Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Betul ke kau tak nak ikut aku balik JB ni?" Farra melipat beberapa helai baju dan memasukkannya ke dalam beg pakaian di hadapannya.
"Betul," Hani membantu Farra.
"Kau ni peliklah. Orang lain awal-awal lagi dah beli tiket nak balik kampung. Kau pula tak nak balik. Nak kata jauh, Kuantan aja. Tiga jam aja dah sampai," suara Farra.
"Aku tak rasa nak baliklah," ujar Hani sekadar alasan.
Kalau aku balik pun tak memberi apa-apa makna. Mak dan abah tetap sibuk dengan kerja dia orang. Aku macam tak wujud aja dalam hidup dia orang. Kak Su pula mesti sibuk dengan persiapan majlis kahwin dia. Baik aku duduk sini. Boleh juga jalan-jalan. Dah nak setengah tahun aku duduk kat KL ni tapi Mid Valley pun aku belum pernah jejak lagi. Asyik terperap kat kolej ni aja.
"Ke kau takut jumpa Arri?" duga Farra.
Arri? Dah lama aku tak dengar berita daripada dia. Apa khabar dia sekarang? Hish kau ni Hani. Lelaki tu dah kecewakan kau Buat apa kau nak ingat dia lagi? Entah-entah dah beranak-pinak pun.
Hani mengutuk dirinya sendiri kerana masih gagal melupakan lelaki itu sepenuhnya. Tapi lelaki itu pernah membahagiakan hidupnya suatu ketika dahulu. Mustahil dia dapat melupakannya begitu saja.
"Tengok tu, berangan pula dia. Kita cakap dengan dia," gerutu Farra geram.
Pantang disebut nama Arri. Mulalah fikiran tu melayang.
"Sorry. Kau cakap apa tadi?" Hani kembali menumpukan perhatian terhadap perbualan mereka.
"Kau nak kirim apa-apa tak dari JB?" Farra mengulangi pertanyaannya.
Sampai nak berbuih mulut aku ni, dia boleh tak dengar?
"Kirim salam aku kat pakwe hensem kat sana ya," seloroh Hani.
"Abang aku pun hensem. Kau nak kenal dengan abang aku?" Farra turut mengikut rentak permainan Hani.
"Boleh juga," ujar Hani masih berseloroh.
"Betul? Aku bagi nombor telefon kau kat abang aku ya?" Farra mula berlagak serius.
"Hah, jangan," Hani memberi amaran.
"Jangan tak bagi!" potong Farra. Mereka tertawa sesama sendiri.
"Aku tak nak apa-apa. Cukuplah kalau kau selamat pergi dan selamat balik. Tapi kalau kau rasa-rasa ada duit lebih, kau belikan aku apa-apa buah tangan pun aku terima," ujarnya.
"Insya-Allah kalau aku rasa ada duit lebih," Farra mengangkat begnya. Berat juga.
"Ni aja ke barang kau? Ada lagi?" Hani menolong Farra mengangkat begnya.
"Tak ada. Ni aja."
"Besarnya beg. Ni nak balik Sabah ke Sarawak?" usik Hani.
"Mahu pulang ke Indonesia, bu," Farra berlagak seperti orang Indonesia.
"O… Indonesia? Indonesia di mana?" Hani turut mengikut lagak Farra.
"Jakarta, bu."
"Sejak kapan aku jadi ibu kamu?"
"Sejak kain kapan itu wujud."
"Entah apa-apalah. Cepatlah, nanti kena tinggal bas. Menangis tak berlagu kau mengadap muka aku dua minggu ni. Itulah dah tahu nak balik hari ni, lain kali packinglah awal-awal."
"Okeylah, aku balik dulu tahu. Jaga diri," Farra memeluk Hani sebelum menaiki bas. "Apa-apa nanti telefon aku. Kalau tak cukup kredit, mesej pun aku terima," Farra mula sebak.
"Kau menangis kenapa? Bukannya kita tak jumpa dah."
"Aku serba salahlah biar kau duduk sorang-sorang kat sini. Kau tak takut ke? Mana tahu bilik tu berhantu? Opps…" Farra menekup mulutnya dengan tangan.
