Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Halwa telinganya disajikan dengan sebuah lagu yang berentak agak perlahan tatkala dia tiba di situ. Lagu itu dipersembahkan oleh lima orang anak muda di pentas yang disediakan.
Dia mengambil tempat di sebuah meja dan menumpukan perhatian pada persembahan mereka. Wajah-wajah mereka seakan-akan pernah dilihat. Mungkin pelajar kolejnya juga.
Dia kemudian menghayati suara si vokalis. Suara itu seakan-akan pernah didengarinya sebelum ini.
Macam suara siapa ya? Dia berfikir sendiri. Jangan-jangan dia yang menyanyi masa minggu suai kenal dulu tak? Takkanlah dia? Wajah lelaki itu diamati. Mungkin juga. Masa minggu suai kenal itu pun aku duduk belakang. Bukannya nampak sangat muka dia. Mata aku pun bukannya betul sangat. Agaknya betullah dia. Tak sangka aku boleh kenal dengan lelaki pujaan pelajar kolej aku. Fikir Hani.
Memang dia kurang bergaul dengan pelajar lain namun melalui Farra, dia banyak mengetahui tentang perihal teman-teman kolejnya. Berbeza dengan dirinya, Farra memang ramah dengan semua orang. Mungkin disebabkan itu, Farra mempunyai ramai kawan. Tapi dalam ramai-ramai kawannya, Farra telah memilihnya sebagai sahabat yang paling dipercayainya.
Menurut Farra, ramai pelajar kolejnya yang menaruh hati terhadap pelajar lelaki yang menyanyikan lagu ‘Dan’ pada minggu suai kenal mereka yang lepas. Namun dia tidak pula mengenali wajah pemilik suara itu memandangkan matanya tidaklah sejelas mana. Tambahan pula, dia duduk di barisan belakang pada sesi suai kenal itu. Jadi dia tidak dapat mengecam wajah itu. Namun dalam diam, dia turut mengagumi suara itu.
Tepukan pengunjung di situ mematikan lamunannya. Dah habis ke? Dia turut menghadiahkan tepukan. Sang vokalis melangkah mendapatkannya.
"Hai," sapa sang vokalis mesra. "Terima kasih kerana sudi datang." Sesungguhnya dia berasa amat berbesar hati kerana gadis itu sudi meluangkan masa melihat persembahan mereka berlima pada malam itu.
"Tak ada apalah," ujar gadis itu. Sebenarnya dia tidak merancang untuk datang ke situ. Sepanjang hari, dia hanya duduk di hadapan komputer, bermain games sambil mendengar lagu. Apabila sudah penat, dia berhenti untuk makan ataupun membaca novel hingga tertidur. Apabila dia terjaga, komputernya terpasang sambil mengalunkan lagu-lagu yang pelbagai rentak dan irama. Waktu pula baru menunjukkan pukul enam petang. Adakah hari-harinya akan berlalu seperti itu selama dua minggu ini?
Jika dibiarkan keadaan itu berlarutan, pasti dia mati kebosanan. Sememangnya dia bosan dipagari dinding empat segi kamar itu. Tatkala berkira-kira apa yang harus dilakukannya bagi mengisi hari, dia teringat akan pelawaan Dimas semalam, "Kalau kamu free, datanglah ke kafe. Kita ada band performance." Tanpa berlengah, dia bersiap dan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Dimas. Makanya dia di sini sekarang.
"Suara awak bagus," puji gadis itu.
"Terima kasih," sang vokalis sedikit tersipu mendengar pujian itu. Pujian seperti itu sudah biasa dia dengar tetapi pujian daripada gadis di hadapannya kini mempunyai makna yang tersendiri buat dirinya.
"Siapa itu?" Teman-teman sang vokalis mula berbisik-bisik sesama sendiri melihat sang vokalis melayan si gadis.
"Enggak tahu. Dim enggak bilang apa-apa kok," ujar si pemain gitar utama.
"Ceweknya Dim kali," teka si pemain bass.
"Tapi Dim enggak pernah bilang kalau dia punya cewek," celah si pemain dram pula.
"Barangkali Dim masih dalam proses memikat itu cewek," tambah si pemain gitar kedua. "Orangnya tampak sederhana."
"Rupanya cewek sederhana begini yang jadi pilihan Dim ya."
"Pantas juga mereka berdua itu ya."
Empat sahabat itu rancak ‘mengumpat’ Dimas dengan gadis yang bersamanya ketika Dimas dan gadis itu menghampiri mereka.
"Ayuh aku kenalkan," Dimas membawa si gadis menemui teman-temannya. "Ini Hani. Hani, ini teman-teman aku dari Yogyakarta. Kenalkan, Erwin, Sukry, Armand dan Andin," Dimas memperkenalkan Hani kepada mereka berempat.
"Hai, Hani," sapa mereka berempat hampir serentak.
"Hani," Hani memperkenalkan dirinya kepada teman-teman barunya itu.
"Pacar kamu?" Erwin berbisik ke telinga Dimas.
"Belum lagi," Dimas memandang Hani. Bimbang sekiranya kata-kata Erwin itu didengari oleh Hani.
"Lepas ni ada lagi ke?" tanya Hani.
"Ada," jawab Dimas. "Kamu mahu lagu apa?"
"Hah?" Hani berkerut. Tidak mengerti. "Boleh mintak ke?"
"Lagu apa yang kamu mahu? Kita mainkan," jelas Dimas. Memang mereka sudah ada senarai lagu yang akan dimainkan pada malam itu tetapi jika Hani ada permintaan, apa salahnya. Sebagai menghargai kehadiran Hani ke situ.
"Awak tak tahu rasanya," Hani ragu-ragu.
"Kalau kamu tak bagi tahu, macam mana kita bisa tahu," ujar Dimas. Sudah bertahun mereka tinggal di Malaysia. Semua lagu baru yang diputarkan di radio mereka tahu.
Hani berfikir sejenak. Lagu apa ya?
"Saya suka lagu ‘Kerna Sayang’ daripada V.E."
"Oh, lagu itu?"
"Tahu ke?"
"Tahu. Kamu duduk dulu," Dimas berbincang dengan teman-temannya sambil diperhatikan oleh Hani. Seketika kemudian, Dimas mencapai mikrofon.
"Selamat malam semua. Untuk lagu seterusnya, saya ingin tujukan istimewa buat teman saya, Hani," ujar Dimas seraya menunjuk ke arah Hani.
Hani tersentak. Beberapa mata memandang ke arahnya. Hani kaget. Dia hanya mampu tersenyum kepada mereka.
Dimas ni nak nyanyi, nyanyi ajalah. Tak payahlah sebut nama aku. Buat malu aja.
Hani membetulkan posisi duduknya dan cuba menghayati persembahan Dimas dan kawan-kawannya. Ternyata suara itu telah memikat halwa telinganya.
"Rasanya waktu-waktu begini bas dah tak ada," Dimas melihat kenderaan yang meluncur di jalan raya. Lengang. "Kita naik teksi aja ya?"
"Kita?" Hani hairan.
"Ya, kita. Kan tadi aku udah bilang mahu menemani kamu pulang?"
"Tapi…" Hani ragu-ragu namun belum sempat dia bersuara Dimas telah menahan sebuah teksi dan membukakan pintu untuknya. Namun Hani masih tercegat di situ. Dia masih ragu-ragu.
"Hani…"
Hani melangkah ke arah Dimas.
Betul ke dia nak hantar aku balik ni? Boleh percaya ke? Insya-Allah tak ada apa-apa.
Hani mengambil tempat di tempat duduk belakang dan diikuti oleh Dimas. Mereka berdua duduk bersebelahan.
