Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sharifah mengangkat kening. Sebagai isyarat bertanya. Aku jungkit bahu. Invoices yang Encik Firdaus beri sebentar tadi, aku serahkan pada Sharifah. "Bos suruh prepare cheque. Cepat sikit katanya,"beritahuku perlahan. Mataku pula terarah pada Encik Firdaus. Encik Firdaus sedang bercakap sesuatu dengan Johan. Seperti marah-marah saja. Memang menakutkan muka Encik Firdaus hari ini. Bergaduh dengan Mia ke? Tapi, kan semalam mereka nampak gembira saja. "Kenapa dia bos kau tu? Macam orang datang bulan je,"bisik Sharifah di telingaku. Aku menjungkit bahu. Manalah aku tahu. Daripada pagi tadi, mukanya masam mencuka. Aku hendak tegur pun, takut. Sepatah sepatah saja dia bercakap denganku. Tidak seperti selalu. Langsung tiada gurau senda seperti selalu. Agaknya dia sudah jemu mengusikku agaknya. Yalah. Orang sedang bahagia dengan kekasih. "Kau ada buat salah dengan dia ke?,"Sharifah bertanya lagi. "Mana ada. Kau ni, suka-suka je cakap aku ya?," "Lain sangat sikap dia tu,"Sharifah bersuara bersama muka musykilnya. "Tulah pasal. Aku rasa dia gaduh dengan Cik Mia tu kot. Tapi, semalam aku tengok dia orang macam ok je. Cik Mia siap boleh lambai-lambai tangan lagi kat aku. Mungkin lepas tu kot, dia orang bergaduh," Sharifah memandang wajahku dengan reaksi yang sedikit terkejut. "Semalam kan kau keluar dengan Abang Kamal?," "Yalah. Masa aku makan dengan Abang Kamallah aku ternampak mereka," "Encik Firdaus perasan kau tak?," "Laa.. Kau ni. Kalau dah Cik Mia tu melambai-lambai kat aku, mestilah Encik Firdaus pun nampak sama," "Encik Firdaus nampak kau dengan Abang Kamal?," Aku garu kepala. Geram pun ada. Sampai bila aku perlu ulang benda yang sama ni? "Ya. Berapa kali nak cakap ni? Kau tak faham bahasa Melayu ke?," "Patutla..," Panjang saja jawapan Sharifah yang langsung tidak kaitan dengan soalan aku. Jawapan yang membuat aku sedikit pelik. "Patutlah apa?,"soalku sambil kerutkan kening. "Kes jeleoslah tu," Aku tergelak. Apa Sharifah cakap ni? "Kes jeleous apa? Siapa yang jeleous?," "Encik Firdaus cemburu tengok kau dengan Abang Kamallah tu," "Amboi..amboi..amboi.. sedapnya mulut kau reka fitnah ya. Kalau ada orang dengar macam mana? Kau ni.. berapa kali aku nak cakap. Dia tu dah ada kekasihlah. Nak cemburu kat aku buat apa?,"aku menjawab dengan nada sedikit geram. "Kau ni, memang saja buat-buat bodoh kan? Tipulah kau tak perasan yang Encik Firdaus tu suka kat kau. Satu kilang dah tahu. Aku rasa, big boss kita pun dah tahu," "Mengarutlah kau ni Sherry. Mustahil. Kau tak tengok mereka semalam. Dan sebelum-sebelum ni. Mereka memang sweet couple. Mustahil Encik Firdaus boleh tinggalkan orang macam Mia tu, semata-mata nak kejarkan aku. Dah. Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Kau pun, jangan cakap pasal ni lagi. Aku tak suka. Dia memang tak sukakan akulah. Mungkin dia cuma suka mengusik aku. Permainkan aku.. tapi, memang mustahil dia cintakan aku," "Kenapa kau kata mustahil? Dan, kenapa kau ni? Tiba-tiba emosi? Biasanya, kalau cakap pasal Encik Firdaus, kau tak adalah marah sampai macam ni. Entah-entah kau ni pun, tengah cemburu juga kot. Kau cemburu tengok dia dengan Mia. Dia pula cemburu tengok kau dengan Abang Kamal. Eloklah tu,"Sharifah terus bersuara tanpa mempedulikan kata-kataku. Boleh gelak pula tu. Aku