Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Nurul Aryanna Shaheera!!Awak tolong saya bawa pelajar ni ke bilik guru disiplin." Cikgu Salmah meminta pertolonganku sewaktu aku berjalan hendak masuk ke kelas.
Sebagai seorang ketua pengawas, aku memang bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang melibatkan disiplin pelajar-pelajar di sekolahku. Aku tidak boleh metutup sebelah mata atau tidak adil dalam menjalankan tugas walaupun terhadap kawan baikku sendiri. Lebih-lebih lagi ini tahun terakhir aku di sekolah ini kerana aku akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi, jadi sepanjang aku memegang jawatan ini, aku mahu meninggalkan sekolah kesayanganku ini dengan nama yang baik.
"Kenapa ni cikgu?" aku tertanya-tanya apakah kesalahan budak lelaki itu. Budak lelaki yang bukan saja aku malah satu sekolah mengenalinya. Siapa yang tidak mengenali Tengku Danish Haiqal bin Dato' Tengku Amir, anak ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.Walaupun dia pelajar baru di situ, bukan ini kali pertama dia dibawa berjumpa guru disiplin, sudah berkali-kali, malah kali ini mungkin kali yang kesepuluh barangkali. Tapi disebabkan ayahnya orang yang dihormati, tidak hairanlah masih ramai yang mahu berkawan dengannya walaupun dia selalu menghadapi masalah disiplin.
"Saya tangkap dia hisap rokok di dalam tandas. Jadi saya nak awak bawa dia jumpa cikgu disiplin sekarang juga."terang Cikgu Salmah yang juga cikgu bahasa di kelasku.
"Oh, baiklah cikgu."aku beredar tanpa banyak bicara dan terus membawa Haiqal berjumpa Cikgu Roslan, cikgu disiplin sekolah kami.
"Awak, awak ada masalah ke?Maaf kalau saya menyibuk hal awak, cuma saya rasa kalau awak ada masalah awak tak patut buat macam ni." aku menegur Haiqal dengan niat yang baik semasa dalam perjalanan ke bilik guru.
"Kau nak sibuk apa??Kau buat aje kerja kau. Semua orang dalam sekolah ni nak menyibuk pasal aku. Kau ingat kau ketua pengawas kau boleh nak halang apa yang aku buat!!?"herdik lelaki itu ke arahku.
"Kalau awak rasa awak tu betul sangat, ok fine, go on with your own life!! Orang macam awak ni memang tak pernah fikir pasal harapan parent awak. Mereka nak awak jadi orang yang berjaya. Bukan macam apa yang awak tengah buat sekarang ni. Hancur harapan mereka kalau tengok awak macam ni!!" aku membalas dengan agak kuat.
Beberapa orang pelajar lelaki memandang kami, mungkin pergaduhan kami menjadi perhatian mereka. Aku terus beredar dari situ, aku membiarkan dia di depan bilik guru. Tak sanggup lagi aku nak memandang muka lelaki yang mengherdik aku sedemikian rupa. Niat aku baik untuk menyedarkannya. Tapi aku pula yang dikatakan penyibuk!
Pagi itu aku bertugas seorang diri untuk mengawasi bahagian kantin untuk memastikan pelajar-pelajar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ramai juga pelajar pada waktu itu yang sedang bersarapan dan tak kurang juga ada yang melepak. Aku biasanya sudah bersarapan di rumah, kerana tugas aku sebagai pengawas memerlukan aku memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugasku semasa di sekolah. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekumpulan pelajar yang sedang duduk berhampiran dengan kantin yang memerhatikanku. Kemudian mereka berbisik-bisik dan ketawa. Ya, aku kenal salah seorang daripada mereka. Seorang pelajar yang menyebabkan aku berasa tercabar kerana sikapnya yang tidak menghormatiku sebagai ketua, pelajar yang merasakan dirinya terlalu bagus disebabkan dia anak orang berada dan pelajar yang sering membuat masalah disiplin di sekolahku. Melihat mukanya sahaja aku sudah meluat. Aku memandang ke arah lain, rasa loya memandang orang yang bernama Haiqal itu.
"Hai cik adik manis, tengah tunggu siapa. Tunggu abang Haiqal ye."Haiqal mengusikku. Entah sejak bila dia datang berdiri di belakangku pun aku tidak tahu.
"Ha ha ha ha!!!"kedengaran gelak tawa kawan-kawannya di tempat duduk asal mereka tadi.
"Awak nak apa??"aku bertanya kepada Haiqal dengan nada yang agak meluat.
"Abang nak cik adik manis la.."dia mengusik lagi dengan nada menggoda.
Kali ini kedengaran gelak tawa kawan-kawannya lebih kuat dari tadi. Naik meluat aku melihat mereka. Hati aku turut berasa panas. Mereka fikir aku ni bahan lawak mereka ke apa.
"Cik adik, jawablah. Malam ni abang datang ambil cik adik kat rumah ye. Kita pergi 'enjoy' nak tak?" kata Haiqal lagi yang tersenyum-senyum macam kerang busuk.
Pecah derai lagi gelak tawa rakan-rakannya. Kali ini kesabaran aku sudah melebihi tahap maksimum. Mereka betul-betul sudah menguji kesabaranku. Mereka langsung tidak hormatkan aku sebagai ketua mereka. Mereka fikir aku ni perempuan murahan yang senang nak dibawa berhibur ke mana-mana mengikut kehendak mereka.
Panngg!!!! Aku menampar muka Haiqal. Mereka terus senyap tidak berkata apa-apa lagi. Aku tengok muka Haiqal yang putih bersih itu merah terkena habuan lima jariku. Aku tak peduli apa yang mereka akan lakukan pada aku selepas ini. Yang penting, hati aku betul-betul puas-puas. Mereka yang cari pasal dengan aku dulu, aku cuma bagi pengajaran supaya mereka tidak mengulangi perkara itu lagi. Aku beredar meninggalkan mereka dan masuk ke dalam kelas dengan hati yang puas.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm menarik..cepat smbung ye..