Perjalanan lima belas minit itu berlalu dalam kesunyian. Masing-masing bagaikan terkunci untuk berkata-kata. Seorang memandang ke Barat dan seorang lagi memandang ke Timur. Mereka tenggelam dalam khayalan sendiri.
Nak sembang pasal apa ya? Kenapa lidah aku kelu tiba-tiba ni?
Sesekali Dimas menjeling ke arah Hani. Hani pula tidak lepas memandang ke luar tingkap.
Kenapa dia diam? Biasa banyak sangat tanya. Mungkin dia keletihan agaknya.
"Dah sampai, nak," ujar si pemandu teksi yang agak berusia itu.
Dah sampai? Cepatnya. Dimas melihat sekeliling, memastikan tempat itu betul ataupun tidak.
"Berapa pak cik?" Hani menyeluk begnya. Kebiasaannya dia akan meletakkan duit kecik dalam saku begnya. Mudah dan cepat. Tak payah nak buka-buka wallet.
"Tak apa. Aku bayar nanti," ujar Dimas.
"Eh, tak apalah! Dah selalu sangat awak bayar," Hani menolak.
"Tak apa. Lain kali kamu pula yang bayar," ujar Dimas.
Lain kali? Ada lagi ke lain kali? Fikir Hani.
Haruslah ada! Dimas menyimpan harapan di dalam hati.
"Terima kasih. Terima kasih, pak cik," ujar Hani kepada si pemandu teksi. Pemandu teksi itu hanya menggangguk.
"Pak cik, boleh tunggu sekejap?" soal Dimas.
"Boleh."
Dimas mengikut Hani turun dari teksi itu.
"Kenapa awak turun?" Hani hairan melihat Dimas mengikutnya.
"Aku hantar kamu hingga ke pagar," jawab Dimas. Hatinya tidak senang membiarkan Hani berjalan sendirian pada malam yang gelap itu.
Melihatkan kesungguhan Dimas, Hani membiarkan saja Dimas menemaninya. Bagus juga ada kawan. Jalan ni pun gelap. Tak adalah takut sangat.
"Kamu tinggal sendirian?"
Hani menggangguk.
"Tidak takut?"
"Saya sudah biasa bersendirian."
"Maksud kamu?"
"Tak ada apalah. Dah lewat ni. Awak baliklah," Hani berasa kurang selesa jika Dimas terus di situ.
"Hati-hati ya," pesan Dimas.
"Saya masuk dulu."
Dimas memerhati langkah Hani. Dim, mintalah nombor telefon dia! Kalau dia tak nak bagi macam mana? Kalau tak cuba, mana nak tahu? Suara itu bermain-main di benaknya.
"Hani!"
Hani berpaling semula. Dimas berlari-lari anak ke arah Hani.
"Boleh pinjam telefon sebentar?"
Hani berkerut.
"Nak buat apa?"
"Pinjam aja."
Hani mengeluarkan telefon bimbitnya lalu diserahkan kepada Dimas. Telefon bimbit Nokia itu bertukar tangan. Dimas menekan-nekan keypad telefon bimbit itu sambil diperhatikan oleh Hani. Tidak sampai seminit kemudian, dia memulangkan kembali telefon bimbit itu kepada Hani.
"Ini nombor telefon aku. Kalau ada apa-apa, telefon ya," ujar Dimas. Kalau tak ada apa-apa pun, ada-adakanlah.
Bila masa pula aku minta nombor telefon dia? Getus Hani di dalam hati. Tak kisahlah. Orang dah bagi. Mana tahu, kalau ada apa-apa.
"So saya pulang dulu ya. Take care," Dimas sempat berpesan sebelum menghilang ke dalam teksi yang setia menunggu itu.
rase cm tlambat lak nk nyampuk... hehehe..yela..n3 ni da lme gakla upload.. writer suke lgu kerna sayang ke???hehehe... best oo..lgu tu... cornetto_odf
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak cite ni. berbeza sedikit drpd cite yg lain. all the best!