Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Satu persatu kulit kelapa tua dicampakkan ke dalam lubang yang dikoreknya dalam sendiri dibelakang rumahnya, supaya nanti senang hendak timbus balik selepas membakarnya. Dicarit-caritnya dan mengupas kulit kelapa untuk tujuan isterinya Dibah buat masak lauk dan kuih muih untuk dijual nanti. Selebihnya pula boleh dibuat lauk untuk makan anak beranak. Berpeluh-peluh Omar menyusun kelapa yang sudah dikupas didalam kereta sorong ditepi reban ayam. Nanti senang dia hendak membawa masuk ke tepi telaga didapurya nanti. Anaknya Natasha boleh Bantu ibunya dengan cepat memerah santan dengan kekuda yang dipasang oleh Omar sendiri. Kalau tidak Natasha anaknya yang bongsu itu siapa lagi hendak membantu mereka, anak-anak yang lain Noriyah, Norseah dan Muda pula sudah mendirikan rumah tangga. Mereka semua sudah tentu sibuk dengan keluarga mereka sendiri. Hanya jarang-jarang mereka datang membantu itupun kalau ada kesempatan.
Hari-hari minggu berginilah dia hendak mengupas kelapa dan membersihkan laman rumahnya. Sekiranya tidak dibuat waktu-waktu bergini sudah tentu laman rumahnya bersarang dengan anak ular. Biawak pula sukalah datang bertandang ke reban ayam untuk mencari telur ayam dan anak-anak ayam yang baru menetas untuk dimakannya. Hari-hari lain dia terpaksa menjaga sekolah rendah dan membersihkan kebun bunga disekitar halaman sekolah. Sabut kelapa yang dikupas dari buahnya dikuis-kuis dengan kakinya sehingga jatuh ke dalam lubang tempat pembakaran sampah.
Omar melihat ada orang datang menuju ke rumahnya. Dia sudah tahu siapa, cara gaya lenggangnyapun sudah tahu. Tetapi malas hendak dibuat menegurnya, nanti jadi lain pula. Sekali tegur orang itu didalam pula tidak menegurnya nanti. Biarlah orang itu berlalu tanpa disapanya. Omar sengaja menyibukkan dirinya mengupas dan menyusun kelapa tua yang baru dijoloknya dari pokok kelapa dalam pagar rumahnya itu. bertandan-tandan jatuh terjelepuk ke atas tanah selepas dijolok. Jarang-jarang terdapat kelapa muda luruh menimpa tanah. Boleh nanti Dibah buat lempeng kelapa muda. Dibah pandai buat lempeng. Lagi-lagi kalau air kelapa itu dibuat air bandung kelapa muda. Makan lempeng dibawah pokok mangga yang ditanam Dibah yang sedang rendang ditepi rumahnya sambil berbual-bual anak beranak. Seronok menikmati angin yang sedang sepoi-sepoi bahasa menyapa badan.
Anak-anaknya suka makan isi kelapa muda lagi-lagi Natasha, hantu budak itu dengan isi kelapa ini. Lalu Omar mengoncang-goncangkan kelapa muda itu. Air didalamnya kedengaran sedang berkocak. Tandanya boleh diambil airnya dan dimakan isinya. Sekali-sekali tangannya mengesat peluh yang turun mencurah-curah ke muka. Berderap bunyi daun kering pecah akibat dipijak. Derapan itu semakin kuat kedengaran hingga mendekatinya. Omar masih memekakkan telinganya dan memandang jauh ke bukit Peraksi yang bertentangan dengan belakang rumahnya itu.
"abang Omar, oii abang Omar..sombongnya.. minah datang abang Omar buat tak tahu sahaja. Maklumlah Minah ni janda, siapalah nak dekat Minah lagi" tegur Minah sambil berjalan menuju kearah Omar.
"abang Omar….." Panggil Minah dengan manja. Tangannya memulas-mulas selendang yang diletakkan diatas bahunya. Minah memanggilnya berulang-ulang kali sehingga Omar berpaling. Omar terpaksa berpaling juga akhirnya kebelakang melihat Minah tercegat sejak dari awal dia datang menyapa. Telinganya sudah mula naik panas mendengar suara Minah. Tetapi dia menahannya juga. Apa pula kata orang nanti, kalau buat sombong dibenci orang pula.