menarik muka. Geram dengan mulut bising Sharifah. "Mana ada? Buat apa aku nak cemburu? Aku bukan sukakan dia pun. Aku cuma suka Charming,"aku menolak telahan Sharifah. Kenapa perlu aku cemburu pada Encik Firdaus? Namun, dalam masa yang sama, hatiku berbisik. Betul ke aku tidak cemburu? Kalau aku tidak cemburu, kenapa aku tidak gembira melihat kegembiraan Encik Firdaus dan Mia? Kalau aku tidak cemburu, kenapa aku tidak boleh tidur semalam? Kenapa perlu wajah Encik Firdaus yang mengganggu lenaku? Dan, hari ini, kenapa ada rasa kecewa yang bertamu di birai hati sebaik melihat wajah Encik Firdaus. Sebaik melihat Encik Firdaus menjadi sedingin ini? Aku mengeluh perlahan. "Kenapa mengeluh? Betul apa aku cakap kan?," "Aku banyak kerja nak buat. Aku layan kau kat sini, silap-silap nanti aku pula yang kena marah,"aku bersuara sambil mengorak langkah meninggalkan Sharifah. Tidak mahu melayan bicara Sharifah sebenarnya. Sebab aku berasa kata-kata Sharifah bagai benar-benar belaka. Takut untuk mengakui perasaan aku sendiri. Terasa perasaanku sudah bercelaru. Berkecamuk. Dengan longlai aku melabuhkan punggung ke kerusi. Encik Firdaus melintasi mejaku terus ke biliknya. Langsung tidak memandang ke arahku. Hatiku terasa bagai ditusuk selumbar. Pedih. Ngilu. Sedihnya bila Encik Firdaus melayan aku sebegini. Tidak! Apa sudah terjadi padaku ini? Kenapa aku perlu kisah pada sikap Encik Firdaus terhadapku, padahal saat ini aku cuma mahu serahkan hati dan perasaanku pada Charming. Dan, Charming.. dia pun menghilang hari ini. Telefon tidak berangkat. Yahoo Mesengger pun tidak aktif. "Adiya," Aku sedikit tersentak. Encik Firdaus tercegat di pintu biliknya. Tiba-tiba tersentuh mendengar Encik Firdaus memanggilku Adiya. Padahal sejak kes dia tersasul memanggilku Tiya, dia terus memanggilku dengan panggilan itu. Terasa Encik Firdaus cuba menjarakkan hubungannya denganku. Tiba-tiba aku terasa kehilangnnya. "Adiya, masuk sekejap,"Encik Firdaus memanggilku sekali lagi. Aku mengangguk perlahan. Perlahan juga aku melangkah ke arah Encik Firdaus. "Masuk," dia bersuara sambil memberi ruang untuk aku masuk. Aku akur. Dia pula bergerak ke kerusinya. "Ada apa Encik Firdaus?,"soalku sambil memandang wajah Encik Firdaus yang serius. "Duduklah," Bagai robot, aku mengikut segala arahan Encik Firdaus. Duduk di hadapan Encik Firdaus. Agak lama. Tiada kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Aku pula, perlahan-lahan mula rimas menjadi patung hidup di hadapan lelaki ini. Aku tahu Encik Firdaus sedang memandangku. Aku yakin. Kerana tiap kali aku mengangkat muka, mata Encik Firdaus tertikam padaku. Apa sebenarnya tujuan Encik Firdaus memanggilku? Aku ingin bertanya. Tetapi suaraku tersekat di kerongkong. Sudahnya aku tunduk sambil bermain jemariku di bawah meja. "Sebenarnya ada apa Encik Firdaus panggil saya ni? Kalau tak ada apa-apa, saya keluarlah ya,"akhirnya aku bersuara. Tidak tahan dengan pendangan Encik Firdaus. Dan tidak tahan dengan kebisuan Encik Firdaus. "Saya nak cakap sesuatu," "Ok. Cakaplah. Saya dengar," Encik Firdaus mengeluh perlahan. Sudahnya, matanya sekali lagi jatuh ke wajahku. "Rasanya tak sesuai cakap di sini," Pulak. Aku tidak memberi sebarang reaksi. Cuma memandang wajah Encik Firdaus tanpa perasaan. "Let's go for lunch,"Encik Firdaus bersuara sambil mengangkat punggung. Aku ternganga. Cepat aku mengangkat tangan. Melihat jam. Baru pukul 11.45. Biar betul, Encik Firdaus. "Baru pukul sebelas lebihlah, Encik. Lunch apa awal sangat?," "Saya lapar. Jom," Aik! Ini macam arahan. Bukan pelawaan. Aku masih duduk di kerusi. Melihat Encik Firdaus melonggarkan tali lehernya. Kacaknya dia saat itu. Tali leher ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Satu kebiasaan apabila dia mahu keluar makan. Pasti tali leher itu akan ditanggalkan. Itulah satu perkara yang aku perasan sejak aku menjadi setiausahanya. Barangkali dia tidak mahu kelihatan terlalu formal di kedai makan sebab dia memang suka makan di kedai mamak saja. "Hello. Tunggu apa lagi? Jomlah," Aku tergamam. Serius ke? "Encik nak keluar lunch dengan saya ke?,"soalan bodoh meluncur dari bibirku dek kerana tergamam. Encik Firdaus tercegat sambil memandang wajahku. Aku faham maksud pandangan itu. Pandangan geram. Jadi, sebelum pandangan geram itu bertukar menjadi pandangan marah, baik aku mengikut saja. Cepat aku mengangkat punggung. "Good,"ujarnya bersama sekuntum senyuman yang tidak begitu mekar di bibrnya. Aku bergerak laju mengekorinya. **** Seperti biasa, aku tekun menguis sayur di dalam nasi gorengku, apabila tangan Encik Firdaus menepuk perlahan tanganku. Aku tersentak. Cepat mata teralih ke wajahnya. Nasib baik sudu dan garfu di tangan tidak tercampak. "Kenapa?,"soalku pelik. Sudahlah dari tadi asyik diam saja. Tiba-tiba pukul tangan orang pula. Kena sampuk ke, bos aku ni? "Apa yang dikuisnya tu? Makan sajalah sayur tu," Aku tersengih. Tiba-tiba terasa malu apabila Encik Firdaus tegur macam tu. "Saya tak makan sayurlah," "Laaa.. Tak elok kalau tak makan sayur. Belajarlah makan," Ah sudah! Nampaknya Encik Firdaus pun nak jadi doktor juga. Macam Abang Kamal. Dari tadi diam seribu bahasa. Buka saja mulut, terus bagi nasihat kesihatan pada aku. Tak usahlah Encik Firdaus. Sudah lebih dua puluh tahun mak aku bagi nasihat yang serupa, tak ada juga aku makan sayur. Setakat bagi nasihat dalam usia aku sekarang, rasanya macam mencurahkan air ke daun keladi. Kerja sia-sialah Encik Firdaus. "Cubalah makan dulu. Janganlah asyik tolak ke tepi saja. Kalau macam tu, memang sampai bila-bila pun awak tak akan boleh belajar makan sayur," Aku tersenyum. Tidak mengapalah Encik Firdaus. Setakat belajar makan sayur, bukan boleh dapat sijil pun kalau lulus. "Makanlah," Aku pandang wajah Encik Firdaus. Nampaknya muka serius Encik Firdaus sudah sedikit menghilang. Sudah boleh lihat sedikit senyum di bibirnya. Lega sedikit rasa hatiku. "Makanlah sayur tu,"Encik Firdaus bersuara lagi. Aku kerutkan kening. Encik Firdaus nak paksa aku makan ke? Mana boleh? Jangan harap saya makan sayur ni, Encik Firdaus oi.Tak ada selera aku nak telan sawi dan carrot ni. "Tak naklah. Kan saya dah cakap, saya tak..,"kata-kataku terputus di situ apabila Encik Firdaus mencedok sayur di pingganku dengan sudunya. Apa pula yang dia nak buat ni? Dan, aku hampir pitam apabila dengan cukup bersahaja dia suakan sudu itu ke mulutku. Memang Encik Firdaus kena sampuk ni. Ada ke dia nak suap aku? Aku bergerak ke belakang. Dia masih juga menyuakan sudunya membuat wajahku terasa tebal semacam. Mata memandang sekeliling. Ada beberapa orang yang kebetulan memandang ke arah kami. Tersenyum pada kami. Malunya! "Janganlah Encik Firdaus. Malu orang tengok ni,"aku bersuara bersama muncung yang sudah agak panjang. "Makanlah sayur tu. Atau saya suap," Aku pandang wajah Encik Firdaus. Dia ugut aku? "Tak naklah," Mendengar jawapanku, Encik Firdaus bangun sedikit, supaya sudu di tangannya lebih dekat padaku. Alamak! Encik Firdaus memang nekadlah. "Yalah. Yalah. Saya makan,"akhirnya aku mengalah. Encik Firdaus tersenyum. Tangannya dialihkan. Dan aku pula, dengan muka masam, menyuap sayur yang aku kuis tadi ke mulut. "Macam tulah. Bukan teruk sangat pun rasanya kan?," Aku tidak menjawab. Terus mengunyah nasi goreng yang bercampur sayur, yang tidak sedap langsung itu. Mak aku pun, tidak boleh paksa aku. Tapi, hari ini, Encik Firdaus berjaya membuat aku menyerah kalah pada sayur yang berwarna warni ini. "Marah ke?,"soal Encik Firdaus lembut di telingaku. "Tak," "Tu.. muncung panjang semacam tu. Kenapa?," Aku mengukir senyum. Senyum yang tidak ikhlas langsung. Encik Firdaus tergelak. Dalam marah, sebenarnya aku suka mendengar gelak itu. Terasa Encik Fridaus yang lama sudah kembali. "Siapa semalam?," Suapan aku yang perlahan terus terhenti mendengar soalan Encik Firdaus yang tiba-tiba. Encik Firdaus memandang wajahku, menanti jawapan. "Siapa?,"soalku sambil mengerutkan kening. "Siapa dengan awak semalam? Boyfriend ke? Bukan main romantik lagi. Siap pegang-pegang tangan," "Hah? Oh.. Semalam tu? Tak adalah. Itu sepupu saya,"jawabku sambil tersenyum. "Saya tak boleh tidur semalam. Terfikir siapa lelaki tu," Aku diam. Cuma memandang wajah Encik Firdaus yang sedikit serius. Tidak boleh tidur? "Kenapa Encik Firdaus tak boleh tidur?," "Please Tiya. Jangan buat-buat tak tahu. I love you. And Im very sure, you know it," Hah?! Ini pengakuan berani mati. Oh Tidak! Ekspresi yang bagaimana yang harus aku tunjukkan? Terkejut? Memang aku tengah terkejut ni. Selain dari itu? Aku tidak tahu! Aku betul –betul tidak tahu. "Err…," "I love you. Saya rasa dah tak sanggup lagi nak tunjukkan perasaan melalui layanan saya. Sikap saya. Perbuatan saya. Sebab saya tahu, awak pasti akan terus mengelak. I don't know why, tapi, awak seperti membina satu tembok tinggi untuk memisahkan kita. Kenapa?," "Saya..saya rasa kita kena baliklah, Encik Firdaus," Pantas jemari Enck Firdaus menggenggam tanganku. "Answer me," "Im your staff, Encik Firdaus. Rasanya conversation ini tak begitu elok untuk kita," "Answer me. Bukan bagi alasan untuk mengelak," "Im sorry. Saya tak boleh,"pantas aku menjawab. Wajah Encik Firdaus sedikit berubah. Ada riak kecewa yang menyimbah ke wajahnya. Aku pula, saat itu, fikiranku benar-benar kosong. Tidak mampu untuk berfikir. Yang aku tahu cuma satu. Aku tidak boleh mengkhianati Charming. "Awak sudah ada yang lain ke?," "Saya tak perlu jawab soalan Encik Firdaus. Tapi, saya betul-betuk minta maaf. Saya tak boleh terima ini semua," "Please Tiya. Bagi saya peluang untuk menjadi lelaki yang boleh membahagiakan awak. Satu-satunya lelaki yang boleh membahagiakan awak," Aku kelu. Cuma tanganku, aku tarik perlahan dari genggaman Encik Firdaus. Encik Firdaus menarik nafas panjang. Dan amat jelas wajahnya sedikit kecewa. "Im sorry, Encik Firdaus," "The best man win. And I'll try to win," Aku termangu. Sudah kehilangan kata-kata untuk menjawab. Juga sudak kehilangan upaya untuk berfikir. Rasa terkejut mengatasi segalanya.
**** Novel Bersiri ke dua Hanni Ramsul : KuSeru Rindu Itu
aahlah hanni, awak suka bg kitorang suspen tau.At last, mengaku jugak en. firdaus tu kat adiya. adiya lak malu2 kucing, mahu tapi malu. en. firdaus kenalah beritahu kat adiya yg charming tu dia ni tidak. lambat betullah en. firdaus ni. anyway, mmg best!!!!!!!!!!!
yes...! akhirnya en, fir buat juga pengakuan cintanya pada tiya. best... best... dah lps berasa terancam akhirnya en. fir mengambil langkah berani. tp en. fir kena la bgtau yg dia tu charming. He is charming kan??? hanni, tolong sbg cpt2 ye. sungguh la penantian 2 satu penyiksaan.~ayu~
assalamualaikum... ani...sukanya cite ni. best terasa seperti terawang2. pulak tu buat sy tersengih sorang2 depan pc. bila nak sambung... cepatlah sambung... suspen sungguhla... sapalah charming kan... kan..kan... anyway teruskan perjuangan awak... good luck.-ctieey_78-
tolongla cik Honey ooiii, makin berdebar debar nie..n En. Muzri..tlgla upload cecepat sket novel yg best nie ek...biler nak keluar di pasaran nie..i want to be the first person yang beli...Best giler tuuu..hu hu
assalamualikum.. erm citer ni memang best saya x sabar nak tau selanjutnya.. cpt la smung eh.... romantik abis.. i like it. erm saya suka watak firdaus 2 cool n bersahaja..
adik..akak bangga ngan adik sbb mampu membuat novel yg sgt best!!! wa cayalah..klu publish ni mst ramai org beli..akak pn sanggup beli.. pape pn..all da best for your future undertakings ye..all da best..
hanni, betulka cite ni akan dibukukan? dan sampai disini aje ke citenya? kena beli buku ke nak tahu kesudahannya? ala, habiskan la dlm blog ni. tak bestlah camni.
walau apapun, hanni, you mmg ada bakat sebagai seorang penulis dan mungkin akan berjaya seperti mereka antaranya F. Ashari, N.B. dan yg muda seperti Damya Hanna. All the best!
citer ni mmg best..publish..good idea..tp abeskn citer ni kt cni dl then publish..sy duk oversea,study..so kalo beli novel malay ssh ckit..hehe...=p apapon,u r da best n citer ni mmg best!!!!
Hanni... kat blog ni citer ni mmg sampai kat sini je ke? hari2 saya tunggu entri yg br, tp x ade pun. kecewanya...=(
saya x kisah if novel ni nak publish, in fact lg saya suka... tp blh minta publisher kluarkan cpt2 tak? dah x sbr la nak tunggu. rindu giler rasanya nak baca perkembangan tiya & en. fir. hopefully its hepi ending ya. x nak tiya ngan kamal. x sesuai...
oh ya, versi cetak blh umumkan bila nak dikeluarkan x muzri? masih kekalkan tajuk yg sama ke? and which publisher? ~ayu~
Saya cuma nak tanya hanni dah x nak sambung lagi ke cerita ni dan pada muzri saya nak tanya kenapa novel dalam blog ni mcm x de sambungan ataupun penulis x n3 lagi, bosanlaaaaaa asyik yg sama je.
FIRST OF ALL, TERIMA KASIH BYK2 ATAS SOKONGAN SEMUA. FOR INFO. SEBENARNYA SEKARANG NI, SAYA SEDANG BERTUNGKUS LUMUS CUBA SIAPKAN CERITA INI UNTUK SEMUA YANG SUKA BACA CITER NI. NAK PECAH KEPALA NI. HEHEHE. BUAT MASA NI, MUNGKIN X DE N3 BARU. BUT, MAY BE, LEPAS RAYA, AKAN ADA CITER TERBARU PASAL BYMYB NI. EITHER PUBLISH AS A BOOK ATAU SY AKAN POSTING ALL EPISODE HERE. APA PUN, TIMA KACIH SEKALI LAGI. TUNGGU YA...
Kalau nk tunggu lps raya, lamanya.... at least Hanni sambung seminggu sekali pun dh ok. sy rasa ramai yg setuju, kn. nk tunggu lps raya tu, lama sgt. kalau terbitkan novel pun, kami tetap beli. itu dikatakan peminat novel.... apa2 pun, tahniah buat Hanni. cerita ni mmg best sgt2....
dlam imagine sye,sye anggap firdaus 2 asyraf muslim ar.. hahaha....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Arghhh suspennyer..hanni..smbg cpt ckit yer