Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tangannya pantas menekan suis radio tatkala kakinya menapak di kamar tidurnya. Serta-merta lagu ‘Untuk Perempuan’ daripada Sheila on 7 mengisi gegendang telinganya. Dia merebahkan diri ke katil. Namun baru sahaja dia hendak melelapkan mata, tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Seorang gadis yang tidak jauh berbeza usia daripadanya muncul di muka pintu.
"Woi, tidur aja!" tegur gadis itu.
Dia pura-pura tidak mendengar.
"Afia!"
"Apalah?" Afia berasa terganggu.
"Tu, anak kau kat dapur tu. Pergilah tengok," ujar gadis itu.
Afia memekakkan telinga lalu memejamkan mata. Malas nak layan!
"Afia! Dengar tak Along cakap ni?" Afni mula hilang sabar. Orang cakap, dia buat bodoh aja.
Afia rimas mendengar bebelan kakaknya itu lalu bangkit dari katil menuju ke dapur. Kacau aja! Orang nak rileks kejap pun tak boleh. Pantang tengok orang senang.
"Donna, kenapa ni? Lapar ke?" Afia menghalang anak kucing yang dipanggil Donna itu daripada terus menggeledah bakul sampah di tepi pintu dapur itu. "Jom kita duduk kat bilik," Afia mendukung anak kucingnya itu masuk ke bilik.
"Haa…bawalah masuk bilik. Tidur dengan bulu dia," ujar Afni. Dia memang tidak suka kucing. Semuanya gara-gara dia pernah digigit oleh seekor kucing ketika dia berusia enam tahun. Niatnya hanya untuk membelai kucing itu tetapi malangnya kucing itu tidak memahami niatnya. Tangannya pula yang menjadi mangsa gigitan kucing itu dan sampai sekarang dia fobia dengan kucing.
Afia tidak mengendahkan kata-kata Afni. Tanpa menjawab, dia melangkah ke dalam biliknya lalu menutup pintu. Jika dijawab nanti pasti tidak akan ada habisnya. Hubungan Afia dan Afni memang tidak pernah baik. Setiap kali mereka berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang menyebabkan mereka bertengkar.
Pernah juga mereka bergaduh hanya disebabkan perkara kecil. Pada suatu petang, Afni sedang meneliti kerja-kerjanya yang bertimbun di ruang tamu apabila Afia muncul dan menonton televisyen. Tiba-tiba tanpa sebab Afni memarahinya. Afia pula bukan jenis yang berdiam diri lalu dia turut membalas kata-kata Afni. Afni yang ketika itu sedang dilanda tekanan semakin berang apabila Afia berani menjawabnya dan tanpa pertimbangan, laju aja tangannya naik ke muka Afia.
Afia tergamam. Afni rasa bersalah namun kata maaf tidak terkeluar dari mulutnya. Tiba-tiba Afia jadi benci kepada kakaknya. Takkanlah kerana dia yang tertekan, orang lain tak boleh tengok TV? Teruklah macam tu. Semua nak kena ikut mood dia.
Sejak kejadian itu, Afia dan Afni sudah jarang-jarang bercakap. Kalau jumpa di rumah pun, masing-masing seperti orang asing. Sepatah pun mereka tidak bercakap. Afia memang seorang yang pendendam. Apa sahaja yang orang lakukan kepadanya akan diingatnya sampai bila-bila. Namun begitu, dendamnya tidaklah sampai sanggup membuat khianat. Cuma dia akan ingat siapa yang berbuat baik dan siapa yang berbuat jahat kepadanya.
"Kita duduk sini ya, Donna," Afia meletakkan Donna di atas katil. Bagaikan mengerti arahan tuannya, kucing itu duduk di atas katil Afia.
Afia kemudian melangkah ke meja belajarnya lalu menghidupkan suis komputer. Talian internet disambung sebaik-baik sahaja komputer itu terpasang. Tangannya ligat mengaktifkan laman web Yahoo. Seperti biasa jika mengadap internet, dia akan menyemak emel dan friendster.