"minah…datang dari mana ni?" soal Omar. Dia bangun setentang dengan Minah.
"dari rumah Minahlah..ish abang Omar ni buat-buat Tanya pula…m, Minah datang ni nak minta kelapa. Boleh ke?" jelas Minah yang masih tercegat dihadapan Omar. Dia sedikit mengelak kebawah pokok mata kucing yang sedang naik meninggi itu kerana matanya terkena simbahan cahaya matahari yang sedang semakin membahang.
"ambillah..berapa kamu nak, aku tidak marah" ujar Omar. Lalu dia duduk di atas batang pokok kelapa yang tumbang. Berhenti lelah sambil melihat Minah mengambil kelapa dihadapannya. Batang pokok kelapa itu sengaja ditumbangkannya beberapa bulan yang lalu. Tujuan mengambil ubunya untuk dibuat gulai kawah untuk meraikan perkahwinan Noriah anak ketiganya dengan orang Jertih. Merah muka Omar menahan lelah disebalik bayang pokok kelapa dibelakang rebannya.
"Minah ambil ye kelapa ini abang Omar…Minah nak menyusul ni.. terima kasih" ujar Minah sambil berlalu membawa kelapa tua yang belum dikupas untuk dibawa balik ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah Omar itu.
"sudah mahu balik ke? Tidak mahu berjumpa dengan kakak kamu dahulu?" Pelawa Omar sayup-sayup kedengaran dari belakang hinggap ke cuping telinga Minah. Suara seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah membuatkan hatinya tertawan. Minah sanggup bergaduh dengan Dibah kerana sepupunya itu sehinggalah ada orang datang masuk meminangnya selepas itu.
"takpalah abang Omar, Minah nak cepat ni. Anak Nah Taufik ada dekat rumah. Nah nak masak sedap-sedap untuk dia" ujar Minah. Dia berpaling sedikit melihat Omar.
"oh..bila Taufik balik? Jemputlah datang kerumah.." pelawa Omar lagi. Mendengar anak saudaranya pulang kekampung selepas beberapa bulan berada dilaut menjadi tentera laut.
"yelah..nanti Nah bagitahu"beritahu Minah kembali sambil berlalu dengan senyuman.
Omar bingkas bangun dari atas batang kelapa tadi. Kain tuala yang sudah lusuh sedang tersangkut di atas alat mengupas kulit kelapa yang dibuatnya sendiri itu dicapainya. Peluh yang masih berembun diatas kulitnya itu dilap-lap sehingga kering. Lalu membawa kelapa yang sudah dikupas dalam kereta sorong itu ditolaknya ke tepi telaga didapurnya.
Keletangggg!!!tengg!!bunyi besi yang berlaga antara satu sama lain dari arah dapur. Terperanjat Omar mendengar sudip berlaga dengan pintu dapurnya dengan kuat. Bagai hendak luruh jantungnya itu. Lepas itu tiba-tiba terdengar suara orang sedang menangis teresak-esak.
Bergegas Natasya berlari menerpa kepintu dapur. Dilihatnya sedikit nasi dagang tumpah bertaburan di atas simen dan sudip bekas menguis mengharung nasi dagang itu melantun jatuh ke bawah meja. Nasi dagang itulah yang banyak memberi jasa kepada kami sekeluarga. Setiap pagi ibu akan bangun awal. Sebelum subuh membasuh beras nasi dagang dan mengadun kuih untuk dimasak. Seterusnya dibawa ke kantin sekolah rendah untuk dijual pula. Telingannya dibuka luas untuk mendengar apa yang sedang berlaku. Tidak berani untuk dia ke bawah melihat apa yang sedang berlaku sebenarnya. Rupanya ibunya Dibah bertengkar dengan ayahnya Omar didapur. Kasihan melihat ayah di marahi ibu. Ayah biarkan sahaja ibunya membebel.
