Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sunyi dan tenang. Pandanganku menyorot pada pusara seorang insan yang penting di dalam hidupku. Aku melangkah keluar dari kereta, selendang yang berada dikepalaku dikemaskan. Sapaan angin lembut membuatkan hati aku tersentuh tatkala berada di hadapan pusara arwah abang dan kakak ipar aku.
Sudah lama rasanya aku tidak ke sini. Daun-daun kemboja kering aku kuis supaya pusaranya lebih bersih. Kelihatan seperti ada orang lain yang mengunjungi pusara abang kerana tidak kelihatan langsung rumput-rumput liar yang biasanya tumbuh. Yang pastinya orang itu bukanlah mama, abah atau kak long...tak mungkin aku tidak tahu kalau mereka ke sini, lainlah kalau dekat. Ini semua kerana wasiat abang yang tidak mahu disemadikan di kampung sebaliknya ingin disemadikan disini bersama arwah kakak iparku. Abang dan kakak berkahwin tanpa restu mama.. mama tidak dapat memaafkan tindakan abang yang menolak calonnya. Kakak ipar aku meninggal disebabkan barah payudara..dan yang paling sukar untuk aku terima..Abang meninggal pada hari yang sama akibat kemalangan jalan raya.Pada masa itu, aku memang salahkan mama, aku jadi marah pada mama..bagi aku mama penyebab semua ini walaupun aku tahu mama paling sedih bila mendengar berita pemergian abang. KaLau pada ketika itu mama mahu membantu kos perubatan kakak..mesti kakak masih ada..dan abang tidak perlu terlibat dengan kemalangan kerana tergesa-gesa ke hospital bila mengetahui keadaan kakak.
'Maafkan fatin bang, setiap kali fatin datang.. mesti kerana ada masalah. Fatin ni pentingkan diri kan?..'
Setelah selesai menghadiahkan surah yassin buat abang dan kakak..Aku melipat semula tikar yang mejadi tempat duduk aku sebentar tadi. Aku berdiri semula sambil membetulkan pakaianku. Aku memandang kedua-dua pusara dihadapanku sebelum berpaling dari situ. Tiada lagi air mata setelah tujuh tahun.
'Tapi..Fatin rasa abang lagi pentingkan diri. Abang tinggalkan fatin sendiri untuk hadapi semua ni..' Aku melangkah semula kearah kereta tanpa berpaling.
***********
Aku sekadar memandang kertas kosong yang berada di hadapanku. Tiada sebarang idea yang muncul..tiada sebarang lakaran pun yang terhasil. Di dalam layar fikiran aku masih lagi menayangkan dua suspek yang membuatkan kepala aku serabut. Kan senang kalau boleh buang sahaja kedua-dua sekali. Ish, yang aku susah-susah fikir pasal dua beradik yang tak mendatangkan untung tu buat apa? Kan satu kerja pun tak jadi ni.Tapi.. betulkah hafez dengan azlan tu adik beradik? Sekali tengok..tak sama pun. Argh..peduli apa aku!. Kertas kosong yang tidak bersalah itu aku keronyokkan sebelum campak kedalam tong sampah yang hampir penuh ditepi meja.
Aku melangkah keluar dari bilik menuju ke arah atie dan jojie. Baik aku keluar daripada duduk dalam bilik seorang dan fikir macam- macam.
" Jojie ! pergi salinkan baju patung tu" aku menampar bahu jojie baru sahaja ingin menghirup kopi yang baru dibancuhnya.
" Aww " latah jojie yang mungkin terkejut dengan perbuatanku yang secara tiba-tiba. Nasib baik juga tak terlepas cawan yang dipegangnya.
" Kau ni cubalah keras sikit..jerit pun macam perempuan" ujarku pada jojie. Aku memang sengaja mengusiknya walaupun aku tahu jojie memang macam tu..dia bukan pondan tapi...lembut kot..huhu.
" Eeii..tolong sikit..jojie lelaki sejati tau!" balas jojie sambil bergaya kononnya seperti lelaki sejati. Apa-apa sajalah jojie..dengar nama pun dah macam perempuan.
" Iya lah tu.. Pergi salinkan baju tu cepat!" ulangku sekali lagi.
" Berapa kali nak tukar? Kan tadi kak atien dah suruh atie" ujar atie yang baru keluar dari stor. Eh, betul ke?..isk, macam mana boleh lupa pula ni. Aku memandang ke arah atie yang siap dengan beg tangannya.
" Kamu nak ke mana pula tu?" soalku melihat atie bersiap siap ingin keluar.
" La.. pagi tadi kan kak atien pesan suruh pergi bank..Atie dah habiskan kerja di belakang, so..nak terus keluar pergi bank la ni." Ujar atie sambil dahinya dikerutkan.Teruk betul aku ni..kenapa semua benda aku boleh lupa ni. Aku memandang Atie dan kemudian jojie. Kedua-dua mereka memandang tepat kearahku.
" Hmm..dahaga la pula" ujarku sambil tersenyum, cawan ditangan jojie aku capai. sengaja aku ingin tukar tajuk. Buat malu saja.. Entah apa-apa aku ni.
" Kak atien.." Langkah ku terbantut ditahan atie. Atie merenung tepat ke arah ku. Aku tahu dia perasan sesuatu dengan tingkah laku aku hari ni.
" Kak atien ok lah! Kamu tu pergi siapkan kerja cepat" ujarku sebelum apa-apa soalan muncul dari mulut atie. Aku tahu dia risaukan aku.. iya lah, jarang sangat aku jadi pelupa ni, terutamanya tentang kerja.
************
" Baik datin..I memang boleh buat macam tu.. tapi " malas betul rasanya bila dapat pelanggan macam ni. Kononnya bertaraf tinggi tapi tak tau nak berfikir. Buat panas telinga aku je telefon dia ni.
" What tapi? You think I dont have money ?..you say how much" balas Datin Amy nyaring. Mahu saja aku sepak orang tua ni kalau depan aku. Dah la bahasa inggeris tunggang langgang, lagak saja lebih.
" Bukan macam tu Datin.. kita ada prosedur, Datin sepatutnya beritahu lebih awal..lagipun tempahan datin hampir lapan puluh peratus siap.." aku cuba bertutur selembut mungkin. Nasib baik pelanggan.
" I dont want any alasan..what I want, that dress is ready or I sue you" ujar datin dengan nada yang masih belum turun. Sakit hati betul dapat pelanggan macam ni. " Look, you have sign the agreement right? So, if you wanna sue..just carry on!" ujarku malas. Lagi di layan, lagi melampau.
Senyap. Tiada jawapan..tahu pun takut. Menyusahkan betul, lain kali kalau nak buat apa-apa perubahan pun janganlah di saat akhir.Memanglah dia boleh bayar, tapi macam mana pula dengan kualiti kalau siapkan dalam masa yang suntuk. Nanti apa-apa yang buruknya nama butik aku.
" So, Datin?" ujarku bila dia masih senyap. Berfikir agaknya.
" La ni macam ni..saya bukan saja-saja nak suruh pi tukaq pesyen dia..tapi anak saya tu dia kata tak mau labuci-labuci..dia tak suka" ujar Datin Amy dengan nada lebih rendah kali ni. Nak tergelak pun ada, tadi bukan main cakap orang putih, at last, terkeluar bahasa kedah dia. Huh, tak suka labuci konon..waktu datang tempah bukan main lagi..kalau boleh sekilo labuci pun nak dibubuhnya. Kalau tak cukup duit cakap la.
" Macam ni lah datin..disebabkan datin..bayarannya nanti saya akan kira separuh sahaja bagi labuci.." putusku.
" Emm..kalau macam tu tak pa la..terima kasih noh" balas datin sebelum panggilan diputuskan. Penat aku bila sekali sekala dapat pelanggan macam ni.
menci btoi aku jenis costemer yg mengada2 tu..aku mmg byk da jmpe costemer jnis yg belagak kaya tp habuk xdak..kalu dah xdak duit ckp je xdak duit ni nak belagak2 lak.huhu..awat emosi lak ni. ahakzz.
sorry..ptt kna komen menda lain p komen menda lain lak.haha.. apa2 pun aku tggu sambungan yg akan dtg..~
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedih tul..dah 2-3 ari post n3 baru..tapi x masok2 pun, isk3- orentalez