"Kau tak sayang mulut ke?"
Hee…Farra ni. Saja nak takutkan aku. Nasib baik hari siang. Tapi malam nanti macam mana? Aku bukannya pernah tinggal sorang kat bilik tu. Hish…apa aku fikir ni? Insya-Allah tak ada apa-apa. Aku bukan buat perkara tak elok.
"Bas kau dah nak jalan tu."
"Yalah. Aku naik bas dulu."
"Sampaikan salam aku kat mak ayah kau."
"Mak ayah aja ke? Abang aku tak nak?"
"Suka hatilah."
Hani menghantar Farra sehingga bas yang menuju ke Johor Bahru itu meluncur meninggalkan Puduraya itu. Hani melihat jam di tangannya.
Awal lagi. Nak buat apa ni? Merayaulah sekejap.
Bangunan Puduraya itu kelihatan sesak dengan lautan manusia yang membanjiri tempat itu. Maklumlah musim cuti maka ramailah yang mengambil kesempatan itu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Hani memerhatikan gelagat mereka.
Semua sibuk balik kampung. Mungkin aku aja yang tinggal kat kolej. Macam mana aku nak habiskan cuti dua minggu ni?
Selepas penat merayau di beberapa tempat, Hani singgah di sebuah kafe untuk membasah tekak.
"Mahu minum apa, cik?" Seorang pelayan kafe itu menghampirinya. Hani mengangkat muka. Hani dan pelayan kafe itu sama-sama terkejut apabila melihat muka masing-masing.
"Awak?" ujar mereka hampir serentak.
"Awak kerja kat sini ke?" soal Hani.
"Ya, saya," jawab pelayan kafe itu.
"Sudah berapa lama?"
"Sejak semester lepas."
"O..." Hani melihat menu yang ada di buku menu di atas meja itu.
"Kamu tidak pulang ke kampung?" tanya pelayan kafe itu.
"Tak."
"Lho…Kenapa?" Pelayan kafe itu hairan mendengar jawapan Hani. "Pasti saat-saat begini yang paling dinanti-nanti oleh semua pelajar bukan?"
"Bagi saya ice-blended milo satu," ujar Hani. Baginya, soalan itu tidak perlu dijawab. Dia tidak suka orang mengambil tahu akan hal peribadinya. Lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya.
Pelayan lelaki itu seakan mengerti.
Tak apalah kalau tak nak beritahu. Tapi aneh juga. Orang lain awal-awal dah beli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing. Tapi dia tidak pulang ke kampung?
"Itu saja?"
"Itu saja."
Sementara menunggu minumannya, Hani memandang sekeliling. Melihat gelagat pengunjung kafe itu. Tiba-tiba matanya melekat pada sepasang kekasih yang duduk bersebelahan dengan mejanya. Mereka kelihatan mesra. Hani mula teringat akan kenangannya bersama Arri.
"Hani, cuti nanti kita pergi camping nak?"
"Camping? Mana?"
"Di tempat yang tak ada orang. Hanya kita berdua."
"Hish…tak naklah. Seram!"
"Kenapa pula?"
"Nanti kalau kena tangkap khalwat macam mana?"
"Kalau kena tangkap khalwat, kita kahwin ajalah. Habis cerita."
"Yalah tu. Hani tak nak kahwin dengan cara macam tu."
"Habis, Hani nak kahwin dengan cara macam mana?"
"Mestilah dengan cara yang baik. Ikut adat."
"Hani nak wang hantaran berapa?"
"Hani tak nak duit. Hani nak sepuluh keping CD lagu artis yang berlainan, sebuah MP3, tiket konsert,…er…"
"Hani nak kumpulan V.E buat persembahan masa majlis kahwin kita tu. Boleh?"
"V.E? Mahal tu. Manalah Arri mampu."
"Hani tak kira. Nak juga."
"Yalah, untuk Haniku tapi Hani janganlah merungut kalau Arri tak dapat nak teman Hani selalu macam sekarang."
"Kenapa pula?"
"Sebab Arri terpaksa bekerja siang malam kumpul duit untuk jemput V.E buat persembahan dalam majlis kahwin kita."
"Tak adalah. Hani gurau aja."
