Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sayang, happy birthday yang ke-17!!!" kata Papa Joe dan Mama Linaku sambil keluar dari bilik dengan membawa kek. Aku berasa sedikit terkejut dengan \'surprise\' yang mereka lakukan pagi itu. Mereka menyanyikan lagu hari jadi untukku dan masing-masing mencium pipiku.
"Dah besar anak mama dan papa ni.Makin lawa."kata mama kepadaku sambil tersenyum pada papa.
Aku membalas senyuman mereka dan berasa teramat gembira kerana mereka tidak pernah melupakan hari lahir aku. Walaupun aku bukanlah anak kandung mereka tetapi aku tidak pernah berasa sunyi dan tersisih kerana mereka melayaniku bagai menatang minyak yang penuh. Tidak sekalipun aku pernah merasakan kekurangan kasih sayang insan yang bergelar bapa dan ibu. Mereka melayaniku dengan amat baik sekali.
Aku telah lama kehilangan ibu bapaku, sejak aku dilahirkan. Aku sendiri tak pernah melihat wajah mereka melainkan satu-satunya gambar yang masih ada di atas meja belajarku. Gambar itulah yang menjadi tatapanku di kala aku merindukan mereka. Kata Mama Lina, ibu dan bapaku pergi akibat kemalangan. Mereka mengalami kemalangan semasa ayah mahu menghantar ibu ke hospital sewaktu ibu sedang sarat mengandungkanku. Disebabkan kecederaan yang agak parah, mereka tidak dapat diselamatkan. Hanya aku sahaja yang ditakdirkan dapat meneruskan kehidupan ini tanpa kehadiran ibu dan ayah di sisiku.
Mama Lina dan Papa Joe, yang juga kawan baik ibu dan ayah mengambilku sebagai anak angkat mereka. Kebetulan, mereka tidak dikurniakan anak kerana Mama Lina mengalami masalah rahim. Kata Mama Lina rupaku saling tak tumpah seperti arwah ibuku. Hidungku pula mancung seperti arwah bapaku. Aku sungguh bertuah kerana ada insan yang sudi memeliharaku sehingga ke saat ini. Aku amat terhutang budi kepada mama dan papa. Aku tahu yang akulah satu-satunya harapan mereka, harta yang mereka ada, jadi disebabkan itulah aku tidak sanggup melukakan hati mereka dan aku bertekad mahu belajar bersungguh-sungguh serta membanggakan mereka. Aku memotong sedikit kek, dan menyuapkannya ke dalam mulut Mama Lina dan Papa Joe.
"Terima kasih mama, terima kasih papa .Gembira sangat jadi anak mama dan papa."aku berkata sambil memeluk mereka. Rasa sayu hatiku mengenangkan betapa mulia hati mama dan papa.Mereka membalas pelukanku.
Pagi itu aku pergi ke sekolah seperti biasa. Hari yang agak mendung pagi itu memberi tanda yang hujan akan turun bila-bila masa. Aku meletakkan basikal \'pink\' kesayanganku di tempat letak basikal dan terus menuju ke kelas. Setibanya di kelas, aku meletakkan buku yang aku pegang di dalam meja. Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu di dalam mejaku. Aku pun mengambil barang itu dan melihat ada sebuah kotak yang dibalut dengan pembalut berwarna hijau cair dan amat kemas balutannya. Di atasnya ada sekeping kad yang berbunyi:
"Buat puteri kesayanganku. Daripada Mr. Q".
Beberapa orang kawan-kawan kelasku yang ternampak aku memegang hadiah itu dapat mengagak hari itu adalah hari istimewaku. Mereka juga turut mengucapkan selamat kepadaku. Mereka meminta aku membuka hadiah yang aku terima itu.
"Tapi betul ke hadiah ni untuk aku. Mungkin orang yang bagi ni tersilap hantar kot."aku mengagak. Pelik juga aku, sebelum ini pernah juga ada lelaki yang memberi hadiah kepada aku, tetapi tidak pernah pula berahsia begini. Nama pengirim pun tidak ditulis. Siapa Mr. Q?
"Alah, betul la tu. Siapa lagi hari jadi dia hari ini. Kau seorang aje la.Mesti \'secret admire kau lah tue.."kata Firdaus, pelajar yang paling bijak di dalam kelasku.
Aku pun menuruti permintaan mereka, aku pun membuka perlahan-lahan satu demi satu balutan yang dibalut pada kotak itu. Aku membuka penutup kotak itu.
"Aaahhhhhhh!!!!"aku terjerit kuat. Begitu juga kawan-kawanku yang berada di situ. Seekor katak melompat keluar dari kotak itu. Aku hampir-hampir menangis kerana terkejut dan malu dengan kawan-kawanku.
Aku berasa sedih sekali, entah siapa yang bencikan aku sampai sanggup buat begitu pada hari jadi aku. Aku terus berlari ke \'toilet\' dan menangis sepuas-puasnya di situ. Inilah kenangan yang paling teruk dan tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku berazam untuk mencari orang yang mengenakan aku untuk memberi pengajaran kepadanya.
Bila perasaan aku sudah kembali tenang aku berjalan semula balik ke kelas. Semasa menuju ke kelasku, aku ternampak Haiqal bersama-sama kawannya menungguku di depan kelas mereka.
"Puteri katak!!"Haiqal mengejekku.
Kawan-kawannya semua ketawa terbahak-bahak. Sekarang aku sudah tau angkara siapa. Kalau bukan mereka yang beri hadiah itu bagaimana mereka boleh tahu tentang kejadian yang memalukan aku sebentar tadi. Mungkin mereka mahu membalas dendam kepadaku disebabkan aku menampar pipi Haiqal minggu lepas. Aku pergi mendapatkan Haiqal dan kawan-kawannya.
"Kau orang ni kenapa hah??!!!"aku memang betul-betul marah kali ini.
"Comel la muka cik adik tengah marah. Jangan marah-marah macam ni, nanti cepat tua.."Haiqal mengusik sambil tersengih.
"Awak dah puas hati kan dapat buat macam ni dekat saya. So, lepas ni jangan ganggu saya lagi faham!!!" hati aku begitu panas menahan marah.
Pelajar-pelajar di dalam kelasnya memberi perhatian terhadap pergaduhan aku dengan Haiqal. Mereka kelihatan pelik, mugkin tidak pernah melihat aku marah pelajar lain sebegini rupa sebelum ini.Tetapi Haiqal yang gila itu telah membuatkan aku hilang sabar. Kalau nak diikutkan hati aku, mahu saja aku tumbuk muka Haiqal yang ala-ala Fahrin Ahmad ni. Biar hilang kehenseman dia kena penumbuk sulung aku.
Tapi aku masih boleh bersabar. Cukuplah setakat itu. Aku tidak mahu menimbulkan masalah disiplin. Biarlah dia menang, janji lepas ini dia tak ganggu aku lagi. Aku pun tak tahu kenapa perempuan-perampuan di sekolah ini tergila-gilakannya. Muka hensem perangai buruk nak buat apa.
"Ahh!! Yang penting aku bukan salah seorang dari perempuan-perempuan tu semua. Bagi dia free kat aku pun aku tak mahu."aku mengomel sendirian.
Aku pun meninggalkan mereka dengan marah yang masih bersisa.
aikk???macam pernah baca je part nih...tapi tajuk lain...ciplak ek??tapi tau lah betul ke tidak...rasanya dah pernah baca..lupalah pulak tajuk dia...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pendek sangat lah sambungan nye..pe pun.cpt smbung ye..