Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelas hari itu berkahir pada jam 2.00 petang, agak lewat sedikit daripada biasa, kerana Guru Matematikku, Cik Rihana menghabiskan 'syllibus' pelajaran untuk Bab 5. Selalunya selepas waktu sekolah, aku akan menyambung belajar di dalam kelas atau perpustakaan bersama Sharmila kerana bosan tinggal di rumah seorang diri. Mama dan papa pula biasanya lewat petang baru pulang dari tempat kerja.
"Aryanna, maaf. Saya tak dapat 'study' dengan awak hari ini sebab saya nak keluar dengan ibu saya lepas ni. Dia ajak saya temankan dia beli barang."kata Sharmila sambil mengemas beg sekolahnya dan bangun untuk pergi.
"Oh, it's ok. Nanti kirim salam kat ibu awak ye. Bye Mila."aku membalas sambil melambaikan tangan kepadanya.
"Bye Yanna.Jaga diri baik-baik ok."kata Sharmila sambil membalas lambaianku dan keluar dari kelas.
Aku meneruskan belajar di dalam kelas sahaja. Rasa malas mahu ke perpustakaan hari itu. Aku membuka jadual belajarku.
"Ya, hari ini mesti 'study' dan habiskan Kimia Bab 6. Go go Yanna!!"aku berkata agak kuat memberi semangat kepada diriku sendiri.
"Hai, bersemangat nampak cik adik kita ni."tegur seorang lelaki yang macam aku biasa dengar suaranya. Terkejut aku dibuatnya. Malu pun ada juga.
"Lah, mangkuk ni ke." aku berkata di dalam hati.
Haiqal tercegat di muka pintu kelasku sambil tersengih macam kerang busuk. Entah apa yang dimahukannya kali ini aku pun tidak tahu. Waktu sekarng tidak balik-balik lagi. Mengintip aku ke apa. Ke nak mengganggu aku lagi. Aku membalas dengan senyuman yang kelat. Aku buat-buat tidak perasan akan kehadirannya.
"Malas aku nak layan mamat ni."desis hatiku.
"Cik Arryanna Shaheera, saya nak minta tolong sikit kat awak boleh tak."tanya Haiqal sambil menarik kerusi duduk di sebelah mejaku.
"Mamat ni aku jemput pun tidak, ikut suka dia aje nak duduk sebelah aku."aku mengutuk Haiqal di dalam hati.
"Awak nak minta tolong apa?Ke awak nak bagi katak lagi kat saya."aku menyindirnya. Haiqal ketawa geli hati. Seronok dia mentertawakan aku. Meluat pula aku rasa.
"Saya, minta maaf pasal hari tu. Saya janji tak buat macam tu lagi pada awak."Haiqal berkata sambil mengangkat tangan tanda berjanji. Aku cuma berdiam diri. Tiada perasaan mahu melayan Haiqal. Banyak lagi kerja yang perlu aku lakukan.
"Awak, saya nak minta tolong awak ajar saya. Saya lemah banyak subjek. Asyik kantoi aje. Awak kesiankan saya kan. Tolong ajar saya saya ye."Haiqal meminta dengan nada memujuk.
Entah apa mimpi mamat ni nak belajar pula. Aku dengar cerita daripada kawan-kawan aku, muka dia ni tak pernah sekali pun nampak pegang buku. Boleh dikira dengan jari berapa kali yang dia lulus 'exam'. Dah buang tabiat kot mamat ni. Aku mengomel dalam hati.
"Awak, saya bercakap dengan awak ni. Bukan bercakap dengan dinding Boleh tak. Kalau awak tolong saya, awak cakap aje awak nak apa, saya janji saya akan tunaikan."kata Haiqal bersungguh-sungguh.
"Macam mana aku nak larikan diri dari dia ni. Aku tak mahu terlibat dengan hidup dia. Aku nak jawab apa ni."aku meraung sendirian di dalam hati.
"Ok, fine. Awak sanggup bagi apa-apa aje kan? Saya nak awak melutut depan saya sekarang juga dan minta maaf pada saya."aku saja menduga Haiqal.
Aku tahu dia tidak akan sanggup berbuat begitu. Aku percaya orang yang egonya setinggi Haiqal akan mengalah dan keluar dari bilik itu waktu itu juga. Itulah niatku berkata begitu, dengan harapan dapat melarikan diri daripadanya.
"Hmm. Itu saja permintaan awak? Fine." Haiqal menjawab.
Dia bangun dari tempat duduknya dan duduk melutut ke arahku. Aku terpaku dan tidak percaya sama sekali. Biar betul mamat ni. Bergurau ke apa dia ni.
"Saya minta maaf atas segala yang saya dah lakukan pada awak. Saya berjanji sekali lagi yang saya tak akan buat begitu dan akan layan awak sebaik-baiknya. Ini kali pertama saya buat begini kepada perempuan. Saya harap awak akan menerima saya sebagai kawan dan 'student' awak."kata Haiqal sambil memandang ikhlas ke arahku.
Melihat bersungguh-sungguh sebegitu, tidak sanggup pula aku katakan tidak. Mungkin dia benar-benar serius mahu belajar. Mungkin dia sudah berubah. Tak salah aku membantu orang yang memerlukan bantuan. Lagipun, ustazah aku pernah kata, ilmu kita akan bertambah berkat kalau kita berkongsi pengetahuan yang kita ada dengan orang lain.
"Hmm.Baiklah. Kalau awak betul-betul serius mahu belajar, saya akan tolong awak. Setiap hari lepas waktu sekolah awak pergi 'library' dan saya akan tunggu awak di sana."aku berkata kepada Haiqal.
"Baik cikgu."kata Haiqal sambil tersenyum lebar.
"Awak, lagi satu, if you don't mind can I call you Eera?"Haiqal meminta persetujuanku.
"I don't mind, janji awak tak panggil saya puteri katak lagi pun dah cukup."aku membalas sambil tersenyum. Haiqal membalas senyumanku diiringi ketawa kecil.
oh, best jugak tapi nama asyik letak pendek- pendek? senang buat cerpen aja lah... ok bubye
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Sori sbb part yg ni pun agak pendek sket. Insyallah part yg seterusnya sy akn letak pnjg2 sket utk anda semua..teruskan mmbaca..=)