Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Semua permohonan sudah ku isi, tinggal menunggu jawapannya sahaja lagi. Mudah-mudahan adalah rezekiku nanti. Selepas selesai mengemas rumah yang berselerak dibuat anak-anak saudara yang nakal-nakal itu, aku menemani emak ke pasar pula. Barangan dapur sudah banyak yang kurang. Dari satu meja, emak berpindah ke meja lain yang sedia menawarkan beberapa jenis ikan segar dari laut dan sungai. Aku sekadar menurut di belakang membawa bakul tetapi menyedari emak memang memerlukan masa untuk membuat pilihan, kami berpisah arah. Aku melihat-lihat di bahagian buah-buahan. Ruangan yang paling aku sukai dari kecil lagi. Berbanding Ika, aku memang suka benar kalau diajak ke pasar kerana aku akan diberi kepercayaan untuk memilih barang makanan yang aku suka selain boleh membeli buah anggur yang segar dan manis. "Buah tembikai ni baru aje sampai, belilah." Pujuk seorang lelaki hampir sebaya abang long. Buah yang ditunjukkan padaku memang besar tetapi apabila ku ketuk-ketuk sedikit ternyata ia tidaklah sebaik yang didakwa si penjual. Isinya tentu tawar. "Betik ni abang jual macam mana?." Dia yang sibuk membelek-belek buah tembikai cepat menoleh. "Saya timbang dululah ya. Sekilo lima ringgit aje." Aku melihat dia pantas mencapai buah betik yang sudah masak ranum lalu diletakkannya di atas piring penimbang. Melihat beratnya yang tidak pun mencecah setengah kilo, aku terus memasang niat untuk membelinya. Setakat berdua dengan emak, tak boleh beli yang besar-besar. Tak habis. Membazir aje sudahnya. "Tak sampai setengah kilo tu, bang. Dua ringgit cukuplah ya." Tawarku penuh harapan. Takkanlah beberapa sen itu pun hendak berkira juga. Dia ketawa sambil menggaru kepala. "Hmm..." "Alah, bang. Bolehlah, sikit aje tu." "Macam mana ya?." Eh, susahnya dia nak buat jariah. Tak sampai lima puluh sen pun dia berfikir sampai nak pecah kepala tapi kenapa aku memaksa benar? "Tak apalah. Saya bayar ajelah harga yang abang nak." Nanti kalau dia tak ikhlas, sia-sia aku makan makanan tak halal. Dalam serba-salahnya, dia menyatakan harganya cuma RM 2.30. Terus saja ku serahkan jumlah wang seperti yang diminta. Orang tak sanggup nak buat macam mana. Selepas ini, mungkin aku tidak lagi mendatangi mejanya jika hendak mencari buah-buahan. Membeli seikat sayur pucuk paku, seratus gram cili padi dan seketul belacan, aku terus mendapatkan emak yang mula tercari-cari. Di tangannya sudah ada plastik berisi ikan. "Beli buah apa, Nina?." Aku membantu mengangkat plastik di tangannya yang kelihatan berat. Semasa memasukkan barang ke dalam but kereta, emak sudah ternampak buah betik yang ku beli dan dia tidak bertanya lagi. Baru sahaja hendak menghidupkan enjin, baru aku teringat untuk membeli limau kasturi untuk menyediakan sambal belacan. Meminta emak menunggu sebentar, aku terus bergegas masuk kembali ke pasar. Dalam kelam-kabut itu, tanpa sengaja aku hampir terlanggar seseorang. "Ops, sorry." Tanganku yang ku pautkan di bahu lelaki itu di luar sedar cepat saja ku tarik. Baru aku perasan.. "Lah, you Fikri kan?." Dia senyum dan mengangguk. "Pergi mana kelam-kabut sangat ni? Mujur tak terlanggar." "Nak cari limau kasturi. Tadi lupa nak beli, tu yang kelam-kabut." "Eh, tak payahlah pergi cari. Kat laman belakang tu ada. Buahnya pun lebat juga. Nanti I suruh mak petikkan sikit. Nak sikitkah banyak?." Dia nak beri aje? Wah, bagus jugalah. Jimat duit poket sedikit tapi kenalah berpura-pura jual mahal dulu. Nanti dia tahu pula aku memang mengharap juga pelawaannya itu. Aku menggaru kepala perlahan. "Tak apalah, nanti habis pula kasturi mak you. I cari aje." Ketawanya kecil sahaja tetapi seakan hendak mengejek pula. "Okey, kalau nak beli juga pergilah. I offer tapi you tolak pula." Dia terus meminta diri selepas memberitahu dia perlu kembali semula ke pejabat. Alahai, menyesal aku jual mahal. Hish, dia pun takkan tak boleh baca niat sebenar aku?
5
"Mak turun dululah ya. Nina nak pergi farmasi kejap cari ubat selsema. Tak selesa hidung ni." "Iyalah, tapi nanti terus balik. Mak dah nak masak ni, nanti sejuk pula makanan." Aku mengangkat ibu jari tanda akur pada arahannya. Mungkin kerana terkena hujan semasa menjemput emak dari rumah Pak Imam semalam membuatku terus terkena selsema. Memang aku sedikit sensitif kalau bab-bab cuaca ni. Di kedai farmasi Leong, aku terus sahaja membeli ubat yang ku perlukan dan memacu kereta menghala ke rumah semula. Benar seperti katanya, ku lihat emak sudah begitu ralit menyediakan bahan-bahan masakan. Aku pantas menukar pakaian dan turun ke dapur membantu apa yang patut. Saat mencari-cari buah kasturi yang ku beli tadi, alangkah terkejutnya aku mendengar kata emak yang Fikri ada menghantarkan satu bekas berisi kasturi semasa aku ke farmasi tadi. "Kenapa pula dia hantarkan?." Tanyaku sedikit bodoh. Emak memandang dengan kerutan di dahi. Pasti ada sesuatu yang dikatakan Fikri kepada emak tadi. "Bukankah Nina yang minta dia hantarkan? Fikri cakap macam tu kat mak tadi. Betulkah?." Sah, memang lelaki itu menyakitkan hati. Bukankah aku yang malu sekarang. "Tak adalah, mak. Takkan Nina nak meminta-minta pula. Buat malu aje." Emak senyum sekilas. Takkanlah emak tak kenal anaknya yang seorang ini bagaimana. Mana pernah aku meminta-minta seperti itu. "Dah tu, Fikri kelentong mak?." Hai, tak puas hati lagi mak ni rupanya… Soalannya itu ku lengahkan sebentar melihat kuah asam pedas ikan pari di dalam periuk sudah mula menggelegak. Tak sabar rasanya hendak makan. Nasi putih berlaukkan asam pedas ikan pari, sayur pucuk paku masak pedas dengan sambal belacan. Wah… "Nina. Tak dengarkah atau buat-buat tak dengar ni?." "Dengar." Lauk yang sudah selesai dimasak itu ku masukkan ke dalam mangkuk kaca dan ku letakkan di atas meja makan. "Tadi waktu Nina nak pergi cari kasturi ni, Nina terjumpa dia. Dia cakap kat rumah dia banyak jadi Nina boleh minta aje. Nina cakaplah tak nak." "Kenapa tak nak?." Aku sengih saja. "Pura-pura aje tu mak tapi dia betul-betul anggap Nina tak nak pula. Tapi ni dia hantarkan pula." Selepas itu, emak sudah tidak bertanya apa-apa lagi. Dia meneruskan kerjanya memotong timun untuk dimakan bersama sambal belacan nanti. Melihat sudah tiada apa boleh ku lakukan lagi, aku meminta diri naik ke bilik di tingkat atas.
Deringan telefon yang tak berhenti-henti di ruang tamu memaksaku segera bangun. Emak tidak kelihatan di bawah. Mungkin saja dia sedang menunaikan solat asar di bilik. "Hello." "Hello. Iya?." Suara itu macam pernah ku dengar tapi tak pasti pula siapa orangnya. "Ninakah tu? Nenek ni dari kampung." Sah, patutlah macam kenal aje. "Iya, nek. Nina cakap ni. Ada apa nek?." Aku tidak membuang waktu hingga terlupa bertanya khabar orang tua itu. Pasti dia marah dalam hatinya.. Berbual hampir sepuluh minit dengannya, dia meminta izin meletak gagang terlebih dahulu kerana anaknya sedang menunggu di dalam kereta. Entah apa mimpinya, dia berkirim salam pada emak. Ku iyakan saja bahawa salamnya itu akan ku sampaikan. Melihat jam sudah merangkak meninggalkan angka lima, aku merebahkan tubuh di sofa terus mencapai alat kawalan jauh televisyen. Mencari-cari saluran yang ada menayangkan cerita barat dan akhirnya saluran AXN yang ku jadikan pilihan. Cerita-cerita seperti Crime Scene Investigation ini memang patut mendapat pujian. Ianya tidaklah banyak menayangkan babak-babak romantis semata-mata dan yang lebih penting isi penyiasatan mereka yang sangat berkualiti hinggakan tidak terasa pula mereka cumalah pelakon. Semasa di bangku sekolah dulu, guru biologiku memang menyarankan kami menonton cerita fiksyen sains seperti ini berbanding cerita entah apa-apa itu semua. "Siapa yang telefon?." Tidak ku sedar bila munculnya emak di sofa yang bertentangan. Ku lihat dia masih lagi menyarung telekung. "Nenek. Dia kirim salam pada mak." Walau mata ini halanya ke televisyen tetapi dapat ku perhatikan reaksinya yang seperti terkejut. Aku berdehem beberapa kali sebelum mengalihkan pandangan kepadanya. "Tak nak jawabkah? Berdosa tau." Lembut dan perlahan suaraku. Bibirnya bergerak-gerak beberapa detik sebelum bertanya sahaja tujuan sebenar nenek menghubungi ke mari. "Dia ingatkan Nina aje. Jangan lupa pula jaga rumah dia. Kalau boleh dia nak Nina datang lusa sebab sehari lepas tu dia dah nak ke KL." "Bertolak bila ke Mekah?." Alhamdulillah, prihatin juga emak pada orang tua itu. "Minggu depan baru pergi tapi sengaja datang awal ke KL ni. Duduk rumah Pak Lang." "Jadi Nina nak pergi sana bila? Lusa ni juga?." Gelenganku melegakannya. Kasihan juga emak nanti bersendirian. Hendak ku suruh Abang Long, jangan haraplah isterinya yang sombong itu setuju. Katanya dia tidak selesa tinggal di rumah teres seperti ini. Mengada benar mengalahkan puteri raja lagaknya. Ika juga tak mungkin mahu kerana jarak rumah ini dengan tempat kerja mereka suami isteri agak jauh. Tentulah mereka takut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pula. "Nina cakap dua hari selepas dia ke KL baru Nina pergi jaga rumah dia. Kenalah dia setuju aje sebab Nina aje yang sanggup ikut arahan dia."
6
Emak membantuku mengemas pakaian selepas sahaja kami selesai makan malam. Dari raut wajahnya yang sentiasa tenang itu dapat ku rasakan ada sesuatu berada dalam fikirannya. Namun sengaja aku tidak bertanya apa-apa. Pelbagai pesanan dan nasihat emak padaku. Jangan itu, jangan ini. buat itu kena fikir dulu, buat ini pun kena fikir juga. Aku menadah saja telinga mendengarnya. "Nenek tentu risau rumah dia tu kena rompak. Maknanya ada banyaklah barang mahal kat dalam tu." Itu yang terlintas di fikiran ini melihatkan kesungguhan nenek hingga sanggup menyuruhku datang ke sana. "Macam-macam ajelah Nina ni." Tepukan emak di pehaku membuat tawaku meletus kuat. "Habis tu, takkan beriya sangat pula." "Dah jalan dekat nak sebulan, takkan biar aje rumah macam tu. Mak pun akan buat perkara yang sama kalau mak kena pergi lama-lama." "Tapi kan mak.." Emak menggeleng. Dia lantas keluar sebaik sahaja semua pakaianku selesai dilipatnya. Baik juga hati emak. Walau marah macam mana pun pada sesiapa dia tidak sesekali akan mengata orang tersebut di belakangnya. Kenapalah sifatnya yang satu itu tidak aku warisi. Hampir dua jam barulah segala-galanya siap berkemas. Tidak lupa sepasang baju melayu arwah ayah yang berada dalam simpananku ku sisipkan ke dalam beg. Buat penawar bila kerinduan. Semasa merebahkan tubuh di atas katil, tiba-tiba sahaja aku teringin untuk tidur bersama emak. Lama aku memikirkan kewajaran tindakanku itu dan akhirnya ku angkut selimut dan bantal peluk menuju ke bilik tidur utama. Emak yang terkejut pada mulanya akhirnya membuka pintu lebih luas. Memberiku ruang untuk masuk.
Mungkin kerana ingin berpergian selama dua minggu meninggalkan emak bersendirian, susah benar mata ini hendak terlelap. Puas ku kalihkan tubuh ke kiri dan ke kanan tetapi sebaik sahaja tangan emak memeluk pinggangku, Alhamdulillah mata ini terus menjadi berat. "Macam mana mak nak tinggal sorang-sorang di sini kalau mak tahu anak mak ni tambah susah nak tidur di tempat baru." Setitis air mata yang tiba-tiba tumpah terus menyegarkan mata. Wajah emak ku renung dalam kelam cahaya malam. Perlahan-lahan pipinya ku usap walau hati sendiri sudah mula berbolak-balik. Ketika aku masih belajar di luar negara dulu aku lebih manja dengan arwah ayah berbanding emak. Tetapi pemergian arwah ternyata membawa perubahan besar dalam hidup ini. Aku menyambung pengajian di kampus tempatan demi kasihku pada emak yang kehilangan teman hidupnya membuatkan kami menjadi dekat dan rapat hingga diusik Abang Long dan Ika, aku seolah kembali menjadi anak kecil emak yang manja benar. "Nanti Nina call mak tiap hari. Mak kena jaga diri selalu. Nanti Nina cakap kat Mak Mah, minta dia tolong tengok-tengokkan mak." Pujukku pula mengundang senyuman di bibir emak. "Nina tu yang kena jaga diri sebab Nina tu anak dara lagi." "Tak kiralah anak dara kah, mak dara…" Sekali ini emak pula mengusap pipiku dengan lembut. Rambutku turut disentuhnya penuh kasih-sayang. "Tidurlah…" Ya, malam ini setelah berbelas tahun aku kembali tidur di dalam pelukan emak. Emak tetap ku sayang!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan