Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku bersandar pada sofa yang terdapat di dalam bilik ini yang biasanya menjadi tempat perbincangan dengan pelanggan. Elok juga kalau dapat lelap sekejap..sakit kepala pun ada. Semua sebab mak datin tadi lah ni..hampir setengah jam aku terpaksa layan kepala angin dia. Lagipun semalam entah pukul berapa aku tidur pun tak pasti. Aku membetulkan duduk sambil menyandarkan kepala ke sofa. Mata aku pejamkan dengan harapan segala kekacauan akan pergi dari kotak fikir aku bila bangun nanti. Kalaulah aku ada kuasa , aku nak buat hafez dan azlan hilang dari hidup aku selepas aku bangun nanti... dan yang ada ketika aku buka mata nanti hanya aku, putera impianku dan komik- komik kegemaranku yang bertimbun-timbun. Biar aku baca sampai nak termuntah pun tak apa dari ada kena mengena dengan dua beradik tu. Ish, aku ni merepek je lebih..fatin, tidur cepat!.
**********
Tempat ini sungguh asing bagi aku.. hampir seluruh tempat ini berwarna putih...Daun-daun pokok dan rumput berwarna putih serta kelihatan bersinar bila disimbah cahaya matahari. Tiba- tiba muncul seorang lelaki berpakaian seperti putera raja di dalam komik kegemaran aku. Ini tak lain mesti aku tengah mimpi..tapi kenapa mamat putera ni pakai topeng pula. Ish..macam mana aku nak tahu dia hensem atau tidak. Dia menghampiri aku dan memimpin tanganku menuju ke suatu kawasan dimana terdapat sebuah tasik, ditengahnya terdapat satu-satunya pokok yang daunnya berwarna hijau dan terdapat hanya sekumtum bunga mawar merah. Bunga tersebut dipetiknya dan dihulurkan pada aku. Entah kenapa aku seperti bisu, tiada sepatah kata yang keluar dari mulutku. Kami terus berjalan menyeberangi tasik itu..tapi sebaik sahaja sampai di tebing..dia melepaskan pautan tangannya sebelum berpaling dan terus pergi. Pada ketika itu, dalam keadaan samar aku dapat lihat susuk tubuh seseorang di hadapan aku.. "Tunggu!" jerit aku sambil berpaling semula mencari putera tadi namun dia berada terlalu jauh untuk mendengar panggilan aku.
Aku membuka kelopak mataku perlahan. Macam manalah aku boleh mimpi benda-benda macam ni..tak logik betul, macam cerita dongeng orang putih saja. " Huargh..!" aku menguap sepuas hati sambil tanganku menggosok mata yang sedikit kabur. Lega rasanya..entah berapa lama aku terlena pun tak tahu.
" Welcome to the real world ! puas dah tidur?"
" Mak !" sapaan itu benar-benar buat aku terkejut. Agaknya dia ni nak bagi aku mati cepat kot. Tiba tiba saja muncul depan mata aku. Aku pantas bangun dari sofa, rasa tak sedap pula berbaring macam ni, namun dek kerana wajah dia terlalu hampir dengan aku..tak pasal-pasal dia merasa tandukan dari aku.
" Sorry.." ujarku sambil membetulkan duduk di sofa. Siapa suruh dia buat aku terkejut.. mana tidaknya elok sahaja aku buka mata muncul pula muka mamat ni. Tak tahu bagi salam .. tak pun kejut atau tegur baik-baik sikit. Hafez yang sebentar tadi duduk disebelah sofa yang menjadi tempat tidur aku, bangkit menuju ke arah sofa bertentangan. Entah macam mana dia boleh muncul dekat sini pun tak tahulah. Rasanya aku sudah pesan pada jojie yang aku tidak mahu diganggu.
" Clumsy" ujarnya sebaik sahaja duduk sambil tangannya mengusap-usap pipinya yang kena tandukan aku sebentar tadi.
" Clumsy? Huh!" dah la datang tak berjemput..lepas tu suka hati saja nak mengata aku.
" Ya..clumsy...semenjak kita kahwin ni , banyak kali dah hafez kena macam ni..asyik ditimpa malang saja, bahaya betul" ujarnya sambil tersengih. Ish, ingat aku suka sangat ke jadi kahwin dengan kau.. Kalau diikutkan aku lagi malang. Nasib baik tak ada sakit jantung..kalau tak dah lama sewa rumah bawah tanah. Ee..mintak simpang la.
" Hey, achik tu yang buat orang terkejut dulu tau. Masuk tempat orang tak reti nak bagi salam..tak pun kejut elok-elok tak boleh? Sudah tu suka-suka hati nak salahkan orang." Balasku, sakit hati dibuatnya. Dia kelihatan masih tersenyum. ‘ Ah. Ingat aku nak tergoda dengan senyuman kau yang berserta tanduk di kepala tu?..huh, boleh jalan..!’
" Dah banyak kali bagi salam..tapi bila tengok orang tu sedap sangat tidur sambil tersenyum-senyum tak sampai hati pula nak kejut" ujarnya lagi membuatkan aku terasa malu. Aku senyum ambil tidur?
" Sudah tu..balik sajalah kalau tak mahu kejut" ujarku bengang dan tidak selesa bila diusik begitu.
" Memang nak balikpun tadi..tapi ada orang tu tak bagi.." ujarnya membuatkan aku tertanya. Siapa pula yang pandai-pandai halang mamat ni dari balik.
" Tunggu" ujar hafez sambil tangannya diangkat dan matanya di pejam. Macam dialog aku dalam mimpi tadi je. Ish, takkan aku mengigau kot tadi. Mak aih...malunya aku..! macam mana pula boleh sampai mengigau ni. Betullah kata orang tua-tua, tidur petang memang tak elok. Aku dapat rasa darah mula berkumpul di muka aku..tak dapat nak sorok lagi. Muka aku mesti merah ni, panas semacam je. Hafez masih lagi tersengih lebih dari kerang busuk.
" Ni ada apa hal datang sini?" baik aku tukar tajuk cepat. Hari ni saja sudah dua kali aku termalu sendiri.
" Saja" ujarnya dengan wajah seperti tiada apa berlaku. Saja? Aku tak dapat terima langsung alasan yang dia bagi.
Eh, nanti dulu..sebelum aku tidur tadi..aku harap bila buka mata, yang ada adalah putera impian aku dengan komik-komik kegemaran aku. Takkan la pula mamat ni putera impian aku. Oh, tidak! Aku tak dapat terima kenyataan ni! Tolong aku, kenapa mesti dia. Tapi.. hmm..tak mungkin sebab mana dia komik-komik yang aku harapkan tu?.. Ah, aku ni fikir sangat benda-benda macam ni pasal apa. ‘ Of course lah bukan mamat ni’ detik hati aku membuatkan aku tersenyum sendiri lagipun..bukankah harapan aku sebelum tu agar mamat ni dengan adik kandung and what so ever tu hilang dari hidup aku.
" Hai, ingat dalam tidur saja senyum sorang-sorang" ujar hafez mematikan senyumanku. Kata-katanya hanya aku balas dengan jelingan. Kenapalah makhluk seorang ni betul-betul menyakitkan hati. Dulu tak pula macam ni..Tambah pula waktu sekolah dulu. Bertuahlah kalau nak tegur aku pun.
" Excuse me, boss" sapa jojie yang masuk ke bilik aku tanpa diundang. Dah macam tabiat dia orang pula, bukan reti nak bagi salam atau ketuk pintu dulu.. tak larat dah aku nak tegur.Aku memandang kearahnya yang memegang sebuah kotak .
" Ada apa?" soalku pada jojie yang sedang berjalan kearah aku.
" Komik- komik yang bos biasa langgan tu sudah sampai, semua lapan buah campur tiga komik baru percuma" ujar jojie lancar. Terbeliak mata aku dibuatnya melihat kotak yang diletakkan jojie dihadapan aku. Kenapalah komik-komik ni sampai hari ni..Tak mungkin! Tak mungkin permintaan aku jadi kenyataan. Tolonglah..aku nak tarik balik permintaan yang aku buat sebelum tidur tadi.
" Jojie!" aku memanggil jojie sebelum sempat dia melangkah keluar dari bilik aku
" Ambil balik kotak ni. Mana ada aku pesan semua ni" ujarku pada jojie yang kelihatan terpinga-pinga dengan arahanku.
" Aa..kan ada nama boss de.."
" Aku cakap ambil balik, ambil baliklah. Banyak songeh pula budak ni" tambahku lagi. Tak, ni bukan aku punya. Komik ni mesti berada sejauh mungkin dari aku. Aku perasan hafez sedang memandang pada aku sambil tersenyum. Apa tak cukup garangkah aku ? aku serius ni, bukannya buat lawak pun.
Sebaik sahaja jojie membawa semula kotak itu keluar, aku kembali memandang kearah Hafez.
" Dah tua bangka pun baca komik lagi"ujar hafez sinis. Kata-katanya ku abaikan sahaja. Malas nak balas, buat sakit hati saja.
" Kalau dah tak ada kerja sangat..nah ambil ni, then, pergi main jauh-jauh" ujarku padanya sambil menghulurkan gula- gula yang sememangnya berada diatas meja hadapan kami.Dia mengangkat kening, mungkin memahami niat aku yang sememangnya ingin menghalau.
" Hmm. actually, sengaja singgah tadi..kalau boleh,balik awal sikit ya.." ujar Hafez lantas berdiri sambil membetulkan tali lehernya, kemeja hitam seta tali leher berwarna oren muda itu membuatkan dia tampak kemas.briefcase putihnya yang berada di atas meja dicapai. Dah habis kerja ke mamat ni? Aku melihat jam di tanganku..6.45..patut pun..orang kerja pejabat, lainlah aku..
" Abah dan mama mungkin sampai dalam pukul lapan lebih" Tambah hafez lagi. Gula-gula yang masih berada ditanganku diambilnya sebelum beredar.
'Mama?'..
Ish, aku terlupa lagi.. nampaknya penyakit aku ni dah semakin kronik. Kenapalah cepat sangat masa berlalu. Kenapalah mama mesti datang hari ni..
berape lama nak tunggu???? setaun ke??? HEHEHEHHEEH
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
thanks smbg.. suke sgt......