"Kalau Hani nak, Arri boleh usahakan."
"Betul ke?"
"Insya-Allah."
"Sayang Arri."
"Arri pun sayang Hani juga."
"Hani…"
Suara itu menyertakkan lamunan Hani.
"Kamu tak apa-apa?" pelayan kafe tadi muncul membawakan minumannya.
"Tak… Tak ada apa-apa," Hani menyeka air matanya yang hampir menitis.
"Ini minuman kamu," pelayan kafe itu meletakkan segelas ice blended milo yang dipesan oleh Hani tadi.
"Terima kasih."
"Erm…Hani, boleh saya duduk di sini?" ujar pelayan kafe itu ragu-ragu. Bimbang juga kalau Hani tidak senang dengan kehadirannya di situ. Namun dia lega apabila Hani menggangguk tanda memberi persetujuan
Dengan senang hati, dia melabuhkan punggung di sebelah Hani. Dia memandang Hani. Dari tadi dia memerhatikan perlakuan Hani. Gadis itu kelihatan muram. Mungkin dia teringat perkara yang menyedihkan.
"Kampung kamu di mana?" Dia cuba mewujudkan perbualan dengan Hani. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat.
"Kuantan."
"O… Di Pahang?"
"Awak tahu?"
"Saya kan udah lama di sini. Jadi serba sedikit saya tahu bentuk geografinya," ujar pelayan kafe itu.
Tempoh empat tahun sudah cukup untuk dia mengetahui selok-belok geografi Malaysia. Hampir semua negeri di semenanjung Malaysia sudah dia jelajahi. Setiap tahun, jika ada kesempatan, dia, Erwin, Sukry, Armand dan Andin akan bercuti di tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Kadang-kadang, mereka akan mengikut teman-teman Malaysia mereka pulang ke kampung bagi mengenali adat dan budaya di sini.
"Awak pernah pergi Pahang?" tanya Hani.
"Pernah sekali. Ke Genting Highlands."
"O… Saya pun nama aja orang Pahang tapi belum pernah lagi sampai sana," ujar Hani.
Memang sejak kecik, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah saja. Ibu bapanya tidak pernah membawanya berjalan-jalan.
"Oh ya? Kalau kamu mahu, kita bisa pergi ramai-ramai," cadang pelayan kafe itu. Hani cuma tersenyum.
"Kampung awak kat mana? Jakarta?"
"Bukan. Yogyakarta."
"Yogyakarta?"
"Tak pernah dengar ya?"
Hani menggeleng.
"Ya mungkin kalau dibandingkan dengan Jakarta, Medan, Bandung, ataupun Bali, Yogyakarta kurang dikenali. Tapi tempat itu tetap yang paling indah buat saya. Iya, tak ada tempat yang senyaman kampung sendiri. Eh, kalau kamu ke Indonesia telefon saya aja. Saya bisa membawa kamu pusing satu Yogya," pelawa pelayan kafe itu..
"Insya-Allah," kata Hani. Macam rapat aja. Nombor telefon dia pun aku tak tahu. "Dah berapa lama awak tak balik sana?"
"Sudah hampir empat tahun."
"Empat tahun? Lama tu. Awak tak rindu kampung awak ke?"
"Rindu juga. Siapa yang tidak rindu rumah sendiri? Rumah sendiri adalah tempat yang paling indah di dunia. Tapi nak buat macam mana? Saya punya tanggungjawab. Ya, anggap saja kejauhan ini akan menjadikan kita untuk lebih matang. Bila berjauhan begini, baru kita tahu macam mana nak uruskan hal sendiri. Cuci baju sendri, urus makan sendiri, ya macam-macamlah. Dulu ibu saya selalu bising jika saya tidak pandai menguruskan segalanya," ceritanya. Ingatannya mula membayangkan wajah Ibu Hetty kesayangannya.
"Dim, kenapa tak kemas kamar kamu?"
Ibu Hetty menggeleng kepala melihat keadaan bilik anak bujangnya itu. Baju bersepah-sepah di lantai. Buku-buku berteraburan di atas meja. Macam kapal karam dibuatnya. Dia sendiri pun tidak tahu yang mana baju bersih dan yang mana baju kotor.
