Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Lagu 'Cepat Cepat' dendangan Juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor berkumandang menghiasi ruang legar kompleks beli-belah itu. Di sebuah food court, kelihatan suatu pasangan lelaki dan perempuan sedang menjamu selera sambil berbual-bual.
"So, macam mana perkembangan kau dengan Tya?" soal si perempuan.
"So far so good. Kau tahu, aku dah dapat pegang tangan dia!" si lelaki tersenyum bangga.
"Baguslah. Tak lama lagi mesti kau dapat pegang hati dia!" si perempuan gembira mendengar berita itu.
"Mudah-mudahan," si lelaki memandang si perempuan dengan penuh tanda tanya. "Kenapa kau suka sangat kalau aku dengan Tya?"
"Sebab aku tak sukakan si Riz tu. Aku tak suka tengok dia dengan Tya. Dia tak sepadan dengan Tya. Dan aku rasa kaulah orang yang paling sesuai dengan Tya," si perempuan seakan membenci lelaki yang dipanggil Riz itu. Seolah-olah dia menyimpan dendam yang dalam terhadap lelaki itu.
"Aku akan pastikan yang kau tak salah pilih orang," janji si lelaki. Aku akan pastikan Tya jadi milik aku tak lama lagi. Kau ingat aku nak diamkan diri? Dia masih geram apabila mengingati peristiwa tengah hari tadi.
Sebaik-baik saja dia sampai ke tempat parkir motosikal, dia terkejut apabila melihat keadaan motosikalnya. Kedua-dua tayarnya kempis. Pula tu badan motosikalnya disembur dengan cat. Tak pasal-pasal aku kena naik bas balik rumah. Memang tak boleh dimaafkan!
"Aku percayakan kau," si perempuan melagakan gelas dengan gelas si lelaki sebagai tanda kerjasama yang terjalin. Si perempuan tersenyum puas. Padan muka kau, Riz.
Sementara itu di tempat yang sama di tingkat bawah, sepasang kekasih berjalan beriringan sambil melihat-lihat aksesori yang terjual di sebuah kedai.
"Yang mana cantik?" Si perempuan menggayakan seutas rantai tangan di pergelangan tangannya meminta pendapat teman lelakinya tentang rantai tersebut.
"Mana-manalah," jawab teman lelakinya. Dia memang tidak pandai membuat pilihan.
"Ala…Riz ni. Cepatlah bagi idea," si perempuan menggesa.
"Tya pakai apa pun cantik."
Athira tersipu apabila dipuji begitu. Athira melihat harga yang tertera di rantai tangan itu. Dua puluh ringgit dua puluh sembilan puluh sen. Mahalnya! Lebih kurang sama dengan harga satu cakera padat. Melihatkan itu, Athira meletakkan kembali rantai tangan itu di tempatnya.
"Tak jadi beli ke?" soal Azrizal.
"Tak jadilah."
"Kenapa? Kan cantik tu."
"Kita tengok kedai lain dululah," Athira memberi alasan lalu menarik lengan Azrizal keluar dari kedai itu. "Riz lapar tak? Jom kita pergi makan."
"Tadi Tya kata nak tengok di kedai lain."
"Kita makan dululah. Tya laparlah."
"Mc' Donald?"
"Tak naklah. Tya nak makan tomyam."
"Tomyam? Di mana?"
"Food courtlah. Ke Riz nak makan Mc' D?"
"Tak apalah. Riz ikut Tya."
Mereka melangkah menuju ke food court yang terletak di tingkat atas kompleks itu. Ketika menaiki escalator, Athira sempat memerhatikan pengunjung yang makan di situ. Tiba-tiba matanya menangkap suatu pasangan yang sedang makan di situ.
"Riz, Fatin dengan Shamsullah," Athira menuding ke arah suatu meja.
"Mana?" Azrizal melihat ke arah yang dikatakan.
"Tu, di meja sana."
"Yalah," ujar Azrizal. Hampir-hampir dia tidak dapat mengecam Fatin kerana di sekolah Fatin memakai tudung tapi di luar sekolah Fatin tidak memakai tudung. Samalah macam Tya.
"Jom kita join mereka," Athira melangkah menuju ke arah Fatin dan Shamsul namun dihalang oleh Azrizal.
"Tak payahlah. Lagipun mungkin mereka cuma nak berdua-duaan," Azrizal berbisik ke telinga Athira. "Macam kita." Athira tersenyum. "Kita duduk sanalah," Azrizal dan Athira berlalu ke meja lain. Namun mata mereka masih melekat pada pasangan itu.
"Tya frustlah," ujar Athira sebaik-baik saja melabuhkan punggung ke kerusi.
"Kenapa pula Tya nak frust?" soal Azrizal. Takkan Tya ada hati pada Shamsul?
"Mestilah Tya frust," Athira memandang Azrizal sebelum menyambung ayatnya. "Tya frust sebab Fatin tak bagi tahu Tya pasal hubungan dia dengan Shamsul."
Azrizal mengeluh lega. Ingatkan apa tadi.
"Riz ingat Tya frust sebab apa?" Athira sengaja ingin mengusik. Dia suka tengok teman lelakinya itu cemburu. Barulah dia tahu tahap sayang lelaki itu padanya.
"Tak ada apa. Tya nak minum apa?" Azrizal mengubah topik.
"Milo ais."
"Riz pergi belikan ya," Azrizal menghilang ke gerai yang menjual minuman. Athira melihat Fatin dan Shamsul sementara menanti Azrizal. Pandai betul budak ni simpan rahsia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
terus berkarya keyh!