nurasz
Nazirah terjaga apabila mendengar bunyi bising. Rupa-rupanya mereka telah sampai di Kuala Lumpur. Lokman masih membawa kereta. Puan Alia, En. Hakim, Akak Aishah dan Akak Farah semuanya sudah bangun. Aishah dan Farah sangat sukakan pemandangan di Kuala Lumpur pada waktu itu. Nur melihat jam di ‘dashboard’ kereta, jam 9.00 malam. Hampir 3 jam dia tertidur.
Tiba-tiba kereta Avanza itu memasuki sebuah taman yang kebanyakan berumah banglo sebuah. Nazirah hanya memandang kagum dengan rumah-rumah di situ. Kereta itu memasuki perkarangan sebuah rumah banglo yang luas. Aishah dan Farah termangu sebentar kerana kagum dengan kemewahan rumah banglo tersebut.
Lokman berkata,
"Selamat datang ke rumah kami. Malam ini tidurlah di sini dahulu. Esok saya akan hantarkan auntie dan anak-anak auntie ke rumah Uncle Jaafar. Papa, jemputlah mereka turun".
Nazirah terkaku sebentar di dalam kereta. Tiba-tiba pintu di tempatnya terbuka. Rupa-rupanya Lokman yang membuka pintu tersebut apabila melihat Nazirah seperti tidak mahu berganjak dari perut kereta Avanza itu.
"Silakanlah. Takkan awak nak duduk di dalam kereta ini sahaja sepanjang masa. Ibu dan kakak-kakak awak dah masuk ke rumah pun. Awak nak jadi jaga ke di luar ni?" ujar Lokman bersahaja.
"Ah…saya tahulah…suka hati saya nak masuk ke tidak. Itu hak saya," jawab Nazirah untuk menutup malunya. Dia sebenarnya tidak mahu bermalam di situ. Terasa amat ganjil sekali. Namun dia tidak berani untuk membantah.
"Selamat datang Puan Alia. Kenapa lambat benar sampainya. Ingatkan petang tadi dah sampai," ujar Puan Suria mengalu-ngalukan kedatangan bakal besannya itu.
"Minta maaflah puan. Tadi ada masalah sikit. Itu yang lambat sikit bertolak tadi," balas Puan Alia pula. Matanya memandang tajam terhadap Nazirah yang berdiri di sebelah Lokman. Sebagai seorang gadis yang bertatasusila, Nazirah melangkah lesu ke arah Puan Suria dan bersalaman dengan bakal mak mertuanya itu.
"Bagus anak Puan Alia ni. Hari tu kalau tak silap saya ada lagi dua orang anak gadisnya. Mereka berdua tak ikut sekali ke?" ujar Puan Suria seakan-akan senang dengan kelakuan Nazirah yang sopan itu.
"Eh, ada! Mana ya mereka berdua. Aishah, Farah, mari salam dengan Puan Suria ni. Mereka tu kagum dengan rumah puan ni tu yang merayau-rayau tu agaknya," kata Puan Alia menutup keaiban dua orang anak gadisnya itu.
Aishah dan Farah serentak hadir dan bersalaman dengan Puan Suria. Kemudian mereka bergegas memohon kebenaran untuk kembali menjelajahi tempat kediaman adik ipar mereka itu. Puan Alia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perlakuan anak gadisnya itu. Puan Suria pula hanya dapat tersenyum.
"Puan Alia dengan anak-anak semestinya penat. Marilah saya tunjukkan bilik untuk Puan Alia berehat malam ini. Esok sahajalah Lokman hantar ke rumah Jaafar. Mari," ajak Puan Suria. Puan Alia mengangguk dan berjalan mengekori Puan Suria. En. Hakim pula sudah beredar masuk ke biliknya kerana kepenatan. Aishah dan Farah pula masih berada di luar rumah. Tinggallah Lokman dan Nazirah di tengah-tengah ruang tamu yang luas itu.
Nazirah berasa seram sejuk namun dia cuba bertenang. Matanya memerhati semua perabot dan perhiasan di rumah tersebut. Memang mewah dan elegan. Lokman hanya tersenyum memandang perlakuan Nazirah itu. Akhirnya dia tergelak kecil. Nazirah tersentak.
Mata Nazirah teralih pada Lokman yang menahan ketawa.
"Kenapa dengan awak?" tanya Nazirah kehairanan.
"Tak ada apa-apa," jawab Lokman berbohong tapi masih tersenyum.
Lokman menarik nafas panjang dan berkata,
"Awak penatkan. Mari saya tunjukkan bilik untuk awak berehat malam ni. Marilah!"
"Tadi saya dah tidur lama. Tak rasa penat sangat pun. Thank you je lar,"jawab Nazirah bersahaja.
"Kalau macam itu, biar saya tunjukkan pada awak kawasan kediaman rumah ini, boleh?" Lokman memberi cadangan.
"Awak nak bawa saya pusing satu rumah awak ni?" tanya Nazirah agak terkejut.
"Yelah, habis tu takkan nak harapkan kakak-kakak awak tu pula bawakan," jawab Lokman sinis.
"It’s okay, next time je…," bantah Nazirah.
"Aik, biler next time nye tur…lepas ni pun awak duduk kat rumah ni jugak…Takyah nak segan-segan dengan saya…saya bukan nak makan awak pun..," ujar Lokman bersahaja sambil memandang ke arah lain.
Hati Nazirah tiba-tiba panas mendengar kata-kata Lokman itu. Dengan nada suara yang serius Nazirah berkata,
"What? Jangan haraplah. Saya nak malu dengan awak..apa kes?? Jauh panggang dari api. Ingat awak tu kaya saya boleh terpikat? Saya bukannya perempuan gila harta. Kalau tidak disebabkan permintaan ibu yang beriya-iya nak saya kahwin dengan awak, saya takkan sesekali teringin nak menjejakkan kaki kat rumah awak ni. Dekat kampung saya dah ada pilihan saya sendiri. Tapi saya tak nak jadi anak derhaka. Kalau tidak dah lama saya lari dengan kekasih saya tu. Kerana kasihkan ibu, saya sanggup menuruti arahannya."
Terbongkar juga akhirnya rahsia kelukaan hatinya yang cuba disimpan dengan sedaya-upaya. Air mata Nazirah menitis perlahan.
Lokman terperanjat dengan kata-kata Nazirah yang penuh dengan sindiran itu. Dia tahu Nazirah memang tidak sudi untuk berkahwin dengannya sejak kali pertama dia menghantar pinangan. Namun apakan daya, dia sudah terlalu mencintai Nazirah sejak terserempak dengannya di lapangan terbang dulu. Lokman benar-benar terpesona dengan kelembutan dan keramahan Nazirah itu. Atas desakan mama yang mahu dia berkahwin segera, dia meminta mamanya merisik Nazirah. Lokman terlebih dahulu telah menyelidiki asal-usul Nazirah yang tinggal di kawasan kampung.
Walaupun Lokman mendapat tentangan hebat daripada mamanya, Lokman tetap dengan pilihan hatinya. Mengenangkan Lokman seorang sahaja permata hati di dalam keluarga itu, Puan Suria terpaksa mengikut kemahuan Lokman itu. Namun begitu, tiada siapa yang tahu bahawa dalam senyuman manis Puan Suria itu ada dendam yang terpahat. Puan Suria menyimpan rancangan rapi yang bakal memusnahkan perkahwinan itu. Beliau akan memastikan yang Nazirah menyesal kerana bersetuju untuk bernikah dengan Lokman. Lokman juga akan menyesal kerana mengambil keputusan untuk menikahi gadis kampung itu sehingga sanggup membelakangi pilihan mamanya sendiri.
" Okey…okey…kalau macam itu saya akan tunjukkan pada awak bilik awak supaya awak boleh berehat. Esok pagi saya mahu bawa awak ke syarikat saya. No excuse. Just you and me only, allright? Petang esok baru saya hantar awak dan family awak ke rumah Uncle Jaafar. Sekarang awak berehat dulu and ‘release’ kan tension tu. Jangan terlalu memikirkan kata-kata saya tadi. Okey, agree?" ujar Lokman lembut.
Lokman sedar api kalu disimbah dengan minyak akan bertambah marak. Tapi, kalau disimbah dengan air akan terpadam sedikit demi sedikit. Jadi kelembutanlah jalan terbaik untuk melembutkan Nazirah.
Lokman membawa Nazirah ke biliknya yang terletak di sebelah biliknya sendiri. Dia sengaja mengasingkan bilik Nazirah daripada keluarganya kerana tidak mahu Nazirah diganggu. Nazirah masih lagi tersedu-sedan mengenangkan nasibnya.
"Ni lah bilik awak untuk masa sekarang. Bilik saya di sebelah. Kalau ada apa-apa boleh panggil saya kat sebelah, okey?" kata Lokman.
Nazirah hanya mendiamkan dirinya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.
Lokman mengarahkan Nazirah berbaring di atas katil. Dia mengambil selimut dan menyelimuti gadis yang amat dicintainya itu.
Nazirah mengiring membelakangkan Lokman. Lokman hanya dapat melepaskan keluhan berat.
Lokman beredar keluar untuk meninggalkan Nazirah supaya berehat.
Sebelum menutup pintu Lokman berkata perlahan, "Maafkan saya. Saya buat ini semua kerana cinta saya yang amat mendalam pada awak. Saya akan pastikan awak sentiasa berasa selamat ketika disamping saya."
Setelah Lokman menutup pintu, air mata Nazirah gugur lagi. Kerinduannya pada Fahmie membuak-buak ketika itu. Akhirnya Nazirah terlelap dengan air mata yang masih basah.
…………………………………………………………………………………………………………………
"Selamat pagi semua,"ucap Lokman apabila tiba di meja makan. Dilihatnya semua telah hadir kecuali Nazirah. Hatinya dilanda kebimbangan.
"Nazirah mana mama?"tanya Lokman kepada Puan Suria.
"Entahlah Man. Tadi kakaknya dah kejutkan dia tapi belum turun-turun lagi. Tengah bersiap agaknya,"jawab Puan Suria sambil memandang Puan Alia di sebelahnya.
"Makanlah Lokman. Sebentar lagi sampailah Si Nazirah tu," ujar Puan Alia.
Lokman mengangguk perlahan.
"Ibu, Shah dan Farah nak ke taman di belakang. Nak melihat pak cik kebun tu bercucuk tanam. Boleh tak ibu?" tanya Aishah meminta keizinan Puan Alia.
"Ibu tak tahu. Tanyalah Puan Suria ni. Rumah orang bukan rumah ibu," jawab Puan Alia sambil memandang Puan Suria.
"Pergilah. Lagipun tak ada apa yang boleh kamu berdua buat dalam rumah ni," ujar Puan Suria memberi keizinan.
Aishah dan Farah melonjak kegembiraan dan terus bangun untuk pergi ke taman. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Puan Suria. Senyuman terukir di bibir mereka berdua.
"Assalamualaikum," suara seseorang memecah keheningan pagi di meja makan setelah Aishah dan Farah pergi.
"Eh, Zira. Duduklah nak, lama Man tunggu nak temankan kamu bersarapan.
"Maaf, tadi saya ke tandas sekejap," ujar Nazirah tunduk memandang lantai.
Nazirah melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya yang berhadapan dengan Lokman. Puan Suria mendekatkan pinggan berisi nasi goreng pada Nazirah.
"Makanlah Zira, auntie tengok kau macam sakit je. Makanlah," ujar Puan Suria lembut.
‘Hmm…,"balas Nazirah.
"Mama, pagi ni Man nak bawa Zira ke company. Boleh tak ma?"tanya Lokman tiba-tiba sambil memandang mamanya.
"Mama tak kisah Man tapi kamu kenalah tanya tuan empunya badan dengan maknya sekali,"jawab Puan Suria.
"Boleh tak auntie?" tanya Lokman kepada Puan Alia pula.
"Auntie tiada halangan Lokman,"jawab Puan Alia.
‘Thanks ma, thanks auntie,"ucap Lokman.
"Eh, kamu tak nak tanya si Zira ni?"tanya Puan Suria.
Belum sempat Nazirah menjawab, Lokman berkata,
"Nazirah kata dia tak kisah, Man dah tanya semalam ma, kan awak."
Lokman memandang Nazirah yang cuba tersenyum sambil menahan geram di dada. Lokman bukannya tidak sedar namun dia hanya bersikap bersahaja.
Puan Suria dan Puan Alia memandang Nazirah meminta kepastian. Nazirah mengangguk lemah.
"Baiklah, boleh pergi tapi balik sebelum makan tengah hari tau. Nanti apa pula kata orang, belum kahwin dah berkepit ke sana-ke sini. Betul tak Puan Alia?" ujar Puan Suria bergurau sambil memandang Puan Alia. Puan Alia hanya tersenyum.
"Auntie tak kisah. Asalkan kamu buat perkara yang elok," ujar Puan Alia.
"Ok, I’m promise to be good," gurau Lokman. Dia tersenyum kerana dapat membawa buah hatinya keluar dari rumahnya itu buat seketika.
………………………………………………………
best gak cite ni. sambung cepat2 ye..
BalasPadamsyok citer........mana smbunganya lg??????????
BalasPadamsyok jgk crite ni..... cepat ckit smbung ye.....
BalasPadamtry the best :-)....
writer tlg r tkar bhse 2,,
BalasPadamkureng sesuai r,,
bahasa tak sesuai???
BalasPadammcm mana tu???
tak paham la...
kenapa kata bahasa tak sesuai...
bagi saya senang nk paham je
ada kesalahan ke guna bahasa ni???
pelik nyer...
bukan bahasa melayu gak ke...
isk3
he he he bebel plk saya nieh
bagi saya bahasa okay n nothing to change
but kalo ada pembaca yg tak puas
juz follow their understanding..
itu lagi baik...
thanks atas karyanyer...go0d..he he he
ala mcm mgerunkn plak pun suria ne tau..dendam pulak..tp best..
BalasPadam