"Dim, berapa kali mama mahu bilang baju yang kotor itu harus diasing."
"Dim, lain kali udah makan mejanya harus dikemas."
"Dim!!!"
Dimas tersenyum mengingati kenangan itu. Dulu dia tidak mengerti dan selalu menganggap Ibu Hetty suka berleter. Tapi apabila berjauhan begini bebelan itulah yang paling dirindui. Tinggal sendiri kadang-kadang nak basuh baju sendiri pun dia tidak tahu. Maklumlah sejak kecil arwah mamanya yang menguruskan segalanya dan kini tugas itu diambil alih oleh Ibu Hetty. Untung dia punya teman serumah yang pandai sedikit dalam hal-hal begitu. Makanya dia mula belajar sedikit demi sedikit.
"Sebenarnya aku rasa beruntung kerana dihantar belajar jauh dari keluarga. Kerana jika tidak, sampai sekarang aku tidak tahu mengurus diri sendiri."
Ya mungkin bagi anak-anak yang sudah biasa diuruskan oleh ibu bapa akan berasa seperti itu. Tapi tidak bagi aku. Sejak kecik lagi, semua kerja rumah aku buat sendiri. Fikir Hani.
"Kedua-dua orang tua kamu masih ada?" soal Dimas lagi. Hani menggangguk. "Pastinya mereka sangat sayang sama kamu. Kamu beruntung masih punya kedua-dua orang tua."
"Maksud awak?"
"Mak dan ayah saya meninggal waktu saya berumur empat belas tahun," tanpa sedar dia meluahkan isi hatinya.
"Sakit?"
"Kemalangan," Dimas memandang Hani. Hani terdiam. Pada zahirnya dia melihat Dimas seorang yang ceria dan ramah. Namun tidak sangka lelaki itu mempunyai kenangan pahit dalam hidupnya. "Kamu rapat dengan orang tua kamu?"
"Tak juga."
"Kenapa?"
Hani menjungkit bahu. Memang dia tidak rapat dengan mak dan ayahnya. Sebabnya dia sendiri pun tak tahu. Mungkin sejak dari kecik dia sudah terbiasa menguruskan halnya sendiri. Mak dan ayahnya pula jarang-jarang bertanyakan perihalnya hingga kadangkala dia terlupa bahawa dia masih mempunyai ibu bapa. Nasib baik dia masih mempunyai seorang kakak.
Surayalah tempatnya mengadu dan mencurah perasaan. Mungkin kerana jarak usia mereka yang tidak terlalu jauh membuatkan hubungan mereka sangat akrab. Suraya satu-satunya kakak yang dia ada, tiga tahun lebih tua dan sekarang mula berjinak-jinak dengan dunia hiasan dalaman. Dan hanya beberapa bulan saja lagi kakaknya itu bakal bergelar isteri.
"Hani, boleh saya tanya?"
"Apa?"
"Kamu ada special boyfriend?"
Hani terkelu mendengar soalan itu. Jika dulu, mungkin dia tidak ragu-ragu untuk menjawab soalan itu. Namun kini, soalan itu seakan mengingatkannya kepada seseorang yang pernah mengisi hari-harinya suatu masa dulu.
"Rasanya dah lama sangat saya kat sini. Saya balik dululah," Hani bangkit untuk membayar harga minuman tersebut. Rasanya dia sudah terlanjur bercerita. Dia tidak sepatutnya menceritakan hal peribadinya kepada Dimas.
"Izinkan saya belanja kamu?"
Hani serba salah. Kenapa tiba-tiba dia nak belanja aku?
"Please…"
"Terima kasih," Hani melangkah beberapa tapak untuk pergi apabila tiba-tiba Dimas memanggilnya semula.
"Kalau kamu free malam minggu ini, datanglah ke sini. Kita ada band performance," ujar Dimas.
"Insya-Allah," ujar Hani lalu menghilang daripada pandangan Dimas..
Dimas hanya menghantar langkah Hani dengan anak matanya.
Kenapa aku selalu rasa ingin dekat dengannya?Kenapa hati aku selalu rasa sesuatu apabila bersama dia Jatuh cintakah aku?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan