Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelas di hujung bangunan tiga tingkat itu tenang. Para penghuninya kelihatan tekun mendengar penerangan Cik Mazleen tentang novel sastera 'Seteguh Karang'. Novel yang mengisahkan perjuangan hidup seorang gadis yang bernama Awanis berusia 22 tahun dan sedang menuntut di ITM cawangan Arau, Perlis. Kehidupan Awanis atau Anis yang bahagia dan ceria bertukar corak setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang mengerikan. Kematian ibu bapanya secara mendadak memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan Awanis, Maysarah dan Anita. Semuanya kelihatan tekun. Namun ketekunan mereka bukan kerana penerangan Cik Mazleen sebaliknya masing-masing tekun membuat aktiviti sendiri. Azrizal kelihatan khusyuk mengadap novel 'Seteguh Karang' itu namun bukan novel sastera itu yang dibacanya sebaliknya dia khusyuk membelek majalah komik Gempak di bawah meja. Novel sastera itu sengaja didirikan di atas meja agar majalah komik kegemarannya itu tidak dilihat oleh Cik Mazleen. Shafik yang duduk di sebelahnya pula hampir tertidur dek kerana kebosanan. Sememangnya dia paling tidak suka mata pelajaran bahasa Melayu apatah lagi subjek sastera. Tapi nak buat macam mana? Prestasi Peperiksaan Menengah Rendahnya tidak cukup kuat untuk dia melayakkan diri ke kelas sains. Iqbal pula asyik melihat Cik Mazleen tanpa berkelip sambil menopang dagu. Di matanya memang Cik Mazleen namun di fikirannya dia membayangkan Cik Mazleen sebagai Ina Naim yang sedang mendendangkan lagu untuknya. Alangkah bagusnya kalau Ina Naim yang menjadi gurunya. Kalau hari-hari kena datang sekolah pun tidak mengapa asalkan dapat menatap wajah artis kesayangannya itu. "Azrizal, cuba terangkan sinopsis bab satu," Cik Mazleen sengaja ingin menguji pelajar itu. Dari tadi dia lihat Azrizal tunduk tanpa mengangkat muka. Khusyuk benar dia membaca. Namun Azrizal seolah-olah tidak mendengar panggilan gurunya itu. "Riz," Melissa yang duduk di belakang Azrizal memanggil namanya namun Azrizal masih tidak mengalihkan pandangannya. Matanya masih melekat pada komik kesukaannya itu. Melissa mula berang kerana panggilannya tidak didengari. Budak ini, nak kena marah dengan Cik Mazleen ke? "Riz…" Melissa menggerak-gerakkan kerusi Azrizal dari belakang. "Apa?" Azrizal berpaling ke belakang. Kacau betul. Orang tengah syok baca komik ni. "Cikgu panggil kaulah," ujar Melissa separuh berbisik. Azrizal tersentak lantas segera berdiri. "Ya, cikgu." "Boleh awak terangkan pada kelas apa sinopsis bab satu?" Cik Mazleen mengulangi pertanyaannya. Memang sah budak ni buat benda lain. Aku panggil pun dia tak dengar. "Bab satu?" Azrizal membelek novel di hadapannya mencari bab pertama yang dimaksudkan. Apa aku nak jawab ni? Baca pun tak. "Bab satu ni pasal… erm… err…" Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia dapat merasakan bahawa tiga puluh lima pasang mata termasuk Cik Mazleen melihat ke arahnya menantikan jawapan. Namun bunyi ketukan di pintu menyelamatkannya daripada terus menjadi tumpuan. Ketukan itu mengumpan perhatian mereka ke arah pintu. Di muka pintu, kelihatan seorang wanita yang berusia sekitar empat puluhan, bertubuh sederhana, dan berkaca mata menggamit Cik Mazleen. Di sisinya seorang pelajar lelaki yang agak tinggi dan kurus. Bajunya putih seperti baru dibeli. Kemas bertali leher. Sekali tengok dah dapat agak mesti anak orang kaya. Azrizal mengeluh lega apabila Cik Mazleen menghampiri