Pertama kali Afia mendaftar di friendster ketika salah seorang teman sekelasnya berpindah ke New York kerana mengikut keluarganya yang berpindah ke sana. Kawannya itulah yang mengesyorkan agar dia mendaftar di situ agar mereka tetap bisa selalu berhubung. Tanpa disangka, Afia menemui ramai kawan lamanya di situ baik kawan-kawan sekolah rendahnya mahupun kawan-kawan sekolah menengahnya.
Mungkin pada sesetengah pihak, friendster ini tidak ada faedah dan hanya membuang waktu. Namun bagi Afia, friendster telah banyak berjasa kepadanya kerana berjaya menemukannya dengan kawan-kawan lamanya yang sudah bertahun terputus hubungan. Sehingga kini, sudah beratus teman lamanya yang ditemuinya di situ. Rata-ratanya masih belajar sepertinya tetapi ada juga yang sudah bekerjaya, ada yang sudah berkahwin dan ada yang sudah mempunyai cahaya mata.
Tuk! Tuk! Tuk! Sedang Afia ralit mengadap internet, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Seorang pemuda terpacul di muka pintu. Afia melihat wajah itu sekilas kemudian dia kembali mengadap komputer. Dia sudah dapat mengagak apa dikehendaki oleh pemuda itu.
"Angah, pinjam duit," ujar pemuda itu sambil tersengih.
"Dah agak dah. Nak buat apa?" tanya Afia walaupun sebenarnya dia sudah tahu jawapannya. Tak ada lainlah tu. Mesti nak beli benda tu. Asyik bakar duit aja. Itu satu hal. Satu hal lagi membahayakan kesihatan. Orang cakap tak nak dengar!
"Ala…pinjamlah," rayu pemuda itu.
"Am tu cakap aja pinjam tapi tak pernah bayar balik pun," ujar Afia. Bukan dia nak berkira dengan adik sendiri tapi kalau dah selalu kopak juga. Dia sendiri bergantung pada duit PTPTN. Satu semester dia cuma dapat RM500. Dah tolak yuran, berapa aja yang tinggal? Nasib baik dia mempunyai simpanan sendiri. Kalau tak, payah juga dia nak hidup. Beli buku, alat tulis dan lain-lain keperluan.
Pernah juga dia terfikir untuk mencari kerja sambilan namun dia sedar dia tidak mampu melakukan dua tugas dalam waktu yang sama. Bekerja dan belajar. Belajar sahaja pun sudah cukup meletihkan. Tambahan pula, jurusan yang diambilnya mempunyai banyak tugasan luar. Duit pun banyak yang keluar. Kadang-kadang rasa bertuah juga dapat belajar di UiTM. Kurang sikit beban nak bayar yuran. Makan dan tempat tinggal pula percuma bagi pelajar diploma. Tapi kalau nak merasa makanan yang sedap, terpaksalah keluar duit makan di luar.
Kalau hendak diikutkan, keluarga Afia bukanlah susah sangat. Ayahnya mempunyai perniagaan sendiri sementara ibunya pula seorang pengetua sekolah menengah. Afni pula membantu urusan perniagaan papa mereka. Cuma Afia tidak suka meminta pada kedua-dua orang tuanya apatah lagi kakaknya. Seboleh-bolehnya dia tidak akan meminta satu sen pun daripada kakaknya.
Di luar sana, ada orang yang sebayanya sudah pandai mencari duit sendiri sedangkan dia masih bergantung kepada ibu bapanya walaupun umurnya sudah mencecah 21 tahun. Afia berasa malu apabila mengingati itu. Justeru, Afia sangat berjimat-cermat dalam perbelanjaan hariannya. Nak beli baju sehelai pun, dia berfikir lebih dua kali.
"Nak berapa?" tanya Afia. Tak sampai hati pula dia hendak menghampakan permintaan adiknya yang seorang itu. Biarlah Amri meminta kepadanya. Itu lebih baik daripada dia mencuri ataupun merompak ataupun melakukan sesuatu yang tidak elok di luar.
"RM50?"
"RM50?" Terbeliak biji mata Afia mendengar angka yang disebut. "Mana Angah ada duit banyak tu. RM20 adalah," Afia memang tidak suka mengeluarkan duit dalam jumlah yang banyak dalam sesuatu masa. Bimbang dia akan terbelanja banyak.
"RM20 pun RM20lah," ujar Amri. Daripada tak ada langsung.
Afia mengambil dompetnya dari dalam beg selempangnya yang diletakkan di atas katil selepas pulang dari Setiawangsa tadi. Dua keping wang kertas berwarna merah dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Amri.
Amri cuma tersengih dan terus berlalu. Afia menggeleng melihat sikap adiknya itu. Umurnya sudah lapan belas tahun tapi masih buat kerja tanam anggur. Orang suruh belajar, kata tak minat. Orang suruh kerja konon belum bersedia. Entah apa yang dia nak. Am, Am.
"Am, nak pergi mana pula tu?" Puan Shafira menegur Amri ketika anak bongsunya itu melintasi ruang dapur.
"Am nak jumpa kawan kejap ma," jawab Amri tanpa berselindung. Selama ini pun dia tidak pernah berbohong dengan ibunya. Dia bukan buat benda yang salah.
"Buat apa? Cubalah Am duduk rumah sekali-sekala. Kalau Am kata nak pergi kerja, sedaplah sikit mama mendengarnya. Bila Am nak berubah ni?"
"Ala…Am pergi kejap aja. Am pergi dulu. Kawan Am dah tunggu tu," Amri segera menyarung kasutnya sebelum ibunya membebel dengan lebih panjang.
"Nak ke mana pula anak kesayangan awak tu?" Encik Ariffin muncul dari dalam.
"Biasalah. Takkan awak rak tahu?" balas Puan Shafira.
"Ada pula duitnya?"
"Entah. Dia tak minta dengan saya pun. Dia minta dengan kakaknyalah tu."
"Jangan manjakan sangat budak tu," ujar Encik Ariffin. Mungkin kerana Amri satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga maka segala kasih sayang banyak tertumpah kepadanya.
Selepas Afni dilahirkan, dia sangat gembira apabila isterinya mengandung lagi. Memandangkan anak pertamanya adalah perempuan, maka dia berharap agar anak keduanya adalah lelaki. Namun dia kecewa apabila anak keduanya juga perempuan iaitu Afia. Disebabkan itu dia kurang memberi perhatian kepada Afia. Namun apabila Amri lahir, dia menatangnya bagaikan minyak yang penuh.
Apa yang Amri nak semua dipenuhi. Ketika di tingkatan lima, Amri mengecek hendak mengambil lesen motorsikal. Bila dah ada lesen, dia mengecek pula nakkan motorsikal. Afia yang nak basikal masa sekolah dulu pun tak dapat. Mungkin disebabkan itu, Afia membesar menjadi anak yang kurang meminta. Apa yang dikehendakinya akan diusahakannya sendiri.
Encik Ariffin mengeluh mengenangkan sikap tidak adilnya kepada ketiga-tiga anaknya. Tambahan pula, Amri mula buat perangai. Betapa dia kecewa dengan sikap Amri. Semua kehendak Amri sedaya-upaya cuba dipenuhi dengan harapan Amri dapat membantu perniagaannya suatu hari nanti. Namun ketika keputusan SPM diumumkan. Amri gagal empat subjek. Sudahlah malas belajar, kerja pun tak mahu. Setiap hari Amri hanya menghabiskan masa melepak bersama kawan-kawannya.
Entah apa nak jadi dengan budak Amri tu. Ingatkan ada anak lelaki senang. Makin menyusahkan lagi adalah!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan