Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Matanya pantas menangkap wajah gadis yang duduk di sebuah meja bersama seorang gadis lain tatkala dia dan kawan-kawannya melangkah ke kafeteria itu. Entah kenapa dia berasa rindu untuk menatap wajah itu. Sudah empat hari dia tidak berjumpa dengan gadis itu sejak hari mereka tersesat ke Klang tempoh hari.
"Dim, mahu minum apa?" soal si teman.
"Apa ajalah," jawab Dimas sambil matanya masih tidak lepas menatap wajah gadis yang telah mencuri hatinya itu.
"Yo, geng!" Syafik menarik kerusi menyertai dua gadis itu.
"Kau sorang aja ke? Mana yang lain?" tanya Farra apabila melihat Syafik datang bersendirian.
"Library," jawab Shafik.
"Library? Buat apa? Main internet?"
Setelah hampir satu semester belajar dalam kelas yang sama, Farra sudah dapat membaca sikap teman-temannya itu. Syafik, Tasya dan Anuar sememangnya kaki internet. Pantang jumpa komputer, mesti nak online. Friendsterlah, my space, laman web itulah, laman web inilah. Forum tu, forum ni. Nasib baiklah internet kat perpustakaan tu percuma. Kalau tak, entah berapa banyaklah duit yang dia orang berhabis untuk benda-benda macam tu. Tak ada faedah pun.
"Biasalah," ujar Syafik. Sekadar nak berseronok. Apa salahnya? Dalam dunia teknologi yang serba canggih sekarang, masyarakat akan dipandang rendah kalau tak dapat menguasai teknologi.
Mungkin bagi sesetengah orang, chatting itu membuang masa. Tapi terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau niatnya tak betul, memang buang masalah jawabnya. Tapi kalau niat tu betul, nak cari kenalan untuk sekadar bertukar-tukar pendapat, kenapa tidak? Ada kalanya kita berasa lebih selesa berbual dengan orang yang kita tidak kenal.
"Panasnya," Syafik mengibas-ngibas mukanya dengan tangan. "Far, tolong belikan air untuk aku."
"Banyak cantik? Kau OKU ke?" Farra masih ingat macam mana Shafik mengenakannya dulu.
"Ala... tolonglah. Aku penat ni. Dari library nak datang sini bukannya dekat," ujar Syafik memberi alasan.
"Ada aja alasannya."
"Tolonglah, Far. Kau tak sayang kat aku ke?"
"Ah, tak ada sayang sayang!" celah Farra. O..bila nak minta sesuatu baru nak sayang.
"Kau nak air apa? Biar aku belikan," celah Hani.
"Eh, tak apalah! Biar Farra belikan untuk aku," ujar Syafik.
Sebenarnya dia agak segan dengan Hani. Maklumlah dia dan Hani tidak banyak bercakap sepanjang semester itu. Walaupun mereka sering lepak bersama namun Syafik masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan Hani. Mungkin sikap Hani yang agak pendiam itu membuatkan dia rasa segan kerana dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu.
"Tak apalah. Aku nak beli roti sekali," ujar Hani.
"Kalau macam tu, kau belikan teh ais ajalah untuk aku. Nanti aku bayar balik," ujar Syafik malu-malu.
"Kau Far? Nak pesan apa-apa?"
"Kau belilah roti untuk aku sekali," kata Farra.
"Thanks, Hani," Syafik memandang Farra. "Tengok, Hani juga yang baik."
"Siapa kata dia jahat?" balas Farra.
"Tapi Far, macam mana kau boleh baik dengan Hani?" tanya Syafik sebaik-baik sahaja Hani sudah melangkah jauh dari mereka.
"Apa nak diherankan? Kita orang kan duduk sebilik," ujar Farra.
"Yalah, tapi dulu kan kau tak baik sangat dengan dia. Sekarang, setiap kali kita lepak sama, dia ada."
"Kau tak suka dia ke?"
"Bukan aku tak suka tapi kalau kita sembang ramai-ramai pun, dia diam aja. Kadang-kadang aku rasa macam dia tak suka kita orang aja."
"Tak adalah. Kau aja yang rasa macam tu. Dulu pun aku pernah rasa macam tu. Tapi bila dah kenal lama, aku rasa dia okey. Cuma dia tak berapa reti nak bercampur dengan kita. Sebab tu aku selalu ajak dia lepak dengan kita."
"Aku pun tak ada apa masalah dengan dia tapi dia tu diam sangat sampai aku pun tak tahu nak cakap apa dengan dia."
"Ala...lama-lama nanti okeylah. Kau bagilah dia masa. Dah memang sikap dia pendiam. Kita tak boleh nak ubah perangai orang. Kau cuba-cubalah bersembang dengan dia. Mana tahu, suatu hari nanti, kau boleh ngam dengan dia."
Syafik menggangguk-angguk mendengar kata-kata Farra kemudian mengalihkan pandangan kepada Hani yang sedang membeli minuman.
Setelah memesan teh ais Syafik, Hani melihat-lihat kek dan roti yang dijual di situ. Dimas mengambil peluang itu untuk berbual-bual dengan Hani.
"Aku ke sana sebentar," ujar Dimas kepada teman-temannya lalu bangkit menghampiri Hani. "Hai."
Hani menoleh.
"Hai," Hani membalas sapaan itu apabila melihat Dimas. Dia rupanya.
"Beli roti?" tanya Dimas.
"Taklah, beli baju," jawab Hani selamba.
Dimas terkedu.
Ya tak ya. Dah namanya pun kedai kek dan roti. Takkan nak beli baju? Padanlah muka aku. Dah tahu lagi mahu tanya.
"Err... Kamu sihat?" Dimas mengubah topik perbualan.
"Muka saya ni ada nampak macam orang sakit ke?"
Apa punya soalanlah? Kalau aku sakit, tak adalah aku berdiri kat sini. Ngomel Hani sendiri.
Hai susahnya nak borak dengan dia ni. Kita tanya dia elok-elok. Dia pula asyik nak kenakan kita. Namun untung juga kali ini dia mahu menjawab pertanyaan aku walaupun jawapannya itu agak menyakitkan hati. Tidak seperti masa mula-mula dulu. Dingin. Dimas mencari idea lain.
"Baru selesai kuliah?"
Hani menggangguk.
"Dengan siapa?"
"Dengan kawan."
Dimas mengikut langkah Hani yang sedang asyik membelek aneka roti yang ada. Dimas hanya memerhati perlakuan Hani. Setelah memilih beberapa jenis roti, Hani melangkah ke kaunter bayaran.
"Tak nak beli roti ke?" soal Hani apabila dari tadi Dimas hanya mengekornya tanpa membeli apa-apa.
"Tak."
Hani melihat jumlah harga yang tertera di mesin wang tersebut. Empat ringgit setengah termasuk teh ais Syafik. Hani mengeluarkan wang kertas lima ringgit dari dalam dompetnya namun Dimas terlebih dahulu membayar harga roti dan teh ais itu. Hani memandang Dimas.
"Saya belanja."
"Awak ingat saya tak ada duit ke?" Hani memandang lelaki yang menjaga kaunter bayaran tersebut. "Bagi balik duit dia," ujar Hani lalu menyerahkan wang kertas lima ringgit miliknya. Setelah mendapat wang bakinya, Hani kembali menyertai Farra dan Syafik tanpa sedikit pun menoleh ke arah Dimas.
Lho...Orang nak belanja pun marah? Dimas hairan dengan sikap dingin Hani yang secara tiba-tiba itu. Tadi elok aja. Tiba-tiba aja naik angin. Datang bulan agaknya.
"Thank you," ujar Syafik apabila Hani menghulur teh ais kepadanya. "Berapa ni?"
"Seringgit," ujar Hani.
"Aku tak ada duit kecik sekarang. Nanti aku bayar ya," ujar Syafik apabila teringat yang dalam poketnya cuma ada sekeping duit sepuluh ringgit.
"Eleh...taktik nak suruh orang belanjalah tu," Farra mencelah. Ada kalanya dia kurang senang dengan sikap Syafik. Kalau orang belanja bukan main laju lagi. Tapi kalau orang suruh dia belanja, ada saja alasannya.
