Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Idayu bersandar pada kerusi, di banglo dua tingkatnya. Angin petang sesekali menyapa wajahnya. Menolak rambut ikalnya beralun perlahan. Matanya terus melekat pada gelagat Hisyam yang dari tadi asyik menekan-nekan telefon bimbitnya. Untuk ke sekian kalinya juga telefon itu disuakan ke telinga. Berkali-kali dia melihat Hisyam cuba cuba membuat panggilan. Barangkali membuat panggilan pada nombor yang sama. Barangkali juga panggilannya tidak berjawab, memaksa lelaki itu itu mengulangi perbuatan yang sama berkali-kali. Entah kenapa dia menjadi sayu melihat tingkah itu. Hatinya memberontak untuk mengetahui siapalah yang cuba dihubungi oleh suaminya itu? Wajah Hisyam nampak cukup serius. Jelas kelihatan riak kecewa dan marah pada wajah itu. Mindanya pula, begitu cepat membentuk imej gadis manis yang cukup mesra dengan Hisyam tempoh hari. Mungkinkah Hisyam sedang cuba menghubungi gadis itu? Mungkinkah ada krisis di antara mereka dan gadis manis itu, kini sedang merajuk? Mungkinkah juga suaminya itu sedang berusaha memujuk buah hatinya itu? Perlahan Idayu pejamkan mata. Tidak sanggup membiarkan mindanya terus memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menyakitkan itu. Dia takut untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu. Dia takut, kerana itu semua hanya akan menjauhkan Hisyam dari hidupnya. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Begitu sukar kebahagiaan ini menjelma, dan dia tidak mahu kehilangan segala-galanya dengan begitu mudah. "Segalanya pasti sukar untuk awak nanti. Jadi, ada baiknya awak fikir masak-masak. Betul ke awak nak teruskan ini semua? Saya tak mahu awak menyesal nanti," Suara Hisyam tujuh tahun lalu, kini terngiang-ngiang di telinganya. Inikah penyesalan yang dimaksudkan Hisayam? "Kamu pasti ini keputusan kamu?," "Apa pilihan yang saya ada untuk saya membuat keputusan?," "Kita tidak kenal antara satu sama lain dengan mendalam. Kita cuma kenal melalui beberapa pertemuan sejak kebelakangan ni saja. Tiba-tiba kita terpaksa bersatu dalam satu ikatan perkahwinan. Mustahil bagi saya. Dan mustahil saya dapat membahagiakan kamu. Saya tak ada apa-apa perasaan terhadap kamu. Please, think about it. Jangan sisa-siakan masa depan kamu. Katakan saja kamu tak mahu teruskan rancangan mengarut ni. Habis cerita. Itu saja. Senang kan?," Idayu memandang wajah Hisyam yang nampak cukup bersahaja. Lelaki itu bersandar pada batu besar sambil matanya ditebarkan ke tengah lautan yang maha luas. "Encik Hisyam.. Apa kata saya cadangkan semula cadangan bernas Envik Hisyam tu.. pada Encik Hisyam. Parents kita sekarang, ada kat dalam. Why don’t you just go inside and tell them about your brilliant suggestion. I bet you.. mereka mesti happy," "What?!," Idayu membuang pandang. Menyedari Hisyam merenung tajam ke arahnya. "Kalau awak keberatan untuk beritahu parent saya, tak apa. Awak cuma perlu beritahu parent awak sahaja. Boleh, Encik Hisyam?,"dia menyambung kata-kata sambil memandang wajah Hisyam. Hisyam mengeluh keras. Wajah lelaki itu jelas kelihatan sangat marah. "You know what.. Cik Idayu? Awak ni.. bodoh sombong. Tahu tak?," Bulat mata Idayu memandang wajah Hisyam. Berani lelaki itu mengeluatkan kata-kata sebegitu. "Encik Hisyam! Jaga mulut awak, okay! This is my first and last warning. Saya tak perlukan kritikan awak tentang diri saya. Lagipun, awak tak kenal saya pun," "Okay. Im sorry. Mungkin saya terlepas cakap. Tapi, saya datang dengan niat yang baik. Pertunangan kita ni.. tak masuk akal. Dan, perkahwinan kita.. itu kerja gila. Awak tak nampak ke? Saya tak mahu awak korbankan masa depan awak, hanya kerana janji orang tua kita. Perkahwinan ini takkan berhasil. Kita cuma akan membuka pintu sengsara. Percayalah cakap saya," "Saya tahu,"Idayu menjawab lemah. "Kalau tahu, awak kena beritahu mereka," "How about you? Awak dah beritahu mak ayah awak yang awak protes cadangan mereka ni?."soal Idayu sambil merenung lama wajah Hisyam. "Yes. I did it. Tapi, tak berjaya. Sebab itulah saya datang, minta pertolongan awak, Idayu," Mata Idayu masih di wajah Hisyam. "I did it once. And, you know what happen? Abah saya masuk ICU. Heart attack. Syukur dia tak apa-apa. Cukuplah sekali itu saya mencuba. Saya tak sanggup korbankan ayah saya demi diri saya sendiri. Kalau perlu pengorbanan, biarlah saya yang berkorban. Saya tak sanggup melihat ayah saya jatuh sakit lagi. Lagipun, apalah sangat pengorbanan ini kalau hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah dia berikan pada saya selama ini," Hisyam mengeluh panjang. Wajahnya nampak sedikit kecewa. "Awak yakin awak tak akan menyesal?," "Tak..,"bibirnya bergerak perlahan. "Apa yang tak?," Idayu tersentak. Kenangan lalu mula menjauh. Mak Teh tercegat di hadapannya. "Apa dia, Mak Teh?,"soalnya sedikit hairan dengan soalan pembantu rumahnya itu. Mak Teh tersenyum panjang. "Apa yang Ayu fikirkan tu? Sampai cakap sorang-sorang?,\" "Cakap sorang-sorang? Mana ada? Macam-macamlah Mak Teh ni," "Mak Teh dengar, sebab tu Mak Teh cakap," "Ya ke? saya tak sedar pun," "Mana nak sedar, kalau fikirannya melayang jauh. Apa yang Ayu fikirkan? Mak Teh tengok sejak akhir-akhir ni, Ayu selalu termenung," Idayu tersenyum kecil. Wajah Mak Teh dipandang agak lama. Mak Teh memang selalu begitu. Terlalu mengambil berat tentang dirinya. Malah orang tua itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi semenjak kedua ibu bapanya pergi buat selama-lamanya. Namun, dia belum bersedia unuk berkongsi keresahannya itu dengan Mak Teh. Belum masanya. "Syafiq mana?,"soalnya sambil tersenyum manis. Mak Teh cuma menarik nafas perlahan. Faham Idayu sedang mengubah topik perbualan. "Tidur. Lepas aje tengok TV, terus tertidur," Idayu mengangguk perlahan. "Duduklah , Mak Teh,"pelawa Idayu sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Mak Teh menurut. Matanya memandang ke arah cawan teh yang tidak berusik. Kuih keria di dalam piring juga tidak terusik. Selalunya kalau makanan atau minuman tidak berusik, bermakna adalah cerita sedih yang mengusik hati Idayu. Apa dia? Itu yang menjadi tanda tanya kini. "Ayu ada masalah ya?,"soalnya cuba mencungkil apa yang bersarang di hati Idayu. Idayu mengukir senyum. "Tak adalah. Mak Teh ni.. pandai-pandai saja serkap jarang," "Mak Teh ni, orang tua. Dah lama hidup, Ayu. Dah lama makan garam. Tapi, kalau Ayu tak nak cerita tak apalah. Mek Teh tak paksa," Idayu tersenyum lagi. Memang mustahil untuk dia berbohong pada Mak Teh. Orang tua itu bijak membaca apa yang bermain di hatinya. "Tak penting sangat, Mak Teh,"ujar Idayu akhirnya. Mak Teh tersenyum lebar. Kan betul tekaannya. "Haa.. kan betul apa yang Mak Teh cakap," "Perkara kecil saja. Saya boleh selesaikan sendiri. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Nasib baik Mak Teh ada,"Idayu bersuara sambil tersenyum panjang. "Selisih faham dengan Syam, ya?," "Tak adalah. Kami tak ada bertengkar pun," "Dah tu, kenapa Ayu di atas.. Syam di laman?," "Dia nak buat call. Malas saya nak ganggu," "Hari minggu pun, sibuk telefon client ke?,"soal Mak Teh menjenguk ke balkoni. Bayang Hisyam sudah hilang. Idayu tersenyum pahit. Kalaulah benar Hisyam sedang membuat panggilan untuk rakan niaganya, tentulah hatinya tidak serawang ini. Tentulah hatinya tidak sesakit ini. Malangnya tingkah Hisyam langsung tidak menunjukkan ke arah itu. Dia menebarkan pandangan ke halaman. Hisyam sudah tiada di situ. Dia sedikit terperanjat apabila melihat Hisyam sedang berdiri sambil memeluk tubuh pada pintu sliding yang memisahkan bahagian balkoni dengan bahagian ruang rehat tingkat atas. Hisyam tersenyum sambil meletakkan jari telunjuk ke bibir sebagai isyarat agar dia berdiam diri. Idayu tidak memberi sebarang reaksi. Hisyam melangkah perlahan ke arah Mak Teh yang sedang membelakanginya. Sengaja ingin mengusik pembantu rumahnya itu. "Buat apa tu, Mak Teh?,"sergah Hisyam sambil memegang bahu Mak Teh. Membuat mak Teh terperanjat. "Buat apa? Buat call! Call client! Lupa bini," "Siapa call?,"sakat Hisyam apabila Mak Teh mula melatah. "Kaulah. Call client lupa bini," "Client siapa, Mak Teh?," "Client aku! Eh, client kau! Eh bini kau," Hisyam ketawa mendengar latah Mak Teh yang melarat. Idayu turut tergelak kecil melihat Mak Teh yang terus mengulang kata-katanya sambil tangannya menunding-nunding ke arah Hisyam. Melihat Mak Teh yang sedikit semput, Hisyam mengurut perlahan belakang wanita separuh abad itu. "Sudah Mak Teh.. Istighfar Mak Teh..,"ujarnya sambil terus mengurut belakang Mak Teh. "Astaghrfirullahal ‘Azim. Subhanallah. Kamu ni Syam!,"Mak Teh bersuara terputus-putus sambil mnegurut dada. Hisyam masih tergelak sambil mengambil tempat di sebelah Idayu. Seronok dapat mengusik wanita itu. "Mengumpat saya ya?,"ujar Hisyam setelah latah Mak Teh sedikit reda. Mak Teh masih mengurut dadanya menghilangkan semput. "Kamu berdua ni, pakat nak kenakan Mak Teh ya?," Hisyam tergelak mendengar kata-kata Mak Teh. Idayu pula tersenyum panjang. "Saya tak campur, Mak Teh. Saya tak tahu Abang Syam nak sergah Mak Teh,"ujar Idayu membela diri. "Yalah tu," Idayu tergelak mendengar jawapan Mak Teh. Dia tahu Mak Teh tidak percaya pada kata-katanya. "Syafiq mana, Mak Teh?,"Hisyam bersuara lagi apabila keadaan Mak Teh kembali normal. "Tidur. Mak Teh turun dululah. Nak siapkan makan malam. Syam..Ayu.. nak makan apa malam ni?," "Tak payah masaklah Mak Teh. Kita dinner kat luar. Okay, Ayu?,"soal Hisyam sambil memandang wajah Idayu. "Kenapa?,"soal Idayu sedikit hairan. "Saja. Nanti ada orang cakap, abang ni, lupa isteri pula. Sebab tak lupa isterilah, abang ajak isteri abang keluar dinner ni,"Hisyam menjawab dengan nada bergurau. Mak Teh mencebik. Idayu tersengih. "Mak Teh ikut sekali ya?,"tambah Hisyam sebelum Mak Teh melangkah masuk ke ruang rehat. Dia tidak jadi melangkah. Sebaliknya kembali menoleh ke arah Hisyam. "Tak payahlah Syam. Mak Teh duduk rumah je lah," "No..No..No.. Tak ada Mak Teh, maknanya tak ada dinner. Mak Teh mesti ikut. Tak ada alasan,"Hisyam bersuara memberi kata putus. "Yalah,"Mak Teh bersetuju sambil berlalu. Hisyam mengalihkan perhatiannya pada Idayu. Wajah itu ditatap tanpa berkelip. "What?,"soal Idayu yang tidak faham dengan maksud renungan Hisyam. "What?,"Hisyam mengulangi soalan yang sama sambil menarik kerusinya rapat ke kerusi Idayu. Sekuntum senyuman yang menggoda muncul di bibirnya, memaksa Idayu turut tersenyum. "So.. isteriku yang cantik..apa ceritanya tu?," "Cerita? Cerita apa?,"soal Idayu pura-pura tidak faham maksud soalan Hisyam. "Pasal Mak Teh ya?,"teka Idayu cepat apabila wajah Hisyam semakin rapat ke wajahnya. Hisyam tersenyum. Wajahnya kembali dijarakkan daripada wajah Idayu. Dia memandang wajah isterinya itu. Menanti cerita yang bakal keluar dari seulas bibir yang kaya dengan senyuman itu. "Tak ada apa-apalah. Mak Teh Cuma pelik tengok abang buat call banyak kali tadi. Dia ingat abang call client. Itu ssja," "Ohh.. Ayu pula? Ingat abang call siapa?,"soal Hisyam agak perlahan. Tidak sangka perlakuannya tadi diperhatikan oleh isteri dan pembantu rumahnya. "Manalah Ayu tahu," "Ayu tak nak tanya ke?,"soal Hisyam apabila melihat wajah Idayu cukup tenang. Sedikit syukur kerana tiada keraguan di wajah isterinya itu. "Nak Ayu tanya saja.. atau nak Ayu check sekali call out kat handphone abang tu?,"Idayu menjawab soalannnya dengan satu soalan yang mampu merentap tangkai jantungnya. Berharap agar Idayu tidak serius dengan kata-katanya itu, Hisyam cuma mampu tersenyum sambil mengangkat bahu. Idayu tergelak kecil. "Kenapa ni? Pucat. Macam nampak hantu,"Idayu bersuara ceria, menutup gelora di hatinya. Melihat kebisuan dan perubahan wajah Hisyam, bagai terus mengiyakan segala syak wasangkanya sebentar tadi. Memang Hisyam menghubungi kekasihnya. Hatinya kuat berkata yang Hisyam sedang bermain wayang dengannya. "Dinner malam ni.. ada something yang special ke?,"Idayu mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu terus terlarut dalam kepedihan perasaannya. Mendengar soalan Idayu, Hisyam tersenyum. Lega apabila isterinya itu mengubah tajuk perbualan. "Ayu lupa ke?," "Apa dia?," "Hari ni kan, hari ulangtahun kelahiran Mak Teh. Yang ke lima puluh lapan," "Ya ALLAH. Ayu lupalah bang. Ayu tak beli apa-apa pun untuk hadiah Mak Teh," Hisyam tersenyum panjang. "Don’t worry. Semuanya ditanggung beres. Abang ada hadiah special untuk Mak Teh. Nak tahu tak?," "Of courselah nak," "Kalau macam tu, jom masuk bilik. Abang tunjukkan,’Hisyam bersuara sambil menarik Idayu bangkit dari kerusi. Idayu melangkah agak cepat apabila tangannya ditarik oleh Hisyam. "Lambatlah,"rungut Hisyam sambil berpusing. Idayu terjerit kecil apabila lelaki itu memaut dan mendukungnya. Hisyam tergelak sambil melangkah ke arah bilik mereka.
trust me..LELAKI bila dia dah buat salah especially being unfaithful 2 a relationship mmg dia mesra lebih to cover up. i've been through it... n it was painful... -BYLLA-
yup..it is true bylla.... dis story is very nice..but to think dat dis guy cheating on his wife...i really2 dun like it... y must after 7 years br nk cri len...itula lelaki...:p
cerita bagus...ada persamaan dgn kisah hidup saya. Bukan semua golongan org ke3 nie perampas @ perosak rumah tangga sebuah pasangan.Tetapi kadangkala pekara nie berlaku berpunca drpd pasangan tersebut. kita perlu berterus terang dgn pasangan kita..tak kira dalam apa jua keadaan. kadangkala sikap berterus terang dn jujur dpt mengeratkan perhubungan. sy bkn nak sokong mn2 pihak tetapi sesuatu kejadian berlaku dpt mematangkn fikiran kita. Sy sendiri pun tak pernah terfikir untuk bercinta dgn suami org...tapi sy redo dgn takdir yg tersurat. Mungkin ada yg anggap tindakkan sy nie tak betul. Tapi cuba renung " jika anda di tempat sy apa yang akan anda buat" Maaf ye..emosi la pulak. Apa2 pun sy nasihatkn...sesuatu pekara yg kita buat...haruslah bijak membuat keputusan. Jgn menyesal di kemudian hari...cerita nie bagus..cepat2 la buat N3 nya ye...minta maaf kalau pendapat sy bercanggah dgn pendapat anda.
nak tau kenapa selepas 7 tahun?.... its called "the 7 year itch".
memang lumrah manusia, sifat tak bersyukur dengan ape yg dia ade, senantiasa membuat seseorang itu terus mencari, walaupun sudah ada yg sempurna di depan mata.
macam kisah benar citer ni.kita tidak akan tahu ada kekosongan dlm hati sehinggalah kita menemuinya. Biasanya apabila kita berjumpa dgn org lain dan tertarik dgnnye....dan anda tidak bertepuk sebelah tangan....
wah......... hanni, tahniah akak ucapkan pd hanni. satu lg novel yg amat berkesan dan menyentuh perasaan seorang isteri. lelaki jenis mcm ni ialah yg lupa diri mmg tak blh kasi chance. kesian idayu........
suke sagt idayu..so sweeet n baek..dont think hisham deserve her!!apela ada kt maisara 2!!!congrats 2 pnulis coz da buat i rase x puas ati n geram sesesagt ngan hisham 2!!hope idayu 2 baek.. sori terlbh emo.. -princess emo=)
hisham.. jahatnyer dia.. wat la watak laki lain.. ble beat hisham yg poyo a.k.a tak reti bersyukur tu.. asal bc citer asyik laki jek yg untung, pompuan asyik derita.. sakit plak hati nie... sori angin meroyan dah smpai.. hehehe
ishh..sakit ati btol ngan hisyam tu.. lelaki cam tu la, x reti nk bsyukur, geram btol... dh dpt isteri baik pon cari len lgi.. huhu..lelebih plk kasi komen.. pape pon, cite ni mmg best..
bla bce crita ni, sedey je... rsa nk ngis bla mngenangkan nsib si idayu 2... benci tul hisyam!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
trust me..LELAKI bila dia dah buat salah especially being unfaithful 2 a relationship mmg dia mesra lebih to cover up. i've been through it... n it was painful... -BYLLA-