wanita itu. Keriuhan mula melanda kelas tersebut. Kesemua mereka mula bercakap-cakap sesama sendiri. "Pengetua dengan siapa tu? "Pelajar baru ke?" "Handsome juga kan?" "Mesti anak orang kaya," salah seorang daripada mereka mengajuk sebuah iklan di televisyen. Mereka bercakap-cakap sambil melihat Cik Mazleen dan pengetua. Kedua-dua mereka kelihatan seperti sedang membincangkan sesuatu. Sesekali pengetua menunjuk ke arah pelajar lelaki di sebelahnya itu. "Syy…" Mereka diam apabila Cik Mazleen melangkah masuk bersama pelajar baru itu. Semua mata tertumpu ke hadapan kelas. Tidak sabar ingin mengetahui tentang kawan baru mereka itu. "Kamu semua ni.tak kiralah cikgu ada ke, cikgu tak ada ke, bercakap saja memanjang. Macam pasar," Cik Mazleen menegur sikap pelajarnya yang tidak pernah hendak diam itu. "Baik, hari ini kita ada seorang kawan baru. Namanya Tengku Shamsul Baharin bin Tengku Sulaiman. Tengku Shamsul ni baru berpindah dari Kuala Lumpur," penerangan Cik Mazleen itu menjawab segala persoalan yang bersarang di kepala tiga puluh lima orang anak didiknya. "Orang Kuala Lumpur tu," suatu suara kedengaran. Mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin kagum apabila disebut Kuala Lumpur. Maklumlah Kuala Lumpur itu kan ibu negara Malaysia dan menjadi pusat segala kemewahan. Kuala Lumpur juga terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti KLCC, Menara KL, Plaza Sungei Wang, Berjaya Times Square, Petaling Street, dan banyak lagi. Bagi yang tidak pernah ke Kuala Lumpur pasti membayangkan kehidupan di Kuala Lumpur yang serba mewah, maju dan glamour. Setiap orang pasti mengimpikan untuk hidup di Kuala Lumpur. Namun bukan semua orang mampu untuk tinggal di situ. Kata orang, Kuala Lumpur itu tempat orang-orang kaya. Rumah besar-besar dan barang-barang di sana juga mahal-mahal. "Untuk tahu lebih lanjut, awak semua boleh tanya dengan Tengku Shamsul sendiri nanti," Cik Mazleen mencari bangku yang masih kosong. "Ada tempat kosong?" "Sini, cikgu," Zahid menunjuk meja di sebelahnya yang masih belum berpenghuni sejak hari pertama sekolah dibuka. Selepas ini pasti dia tidak akan keseorangan lagi. "Shamsul, awak duduk di sebelah Zahid dulu," ujar Cik Mazleen. Tanpa sepatah kata, Shamsul melangkah ke tempat duduk yang dimaksudkan. Dia mula berkenalan dengan Zahid. Namun jiwanya masih terasa asing. Dia memerhati ke sekeliling kelas. Tanpa sengaja matanya bertaut dengan Athira yang duduk satu baris dengannya. Shamsul mengukir senyuman namun senyumannya tidak berbalas. Shamsul menjungkit bahu melihat sikap Athira itu namun dia tidak mengambil serius akan hal itu. "Sampai mana kita tadi?" Mereka kembali menumpukan perhatian pada pengajaran Cik Mazleen yang tergendala sebentar tadi. Minta-mintalah Cik Mazleen tak ingat nak tanya aku semula. Dahlah aku tak baca lagi novel ni. Novel apa entah. Bosanlah sastera sastera ni. Baik baca komik. Cik Mazleen ni pun satu. Baru buka sekolah dah suruh baca buku pelajaran. Azrizal mengomel sendiri di dalam hati. "Azrizal, saya tak habis lagi dengan kamu. Kamu belum jawab lagi soalan saya tadi kan?" soal Cik Mazleen. Ingat aku lupa ke? Aku belum nyanyuk lagi tahu! Azrizal tersentak. Alamak! Macam mana Cik Mazleen boleh ingat? "Sebenarnya cikgu, saya tak baca lagi novel ni," ujar Azrizal berterus-terang dengan harapan Cik Mazleen akan memaafkannya dan mengajukan soalan itu kepada pelajar lain. "Kenapa kamu tak baca lagi? Bukankah kelmarin saya dah suruh kamu semua baca bab satu novel ni?" Azrizal diam. Macam mana nak baca kalau di depannya ada komik yang lebih seronok untuk dibaca? Bukan hobi akulah baca novel ni. Lagipun SPM bukannya esok. Ada sepuluh bulan lagi untuk berseronok. Baca sekarang pun belum tentu akan ingat isi ceritanya hingga SPM nanti. Kenapalah pelajar sekolah selalu disuruh mengulangkaji pelajaran? Satu hari kan hanya ada dua puluh empat jam. Takkan dua puluh empat tu nak dihabiskan dengan mengadap buku saja? Bosannya hidup! "Azrizal!" Azrizal tersentak. "Kamu jangan duduk selagi kamu tak dapat jawab soalan saya," tegas Cik Mazleen. Azrizal akur. Sah-sahlah aku takkan dapat duduk. Satu apa pun aku tak tahu pasal novel ni. "Shafik…" Giliran Shafik pula yang tersentak. "Apa sinopsis bab satu?" Shafik memandang Azrizal. "Tak dapat jawab juga. Berdiri," Cik Mazleen mula bertindak tegas. Bukan boleh bagi muka sangat dia orang ni. Nanti pijak kepala. Biar mereka rasa sikit. "Iqbal…" Iqbal bangkit. Aku pula? Iqbal diam. Seperti Azrizal dan Shafik, dia juga tidak membaca novel itu semalam. "Athira." Seorang demi seorang daripada mereka disoal. Kalau tidak dibuat begini, pasti mereka ambil mudah. "Bab satu ni pasal Anis yang keletihan kerana baru tiba dari Arau dengan menaiki rel bas walaupun perjalanannya tidak terlalu panjang. Dia keletihan kerana terpaksa berdiri sepanjang perjalanan dari Arau sampai ke Ipoh. Keletihannya semakin bertambah apabila dia terpaksa mengheret barang-barangnya ke stesen bas dalam keadaan cuaca yang panas terik," jawab Athira. "Bagus," Cik Mazleen memuji Athira. Sekurang-kurangnya ada juga yang dapat menjawab soalannya. "Seterusnya apa yang berlaku, Fatin?" "Setibanya di rumah, Anis disambut oleh kakaknya, Maysarah yang berwajah murung. Sikap kakaknya berubah selepas kematian ibu dan bapa mereka dalam kemalangan jalan raya. Perbualan Anis dan kakaknya tidak semesra dulu," Fatin menjawab dengan yakin. "Sebelah Fatin, sambung," ujar Cik Mazleen. Seorang pelajar perempuan bangkit untuk menjawab soalan Cik Mazleen. "Anis terlena sehingga jam 6 petang dan hanya terjaga apabila dikejut oleh Anita yang baru pulang dari kelas tuisyen. Hubungan antara Anis dan Anita sangat mesra sehingga Anis sering mengusik adiknya, Anita semasa menonton rancangan Kantonis di televisyen." "Ada sesiapa nak tambah?" tanya Cik Mazleen. Semua tunduk. Tidak berani memandang wajahnya. Takut dipanggil untuk menjawab soalannya. Macam nak masuk dalam meja. "Saya, cikgu," seorang pelajar lelaki mengangkat tangan untuk menjawab. Cik Mazleen menggangguk. "Sesekali Anis terkenang akan abah dan mamanya yang telah meninggal akibat kemalangan yang penuh tragis. Antara kakaknya, Maysarah dan adiknya Anita, Anislah yang paling tabah menghadapi cabaran dan dugaan. Ketabahan Anis teruji apabila dia terpaksa ke ITM Indera Kayangan tanpa diirngi oleh keluarganya. Tugas dan tanggungjawab keluarga Anis diambil alih oleh Pak Oni. Semasa makan malam bersama-sama keluarganya, Anis memberitahu tentang latihan praktikalnya di Terengganu. Anita sangat sedih mendengar berita tersebut." Azrizal sempat mengerling pelajar itu. Dia geram apabila ternampak buku siri ulasan dan kajian tentang novel tersebut di tangan pelajar lelaki itu. Tak aci! Main tipu! Pelajar lelaki itu hanya tersengih.
sowie2..rasanya dh wat paragraph tp bila upload jd mcm ni pulak..anyway, thanks eh!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best2 Smbg lagi2..
Cepat taw..
hehe
~DiNi~