Sedang mereka berbual-bual, Tasya dan Anuar muncul.
"Apa yang best sangat tu? Kau chat dengan artis lagi ke?" tanya Syafik seraya menjamah minumannya.
Namun pertanyaannya itu sepi tanpa jawapan. Syafik mengangkat muka melihat Tasya apabila soalannya tidak bersambut. Temannya itu tidak berkelip memandang sekumpulan pelajar lelaki yang duduk selang beberapa meja daripada meja mereka. Dia mula mengerti.
"Woi, tengok apa?" sergah Syafik.
Tasya tersentak. Hish, kacau aja!
"Tak habis-habis. Kau ni pemuja rahsia betullah. Pergilah tegur dia," cadang Syafik. Kadang-kadang dia naik rimas dengan sikap Tasya yang terlalu obses dengan cowok Indon itu.
Kalau dia minat diam-diam tak apa. Ini tidak. Setiap kali mereka berkumpul, dia, Farra dan Anuar terpaksa mendengar cerita dan luahan hati Tasya mengenai cowok Indon itu. Senyuman dia manislah. Muka dia cutelah. Dia inilah, dia itulah. Macamlah dia kenal sangat dengan cowok Indon tu.
"Ish...Tak pasal," bantah Tasya.
Tak ada sebab aku nak tegur dia. Nanti dia ingat aku gila. Tak kenal tiba-tiba nak tegur. Aku memang betul-betul nak berkawan dengan dia. Tapi macam mana aku nak mulakan? Kalau dia dah ada girlfriend macam mana? Tapi tak pernah pula aku nampak dia dating dengan mana-mana perempuan. Selalu lepak dengan kawan-kawan laki dia aja.
"Ala...tengah-tengah jalan tu kau buat-buatlah terlanggar dia ke, buat-buat barang terjatuh ke," Syafik mengusulkan cadangan.
Asyik dok bercerita pasal lelaki tu aja. Bila orang suruh luahkan perasaan kat dia, tak nak pula. Tak pasal-pasal kita orang yang jadi tempat kau mencurah perasaan.
"Aku tak mainlah cara kotor macam tu," ujar Tasya.
"Laa...Siapa pula kata cara kotor? Bukannya kena guna lumpur pun," seloroh Syafik.
Tasya menarik muka mendengar kata-kata Syafik. Namun anak matanya masih melekat pada lelaki idamannya itu. Tanpa diduga, lelaki itu melihat ke arah mereka.
"Dia pandang sinilah!" Tasya berasa teruja. Dia tertunduk malu. "Agak-agak dia pandang aku tak?" tanya Tasya kepada teman-temannya.
Jangan-jangan dia perasan aku selalu pandang dia. Malunya!
"Kau ni perasanlah, Tasya," kata Anuar. "Entah-entah dia pandang Farra ke, Hani ke..."
"Kita orang ke," celah Syafik agar Tasya tidak terlalu menaruh harapan. Dia khuatir Tasya akan kecewa jika ternyata andaiannya itu salah.
"Buat apa pula dia nak pandang kau orang? Kau ingat dia gay ke?" Tasya yakin Dimas memandang ke arahnya.
Farra melihat ke arah Dimas lalu mengalihkan pandangan kepada Hani. Rasa-rasanya dia tahu siapa yang menjadi tumpuan lelaki itu. Dia pasti tekaannya itu tepat. Bukan dia tidak nampak cara Dimas menegur Hani tadi.
Tapi sejak bila pula dia orang berkenalan? Hani pun tak pernah pula menyebut perihal Dimas. Tapi memang sejak aku kenal dia pun, dia bukan jenis yang suka bercerita. Kalau orang tak tanya, dia pun tak cakap. Tapi kalau orang tanya pun, belum tentu dia nak cakap. Hani ni suka betul berahsia. Susah nak tahu apa yang difikirkannya.
bley thn la citer nie tp kalo citer dye gempak ckit baru best
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak cite ni, masukkanlah new n3.