"Sampai hati abang Omar buat Dibah macam ni.."ujar Dibah tersedu-sedu. Ditarik sedikit kain sarung yang dipakainya lalu mengesat air matanya yang mengalir kepipi.
"apa yang abang Omar buat, cuba Dibah bagitahu?"soal Omar dengan lembut. Urat matanya kelihatan sedikit merah kerana sedih melihat isterinya Dibah tiba-tiba sahaja memarahinya.
"Abang Omar jangan nak tipu Dibah, Dibah nampak abang Omar dengan Minah kat belakang rumah tadi" Jelas Dibah. Kadang-kadang dia rasa tidak sampai hati untuk memarahi suaminya. Tapi kerana tidak tahan melihat adiknya Minah datang kerumahnya mengatal tidak tentu hala dengan suaminya Omar dibelakang rumah. Kalau niatnya baik datang ke rumah tujuan untuk bertemu dengannya, sudah tentu datang menjenguknya terlebih dahulu bukan pergi kebelakang rumah dan merenyam. Dia akur memang Minah ada hati dengan Omar. Semakin kubur suaminya kering semakin dia buat hal. Seperti datang hendak merampas hak orang sahaja. Cemburunya semakin meluap-luap melihat Minah datang bercakap-cakap dengan Omar dan berlalu bersahaja tanpa menjenguknya didapur dan menegurnya bertanya khabar.
"Minah datang ambil kelapa, dia nak balik cepat tak sempat singgah jenguk kamu katanya Taufik baru balik" jelas Omar. Tujuan meredakan perasaan isterinya itu daripada terus mencemburuinya terus menerus.
Pon!Pon! hon dari beca Pakcik Deraman kedengaran memekik dihadapan rumahnya. Kedengaran suara Natasha memanggil-manggil Deraman masuk ke rumah dahulu. Natasha membantu mengangkat bakul yang berisi kuih muih dan besen yang berisi nasi dagang untuk dipunggah ke beca. Sambil-sambil membantu Natsaha mengangkatnya untuk dibawa ke market di pekan tujuan untuk dijual. Ramai yang bertanyakan nasi dagang dan kuih Dibah kerana sedap. Kalau Dibah tidak letak dekat Market ada yang sanggup datang ke rumahnya atau ke kantin sekolah rendah untuk membeli. Air tangan Dibah yang membuatkan masakan itu sedap. Kalau dijamah makanan itu mesti hendak lagi. Omarpun akui dengan kesedapan masakan isterinya itu. Tiada lagi yang serupa dengan masakan Dibah buat.
Dibah mengesat-ngesatkan air matanya perlahan-lahan. Kulit wajahnya yang putih itu bertukar kemerah-merahan sedikit akibat menahan sebak. Omar tersenyum melihat Dibah. Keistimewaan yang ada pada Dibah itulah yang menyebabkan dia tertawan dengannya. Keistimewaan Dibah tiada yang dapat memilikinya. Dia akan setia kepada perempuan itu sehingga akhir hayatnya. Sekiranya dia pergi dahulu dia ingin menunggunya dipintu syurga. Semoga aku dan kau tetap berdua hingga ke akhir hayat. Doa Omar dalam hatinya.
"abang Omar, maafkan Dibah..Dibah tidak dapat tidur sebelum abang Omar redhakan Dibah" pujuk Dibah. Telapak tangannya diletakkan di atas tangan Omar. Matanya bertentang mata dengan Omar.
"abang Omar sudah lama maafkan Dibah" beritahu Omar sambil tangannya meletakkan di atas ubun-ubun kepala isteri kesayangannya itu. lalu Dibah mencium tangan Omar meminta restu dan Omar mengucup dahi Dibah tanda merestuinya.
emmm, bab pertama ni ok. cuma, penggunaan perkataan dan susunan ayat kurang berkesan. perkara yang nak disampaikan itu boleh ditafsir, tapi disebabkan penggunaan perkataan dan susunan ayat kurang baik, menyebabkan ia jadi kurang menarik, atau kat lain kurang attraction.
tertelan air liur cheq masa baca..huhuhuuuu,pe2pun terima kasih kak shida kerana sudi bagi komen,ehehee-nurul
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nanti sambung ye..-nurul