah telefon berwarna biru di sudut kanan ruang tamu. Bunyi deringan masih 'seronok' bergema di segenap ruang rumah itu. Syah langsung tak ada hati nak menjawab sebarang panggilan. Namun, nak tak nak terpaksa jugaklah dia menjawab memandangkan tiada sesiapa di rumah time tu.
Abang entah ke mana lesapnya. Dapat je call daripada buah hati pengarang jantung dia tu…terus hilang. Tak menyempat aku nak tanya apa-apa. Ibu pulak balik je tengah hari tadi, takat nak singgah kejap, terus keluar balik. Pergi mana? Hmm…macam biasalah. Ke butik yang diusahakan sejak setahun yang lalu. So far…sangat maju business ibu tu. Kadang-kadang tu khidmat aku pun diperlukan bila aku takde kerja. Tapi, sebab tadi aku beralasan ada kerja…terpaksalah ibu pergi seorang. Kalau tak memang muka aku menempel kat butik ibu tu. Dibantu pulak dengan Kak Chah yang sangat comel orangnya dan Kak Jue yang sangat baik.
Gagang diangkat lalu dilekapkan ke telinga.
"Hello…assalammualaikum."
"Hmm…waalaikumusslam. Ada apa? Nak carik siapa?"
Suara di hujung talian mengeluh. Syah kerut dahi. Apahal pulak ni?
"Syah…"
"Err…saya. Siapa ni?" Syah terdiam seketika. Cuba untuk mengamati suara si pemanggil. Siapa ek?
"Syah…aku mintak maaf. Sebab seorang lelaki je kita gaduh. Sorry!" Ting! Sofea! Syah menjerit kegembiraan. Hampir-hampir sahaja dia menitiskan air matanya.
"Ya, I miss you, babe! Miss you so much! Hell, I miss you."
Sofea tergelak kecil. Masih gelak yang dulu. Gelak yang manja yang sangat suka Syah dengar.
"I miss you too. Sorry bout that day. Aku tak tahu apa-apa pun. Terus je marah kau macam tu." Ujar Sofea bersungguh-sungguh. Syah gelak manja. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Its okay. Not your fault. Ya, miss you. Ish…daripada tadi aku cakap aku rindu kau. Tapi, serius aku rindu gila kat kau."
"Hahaha…miss you too, silly. Jom keluar. Aku datang rumah kau keyh?"
"Okey. Aku siap sekarang. Hehehe…"
"Amboi…awalnya." Usik Sofea. Syah gelak besar.
"Ala, takpelah. Dah lama tak keluar sama-sama. Kita lepak kat port rasmi kita?"
"Hehehe…erm…Syah. Skate? Dah lama kau tak skate kan?" Syah telan air liur. Skate? Tapi…ish…aku…err…
"Syah?"
"Board aku dah hilang."
"Tipu. Aku tahu kau simpan lagi. Please. Sekali ni je." Syah mengeluh. takpe Syah…demi Sofea! Bukan untuk sesiapa. Bukan untuk dia, bukan jugak untuk Je'ai. Just for Sofea!
writer cepat2lah abiskan citer ni... pendek2 plak tu .. x puas nak baca... citer tgh beshhh ni....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
npe pndek sgt xpuas bce..dah r best giler..hrp dpt upload cpt